Showing posts with label jimat. Show all posts
Showing posts with label jimat. Show all posts

23 July 2010

Berjimat untuk nafsu


Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah. Selawat dan salam buat Rasulullah s.a.w.

Hidup di dunia adalah sementara, sedangkan hidup di akhirat adalah kekal abadi. Tetapi ramai yg lupa dan leka.

Kisah 1:
Zaid (bukan nama sebenar) berumur 35 tahun, berpendapatan RM 3000. Setelah tolak semua keperluan hidupnya dengan gaya hidup berjimat, dia masih boleh menyimpan RM 1000 setiap bulan. Selepas beberapa tahun, dia berjaya menyimpan RM 30000. Lalu dia menggunakan RM 30000 untuk membayar deposit kereta Honda Accord dengan ansuran sebanyak RM 1100 sebulan.

Kawan-kawan sentiasa memujinya kerana bijak menyimpan, bijak membeli, ada gaya penampilan memandu kereta besar dll. Dia terus hanyut dengan pujian-pujian tersebut.

Persoalannya, adakah mereka bijak berbelanja untuk akhirat? Tidakkah dia akan di soal kemana dibelanjakan duit simpanannya itu? Mengapa tidak menunaikan fardhu Islam yg ke 5 (haji)? Brosur wakaf pembinaan masjid yg sampai di rumahnya diabaikannya dengan alasan "tak de duit". Apa yg terjadi kepada deposit keretanya setelah berlalu beberapa tahun?. Apa akan jadi jika dia mati dalam tempoh 5 tahun selepas membeli kereta itu? Bukankah duit itu akan hilang begitu sahaja.

Sebenarnya inilah gambaran hidup manusia akhir zaman ini. Buta akhirat.

Wallahu A'lam. Hanya semata-mata limpah kurnia dan rahmat dari Allah Ta'ala.