
Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah. Selawat dan salam buat Rasulullah s.a.w.
Wallahu A'lam. Hanya semata-mata limpah kurnia dan rahmat dari Allah Ta'ala.
Idaman para mubtadi yang cintakan perjalanan kesufian. Jauh dari kesibukan, keegoan, kejinan, kemegahan dan keduniaan.








Adapun alamat Zahid itu tiga perkara iaitu
1. Tiada ia suka dengan suatu yang ada kepadanya sesuatu dan tiada dukacita di atas ketiadaan sesuatu padanya. Maknanya jika Tuhan taqdirkan kekayaan baginya seperti kayanya Nabi Daud a.s. dan Nabi Sulaiman a.s. maka tidaklah hatinya inginkan kemiskinan. Dan jika Tuhan telah taqdirkan kemiskinan baginya, maka tiadalah hatinya cita-citakan kekayaan dalam masa yg sama dia tidaklah meninggalkan usahanya seharian
2. Bersamaan padanya orang yang memuji dan menghinanya. Tidak gembira bila dipuji dan tidak sedih bila di caci. Maknanya hatinya tiada kisah dengan pujian dan celaan orang yg rendah akhlak tetapi sangat mengambil berat jika ditegur oleh ulama' dan para wali Allah yg tinggi akhlak kerana inginkan peningkatan kerohanian.


Fitrah bermaksud naluri beragama Tauhid kerana roh itu telah mengaku dan mengenal keesaan, keagungan dan kebesaran Allah s.w.t.
Segala puji bagi Allah s.w.t yang telah menciptakan manusia daripada roh dan jasad. Roh sebelum ditiupkan ke dalam jasad belum lagi dinamakan manusia. Ia masih lagi dinamakan roh. Begitu juga halnya dengan jasad. Asal kejadian roh ini adalah di dalam keadaan fitrah.
Firman Allah s.w.t :
“ Dialah fitrah yang Allah taala jadikan sesuai pada manusia,tidak dapat diubah-ubah lagi pada kejadian Allah,itulah agama Allah yang betul tetapi ramai manusia tidak mengetahui ”
(Ar-rum ayat 30)
“ Bukankah aku Tuhan kamu ?” jawab sekalian roh :“Bahkan kami telah menyaksikan engkaulah Tuhan kami ”. (Al-A’raf ayat 172)
Kemudian apabila roh ditiupkan ke alam jasad dan jasad menjadi penyatuan dengan roh maka bermulalah titik permulaan dinamakan manusia. Jasad mempunyai dua kegelapan :
1- Kegelapan asal kejadian tanah, air, api dan angin
2- Kegelapan asal kejadian air yang hina
Firman Allah s.w.t :
“ Sesungguhnya nafsu itu sentiasa mendesak supaya melakukan kejahatan”. (Yusof ayat 53)
Fitrah atau naluri beragama Tauhid yang ada pada roh itu berkekalan sehingga jasad manusia dilahirkan ke dunia ini. Kemudian apabila manusia dilahirkan ke dunia ini maka bermulalah nafsu menguasai roh. Sementara roh pula terpaksa mengikuti kehendak asal kejadian jasad. Maka pada ketika itu manusia memerlukan kepada wahyu sebagai panduan untuk mendapat keredhaan Allah s.w.t. Tanpa wahyu seseorang itu akan dicorak mengikut acuan orang yang melahirkannya. Sekiranya seseorang itu dilahirkan oleh ibu bapa yang A’si, Yahudi, Nasrani atau Wathani maka kanak - kanak itu akan menjadi A’si(pelaku maksiat), Yahudi,Nasrani dan Wathani (penyembah berhala . Sabda Nabi s.a.w di dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a :
“ Setiap seseorang itu dilahirkan ia di dalam keadaan fitrah ( naluri beragama Tauhid) maka kedua ibu bapanya yang mencorakkannya menjadi Yahudi atau Nasrani ”
Disebabkan adanya nafsu ini Allah s.w.t menurunkan wahyu kepada para nabi dan rasul dan disebabkan adanya nafsu ini Allah s.w.t membangkitkan juga para Auliya’ullah sehingga hari Kiamat. Tujuannya ialah untuk membimbing manusia supaya kembali kepada asal kejadian roh dan mendapat keredhaan Allah s.w.t.
Wahyu terbahagi kepada dua bahagian :
1. Yang ditilawahkan atau dibaca : iaitu kalamullah yang diturunkan kepada nabi Muhammad s.a.w dengan perantaraan Jibril a.s. Wahyu ini dinamakan Al-Quranul Karim.
2. Yang tidak ditilawahkan atau tidak dibaca : iaitu perkataan, percakapan Nabi Muhammad s.a.w perbuatannya dan pengakuannya yang diambil oleh alim ulama’ daripada sahabat-sahabat Baginda. Kemudian mereka menyusunnya di dalam kitab - kitab yang dikenali dengan Al-hadis.
Maksudnya : Daripada Anas bin Malik yang meriwayatkannya secara mursal telah berkata: Rasulullah s.a.w bersabda : Aku tinggalkan kepada kamu dua perkara,kamu tidak akan sesat selama mana kamu berpegang dengan kedua - duanya iaitu kitab Allah dan sunnah Rasulullah.
Sumber wahyu daripada Al-Quran dan Al-Hadis juga dipanggil syariat . Ia diselidiki, dikaji dan disusun oleh para ulama dalam bentuk hukum - hakam dan sebagainya dan dinamakan dengan kitab tauhid, feqah dan tasauwwuf untuk dijadikan panduan dan rujukan kepada manusia untuk kembali kepada tuntutan fitrah atau naluri beragama tauhid. Oleh itu ulama -ulama Muhaqqiqin telah mengariskan empat panduan yang mesti ditempuh oleh manusia untuk memenuhi fitrah dan mengenal Allah s.w.t dengan sebenar-benarnya iaitu :
i. Syariat
ii. Toriqat
iii. Hakikat
iv. Makrifat


