31 December 2008

DANA AKHIRAT



Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah. Selawat dan salam buat Rasulullah s.a.w.

Ertinya: Bahkan kamu lebih mementingkan kehidupan di dunia, sedangkan kehidupan di akhirat itu lebih baik dan lebih kekal.

Daripada ayat yang dibaca sebentar tadi Allah Ta’ala menceritakan keadaan sebahagian manusia, mereka lebih mengutamakan kehidupan dunia yang fana ini, sedangkan kehidupan akhirat yang kekal abadi sedikitpun tidak dihiraukan.
Perkataan dana sering kali kita dengar, di mana sahaja, samaada orang perseorangan ataupun agensi kerajaan dan swasta, berbagai-bagai cara dan usaha dilakukan untuk mengumpul dana, buah fikiran diperah, mesyuarat demi mesyuarat diadakan perjumpaan demi perjumpaan dilakukan, tujuannya ialah untuk mencari jalan bagaimana cara untuk mengumpul dana dengan sebanyak-banyaknya. Dengan adanya dana yang melimpah ruah, orang perseorangan, agensi kerajaan dan swasta akan tenggelam di dalam lautan angan-angan. Mereka menyangka segala kebaikkan dan kejayaan akan dapat diperolehi, namun begitu jarang sekali kita mendengar orang perseorangan, jauh sekali agensi kerajaan dan swasta yang memperkatakan dan berbincang tentang dana untuk Negeri Akhirat yang kekal abadi.

Tetapi bagi orang yang mempunyai iman dan akal yang waras mereka sentiasa berfikir siang dan malam bagaimana cara dan jalan untuk mengumpul dana akhirat yang kekal abadi, berbeza dengan dana dunia yang menjadi tempat persinggahan sementara.

Mereka mengambil sekadar keperluan sahaja.
Oleh itu pepatah syair ada berkata:

Makanan orang fakir apa yang ada *
Pakaiannya sekadar menutup aurat.

Berkata Imam Ghazali Rahimahullah: Dunia ini boleh diibaratkan seperti sebuah pulau yang penuh dengan beraneka permainan, keseronokan, keindahan, kecantikan, dan bekalan.
Dan manusia diibaratkan seperti penumpang-penumpang yang sedang belayar di dalam sebuah kapal untuk menuju kepada satu destinasi, maka kapal itu singgah sebentar di pulau itu supaya penumpangnya dapat mengambil bekalan dan mengumpul dana dengan secukupnya. Sebelum penumpang-penumpang turun ke pulau itu kapten kapal memberi penerangan kepada penumpang-penumpang supaya sentiasa ingat dan berwaspada ketika berada di pulau itu, jangan sekali-kali terleka kepada keindahan, kecantikan, dan keseronokan, tujuan penumpang-penumpang turun ke pulau hanyalah untuk mengambil bekalan dan mengumpul dana sebanyak mungkin yang boleh.
Para penumpang yang turun daripada kapal ke pulau itu ada tiga golongan:

1– Mereka yang turun serta sentiasa ingat dan berwaspada, matlamat tujuan mereka turun hanyalah untuk mengambil bekalan dan mengumpul dana, maka mereka berusaha bersungguh-sungguh mengumpul bekalan dan dana dengan sebaik-baiknya.

2– Mereka yang turun, kemudian terpukau dengan keindahan, kecantikan, keseronokan yang ada di pulau itu, mereka lupa matlamat tujuan asal mereka hanyalah untuk mengumpul bekalan dan dana kemudian apabila waktu kapal berangkat sudah hampir barulah mereka sedar dari kelalaian mereka.

3– Mereka yang turun kemudian terus terpukau dan leka dengan kecantikan, keindahan, keseronokan yang ada di pulau itu, mereka lupa selupa-lupanya matlamat tujuan mereka, keadaan begitu berterusan sehinggalah kapten kapal meniup wisel tanda kapal akan berangkat. Ketika itu barulah mereka sedar dan menyesal, matlamat tujuan mereka turun hanyalah untuk mengumpul bekalan dan dana bukan menikmati keindahan dan kecantikan pulau, tetapi kesedaran dan penyesalan mereka sudah tidak berguna lagi.

Begitulah keadaan manusia yang dihantar oleh Allah Ta’ala ke dunia ini, ada yang sentiasa ingat dan berwaspada matlamat tujuan asal mereka hanyalah untuk mengumpul bekalan dan dana. Ada juga golongan manusia yang dihantar yang pada mulanya leka dan terpukau dengan keindahan, kecantikan, dan keseronokan dunia, kemudian sedar sebelum datangnya kematian. Ada pula yang terus leka dan terpukau dengan keindahan, kecantikan, dan keseronokan dunia sehingga ajal datang menjemput mereka, ketika itu barulah sedar dan menyesal.

