Assalamualaikum ustaz, saya ali dari jb.. Nak minta pendapat ustaz.. Sekarang ni saya sudah bercerai dgn isteri saya dah hampir 9 bulan stlh hdup bsama 1 thn 2bln. Sblm sy kawin sy berguru bljr fardhu ain yg asas,tauhid n tasawuf, tokguru sy psan supaya bljar d sbuah pondok d klntan. Dlm masa yg sma dia kata dia mimpi saya kawin. Slpas tu sy pn kluar mrantau, d hati ini t,tarik ke s,pura. Bkerja dcni n dan lpas tu kawin adik beradik yg carikn utk sy. Tp x shaluan akhirnya. Hati ni t,pendam impian sy utk mhabiskan sisa2 hdup dgn bljr agm n khdupan pondok n b,gaul dgn org soleh n alim ulama. Krn dgn cara ini shj yg mndkatkan diri sy dgn Allah. N cara ni shj yg dpt mjnakkan nafsu sy n mjga sgl pancaindera sy dr dosa. Yg masalahnya skrg ni adalah ttg nafkah.. Sy jd terikat ,sdgkan dcni tlalu byk cemar, godaan, gangguan yg smua itu mlmahkan iman sy. Jka 20 thn pn sy xkn dpt apa2dcni. Sy pula prlukn ilmu n ulama akhirat utk mbmbing sy. Adakah sy b,dosa jka x beri nafkah( isteri org kaya) krn memilih jln bljr agm utk mcapai makrifatullah dan redonya dgn jln sufi? Sy baca kitab imam ghazali mngatakan keutamaan utk jln Allah. Mnta komen ustaz. T,ksh
Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah. Selawat dan salam buat Rasulullah s.a.w.
wasalam, memilih jalan untuk mendekati Tuhan adalah sangat terpuji.
walaubagaimanapun tuan masih dalam maqam asbab (sebab musabab) yang
masih mengikat tuan untuk terus bekerja untuk mencari nafkah keluarga.
Jika orang yang dalam maqam tajrid, tiada masalah untuk tidak bekerja
seperti Maryam ibu kepada Nabi Isa yang dapat makanan dari langit.
قوله تعالى ( قال يا مريم أنى لك هذا قالت هو من عند الله إن الله يرزق من يشاء بغير حساب
ال عمران : 37
Tetapi tindakan tuan tidak bekerja dan belajar agama memungkin fitnah
/ ujian dari rakan dan saudara mara.
Walaubagaimanapun jika isteri tuan redha dengan suasana ini = tiada
masalah. Cuma perlu diingat selalu bahawa asal perangai nafsu ialah
sangat sukakan aman, rehat, bersantai dan hiburan. Rasa aman dari
tanggungjawab sbg muslim, rasa ingin rehat berpanjangan tanpa ujian
memungkinkan seorang abid terpedaya dengan telunjuk nafsunya atas nama
ibadah.
Lautan kerja yang penuh dengan gelombang maksiat dan ombak dunia yang
kuat mungkin ada hikmahnya untuk kita terus bertahan dengan karenah
dunia akhir zaman. Semoga Allah Ta'ala melipatgandakan anugerahnya
kepada orang yang sabar dari melakukan maksiat. Dan tentulah orang
yang duduk beribadah mengasingkan diri tanpa bekerja dapat menjauhi
maksiat dengan mudah dan ganjarannya pun tentulah tidak sama dengan
umat akhir zaman yang masih berjaya menjauhi maksiat walaupun hidup
dalam lautan manusia yang lalai.
Walaubagaimanapun saya tiada hak untuk menentukan laluan hidup tuan
kerana Allah Ta'ala lebih mengetahui apa yang baik untuk tuan.
Sentiasalah mohon kepadaNya taufiq (muafakat dengan redhaNya) dan
hidayah (petunjuk dan bimbingan hidup).
Wallahu A'lam. Hanya semata-mata limpah kurnia dan rahmat dari Allah Ta'ala.