Tawassul ialah perantaraan. Dalam istilah tasawwuf, tawassul bermaksud perantaraan untuk membimbing mendekati Tuhan.
Dalam sistem dunia, jika kita hendak berjumpa dengan sultan, perlulah kita berjumpa dengan ketua adat istiadat terlebih dahulu agar kita tidak tersalah adab dengan sultan. Kalau tersalah adab, sultan murka, padah hukumannya. Kita perlu bimbingan dari ketua istiadat agar dia membimbing kita cara menghadap sultan dengan betul, cara bercakap dengan sultan, cara duduk, cara berdiri, cara makan, cara ketawa, cara meminta izin mengundur diri dan macam-macam lagi adab yg perlu dipatuhi.
Di dalam mengharungi perjalanan menuju kepada Allah s.w.t , seseorang itu memerlukan seorang yang Arifbillah untuk membimbingnya supaya dapat membersihkan diri daripada segala kekeruhan dan kekotoran hati sehingga dia sampai mengenal Allah s.wt.
Allah s.w.t berfirman di dalam surah Al-maidah ayat 35 :
“ Wahai orang-orang yang beriman takutlah kepada Allah dan carilah wasilah kepadanya ” Di dalam ayat tersebut Allah taala menyatakan dengan wasilah yang bermaksud rabitoh atau perantara. Kata Al-Imam Ibnu Kathir r.a :
“ Wasilah ialah sesuatu yang dapat menyampaikan dengannya untuk menghasilkan maksud”
Kata Imam Sayuti didalam Tafsir Al-Jalalain :
“ Setiap sesuatu yang mendekatkan seseorang kepada Allah taala yang terdiri daripada ketaatan kepadanya ”.
Bagi golongan sufi, wasilah bermaksud seorang Arifbillah yang mampu mentarbiah dan membimbing manusia untuk menggilapkan jiwa daripada nafsu-nafsu yang tercela sehingga ia dapat mengenal Allah taala dengan sebenar – benarnya. Mereka juga dikenali dengan Syeikh, Mursyid atau Murabbi. Tanpa bimbingan daripada mereka manusia akan terjerumus ke dalam lembah kesesatan. Kata Syeikh Muhammad Amin Al-Kurdi di dalam kitab Tanwirul Qulub : “Sesiapa yang tiada guru yang membimbingnya maka syaitanlah yang menjadi gurunya.”
Berwasilah kepada seorang Syeikh yang bersambung sanadnya sampai kepada Rasulullah s.a.w adalah wajib bagi mereka yang mahu mengharungi perjalanan mengenal Allah dengan sebenar - benarnya. Kata Syeikh Tajuddin Naqshabandi di dalam Risalah Al-Makiah : Ruj : Sairus salikin Jilid 3, Abdul Samad Palembang :
“ Mencari guru di dalam perjalanan ahli sufi adalah wajib ke atas setiap murid yang salik dan jikalau adalah ia daripada sebesar - besar ulama sekalipun ”.

Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah. Selawat dan salam buat Rasulullah s.a.w.