Wallahu A'lam. Hanya semata-mata limpah kurnia dan rahmat dari Allah Ta'ala.

30 December 2008

VIDEO ZIKRULLAH


Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah. Selawat dan salam buat Rasulullah s.a.w.

Para sahabat Rasullullah s.a.w. berzikir dengan suara yg kuat sehingga orang dapat tahu bahawa mereka telah selesai bersolat apabila mendengar mereka berzikir. Para sahabat juga berzikir dengan menggoyangkan badan seperti pokok yg ditiup angin. 

 Disini saya sambungkan kepada video klip yang mempamerkan suasana suara orang berzikir dikalangan ahli tarekat. Perkara ini telah biasa di dunia arab kerana telah datang sebelum ini ulama' sufi yang mempamerkan perkara ini dimata masyarakat.

Cuma di Malaysia ia masih baru. Cuma pada zaman Syeikh Muhammad Sa'id bin Jamaluddin al-Linggi (1875 -1926) sahaja yg berani dan ada kekuatan mempamerkan tarekat secara terbuka. Insya Allah, tak lama lagi perkara ini akan jadi biasa bagi masyarakat malaysia.

ZIKIR 1


ZIKIR 2


ZIKIR 3


ZIKIR 4


ZIKIR 5


Wallahu A'lam. Hanya semata-mata limpah kurnia dan rahmat dari Allah Ta'ala.

28 December 2008

NAFSU AMMARAH


Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah. Selawat dan salam buat Rasulullah s.a.w.

Semua manusia dilahirkan dalam keadaan tingkatan nafsu ammarah. Nafsu ini paling biadab dan tak kenal Tuhan. Pada awal kejadiannya, nafsu telah dihumban ke dalam neraka 400 tahun setelah ditanya beberapa kali tentang "siapa Aku, siapa engkau" oleh Tuhan. Nafsu yang biada menjawab "aku aku, Engkau Engkau". Sejahat-jahat iblis, dia kenal Tuhan, nak sesatkan anak Adam, dia mintak kepada Tuhan. Tapi nafsu amarah hanya usaha dan perasan.

Nafsu ini gemar dengan maksiat. Maksiat adalah rutin hidupnya. Kekufuran adalah sahabatnya. Kerana itulah jika orang Islam bernafsu ammarah akan rasa tenang duduk dalam majlis orang kafir dan bersahabat dengan mereka. (majlis maksiat spt konsert, joget, karaoke dll)

Nafsu ini suka loyar buruk dengan Tuhan. Lepas buat ibadah nak tuntut syurga kepada Tuhan, kononnya dia telah menjalankan ibadah yang fardhu tugas dengan bersusah payah dan layak diberikan pahala yg berganda-ganda. Sedangkan ibadah yg dilakukan bercampur lalai, riyak, ujub, hairan diri, ego, perasan dll maksiat hati.

Nafsu ini suka dengan benda yg busuk. Nafsu makan yg pelahap, cakap tak bertapis, lihat aurat orang lain, dengar nyanyian syaitan, langkah ke tempat maksiat dan melalaikan hati, syahwat yg tak terkawal seperti kucing yg menyebarkan air kencingnya ke banyak tempat.

Nafsu ini sangat gopoh ('ajalat). Bila timbul masalah, diselesaikan secara gopoh ikut andaian fikiran bukan dengan munajat kepada Tuhan. Lalu timbullah banyak krisis seperti bergaduh bertumbuk, saman menyaman, pembunuhan dan pengebom berani mati dll. Jauh sekali untuk menginsafi diri dan mengakui kesilapan diri.

Di akhirat tempat orang yang bernafsu ammarah adalah neraka yang menyala-nyala yg layak untuk mensucikan kekotoran hati dan kebiadaban nafsu.

Pengajaran: Ukurlah iman dan Islam anda dengan kayu ukur sufi, barulah layak untuk anda akui dah jadi orang Islam yg sejati dan dah beriman dgn keyakinan yg teguh. Janganlah buat andaian dan perasan dah Islam hanya dengan setitis ilmu dan sumbangan serta ibadah yg lalai dari mengingati Tuhan.

Wallahu A'lam. Hanya semata-mata limpah kurnia dan rahmat dari Allah Ta'ala.

