
Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah. Selawat dan salam buat Rasulullah s.a.w.
Pagi tadi saya terbaca di website Madrasah Nurul Iman tentang suara hatif (suara ketuhanan). Anda boleh baca di alamat ini
"Wahyu ialah ialah kalam Allah yang diturunkan kepada Nabi Muhammad S.A.W. dengan perantaraan Jibril a.s.
“Suara Ketuhanan” adalah perkataan arab yang diterjemahan ke Bahasa Melayu. Perkataan arabnya adalah berbunyi “Hatif”. Hatif merupakan salah satu cabang daripada cabang ilham. Oleh kerana suara hatif itu menyuruh buat kebaikan tetapi yang menyuruhnya kita tidak tahu sesiapa maka kita nisbahkan ataupun idafahkan daripada Allah Ta’ala sebagai nisbah ataupun idafat tashrifiyyah."
Perbahasan seperti ini saya tidak dapati di universiti. Pernah sekali saya bertanya kepada pensyarah soalan yg mudah iaitu tentang:
1. Allah Ta'ala berkata tetapi tanpa huruf tanpa suara. Tetapi mengapa dalam Al-Quran ada huruf?
2. Allah Ta'ala berkata tetapi tanpa huruf tanpa suara. Oleh itu suara ketuhanan yg didengar oleh para wali Allah datangnya dari mana-siapa?
3. Haram mengubah Al-Quran. Tetapi dalam sejarah, mushaf Al-Quran telah banyak kali berubah cara penulisannya (khat kufi-khat nasakh-mushaf kaler).
Jawapan yg diberikan terhadap soalan 1:
-Wallahu a'lam.
Jawapan yg diberikan terhadap soalan 2:
-Wallahu a'lam.
Jawapan yg diberikan terhadap soalan 3:
- Haram mengubah Al-Quran bermaksud berdosa & ditegah kita dari mengubah bacaan & maknanya. Bermakna cara penulisan mushaf uthmani atau mushaf imla'ie (Quran Majid) atau diletakkan tanda titik, baris, kaler tiada masalah.
Tahap penguasaan ilmu di lembah ilmu pun masih rendah. Sebenarnya bangsa Melayu masih dikategorikan sebagai muallaf kerana ceteknya ilmu kami tentang Agama Islam. Inilah hasil dari sekatan dan tekanan yg diberikan ke atas golongan agama & ilmuan sejak pra & pasca merdeka. Melayu anggap mereka telah banyak ilmu dan sangat faham tentang agama Islam.
Bila datang isu tentang kalimah Allah pun, sudah kelam kabut. Termasuklah ustaz-ustaz yg terkenal. Itupun tidak dijadikan rujukan oleh pemerintah sebaliknya seorang menteri mengatakan semenanjung tidak dibenarkan penggunaannya manakala Sabah & Sarawak tidak mengapa.
Lalu dihentam pula oleh mahkamah kerana pandai-pandai buat kenyataan yg bercanggah dengan keputusan mahkamah.
Wallahu A'lam. Hanya semata-mata limpah kurnia dan rahmat dari Allah Ta'ala.