10 June 2012
10 April 2012
Surat dari pembaca blog 3
Saya ada satu soalan yang dilema ini sudah bertahun di dalam diri saya dan saya bimbang pendapat peribadi ini salah di sisi ajaran agama. Persoalannya ialah:
Mana lebih utama: mendapat pahala membaca al-Quran dalam bahasa arab tanpa memahami maknanya atau membaca tafsir al-Quran untuk memahami maknanya tanpa mendapat pahala membaca al-Quran dalam bahasa arab
Beberapa penjelasan:
1. Ini bukan isu bagi orang yang menguasai bahasa arab tetapi ini isu bagi majoriti orang Islam yang duduk di negara bukan arab
2. Ia bukan isu bagi orang yang banyak masa untuk membaca al-Quran sambil membaca tafsirnya tetapi bagi kebanyakkan orang tidak cukup masa. Jika kita ingin mengikut nasihat Rasulullah “bacalah al-Quran dalam satu bulan…” nampaknya mungkin kita terpaksa memilih untuk membaca al-Quran atau tafsirnya. Tapi setiap kali saya membaca al-Quran saya tertanya-tanya apa gunanya khatam al-Quran setiap bulan tapi tidak tahu maknanya.
3. Kelemahan umat Islam kini adalah kerana al-Quran tidak menjadi panduan hidup. Bagaimana hendak ia menjadi panduan hidup kalau kita tidak memahaminya?
4. Tafsir al-Quran tidak 100% menepati maksud al-Quran tetapi lebih baik dari membaca al-Quran tetapi tak faham apa-apa.
5. Sangat pelik ahli agama tidak begitu berbincang tentang isu ini secara ilmiah seperti memberitahu “tugas memahami al-Quran serahkan kepada aku, kamu ikut sahaja apa yang aku cakap”. Ia seperti menggalakkan budaya taklid sedangkan keindahan Islam sepatutnya dirasai oleh semua orang.
Jawapan:
قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: اقرأوا القرآن فإنه يأتي يوم القيامة شفيعاً لأصحابه
Rasulullah s.a.w. bersabda mafhumnya: Bacalah Al-Qur'an, sesungguhnya ia akan datang pada hari kiamat memberi syafaat kpd pembacanya.
Membaca Al-Qur'an adalah ibadah dan diberi pahala jika ikhlas mengabdikan diri kerana Allah Ta'ala semata-mata.
Manakala memahami Al-Qur'an adalah tanggungjawab setiap muslim kerana dengannya hati akan menjadi suci dan bersih. Hukum-hakam (peraturan) syariat terdapat dalamnya mesti dipatuhi. Jika jahil akan di azab/disiksa.
Pentafsiran tentang Al-Qur'an telah ditulis oleh ulama' sejak zaman dahulu. umat Islam hanya perlu membeli kitab-kitab tafsir yg muktabar seperti Tafsir Jalalain/ Tafsir Qurtubi/ Tafsir Nasafi dll untuk dijadikan bacaan dan panduan dalam memahami Al-Qur'an.
Ikuti kuliah agama adalah sebahagian dari usaha memahami ayat Al-Qur'an melalui muzakarah (ingat-mengingati) dan munakasyah (perbincangan) dengan orang alim.
Wallahu a'lam.
09 April 2012
Surat dari pembaca blog 2
Saya tidak arif tentang ilmu agama, dan juga bukan seorang yang alim, jika tuan dapat menolong saya untuk jelaskan beberapa istlah, moga Allah memberi kebahagiaan pada ustaz hendaknya..
Jika sudi dijawab tuan, bleh saya tahu seringkas mungkin, apakah itu maksudnya istilah guru mursyid?
Dan apa maksud istilah ahluLlah?
Ceritakan perkara yang berlaku amat terperinci, saya tidak tahu bagaimana nak teruskan menulis, kerana tidak dpt jawapan apakah saya ini boleh dikategorikan....