27 December 2008

SYARIAT, TAREKAT, HAKIKAT


Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah. Selawat dan salam buat Rasulullah s.a.w.

SYARIAT: Segala hukum hakam yang Allah s.wt. wahyukan kepada Nabi dan Rasul. Syariat difahami oleh para ulama dengan cara belajar, kajian dan ijtihad.

TAREKATkita mengamalkan syariat dengan bersungguh-sungguh iaitu melakukan yang wajib, sunat sekadar mampu, meninggalkan yang haram dan makruh serta menjauhi yang sia-sia dibawah asuhan seorang a’rif billah sebagaimana para sahabat mengamalkan syariat dibawah bimbingan dan asuhan seorang arif billah yang paling sempurna dan agung iaitu junjungan besar kita Nabi Muhammad s.a.w. 

HAKIKAT: Terbuka hijab kepada perkara perkara ghaib (samiyyat) yg kita imani sebelum ini. seperti pengalaman dapat mencium bau syurga, melihat arasy Tuhan dll.

Contoh perumpamaan:

SYARIAT: Kita mendengar cerita orang ramai tentang bandar Kota Bharu, Kelantan. Di sana ada Masjid Muhammadi yg berusia ratusan tahun, ada pasar siti khadijah yg menempatkan ramai peniaga wanita, keropok lekor yang enak. Jalan menuju ke sana penuh liku dan berbukit-bukit. Perlu kenderaan yang "sihat" dan tenaga lebih untuk memandunya. (Semuanya berkisar tentang cerita dan pengalaman orang bagaimana untuk sampai ke sana dan apa yg ada di sana. Kadang-kadang kita dengar cerita dari orang yg tak pernah sampai ke sana)

TAREKAT: Kita mulakan perjalanan ke sana dengan menaiki kenderaan sendiri, memandu siang-malam, menempuh bukit, simpang, selekoh, hujan, panas dll untuk sampai. (Kita rasai sendiri kepayahan menempuh jalan berdasarkan petunjuk yg telah diberi oleh orang yg pernah sampai ke sana)

HAKIKAT: Kita telah selamat sampai ke Kota Bharu dan menyaksikan sendiri suasana, keadaan disana serta berjumpa dengan orang-orang disana. Dijamu dengan keropok lekor segar. (Penyaksian keadaan sebenar dengan mata kepala kita sendiri dan merasai dengan lidah mulut sendiri perkara-perkara yang sebelum ini hanya didengari dari orang yg pernah sampai di sini)

Ketika inilah kita akan tersenyum apabila teringat kembali kata -kata orang mengaku pernah sampai sedangkan gambaran yg mereka berikan sebenarnya hanyalah andaian dongeng logik otak mereka yg bernafsu ammarah.

Pengajaran: Ambillah agama dari para wali Allah yg telah berjaya mendekati Allah dan dibukakan hijab alam ghaib serta mempunyai bukti karomah (kemuliaan di sisiNya) bukan andaian kosong yg perasan dah beriman. Kamu takkan menyesal selama-lamanya.

Wallahu A'lam. Hanya semata-mata limpah kurnia dan rahmat dari Allah Ta'ala.

25 December 2008

SUMBANGAN KEPADA AGAMA


Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah. Selawat dan salam buat Rasulullah s.a.w.

Umur berlalu begitu sahaja. Kita hidup aman, makan lauk sedap, rasa senang dengan harta, kereta, rumah, tanah ladang, anak, isteri dan perniagaan yang sentiasa menyenangkan hati. Setiap hari memikirkan bagaimana caranya untuk menambah keselesaan hidup dan menceriakan hidup dengan keseronokan dan hiburan samada yg halal, yg haram, yg makruh atau yg sia-sia.

Sedikit sangat manusia yg ingin menyusahkan diri hadir ke masjid, membantu imam membersihkan masjid, mencantikkan halaman masjid dengan bungaan, mengelap habuk yg melekat di tingkap dll. Seolah-olah "masjid bukan rumah aku". Sedangkan Tuhan sentiasa menunggu kita menziarahi rumahNya agar Tuhan dapat kurniakan anugerah iman.

Sedikit sangat juga manusia yg ingin berkongsi kesusahan dan kepayahan dengan para Wali Allah untuk menyebarkan "cara hidup kesufian seperti yg Rasulullah s.a.w. tunjukkan".  Boleh saja para sahabat duduk diam dan biarkan Nabi seorang buat kerja menyebarkan agama dan membantu agama. Tetapi hati mereka bukan macam tu. Mereka sangat kasih kpd nabi. Setiap hati tak senang duduk diam, mereka memikirkan bagaimana untuk memudahkan manusia memahami Islam dan mendapat iman.