Ketika Rasulullah SAW dimikrajkan, baginda dipertemukan dengan Nabi Musa a.s. sedangkan Nabi Musa telah wafat lebih 600 tahun sebelum kelahiran Nabi Muhammad. Oleh kerana besarnya peristiwa ini maka Allah rakamkan di dalam Al Quran dengan firman-Nya:
Maksudnya: “Maka janganlah kamu ragu tentang per temuanmu (dengan Musa ketika mikraj).” (Sajadah: 23)
Dalil kedua: Solat jemaah Nabi SAW dengan para rasul
Nabi Muhammad SAW bersembahyang berjemaah dengan para rasul di malam Israk sebelum baginda dimikrajkan. Firman Allah:
Maksudnya: “Dan tanyalah orang-orang yang Kami utus sebelum kamu (wahai Muhammad) di antara para rasul Kami itu.” (Az Zukhruf: 45)
Di dalam Tafsir Al Qurtubi, juzuk ke-7, ms 5915 tercatat:
“Masalah bertanya kepada anbiya di malam mikraj, Ibnu Abbas meriwayatkan bahawa para anbiya bersembahyang dengan berimamkan Rasulullah SAW dalam tujuh saf. Tiga saf terdiri dari rasul-rasul. Manakala empat saf lagi untuk nabi-nabi. Pertemuan Nabi SAW ini adalah dalam keadaan jaga dan Nabi SAW telah bertanya sesuatu kepada mereka di malam itu.”
Dalil ketiga: Hadis dari Abu Hurairah r.a.
Dari Abu Hurairah r.a. berkata: Aku dengar Nabi SAW ber sabda:
Maksudnya: “Sesiapa yang melihatku di dalam mimpi, maka dia akan melihatku di dalam keadaan jaga dan syaitan tidak boleh menyerupai diriku.” (Sahih Bukhari, juzuk ke-9, m.s. 42)
Ibnu Arabi dalam kitabnya Fara’idul Fawa’id menulis:
“Adalah harus (khususnya bagi wali Allah yang diberi karamah) untuk bertemu dengan zat Nabi SAW baik rohnya atau jasadnya kerana Rasulullah SAW seperti lain-lain nabi dan rasul, semuanya hidup bila mereka dikembalikan (kepada jasadnya) serta diizinkan oleh Allah keluar dari kuburnya.”
Dalam kitab Al Khasoisul Kubra, Imam As Sayuti dalam Syarah Muslim oleh Imam Nawawi menulis:
“Jikalau seseorang berjumpa Nabi SAW (dalam mimpi atau jaga), baginda menyuruh akan sesuatu perbuatan (sunat), melarang satu larangan, menegah atau menun jukkan suatu yang baik, maka tiada khilaf ulama bahawa adalah sunat hukumnya mengamalkan perintah itu.”
Datuk Seri Maharaja Datuk Seri Utama, Awang Haji Ismail bin Umar Abdul Aziz, Mufti Kerajaan Brunei Darus salam, mengeluarkan fatwa melalui Pejabat Mufti, Kemen terian Hal Ehwal Agama, Negara Brunei Darussalam pada 14 Jamadil Awal 1408H, 4 Januari 1988 iaitu:
“Maka nyata dari kata-kata ulama yang di atas ini bahawa berjumpa dengan Nabi SAW waktu tidur atau waktu jaga dan Nabi SAW mengajar akan sesuatu ilmu, suatu doa, suatu selawat dan suatu zikir, adalah harus dan boleh, bagaimana telah berlaku pada ulama-ulama, ahli ilmu Islam, wali-wali Allah dan orang-orang solehin, kita berkata perkara seperti itu termasuk di bawah erti kata fadhailul a’mal.
Adapun perkara halal dan haram telah tertutup dengan berhenti wahyu kepada Nabi kita dan dengan wafat Nabi kita SAW sebagaimana kita telah sebutkan di awal-awal rencana ini.
Sila baca kitab-kitab berkenaan wali-wali Allah seperti Syawahidul Haq karangan Syeikh Yusuf Anbahani dan kitab Lathoiful minan karangan Al Arifbillah Tajuddin bin Athaillah As Sakandari yang meninggal tahun 709H dan Jami’u Karamatil Auliya karangan Syeikh Anbahani dan Hilyatul Auliya oleh Al Hafiz Abu Naim dan karangan Al ‘Alamah Dr. Abdul Halim Mah mud, Mesir dan lain-lain.”
"Sesiapa yang menipu tentangku dengan sengaja, sediakanlah tempatnya di dalam neraka" Maksud Hadith. Berhati-hatilah tentang isu ini. Jangan sengaja menipu tentang yaqazah dan jangan sengaja menolak yaqazah tanpa usul periksa.
Wallahu A'lam. Hanya semata-mata limpah kurnia dan rahmat dari Allah Ta'ala.

Gelaran Lebai itu adalah satu pengiktirafan dan penghormatan masyarakat terhadap seseorang apabila mereka melihat kewarakan, kezuhudan, ibadah dan akhlak yang baik yang terdapat pada diri seseorang. Pengiktirafan ini diberi bukanlah sempena kelahiran orang besar-besar seperti gelaran Dato’, Dato’ Sri atau Tan Sri dan lain-lain lagi yang dianugerahkan oleh Yang Di Pertuan Agong atau Sultan kepada seseorang sempena hari keputeraan mereka.
