21 March 2010

Malaikat Tarik Awan


Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah. Selawat dan salam buat Rasulullah s.a.w.

Di sekolah, kita di ajar bahawa tugas Malaikat Israfil ialah menurunkan rezeki.

Pada tahun 2002, teringat saya ketika bersembang dengan seorang pakcik yg baru pulang dari India urusan ziarah ulama & kesan sejarah Islam. Beliau menceritakan kisah sejarah seorang wali Allah di sana yg popular mengenai "batu menangis".

Kisah bermula apabila musim kemarau tiba berbulan-bulan lamanya. Hingga menyebabkan penduduk India ditimpa kelaparan. Pada suatu masa, seorang wali Allah terlihat di langit seorang malaikat sedang menarik serumpun awan yg mengandungi hujan. Lalu wali Allah itu pun berkata "wahai malaikat, turunkanlah hujan itu di sini".

Malaikat yg taat perintah Allah pun menjawab bahawa dia diperintahkan untuk menarik awan hujan ini ke Mesir untuk diturunkan di sana, bukan di India. Lalu berdoalah si wali Allah ini kepada Allah memohon diturunkan hujan di sini sambil menangis. Ketika itu seketul batu yg berhampiran sangat bersimpati dengan suasana hening itu, lalu ia pun menangis mengeluarkan air matanya.

Tidak lama kemudian, malaikat itu pun berkata "Sekarang Tuhan telah memerintahkan aku agar menurunkan hujan di sini". Lalu bersyukurlah semua makhluk atas berkat doa si Wali Allah itu.

Pengajaran:
1. Doa wali Allah dimakbulkan Tuhan.
2. Wali Allah mempunyai mata hati untuk melihat perkara ghaib seperti malaikat.
3. Batu adalah makhluk Allah yg kenal Tuhan, sedangkan ramai manusia tidak kenal Tuhan.
4. Malaikat sangat taat perintah Tuhan, tidak pernah ingkar. Sifat yg wajib dicontohi manusia.
5. Bila bala' turun, wali Allah pun sedikit-sebanyak merasai keperitannya.
6. Tiap hari kita lihat awan, tapi lupa ada malaikat yg menjaganya, menunjukkan kita buta mata hati.
7. Kita ditipu oleh saintis barat bahawa hujan turun secara semulajadi tanpa campurtangan Tuhan.

Wallahu A'lam. Hanya semata-mata limpah kurnia dan rahmat dari Allah Ta'ala.

04 March 2010

Umur semakin panjang @ semakin pendek?



Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah. Selawat dan salam buat Rasulullah s.a.w.

Jika ditanya kepada orang tua yang berumur 80 tahun soalan di atas, kebanyakan mereka akan menjawab "umur saya panjang, dah masuk 80 tahun".

Jarang jawapan yang diberi "umur atuk dah makin pendek".

Persoalannya ialah bagaimana kita melihat falsafah umur?. Jika ia dilihat dari sudut kepanjangannya maka akan terasa lama lagi aku akan hidup. Sekarang baru 40. Tahun depan 41, lagi 10 tahun lagi masuk 50 ........

Sebaliknya jika ia dilihat dari sudut saki-baki yang tinggal, maka "Umur aku semakin pendek, mati tetap akan tiba bila-bila masa, cuma aku shj yg tak tahu bila ketetapan itu akan berlaku". Sebabnya sekarang umur aku 40. kalau Tuhan telah tetapkan sejak azali aku mati umur 41 tahun, maka aku hanya ada 1 tahun shj untuk bertaubat dan panjatkan munajat.

Bila masuk tahun depan, aku hanya ada beberapa minggu lagi sebelum Izrail a.s. datang mencabut nyawaku. Duit dalam bank ada banyak, simpanan 50 ribu standard bagi orang 40-an. Tapi Haji belum lagi, nanti lepas pencen baru pergi Haji. Wakaf tak pernah pun sebab tak percaya dengan bendahari Masjid. Tiap bulan, takde pun sumbang 10% drp gaji kepada Agama Islam sebab duit lebih mesti masuk tabungan semuanya. Kawan-kawan sibuk nak tukar MPV mewah, downpayment mau ada lebih kurang 40 ribu. Tinggal 10 ribu, mana cukup nak pergi haji. Isteri nak ikut jugak,

Mana satu patut didahulukan???

