08 December 2008

QASIDAH BURDAH vs NASYID MODEN

Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah. Selawat dan salam buat Rasulullah s.a.w.

Qasidah Burdah dikarang oleh ulama' Morocco iaitu Muhammad bin Said al-Bushiri (608 - 696H) abad ke 7 hijrah, beliau ditimpa lumpuh sebelah badan walaupun sehingga ramai doktor di zamannya berputus asa dari mengubatinya. Lalu beliau dapat ilham untuk mengarang sebuah qasidah (syair) yang memuji Rasulullah s.a.w. Dengan badan yang lemah, beliau mengarang sedikit demi sedikt hingga mencapai 161 bait (rangkap). Sebaik sahaja beliau tamat menulisnya, beliau tertidur dan bermimpi diziarahi oleh Rasulullah s.a.w. lalu baginda menyapukan tangannya yang mulia di atas badan imam al-Bushiri dengan selendang (dalam bahasa arab disebut "burdah").

Lantas beliau terjaga dan mendapati badannya telah pulih sihat seperti biasa seolah-olah tidak pernah ditimpah lumpuh. Itulah berkat qasidah yang memuji Rasulullah s.a.w. serta sahabatnya dengan gaya bahasa yang sangat indah dan berselawat kpdnya.

Ia menjadi amalan ulama' terutama apabila meraikan Maulidurrasul dan diadakan di dalam masjid. Ketenangan semasa majlis dijalankan dan kesan yang baik terhadap hati mengalirkan air mata ramai manusia yang mendengarnya. Ia dijadikan amalan pendidikan di pondok-pondok dan sebagai tawassul apabila ditimpa kesusahan. 

View Qasidah Burdah = http://www.youtube.com/watch?v=se9ST1VtuHM

Nasyid moden kebanyakannya dicipta oleh orang yang masih tunggang-langgang beribadah. Hati yang masih malu mempromosikan sunnah dan ibadah. Diiringi petikan gitar, seruling, keyboard, drum dan alat muzik yang biasa digunakan untuk lagu pop hasil berguru dengan ahli muzik rock dan bersahabat dengan mereka. Sudah tentu tidak akan dinyanyikan di dalam masjid dan ketenangan yang diperolehi hanya sementara dan melalaikan hati dari zikrullah.

Pernah sekali rakan-rakan saya ingin menubuhkan kumpulan nasyid. Setelah selesai berbincang dan bersetuju menubuhkannya dengan tidak semena-mena datang guru kami (merupakan seorang wali Allah) bertanya "Ada tak orang nak tubuhkan kumpulan nasyid?, kalau ada cakap kepada mereka bubarkan ia".

Seni dihargai hanya bila ia mendekatkan diri kepada Tuhan.

Wallahu A'lam. Hanya semata-mata limpah kurnia dan rahmat dari Allah Ta'ala.

2 comments:

  1. alhamdulillah..
    ustaz tahu..selame ni sy cume ade potongan separuh daripade lagu burdah ni
    sy nak tahu sgt ape tajuk lagu die
    sbb sy x tahu mase tu
    rupernyer lagu tu adalah daripade qasidah burdah ini
    tajuk lagu yg sy maksudkan tu
    Mawlay - mohamed al husayan
    alhamdulillah sekarang sy dah tahu dan sy dah download full song die
    =)

    ReplyDelete
  2. Ya, tetapi sesetengah manusia bersangka buruk terhadap qasidah ini. biasanya mereka terpengaruh dengan fahaman wahabi.

    ReplyDelete