25 November 2011

Tarekat Al-Mujaddidiyyah Syria

Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah. Selawat dan salam buat Rasulullah s.a.w. Surat dari pembaca blog saya siarkan utk renungan bersama....

SHAH ALAM 13 Ogos 2011 - Satu Tazkirah khas bersama Al-Syeikh Prof. Dr. Muhammad Abdul Latif bin Muhammad Soleh Al-Farfour di Dewan Solat Bawah MSSAAS selepas solat Asar berjemaah. Beliau telah tiba di MSSAAS sekitar waktu Zohor. Hampir 350 orang muslimin dan muslimat hadir mengikuti tazkirah ini. Program anjuran bersama Persatuan Ulama Malaysia (Cawangan Selangor) dan MSSAAS ini telah dipengerusikan oleh Ustaz Abdul Karim Omar, Pegawai Hal Ehwal MSSAAS.
http://www.mssaas.gov.my/images/stories/TazkirahAsarKhasRamadhan/00-MuhammadAbdulLatif.jpghttp://www.mssaas.gov.my/images/stories/TazkirahAsarKhasRamadhan/03-MuhammadAbdulLatif.jpg 
Al-Syeikh Prof. Dr. Muhammad Abdul Latif bin Muhammad Soleh Al-Farfour merupakan salah seorang Anggota Tetap dan Setiausaha Agung Akademi Feqah Islam Antarabangsa (berpusat di Jedah), Presiden Akademi Ilmu Syria dan Rektor Universiti Pengajian Islam dan Arab, Syria. Program pada petang tersebut telah dimulakan dengan bacaan ayat suci Al-Quran diikuti lantunan Qasidah Burdah dan seterusnya tazkirah oleh Al-Syeikh Prof. Dr. Muhammad Abdul Latif bin Muhammad Soleh Al-Farfour. Tazkirah beliau telah diterjemah dalam Bahasa Melayu oleh Dr. Zulkifli bin Mohamad Al-Bakri.

Tazkirah pada petang tersebut membincangkan tentang Ilmu Tazkiyah dan berlangsung hampir 1 jam. Al-Syeikh Prof. Dr. Muhammad Abdul Latif bin Muhammad Soleh Al-Farfour telah bersama-sama imam-imam dan kakitangan MSSAAS sehingga jam 6.30 petang. Rakaman tazkirah ini boleh ditonton menerusi laman sesawang www.youtube.com

.



 Tuan / Encik/ Puan / Saudara / Saudari

Tuan Guru, Al-Fadhil Al-Mursyid Prof. Dr. Muhammad Abdul Latif bin Syeikh Muhammad Soleh Al-Farfour Al-Hasaniyy , insyallah akan mengadakan majlis Liza dan biiznillah Bai’ah pada 8-9 hb Ogos 2011di Pondok Pdg Temu bemula jam 7.00 ptg  – 10 mlm ( ini termasuk majlis hadrah , insyallah) . Anda di jemput hadir , keterangan sila lawat www.pmkt.com.my .
Secara ringkas biodata Tuan Guru Mursyid :-
 Al-'Alim Al-'Allamah Al-'Arif billah Al-Murabbi Al-Mursyid, Al-Syeikh Prof. Dr. Muhammad Abdul Latif bin Al-Syeikh Muhammad Soleh Al-Farfour Al-Hasaniyy . Tuan guru dilahirkan pada tahun 1364H / 1944M di bandar Damsyik Al-Faiha’ dalam sebuah keluarga yang merupakan penduduk jati dan asal Damsyik.  Keluarga tuan guru merupakan sebuah keluarga yang amat disegani dan terkenal dengan keilmuan, kehakiman dan kefatwaan sejak ratusan tahun.
Tuan guru menerima didikan ilmu agama secara talaqqi daripada ulamak-ulamak tempatan yang mulia-mulia. Hasilnya, tuan guru mempunyai beberapa ijazah keilmuan yang boleh dibanggakan daripada guru-gurunya itu.  Ijazah yang paling besar ialah Ijazah daripada yang mulia bapanya, Ijazah daripada mantan mufti Syria, yang mulia al-‘allaamah Dr. Muhammad Abi al-Yusri ‘Aabidiin, Ijazah daripada sohibussamahah Mufti Maliki dan Ketua Perikatan Ulamak al-marhum asy-syed asy-syarif Muhammad al-Makkiyy al-Kattaaniyy, dan Ijazah daripada seorang ulamak hadith Mekah, Syeikh ‘Alwi ‘Abbas Al-Malikiyy (Bapa kepada AL Marhum Syeikh Mohamed Malki / Ahmad Maliki)
Al-'Alim Al-'Allamah Al-„Arif billah Al-Murabbi Al-Mursyid, Al-Syeikh Prof. Dr. Muhammad Abdul Latif bin Muhammad Soleh Al-Farfour Al-Hasaniyy Al-Dimasyqiyy merupakan salah seorang Anggota Tetap dan Setiausaha Agung Akademi Feqah Islam Antarabangsa (berpusat di Jedah), Presiden Akademi Ilmu Syria dan Rektor Universiti Pengajian Islam dan Arab, Syria.
Antara ulamak yang mengambil ijazah sanad daripada tuan guru adalah Ramai daripada ulamak-ulamak agung dunia yang berIjazah (mengambil Ijazah) daripada al-fadhil Syeikh, antaranya Syeikh Ahmad Al-Khaleliyy (Mufti Kesultanan Oman), Syeikh Profesor Dr. Bakar bin Abdulullah Abu Zaid (Presiden Akademi Feqah Islam Antarabangsa di Jeddah dan Timbalan Menteri Kehakiman Saudi), Syeikh Profesor Dr. Muhammad Said Ramadhan Al-Bouti, Syeikh Muhammad Kurayyim Rajih (Ketua Syeikh Ulamak Qiraat di Syam), Syeikh Profesor Dr. Muhammad bin Jum’ah As-Salim (Timbalan Menteri 1 Hal Ehwal Islam dan Wakaf di Abu Dhabi, Emiriah Arab), Syeikh Abdul Hamid bin Bakil (Kadi Besar Brunei), Syeikh Dr. Dalil Abu Bakr (Dekan Maahad Islam Masjid Paris, dan Dekan Universiti Paris),  Sheikh Professor Dr. Wahbah Al Zuhaily (Syria)
Tuan Guru merupakan pemimpin Al-Madrasah Al-Rabbaniyyah Al-Mujaddidiyyah Al-Islamiyyah Al-Jaami’ah. Tuan Guru merupakan Ulamak Ahli Sunnah Wal jama’ah, yang bermazhab Hanafi dan bertariqah Al-Rabbaniyyah Al-Mujaddidiyyah Al-Islamiyyah Al-Jaami’ah.  Al-fadhil Syeikh juga boleh mengIjazahkan semua jenis tariqah yang mu’tabar, termasuk 40 yang utama dan pecahan-pecahannya.