Wallahu A'lam. Hanya semata-mata limpah kurnia dan rahmat dari Allah Ta'ala.

02 February 2010

Ta'aluk Sifat Qudrat & Iradat


Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah. Selawat dan salam buat Rasulullah s.a.w.

Allah Ta'ala telah sempurna zatNya. ZatNya yang Maha Esa tidak perlukan tambahan, pengurangan, keturunan ataupun kematian.

Berbanding manusia yang tidak sempurna kejadiannya = ada kuat (tetapi tidak sekuat badak sumbu), ada lemah, ada bijak (tetapi tidak boleh mengira rambut sendiri), perlukan keturunan (kerana perlukan kasih sayang), akan mati (jika umur 150 tahun akan terasa sunyi kerana rakan-rakan telah tiada).

Ta'aluk ialah kerja sifat/ bidang kerja sifat/ halatuju/ liputan.

Bermakna Ta'aluk Sifat Qudrat & Iradat ialah liputan kuasa dan kehendak Allah Ta'ala adalah ke atas apa. Bermakna Allah Ta'ala ada kuasa, dan kuasa Allah akan Dia gunakan untuk perkara apa. Ini yang akan diterangkan sebentar lagi.

Disini Ta'aluk Sifat Qudrat Allah Ta'ala adalah hanya ke atas "perkara yang harus" sahaja iaitu perkara mumkin (yg harus/boleh jadi ada atau boleh jadi tiada).

Tidak kepada perkara mustahil iaitu perkara yang mustahil telah ada / akan ada contohnya anak tuhan, ibubapa tuhan, tuhan lain. Bermakna mustahil Allah Ta'ala akan menggunakan kuasaNya untuk menjadikan anaknya, ibunya, bapanya, tuhan lain. Kerana perkara mustahil ini tidak dapat diterima akal yang waras akan kewujudannya. Takkanlah Tuhan nak jadikan perkara yg "mustahil ada".

Pegangan agama Kristian adalah sesat dan menyeleweng kerana menganggap tuhan berkongsi kuasa dengan anak tuhan (jesus) dan ruh qudus (jibril).

Begitu jugalah tidak ia berta'aluk kepada perkara "wajib ada" iaitu ZatNya Yang Maha Esa. Takkanlah Tuhan nak jadikan diriNya sendiri sedangkan diriNya telah sempurna sejak azali dan tidak perlu penambahan / pengurangan.

Wallahu A'lam. Hanya semata-mata limpah kurnia dan rahmat dari Allah Ta'ala.

28 January 2010

Jahil Murakkab


Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah. Selawat dan salam buat Rasulullah s.a.w.

Satu dialog pelik yg saya dengar beberapa minggu lepas ialah:

Si A kata: Ijmak ulama' mengatakan bahawa lafaz niat sebelum solat fardhu dalam bahasa melayu adalah tidak sah.

Si B kata: Saya ada sijil 4 thanawi tetapi saya tak tahu apa itu 4 thanawi.

Si A kata: Apa awak cakap ni? Kata ada 4 thanawi tapi 4 thanawi tu pun awak tak tahu apa kebendenya. Pelik.

Si B kata: Awak pun sama, pelik.

Si A kata: Kenapa?

Si B kata: Awak tahu apa makna ijmak ulama' ?

Si A kata: Ntah.

Si B kata: Ini namanya jahil murakkab. Diri awak sendiri tak tahu apa yg awak tak tahu. Tapi menyamar macam orang alim. Kalau dah tak tahu lebih baik diam. Takpayah lah jadi tikus baiki labu. Gigi dah la tajam, makin rosak labu tu nanti.

Si A kata: ?????

Wallahu A'lam. Hanya semata-mata limpah kurnia dan rahmat dari Allah Ta'ala.

23 January 2010

BEZA WAHYU - SUARA KETUHANAN


Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah. Selawat dan salam buat Rasulullah s.a.w.

Pagi tadi saya terbaca di website Madrasah Nurul Iman tentang suara hatif (suara ketuhanan). Anda boleh baca di alamat ini


"Wahyu ialah ialah kalam Allah yang diturunkan kepada Nabi Muhammad S.A.W. dengan perantaraan Jibril a.s.

