06 December 2010

Hijrah kepada berakhlak Al-Qur'an.



Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah. Selawat dan salam buat Rasulullah s.a.w.Wallahu A'lam. Hanya semata-mata limpah kurnia dan rahmat dari Allah Ta'ala.

أن رسول الله قال من قرأ القرآن وعمل بما فيه ألبس الله والديه تاجا يوم القيامة ضوؤه أحسن من ضوء الشمس في بيوت الدنيا فما ظنكم بالذي عمل بهذا)رواه أو داود

Dari Muaz Al-Juhani r.a.a meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda mafhumnya "Sesiapa yang membaca Al-Qur'an dan beramal dengan apa-apa yang terkandung dalamnya maka kedua ibu-bapanya akan dipakaikan mahkota pada hari kiamat yang sinaran mahkota itu akan melebihi daripada cahaya matahari, sungguhpun matahari itu berada di dalam rumah-rumah kamu di dunia ini. Bayangkanlah bagaimana pula keadaan orang yang dirinya sendiri beramal dengan Al-Qur'an? - Hadith riwayat Abu Daud.

Sempena tahun baru 1432H ini marilah kita renung dan hayati Hadith di atas yang membayangkan kpd kita kelebihan orang yng beramal dengan Al-Qur'an serta ganjaran yg didapati oleh ibubapanya.

Alangkah gembiranya ibubapa yang anaknya dianugerahkan hadiah tokoh penyanyi bintang kecil, tom tombak, pondok-pondok dll. Tetapi gembiranya bersifat sementara. Kelak di kubur ibubapa akan menderita kerana dosa kejahilannya dan kelalaiannya dari mendidik anak beragama dan menyibukkan sedangkan mereka mendidik anak menyibukkan diri dengan maksiat.

Inilah masanya kita berhijrah, mengubah haluan hidup kita dari menyibukkan anak bini serta keturunan kita dengan perkara yang lagho (melalaikan dari mengingati Allah), dari dosa dan maksiat, maksiat zahir dan maksiat batin, maksiat mata-telinga-mulut- tangan-kaki ..........

.............kepada menyibukkan diri dengan beribadah, berzikir, berselawat, membaca Al-Qur'an, membaca kitab Agama, sibukkan diri dengan program Agama, memakmurkan rumah Allah, merancang masa depan yang lebih hampir kepada taqwa dan muraqobah (hampir kepada Allah).

Jangan lupa juga merancang untuk beramal ibadah bagi 10 Muharram yang tak lama lagi. banyakkan membaca kisah para Nabi dan Rasul terutama kisah Nabi Nuh a.s. dengan bahteranya. Ambil pengajaran dari kisah ini. Rancanglah untuk membina kapal taqwa bersama para ulama', pastikan anda berada dalam kapal taqwa, menaiki kapal taqwa, jangan ketinggalan kapal taqwa, ambil pengajaran dari orang yang tidak berada dalam kapal taqwa.

Hijrah hati dari malu jahiliyyah yang tak ketahuan. Buang lah malu berpakaian sunnah, malu pergi solat di Masjid, malu berkata benar, malu makan dengan tangan kanan, malu baca doa sebelum makan di hotel, malu buang air cangkung, malu jadi baik, malu membaca buku Agama, malu pergi ke gerai alat ibadah Islam dll. Ini semua penyakit orang munafik yang lantang memperkatakan Islam tetapi zahir tiada ruh dan syiar Islam.

Buanglah malu tersebut, gantikan dengan malu kepada Allah kerana bangun subuh lewat, tak sempat tahajjud, malu tak datang solat di Masjid, malu pergi pasar malam waktu maghrib, malu pergi sambutan Tahun Baru 2011 sampai lewat malam, malu berada di konsert, majlis ahli maksiat, majlis org kaya raya yg menunjuk-nunjuk dalam harta dan pakaian, malu berjumpa dengan ahli maksiat, malu berada di warung kopi berjam-jam sembang kosong berbau lucah, malu tonton panggung wayang, malu duduk 1 meja dengan bini orang makan tengahari waktu hari kerja, malu sembang dengan bini orang hal ehwal dalam selimut, malu duduk 1 bilik pejabat / 1 kereta dengan perempuan tanpa ditemani mahramnya tertutup pintu, malu tidak pakai kopiah semasa berjalan-jalan di luar rumah, malu tidak berjubah serban ketika solat dll yang diwarisi dari suhbah (berkawan) dengan orang soleh. Bukannya malu yg diwarisi dari suhbah dengan orang toleh (jahat - ahli maksiat).

