08 June 2011

Hai O - jual beli yang diredhai?







Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah. Selawat dan salam buat Rasulullah s.a.w.

وأحل الله البيع وحرم الربا
Allah Ta'ala telah menghalalkan jualbeli dan mengharamkan riba'. (Al-Baqarah:275)

Hadith Rasulullah s.a.w.

انما البيع عن تراض
Jual beli adalah redha meredhai.

Asas jual beli adalah pertukaran barang suka sama suka diantara manusia. Tetapi apabila ia dicemari dengan taktik kotor yang bertopengkan kata-kata indah dan psikologi yang jahat, maka jualbeli menjadi satu tiket untuk masuk ke neraka Allah Ta'ala.

Contoh: A memulakan ayat pukaunya dengan menarik perhatian B agar membeli penapis air yg berharga RM2000. B setuju (walaupun penapis air jenama lain boleh dibeli dengan harga RM600-1000. Lalu A pun memasukkan jarum ke-2 dengan membimbangkan B bahawa hidup kini semakin sukar untuk bergembira kerana kenaikan harga barangan. Oleh itu A mencadangkan agar B mengikutinya berniaga penapis air agar keuntungan yg bakal diperolehi akan dapat digunakan bagi mengikuti pakej bercuti di hotel-hotel di Malaysia. Atau menggunakan agama; "bila kita kaya kita boleh banyak bersedekah kepada Masjid".

lalu B pun setuju untuk berniaga. Masalahnya B tidak mempunyai modal yg cukup sebanyak RM20 000. A mencadangkan agar B membuat pinjaman berasaskan riba di bank. B tidak pandai membuat pinjaman. lalu A mengajar B mengisi borang dll urusan yg berkaitan termasuklah membawanya pergi ke kaunter Bank untuk menghantar borang.

Selang 2 minggu, A call Bank dan mendapati loan B telah diluluskan. A pergi kerumah B dan membawa B ke bank untuk mengambil wang pinjaman. Apabila pegawai bank mengeluarkan RM20000 ke kaunter, si A terus mengambil atas alasan untuk menjadikannya modal bagi B memulakan perniagaan penapis air. Si A berjanji akan membantu B menjual penapis air tersebut bersama-samanya. Seterusnya A menghantar B pulang kerumah beserta 10 unit penapis air.

Selepas seminggu, B tidak sedap hati kerana mengenangkan dirinya yg terpaksa membayar loan bank RM200 sebulan selama 10 tahun sedangkan satu unit penapis air pun tidak mampu dijualnya. Hatinya rasa tertipu lalu menghubungi A untuk mendapatkan bantuan menjual penapis air. Mulanya B menjawab dan menasihatkannya teruskan usaha, jangan patah semangat dalam berniaga dll kata motivasi yg dipelajarinya. Lama-kelamaan, telefon tak dijawab, pergi ke rumah A, A tidak buka pintu dll situasi yg mendukacitakan B.

Apa yg saya nak highlightkan di sini ialah:
1. Dimanakah jual beli yg diredhai antara A dan B?
2. Bukankah si A akan menggunakan taktik yg sama untuk memperdayakan mangsanya yg lain? dan dalam masa yg sama dia tahun bahawa dirinya telah menipu B dan membebankan hidup B.
3. Dimanakah hilangnya tolak-ansur dalam jual beli yg dirahmati Allah?

Hadith:
رحم الله عبدا سمحا إذا باع، سمحا إذا إشترى، سمحا إذا اقتضى، سمحا إذا قضى
Allah merahmati seorang hamba yang bertolak ansur ketika menjual, bertolak ansur ketika membeli, bertolak ansur ketika mengutip hutang dan bertolak ansur ketika membayar hutang.

Hadith:
من اقال نادما بيعته اقال الله عثرته يوم القيامة
Sesiapa yang melepaskan penyesalan orang dalam pembeliannya, nescaya Allah akan melepaskan ketelanjurannya kelak dihari kiamat.

Islam melarang umatnya menipu, membelit, mengelirukan pembeli. Bukankah si A telah mengelirukan si B dalam taktiknya sedikit demi sedikit hingga si B terjerat dalam hutang yang tidak sepatutnya dibebani.

Sedarlah wahai ustaz-ustaz serta ustazah-ustazah yang menyertai program perniagaan Hai-O, dimanakah amanah anda terhadap hak-hak umat Islam? Anda boleh berhujah dengan seribu macam hujah tetapi jauh dalam hati anda masih ada penyesalan kerana menipu dan memperdayakan saudara sesama Islam sedangkan anda hidup mewah dengan duit-duit komisyen dari downline yg anda perdayakan. Semoga kita semua dihidayahkan Allah jalan kebenaran dan diberi kekuatan untuk mengikutinya. Dan semoga kita semua ditunjukkan Allah jalan kesesatan dan diberi kekuatan untuk menjauhinya. Amin...




sila baca juga artikel ini
dan

Wallahu A'lam. Hanya semata-mata limpah kurnia dan rahmat dari Allah Ta'ala.