“Suara Ketuhanan” adalah perkataan arab yang diterjemahan ke Bahasa Melayu. Perkataan arabnya adalah berbunyi “Hatif”. Hatif merupakan salah satu cabang daripada cabang ilham. Oleh kerana suara hatif itu menyuruh buat kebaikan tetapi yang menyuruhnya kita tidak tahu sesiapa maka kita nisbahkan ataupun idafahkan daripada Allah Ta’ala sebagai nisbah ataupun idafat tashrifiyyah."

Perbahasan seperti ini saya tidak dapati di universiti. Pernah sekali saya bertanya kepada pensyarah soalan yg mudah iaitu tentang:

1. Allah Ta'ala berkata tetapi tanpa huruf tanpa suara. Tetapi mengapa dalam Al-Quran ada huruf?

2. Allah Ta'ala berkata tetapi tanpa huruf tanpa suara. Oleh itu suara ketuhanan yg didengar oleh para wali Allah datangnya dari mana-siapa?

3. Haram mengubah Al-Quran. Tetapi dalam sejarah, mushaf Al-Quran telah banyak kali berubah cara penulisannya (khat kufi-khat nasakh-mushaf kaler).

Jawapan yg diberikan terhadap soalan 1:
-Wallahu a'lam.

Jawapan yg diberikan terhadap soalan 2:
-Wallahu a'lam.

Jawapan yg diberikan terhadap soalan 3:
- Haram mengubah Al-Quran bermaksud berdosa & ditegah kita dari mengubah bacaan & maknanya. Bermakna cara penulisan mushaf uthmani atau mushaf imla'ie (Quran Majid) atau diletakkan tanda titik, baris, kaler tiada masalah.

Tahap penguasaan ilmu di lembah ilmu pun masih rendah. Sebenarnya bangsa Melayu masih dikategorikan sebagai muallaf kerana ceteknya ilmu kami tentang Agama Islam. Inilah hasil dari sekatan dan tekanan yg diberikan ke atas golongan agama & ilmuan sejak pra & pasca merdeka. Melayu anggap mereka telah banyak ilmu dan sangat faham tentang agama Islam.

Bila datang isu tentang kalimah Allah pun, sudah kelam kabut. Termasuklah ustaz-ustaz yg terkenal. Itupun tidak dijadikan rujukan oleh pemerintah sebaliknya seorang menteri mengatakan semenanjung tidak dibenarkan penggunaannya manakala Sabah & Sarawak tidak mengapa.

Lalu dihentam pula oleh mahkamah kerana pandai-pandai buat kenyataan yg bercanggah dengan keputusan mahkamah.

Wallahu A'lam. Hanya semata-mata limpah kurnia dan rahmat dari Allah Ta'ala.

21 January 2010

Soalan Bodoh Yang Mengelirukan 1


Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah. Selawat dan salam buat Rasulullah s.a.w.

Umat Islam yg semakin jauh dari panduan Ilahi semakin terpengaruh dengan soalan-soalan yg diutarakan oleh nafsu ammarah yg berkecamuk dan otak logik yg terbatas serta ditambah pula dengan bisikan jin yg meng "confuse"kan manusia.

Soalan pendek
1. Dimana kubur Nabi Adam a.s.?
2. Siapakah yang mengesahkan ibadah kita?

Soalan panjang
3. Siapakah yang dapat memastikan wahyu yg diterima oleh Rasulullah s.a.w. adalah dari Allah Ta'ala.
4. Kenapa Islam menyuruh semua manusia memeluk agamanya dan mengatakan bahawa agama lain tidak benar dan membawa kerosakan.

Soalan mcm ini ada beberapa variasi yg membengongkan akal manusia. Jalan penyelesaian kepada persoalan bodoh ini adalah kembali kepada Allah Ta'ala dengan bermunajat minta petunjuk Tuhan dalam masa yg sama mesti ada ruhama' (kasih) kepada orang soleh serta ulama' yg muqarrabin.

Bagaimana persoalan hendak dijawab jikalau diri masih bergelumang dengan najis ego, takabbur, eksen, rasa pandai, perasan hebat, perasan betul padahal tak betul.

Anda takkan dapat dengar bahawa "Allah memerangi orang kafir" dari mulut pensyarah/pemimpin yg kufur. Yg ada pada mereka hanyalah semua manusia bebas memilih agama masing-masing dan semua agama tidak boleh mendakwa hanya agama mereka sahaja yg diterima Allah Ta'ala dan semua penganut agama layak dikurniakan syurga diakhirat kelak. Inilah tipu daya iblis.