Wallahu A'lam.

20 September 2010

TV = yuri mind control



Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah. Selawat dan salam buat Rasulullah s.a.w.

Hampir setiap rumah ada TV. Dianggap keperluan hidup terkini, seolah-olah manusia tak boleh hidup tanpa TV. Sebenarnya ia banyak keburukan dari baik, seumpama keris dicipta bbukan untuk memotong bawang. Disini saya kupas sikit tentang tv:

1. Hampir 90 % rancangan TV adalah maksiat. Pendedahan aurat wanita, rancangan muzik, hiburan, lawak cukup untuk melalaikan manusia.

2. TV akan memendekkan umur anda. Anda leka menonton, setiap hari brp jam yg kita bazirkan untuk menghadapnya. sedangkan kita sangat berkira-kira dengan imam yg membaca surah panjang ketika Maghrib dan Isyak. Tiba ajal, kita tidak sempat bersedia untuk menemui Tuhan Yg Maha Esa.

3. TV adalah dajjal. Suaranya sampai diseluruh pelusuk bumi. Dia bercakap dengan sesiappa yg menontonnya. Macam-macam (tipu daya) ada. Bukankah filem itu adalah cerita rekaan semata-mata dlm bhasa mudah ia adalah tipuan. Pelakon menipu penonton dgn melakonkan watak org alim dll.

4. TV adalah agen sihir Dajjal yg sangat halus. Walaupun dia menipu dgn filem, berita, drama, iklan dll, manusia tetap percaya dgn kata-katanya. Kalau saya bongkarkan bahawa tv adalah agen sihir dajjal, nescaya ramai yg tidak percaya dengan saya kerana telah termakan sihir dajjal. Kecuali org yg istiqomah dgn Al-Quran dan masjid.

5. TV menyebabkan ramai manusia meninggalkan masjid. Ramai yg tak kisah dgn masjid, tidak dtg solat jemaah 5 waktu disebabkan sibuk menonton TV. Bila penat tonton tv. Bila azan, baru nak rehat. Jawabnye tak gi masjid la.

6. TV menyibukkan hidup manusia. Masa saya kecil, tengah sujud, sy masih sempat lg tonggeng lihat kat celah kelangkang tv yg berada di belakang saya, program GABAN. Kdg-kdg saya rasa marah dgn ayah yg ajak solat time cerita GABAN nak start. Agaknya anak-anak muda zaman skrg pun mcm tu dgn cerita kartun di TV9.

7. TV sebenarnya alat mind control ala YURI (game red alert). Sapa yg lihatnya pasti akan berpaling dari ulama. kalau tak banyak, sikit pun kira berjaya lah dajjal yahudi yg control media TV.

8. ASTRO yg kita langgan adalah anak syarikat LION Club (saham terbesar Yahudi). hasil keuntungan akan disalur untuk bunuh org Islam di Palestin bagi merampas Baitul Maqdis. Bila para ustaz larang langgan astro, mrk pun mulakan channel OASIS supaya org masjid turut langgan. janji dapat duit, untung banyak, hantar ke tebing GAZA. Akhirnya semakin ramai yg langgan astro dan tak de duit nak korban di hari Aidil Adha (raya korban).

9. watak pokemon dan alien watak ganas dlm tv adalah wajah jin yg di import ke kaca TV. Kita akan marah jika nak kita buka channel yg tengah tayang kuil hindu dgn patung vishnu. (Vishnu sbnrnya adalah jin). Yg sbnrnya akan melemahkan kerohanian siapa yg melihatnya, bahakan akan timbul kasih pula terhadapnya. Akhirnya minda anak akan diset jd ganas bila besar kelak hasil asuhan tom n jerry, popeye dll.

Pakcik saya potong wayar TV bila anak-anaknya malas ulangkaji pelajaran. Akhir kata, hidup kita akan rasa lebih panjang, masa akan terasa banyak tanpa TV. hari yg panjang adalah hari tanpa tv. malangnya bila takde tv, nafsu ammarah kita akan cari alat lain pula iaitu HANDSET.

Wallahu A'lam. Hanya semata-mata limpah kurnia dan rahmat dari Allah Ta'ala.

20 August 2010

Demokrasi bukan Islam






Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah. Selawat dan salam buat Rasulullah s.a.w.

Sesungguhnya sistem pemerintahan yang diberkati Allah ialah apabila ia dipimpin oleh pemimpin yang soleh lagi bertaqwa.