Walaubagaimanapun, harap tuan dpt membantu,
Saya akan menunggu...
waalaikumussalam,
Guru mursyid ialah:
1. Dia semestinya pernah menjalani latihan kerohanian dibawah asuhan guru mursyid yg sah pertalian sanadnya dari Rasulullah s.a.w. bermakna dia ada guru dan gurunya ada nama yang boleh dihadiahkan pahala fatihah slps solat. dan gurunya itu mestilah orang yg pernah diasuh oleh wali Allah (guru mursyid juga). Maknanya tuan-tuan gurunya adalah orang yg bersambung sanadnya asuhan Islam kpd Rasulullah s.a.w.
2. Dia semestinya berjaya menjalani latihan kerohanian hingga berjaya menumpaskan nafsunya lalu mencapai muqarabah kpd Allah Ta'ala. Jika gurunya shj yg sampai, tetapi dia tidak sampai maka dia dikatakan sbg salik, bukan mursyid. walaupun sia belajar drp guru yg hebat tetapi kalau dia dpt hanya markah C maka tidaklah layak dia mengajar. hanya untuk dirinya shj.
AhluLlah ialah:
1. Kekasih Allah disebabkan ketinggian kehambaannya menghabiskan hidupnya dlm mengabdikan diri kpd Allah Ta'ala, menjaga hatinya sentiasa berzikir Allah....Allah...Allah... setiap detik dan saat sehingga menyebabkan dia dikasihi dan dicintai Allah Ta'ala.
2. Allah Ta'ala kasih kpdnya sehingga sanggup mengisytiharkan perang kpd sesiapa shj yg memusuhi wali Allah ini. Ini dapat dikesan apabila ada seseorang yg memusuhi wali ini maka hidupnya tidak akan tenteram dan sentiasa ditimpa musibah kerana memusuhi wali Allah.
wallahu a'lam.

Surat dari pembaca blog.
Surat dari pembaca blog.
Assalamualaikum....
Dulu saya belajar di perinkat diploma, saya hanya tinggal di surau kolej kerana kekangan kewangan.
Di surau menjadi tempat tinggal saya selama hampir 1 tahun, satu ketika dalam tahun 2006 saya terdetik hati ingin membeli kompas arah kiblat.
Sampai di surau kolej, saya letakkan, rupanya kiblat telah salah dipasang garisan karpet untuk saf.
Saya maklumkan pada beberapa pihak, namun ianya tiada ditiik beratkan pihak sepatutnya.tak lama kemudian saya pindah
Selepas saya graduan, lama hingga dalam tahun ini 2012 saya sempat berkunjung ke kolej itu, dan menuju ke surau untuk melihat tempat yg saya pernah berteduh,
Namun saya dapati garisan karpet telah di tukar pada arah yg saya pernah minta ditukar 6 tahun lalu....syukur hati saya.....
Pertanyaan saya pada ustaz....jika itu hasil jasa dari saya dapat membetulkan kiblat,
Kerana saya begitu terharu melihatnya....seakan ingin menitis air mata.....
Apakah ganjaran yg dijanjikan Allah, adakah Hadis dan Al-Quran ada menyebut tentang perkara itu jasa seperti itu....
Mohon jelaskan....
- From my IPad -
- Di Hantar dari IPad -
wa'alaikumussalam, terima kasih dan tahniah kerana berkhidmat kerana Allah. Cuma jangan ada dalam hati kita rasa ada syer (saham) slps buat kerana semua yg baik itu datang dari Allah Ta'ala.
يقول الله تعالى (وان تعدوا نعمة الله لا تحصوها ان الله لغفور رحيم ) النحل 18
jika engkau mengira nikmat Allah, nescaya tidak akan terkira banyaknya.
قال رسول الله صلى الله عليه وسلم (من دعا الى خيرا كان له من الاجر مثل اجور من تبعه
sabda Nabi s.a.w. sesiapa yg mengajak kpd kebaikan nescaya akan dapat pahala seperti orang yg membuat kebaikan yg dia anjurkan.

