Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah. Selawat dan salam buat Rasulullah s.a.w.
Di sekolah, kita di ajar bahawa tugas Malaikat Israfil ialah menurunkan rezeki.
Pada tahun 2002, teringat saya ketika bersembang dengan seorang pakcik yg baru pulang dari India urusan ziarah ulama & kesan sejarah Islam. Beliau menceritakan kisah sejarah seorang wali Allah di sana yg popular mengenai "batu menangis".
Kisah bermula apabila musim kemarau tiba berbulan-bulan lamanya. Hingga menyebabkan penduduk India ditimpa kelaparan. Pada suatu masa, seorang wali Allah terlihat di langit seorang malaikat sedang menarik serumpun awan yg mengandungi hujan. Lalu wali Allah itu pun berkata "wahai malaikat, turunkanlah hujan itu di sini".
Malaikat yg taat perintah Allah pun menjawab bahawa dia diperintahkan untuk menarik awan hujan ini ke Mesir untuk diturunkan di sana, bukan di India. Lalu berdoalah si wali Allah ini kepada Allah memohon diturunkan hujan di sini sambil menangis. Ketika itu seketul batu yg berhampiran sangat bersimpati dengan suasana hening itu, lalu ia pun menangis mengeluarkan air matanya.
Tidak lama kemudian, malaikat itu pun berkata "Sekarang Tuhan telah memerintahkan aku agar menurunkan hujan di sini". Lalu bersyukurlah semua makhluk atas berkat doa si Wali Allah itu.
Pengajaran:
1. Doa wali Allah dimakbulkan Tuhan.
2. Wali Allah mempunyai mata hati untuk melihat perkara ghaib seperti malaikat.
3. Batu adalah makhluk Allah yg kenal Tuhan, sedangkan ramai manusia tidak kenal Tuhan.
4. Malaikat sangat taat perintah Tuhan, tidak pernah ingkar. Sifat yg wajib dicontohi manusia.
5. Bila bala' turun, wali Allah pun sedikit-sebanyak merasai keperitannya.
6. Tiap hari kita lihat awan, tapi lupa ada malaikat yg menjaganya, menunjukkan kita buta mata hati.
7. Kita ditipu oleh saintis barat bahawa hujan turun secara semulajadi tanpa campurtangan Tuhan.
Wallahu A'lam. Hanya semata-mata limpah kurnia dan rahmat dari Allah Ta'ala.