"Dan sungguh telah Kami tulis didalam Zabur sesudah (Kami tulis dalam) Lauh Mahfuzh, bahwasanya bumi ini dipusakai hamba-hambaKu yang soleh." Surah Al-Anbiya': 105

Dalam sejarah Rasulullah s.a.w., Khulafa' Ar-Rasyidin, Khalifah Umar Abdul Aziz. Apabila Orang soleh tiada, muncul sistem monarki yang dinasihati oleh orang soleh seperti Sultan Zainal Abidin 3 yang dinasihati oleh Tokku Pulau Manis,

Lalu datang Yahudi untuk merosakkan sistem ini dengan memperkenalkan sistem baru untuk alaf baru, dunia baru iaitu sistem demokrasi.

Demokrasi adalah senjata Yahudi paling halus. Cuba renungkan perkara berikut:

1. Asal sistem politik sedia ialah monarki (beraja). Bila naik raja baik, baiklah agama rakyatnya. Bila naik raja zalim, tertindaslah rakyatnya. Tetapi hampir 1300 tahun (terakhir kerajaan Uthmaniyyah) sistem ini dikuasai dan dipusakai oleh raja/khalifah dikalangan org Islam. Di bawah sistem monarki Islam tersebar luas berkat nasihat dan tunjuk ajar oleh Ulama' yg mendampingi raja termasuklah raja-raja melayu.

2. Yahudi menjajah negara asing bagi merompak hasil bumi (emas, perak, besi dll) untuk mengkayakan eropah dan bagi membuat senjata api (kereta kebal, kapal perang, bom dll) bagi meluaskan lagi jajahannya. Ini disebut dasar imperialisasi.

3. Yahudi melepaskan negara jajahannya dengan memerdekakan mereka dengan syarat menggunakan sistem demokrasi atau republik yg tujuannya mengurangkan kuasa raja.

4. Yahudi memecahbelahkan masyarakat setempat melalui parti politik (kesedaran berpolitik) yg mana kawan akan jadi lawan bila tiba musim pilihanraya. Ikatan kekeluargaan juga hampir putus disebabkan perbezaan parti poltik.

5. Golongan liberal, sosialis, islamik di asingkan bagi mengenalpasti siapa yg menyekat Islam dan siapa yg mendokong Islam. Bagi memudahkan tekanan dan penindasan dibuat oleh boneka politik.

6. Rakyat dibodohkan melalui sekatan terhadap program ilmiah Islam, kuliah, ceramah hingga ramai yg tidak tahu apa kandungan ajaran Islam yg sebenar.

7. Apabila kesedaran Islam semakin berkembang, parti yg semi-sekular dipecahkan kepada 2. Yg asal nampak sama, yg baru nampak lebih profesional.

8. Pecahan ini di digabungkan pula dgn parti Islam yg mula mendapat pehatian. Tetapi malangnya parti Islam ini terpaksa akur dgn gabungan yg disertai dengan mengenepikan apa yg diperjuangkan selama ini iaitu hukum Hudud.

9. Akhirnya Yahudi berjaya menewaskan satu lg gelmbang umat Islam dgn menenggelamkan parti Islam di celah gabungan cebisan parti semi-sekular tadi.

10. Akhirnya hilanglah juga matlamat asal mrk iaitu "Islamic democration"/ Demokrasi Islam kerana mengikut acuan Yahudi iaitu sistem demokrasi. ia sebenarnya adalah seperti bermain catur/ chess. Masih dlm kawalan jari pemain (perancang politik).

Artikel lain tentang kerosakan demokrasi boleh di baca di sini

Wallahu A'lam. Hanya semata-mata limpah kurnia dan rahmat dari Allah Ta'ala.

23 July 2010

Berjimat untuk nafsu


Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah. Selawat dan salam buat Rasulullah s.a.w.

Hidup di dunia adalah sementara, sedangkan hidup di akhirat adalah kekal abadi. Tetapi ramai yg lupa dan leka.

Kisah 1:
Zaid (bukan nama sebenar) berumur 35 tahun, berpendapatan RM 3000. Setelah tolak semua keperluan hidupnya dengan gaya hidup berjimat, dia masih boleh menyimpan RM 1000 setiap bulan. Selepas beberapa tahun, dia berjaya menyimpan RM 30000. Lalu dia menggunakan RM 30000 untuk membayar deposit kereta Honda Accord dengan ansuran sebanyak RM 1100 sebulan.

Kawan-kawan sentiasa memujinya kerana bijak menyimpan, bijak membeli, ada gaya penampilan memandu kereta besar dll. Dia terus hanyut dengan pujian-pujian tersebut.