 Wallahu A'lam. Hanya semata-mata limpah kurnia dan rahmat dari Allah Ta'ala.

04 November 2011

UFO menyerang bumi?


Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah. Selawat dan salam buat Rasulullah s.a.w.

UFO atau singkatan dari Unidentified Flying Object ialah objek terbang yg tidak dikenali identitinya. Ia wujud tetapi tidak dapat dibuktikan secara saintifik. Banyak pendapat dikeluarkan tentangnya. Dari sangkaan yang baik hinggalah sangkaan yang buruk. Namun teknologi canggih hari ini masih lagi tidak dapat mengesan UFO secara tepat apatah lagi menangkapnya. Oleh kerana itu, manusia yang sombong mencipta seribu alasan bagi menakutkan manusia tentangnya. berbagai filem direka bagi menyesatkan manusia tentang maklumat sebenar UFO.

Hakikatnya UFO tidak pernah membuat kacau dibumi ini. Jika benar ia makhluk asing yang hendak menakluki bumi, kenapa tidak mereka serang bumi sekarang?. Apa yang mereka cari di bumi dengan berlegar-legar diudara?

Bagi saya makhluk ini hanyalah satu makhluk yang digerakkan oleh Allah Ta'ala dengan izinNya tanpa dibatasi hukum fizik sebagaimana Allah Ta'ala mengizinkan istana puteri Balkis dipindahkan dalam sekelip mata. Tiada yang mustahil di alam ini jika dikehendaki Allah. Seolah-olah mereka bergerak kesana-sini memperlekehkan teknologi yang ada apada manusia yang kafir lagi sombong di mukabumi Allah ini.

Dengan sebab itu anda akan lihat banyak filem tentang alien atau makhluk asing yang menggambarkan kekuatan UFO. dalam masa yang sama tamadun barat yg sombong menipu manusia dengan berlagak seperti hero yang menyelamatkan bumi ini dari kerosakan makhluk asing ini (Alien).

Hakikatnya merekalah yang sebenarnya membunuh manusia di Iraq, Afghanistan, Palestin, Libya dll tanpa belas kasihan. pernahkah anda melihat UFO meletupkan bangunan sekolah yang mengandungi kanak-kanak?

Dalam peristiwa tenggelamnya kapal selam KURSK Russia, saya berpendapat ianya ada kaitan dengan UFO yang meninggalkan kesan lubang kemas disisi hadapan kapal tersebut. Tiada kesan pelanggaran biasa. yang ada hanyalah bangkai kapal selam yang pembinaannya diragui untuk tujuan apa?. kalau buat kapal Titanic besar dengan sombongnya didakwa ia tidak akan tenggelam, maka Allah Ta'ala telah membuktikan kelemahan mereka dengan hanya beberapa minit sahaja selepas pelanggaran dengan batu karang.

Anda boleh lihat sendiri UFO ini banyak berlegar di kawasan yang terjadi bencana alam. Bukankah sejarah mengatakan yang melipat bumi kaum Aad dan Thamud dilakukan oleh makhluk ciptaan Allah dengan izinNya.


 Wallahu A'lam. Hanya semata-mata limpah kurnia dan rahmat dari Allah Ta'ala.