23 January 2012
Sifat manusia yang dilupai
Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah. Selawat dan salam buat Rasulullah s.a.w.
Sifat terpuji
Uzlah hati: Mengosongkan hati dari terpaut & terpesona dengan makhluk.
Zuhud : Tidak mahu dan tidak tolak takdir yang Allah Ta'ala tetapkan (tidak berangan-angan untuk dapat rezeki lebih dan tidak tolak rezeki yang Allah Ta'ala anugerahkan).
Tazallul : Rasa hina dihadapan Allah Ta'ala.
Tawadhuk : Rasa rendah diri kepada Allah Ta'ala.
Sedikit ketawa & banyak menangis.
Zauq : Rasa kemanisan iman.
Jazbah : Tarikan iman anugerah dari Allah yang menyebabkan peningkatan iman secara mendadak.
Sifat keji
Mengumpat: bercerita kisah benar tentang seseorang yang mana jika diceritakan kepadanya akan membuatkannya marah.
Fitnah : Mengadakan cerita yang tidak benar tentang seseorang samada dihadapan atau dibelakangnya.
Ujub: Rasa hairan diri tiada dosa.
Riyak: Meninggalkan amal ibadah kerana bimbangkan makhluk berkata itu ini.
Syirik: Mengerjakan amal ibadah kerana makhluk.
Cinta dunia & takut mati.
Kesimpulan: Adakah kita rasakan sifat yang terpuji semakin menebal dalam hati kita (peningkatan iman) atau sifat terkeji yang semakin menguasai hati kita? (kemerosotan iman).
Wallahu A'lam. Hanya semata-mata limpah kurnia dan rahmat dari Allah Ta'ala.
25 November 2011
Tarekat Al-Mujaddidiyyah Syria
Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah. Selawat dan salam buat Rasulullah s.a.w. Surat dari pembaca blog saya siarkan utk renungan bersama....
Wallahu A'lam. Hanya semata-mata limpah kurnia dan rahmat dari Allah Ta'ala.
SHAH ALAM 13 Ogos 2011 - Satu Tazkirah khas bersama Al-Syeikh Prof. Dr. Muhammad Abdul Latif bin Muhammad Soleh Al-Farfour di Dewan Solat Bawah MSSAAS selepas solat Asar berjemaah. Beliau telah tiba di MSSAAS sekitar waktu Zohor. Hampir 350 orang muslimin dan muslimat hadir mengikuti tazkirah ini. Program anjuran bersama Persatuan Ulama Malaysia (Cawangan Selangor) dan MSSAAS ini telah dipengerusikan oleh Ustaz Abdul Karim Omar, Pegawai Hal Ehwal MSSAAS.
Al-Syeikh Prof. Dr. Muhammad Abdul Latif bin Muhammad Soleh Al-Farfour merupakan salah seorang Anggota Tetap dan Setiausaha Agung Akademi Feqah Islam Antarabangsa (berpusat di Jedah), Presiden Akademi Ilmu Syria dan Rektor Universiti Pengajian Islam dan Arab, Syria. Program pada petang tersebut telah dimulakan dengan bacaan ayat suci Al-Quran diikuti lantunan Qasidah Burdah dan seterusnya tazkirah oleh Al-Syeikh Prof. Dr. Muhammad Abdul Latif bin Muhammad Soleh Al-Farfour. Tazkirah beliau telah diterjemah dalam Bahasa Melayu oleh Dr. Zulkifli bin Mohamad Al-Bakri.