Persoalannya, adakah mereka bijak berbelanja untuk akhirat? Tidakkah dia akan di soal kemana dibelanjakan duit simpanannya itu? Mengapa tidak menunaikan fardhu Islam yg ke 5 (haji)? Brosur wakaf pembinaan masjid yg sampai di rumahnya diabaikannya dengan alasan "tak de duit". Apa yg terjadi kepada deposit keretanya setelah berlalu beberapa tahun?. Apa akan jadi jika dia mati dalam tempoh 5 tahun selepas membeli kereta itu? Bukankah duit itu akan hilang begitu sahaja.

Sebenarnya inilah gambaran hidup manusia akhir zaman ini. Buta akhirat.

Wallahu A'lam. Hanya semata-mata limpah kurnia dan rahmat dari Allah Ta'ala.

13 July 2010

Perempuan Yang Berpakaian Tapi Telanjang



علامات الساعة نساء كاسيات عاريات مقطع رائع للشيخ محمد حسان

Abu Hurairah (Radhiyallahu Anhu) narrates that Rasulullah (Sallalahu Alaihi Wasallam) has said, “Two groups from the inhabitants of Hell whom I did not see. People having flogs like the tails of the ox with them and they would be beating people, and the women who would be dressed but appear to be naked, who would be inclined (toward men) and make men incline towards them. Their heads would be like the humps of the bukht camel inclined to one side. They will not enter Jannah and they will not fragrance its scent whereas its fragrance would be smelt from such and such distance.

07 July 2010

SENAMAN IFRIT

عن أبي هريرة قال قال رسول الله صلى الله عليه وسلم صنفان من أهل النار لم أرهما قوم معهم سياط كأذناب البقر يضربون بها الناس ونساء كاسيات عاريات مميلات مائلات رءوسهن كأسنمة البخت المائلة لا يدخلن الجنة ولا يجدن ريحها وإن ريحها ليوجد من مسيرة كذا وكذا

(Rasulullah s.a.w. bersabda "2 golongan ahli neraka yang tak pernah aku lihat, kumpulan manusia yang memegang cemeti seperti ekor lembu, lalu memukul manusia (zalim), dan perempuan yang berpakaian tetapi telanjang yang cenderung dan mencenderungkan (menarik perhatian) orang lain, rambut mereka seperti bonggol unta, mereka ini tidak akan masuk syurga dan tidak akan mencium baunya walaupun baunya boleh dicium dari jarak sekian, sekian (500 tahun perjalanan-dalam kitab Muwatta Imam Malik) Hadith riwayat Muslim

Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah. Selawat dan salam buat Rasulullah s.a.w.

Akhir zaman yang serba moden dan canggih ini banyak aktiviti dirancang kononnya bagi tujuan kesihatan, kecergasan dan merapatkan ukhuwah sesama manusia. Tapi apa yg menyedihkan bila kita lupa Tuhan seterusnya mudah ditipu oleh nafsu jahat melalui rancangan jahat yahudi yang sangat halus iaitu SENAMROBIK.

Kalau ditanya kepada ustaz dan ustazah:
Boleh tak kita menari lelaki dan perempuan bersama-sama? HARAM!.
Boleh tak kita senaman lelaki dan perempuan bersama-sama? Boleh.
Boleh tak kita senamrobik? Apa tu senamrobik?
Ala... senaman mcm biasa je. Ok, boleh.

Tapi bila start senamrobik, ramai yg tak sedar ia sebenarnya mini disko yang dibuat ditempat lapang, tiada lampu kelap kelip, tapi ada musik yg rancak yang akan menggegarkan tubuh setiap orang yg mendengarnya. Musik yang akan menggerudi tubuh lelaki dan perempuan tanpa rasa letih dan jemu. Sambil menjamu mata melihat tubuh wanita lain bergoyang-goyang yg dibaluti baju dan seluar sukan yg ketat. Terkadang terbuka aurat apabila membongkok.

Susunan peserta tidak diambilkira. Kalau boleh lelaki dan perempuan bercampur lagi seronok. Perempuan senam kat depan.

Maka bertambahlah dosa mata setiap peserta. Malangnya terkadang ustaz dan ustazah pun ikut serta.

Tetapi senaman ifrit ini dibolehkan oleh ramai pihak atas alasan senaman kesihatan. Tetapi ingatlah bau syurga bakal diharamkan menciumnya jika masih degil dengan pemikiran dan budaya jahiliyah ini.

Wallahu A'lam. Hanya semata-mata limpah kurnia dan rahmat dari Allah Ta'ala.