Ucapan yg benar tidak datang dari hati yg kufur.

Wallahu A'lam. Hanya semata-mata limpah kurnia dan rahmat dari Allah Ta'ala.

15 January 2010

Keadilan Allah Ta'ala


Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah. Selawat dan salam buat Rasulullah s.a.w.

Alam ialah segala sesuatu selain Allah. Alam ini milik mutlak Allah Ta'ala. Allah Ta'ala bebas buat apa sahaja yang dikehendakiNya ke atas harta milikNya termasuklah ke atas malaikat, iblis, jin dan manusia.

Merenung atas kenyataan di atas, fahamlah kita bahawa segala nasib qada' dan qadar yang berkaitan dengan kita dan seluruh makhluk terletak di dalam kuasa dan kehendakNya secara mutlak. Baik-buruk, soleh-jahat, hensem-hodoh, cerdik-bahlul semuanya telah ditetapkan oleh kuasa dan kehendak Allah Ta'ala tanpa dipengaruhi oleh sesiapa.

Manusia jadi biadab apabila:

1. Buat baik, terasa terasa ada syer (bahagian/saham/campurtangan) dalam kebaikan yang dilakukannya iaitulah usaha. Sedangkan usaha tersebut hanyalah sandaran dari Tuhan ke atas kita untuk penilaian dan ujian iman didunia.

2. Bila buat silap, terasa ini semua telah ditaqdirkan oleh Tuhan. BUkan datang dari nafsu ammarah yg jahat lagi hina yang ada pada dirinya.

Padahal, jika difikir-fikirkan semula, sebenarnya yang mendorong kita ke arah kebaikan hanyalah Allah Ta'ala kerana limpahan kasih sayangnya. Dan yang mentaqdirkan kita melakukan kesalahan ialah kerana balasan Tuhan ke atas nafsu jahat-biadab kita yang tak kenal Tuhan, tak sedar diri, perasan ada syer, perasan pandai lalu lupakan kuasa,kehendak dan pertolongan Tuhan.

Kadang-kadang muncul bisikan pertanyaan dari nafsu ammarah ke hati manusia yg lalai ini "Dimana keadilan Tuhan, Dia telah mentaqdirkan aku menjadi orang jahat, buat maksiat, bergelumang dengan dosa sejak azali lagi-sebelum aku lahir".

Jawapannya ialah ADIL bagi TUHAN tidak sama seperti adil bagi pihak makhluk. Tiada tergambar kezaliman Tuhan pada makhluk kerana taqdir yang telah Dia tetapkan sejak azali kerana ALAM INI MILIK MUTLAKNYA. Bukankah makna keadilan ialah "meletakkan sesuatu pada haknya". Alam ini hak Allah.

Masalahnya sekarang nyawa masih dibadan, Tuhan masih lagi beri peluang kepada kita untuk bertaubat dan mengaku kebodohan diri, keceluparan mulut, kezaliman peribadi dll sifat kehambaan, kehinaan, kekurangan, kelemahan. APA TUNGGU LAGI? KENAPA MASIH LAGI RELAKS HISAP ROKOK DAN BERKHAYAL?. KENAPA MASIH NAK MEMPERTIKAIKAN TAQDIR YG MASIH BELUM DIKETAHUI AKHIRANNYA?.

INGATLAH!

Firman Allah Ta'ala:
لَا يُسْأَلُ عَمَّا يَفْعَلُ وَهُمْ يُسْأَلُونَ
[الأنبياء:23]
Tuhan tidak ditanya apa yang diperbuat sedangkan makhluklah yang akan ditanya apa yg dibuat didunia.

Baikilah Dzon (sangkaan) kita kepada Tuhan dengan memulakan niat yang baik-baik, hendak mencontohi para nabi, para rasul, para sahabat, para tabien, para ulama' solihin. Dari sinilah Tuhan akan dorong kita ke arah keredhoanNya. Sedikit demi sedikit kita akan dapati jalan perubahan ke arah terbentang luas. Sahabat yang baik dan menjaga agama muncul dalam hidup kita tanpa diduga. Semoga Tuhan mentaqdirkan kita bertemu dengan para kekasihNya didunia dan diakhirat. Amin.

Wallahu A'lam. Hanya semata-mata limpah kurnia dan rahmat dari Allah Ta'ala.