Tazkirah pada petang tersebut membincangkan tentang Ilmu Tazkiyah dan berlangsung hampir 1 jam. Al-Syeikh Prof. Dr. Muhammad Abdul Latif bin Muhammad Soleh Al-Farfour telah bersama-sama imam-imam dan kakitangan MSSAAS sehingga jam 6.30 petang. Rakaman tazkirah ini boleh ditonton menerusi laman sesawang www.youtube.com
Tuan / Encik/ Puan / Saudara / Saudari
Tuan Guru, Al-Fadhil Al-Mursyid Prof. Dr. Muhammad Abdul Latif bin Syeikh Muhammad Soleh Al-Farfour Al-Hasaniyy , insyallah akan mengadakan majlis Liza dan biiznillah Bai’ah pada 8-9 hb Ogos 2011di Pondok Pdg Temu bemula jam 7.00 ptg – 10 mlm ( ini termasuk majlis hadrah , insyallah) . Anda di jemput hadir , keterangan sila lawat www.pmkt.com.my .

Secara ringkas biodata Tuan Guru Mursyid :-
Al-'Alim Al-'Allamah Al-'Arif billah Al-Murabbi Al-Mursyid, Al-Syeikh Prof. Dr. Muhammad Abdul Latif bin Al-Syeikh Muhammad Soleh Al-Farfour Al-Hasaniyy . Tuan guru dilahirkan pada tahun 1364H / 1944M di bandar Damsyik Al-Faiha’ dalam sebuah keluarga yang merupakan penduduk jati dan asal Damsyik. Keluarga tuan guru merupakan sebuah keluarga yang amat disegani dan terkenal dengan keilmuan, kehakiman dan kefatwaan sejak ratusan tahun.
Tuan guru menerima didikan ilmu agama secara talaqqi daripada ulamak-ulamak tempatan yang mulia-mulia. Hasilnya, tuan guru mempunyai beberapa ijazah keilmuan yang boleh dibanggakan daripada guru-gurunya itu. Ijazah yang paling besar ialah Ijazah daripada yang mulia bapanya, Ijazah daripada mantan mufti Syria, yang mulia al-‘allaamah Dr. Muhammad Abi al-Yusri ‘Aabidiin, Ijazah daripada sohibussamahah Mufti Maliki dan Ketua Perikatan Ulamak al-marhum asy-syed asy-syarif Muhammad al-Makkiyy al-Kattaaniyy, dan Ijazah daripada seorang ulamak hadith Mekah, Syeikh ‘Alwi ‘Abbas Al-Malikiyy (Bapa kepada AL Marhum Syeikh Mohamed Malki / Ahmad Maliki)
Al-'Alim Al-'Allamah Al-„Arif billah Al-Murabbi Al-Mursyid, Al-Syeikh Prof. Dr. Muhammad Abdul Latif bin Muhammad Soleh Al-Farfour Al-Hasaniyy Al-Dimasyqiyy merupakan salah seorang Anggota Tetap dan Setiausaha Agung Akademi Feqah Islam Antarabangsa (berpusat di Jedah), Presiden Akademi Ilmu Syria dan Rektor Universiti Pengajian Islam dan Arab, Syria.
Antara ulamak yang mengambil ijazah sanad daripada tuan guru adalah Ramai daripada ulamak-ulamak agung dunia yang berIjazah (mengambil Ijazah) daripada al-fadhil Syeikh, antaranya Syeikh Ahmad Al-Khaleliyy (Mufti Kesultanan Oman), Syeikh Profesor Dr. Bakar bin Abdulullah Abu Zaid (Presiden Akademi Feqah Islam Antarabangsa di Jeddah dan Timbalan Menteri Kehakiman Saudi), Syeikh Profesor Dr. Muhammad Said Ramadhan Al-Bouti, Syeikh Muhammad Kurayyim Rajih (Ketua Syeikh Ulamak Qiraat di Syam), Syeikh Profesor Dr. Muhammad bin Jum’ah As-Salim (Timbalan Menteri 1 Hal Ehwal Islam dan Wakaf di Abu Dhabi, Emiriah Arab), Syeikh Abdul Hamid bin Bakil (Kadi Besar Brunei), Syeikh Dr. Dalil Abu Bakr (Dekan Maahad Islam Masjid Paris, dan Dekan Universiti Paris), Sheikh Professor Dr. Wahbah Al Zuhaily (Syria)
Tuan Guru merupakan pemimpin Al-Madrasah Al-Rabbaniyyah Al-Mujaddidiyyah Al-Islamiyyah Al-Jaami’ah. Tuan Guru merupakan Ulamak Ahli Sunnah Wal jama’ah, yang bermazhab Hanafi dan bertariqah Al-Rabbaniyyah Al-Mujaddidiyyah Al-Islamiyyah Al-Jaami’ah. Al-fadhil Syeikh juga boleh mengIjazahkan semua jenis tariqah yang mu’tabar, termasuk 40 yang utama dan pecahan-pecahannya.
Wallahu A'lam. Hanya semata-mata limpah kurnia dan rahmat dari Allah Ta'ala.
04 November 2011
UFO menyerang bumi?
Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah. Selawat dan salam buat Rasulullah s.a.w.
UFO atau singkatan dari Unidentified Flying Object ialah objek terbang yg tidak dikenali identitinya. Ia wujud tetapi tidak dapat dibuktikan secara saintifik. Banyak pendapat dikeluarkan tentangnya. Dari sangkaan yang baik hinggalah sangkaan yang buruk. Namun teknologi canggih hari ini masih lagi tidak dapat mengesan UFO secara tepat apatah lagi menangkapnya. Oleh kerana itu, manusia yang sombong mencipta seribu alasan bagi menakutkan manusia tentangnya. berbagai filem direka bagi menyesatkan manusia tentang maklumat sebenar UFO.
Hakikatnya UFO tidak pernah membuat kacau dibumi ini. Jika benar ia makhluk asing yang hendak menakluki bumi, kenapa tidak mereka serang bumi sekarang?. Apa yang mereka cari di bumi dengan berlegar-legar diudara?
Bagi saya makhluk ini hanyalah satu makhluk yang digerakkan oleh Allah Ta'ala dengan izinNya tanpa dibatasi hukum fizik sebagaimana Allah Ta'ala mengizinkan istana puteri Balkis dipindahkan dalam sekelip mata. Tiada yang mustahil di alam ini jika dikehendaki Allah. Seolah-olah mereka bergerak kesana-sini memperlekehkan teknologi yang ada apada manusia yang kafir lagi sombong di mukabumi Allah ini.
Dengan sebab itu anda akan lihat banyak filem tentang alien atau makhluk asing yang menggambarkan kekuatan UFO. dalam masa yang sama tamadun barat yg sombong menipu manusia dengan berlagak seperti hero yang menyelamatkan bumi ini dari kerosakan makhluk asing ini (Alien).
Hakikatnya merekalah yang sebenarnya membunuh manusia di Iraq, Afghanistan, Palestin, Libya dll tanpa belas kasihan. pernahkah anda melihat UFO meletupkan bangunan sekolah yang mengandungi kanak-kanak?
Dalam peristiwa tenggelamnya kapal selam KURSK Russia, saya berpendapat ianya ada kaitan dengan UFO yang meninggalkan kesan lubang kemas disisi hadapan kapal tersebut. Tiada kesan pelanggaran biasa. yang ada hanyalah bangkai kapal selam yang pembinaannya diragui untuk tujuan apa?. kalau buat kapal Titanic besar dengan sombongnya didakwa ia tidak akan tenggelam, maka Allah Ta'ala telah membuktikan kelemahan mereka dengan hanya beberapa minit sahaja selepas pelanggaran dengan batu karang.
Anda boleh lihat sendiri UFO ini banyak berlegar di kawasan yang terjadi bencana alam. Bukankah sejarah mengatakan yang melipat bumi kaum Aad dan Thamud dilakukan oleh makhluk ciptaan Allah dengan izinNya.
Wallahu A'lam. Hanya semata-mata limpah kurnia dan rahmat dari Allah Ta'ala.
Subscribe to:
Posts (Atom)