Jika kita mengaku kita mencintai para Allah Ta'ala, Rasululllah s.a.w. dan para  wali Allah, tetapi kita membiarkan perjuangan mereka tanpa sedikit pun risau dan kesian, bermakna kita belum lagi mencintai mereka. Layakkah kita berhimpun dengan mereka di Padang Mahsyar kelak serta mengaku "kami sebahagian dari tentera Tuan"? 

Sebenarnya jika kita kasih dan cinta kepada Rasulullah s.a.w. dan para wali Allah, kita perlulah bantu mereka mengembangkan lagi Islam dan meramaikan orang beriman dengan mengajak mereka beribadah.

Jika kamu membantu Allah, Allah akan membantu kamu dengan menguatkan iman kamu. Tuhan tak perlukan bantuan makhluk untuk hidup, berkuasa dll. Tetapi mafhum ayat Al-Quran tersebut mengajak manusia yg beriman agar membantu para Wali Allah (yg Tuhan lantik) menjalankan tugas mereka meramaikan orang yang beriman dengan mengajak mereka mendekati Tuhan. Jika kita buat tak tahu, Tuhan akan pilih orang lain yg ambil tahu dan menganugerahkan kepada mereka keteguhan iman.


Wallahu A'lam. Hanya semata-mata limpah kurnia dan rahmat dari Allah Ta'ala.

08 December 2008

QASIDAH BURDAH vs NASYID MODEN

Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah. Selawat dan salam buat Rasulullah s.a.w.

Qasidah Burdah dikarang oleh ulama' Morocco iaitu Muhammad bin Said al-Bushiri (608 - 696H) abad ke 7 hijrah, beliau ditimpa lumpuh sebelah badan walaupun sehingga ramai doktor di zamannya berputus asa dari mengubatinya. Lalu beliau dapat ilham untuk mengarang sebuah qasidah (syair) yang memuji Rasulullah s.a.w. Dengan badan yang lemah, beliau mengarang sedikit demi sedikt hingga mencapai 161 bait (rangkap). Sebaik sahaja beliau tamat menulisnya, beliau tertidur dan bermimpi diziarahi oleh Rasulullah s.a.w. lalu baginda menyapukan tangannya yang mulia di atas badan imam al-Bushiri dengan selendang (dalam bahasa arab disebut "burdah").

Lantas beliau terjaga dan mendapati badannya telah pulih sihat seperti biasa seolah-olah tidak pernah ditimpah lumpuh. Itulah berkat qasidah yang memuji Rasulullah s.a.w. serta sahabatnya dengan gaya bahasa yang sangat indah dan berselawat kpdnya.

Ia menjadi amalan ulama' terutama apabila meraikan Maulidurrasul dan diadakan di dalam masjid. Ketenangan semasa majlis dijalankan dan kesan yang baik terhadap hati mengalirkan air mata ramai manusia yang mendengarnya. Ia dijadikan amalan pendidikan di pondok-pondok dan sebagai tawassul apabila ditimpa kesusahan. 

View Qasidah Burdah = http://www.youtube.com/watch?v=se9ST1VtuHM

Nasyid moden kebanyakannya dicipta oleh orang yang masih tunggang-langgang beribadah. Hati yang masih malu mempromosikan sunnah dan ibadah. Diiringi petikan gitar, seruling, keyboard, drum dan alat muzik yang biasa digunakan untuk lagu pop hasil berguru dengan ahli muzik rock dan bersahabat dengan mereka. Sudah tentu tidak akan dinyanyikan di dalam masjid dan ketenangan yang diperolehi hanya sementara dan melalaikan hati dari zikrullah.

Pernah sekali rakan-rakan saya ingin menubuhkan kumpulan nasyid. Setelah selesai berbincang dan bersetuju menubuhkannya dengan tidak semena-mena datang guru kami (merupakan seorang wali Allah) bertanya "Ada tak orang nak tubuhkan kumpulan nasyid?, kalau ada cakap kepada mereka bubarkan ia".

Seni dihargai hanya bila ia mendekatkan diri kepada Tuhan.

Wallahu A'lam. Hanya semata-mata limpah kurnia dan rahmat dari Allah Ta'ala.

02 December 2008

MATI SEBAGAI NASIHAT



Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah. Selawat dan salam buat Rasulullah s.a.w.

Cukuplah mati sebagai peringatan. Hidup di dunia sangat singkat. Ramai yang tidak sempat buat ibadah, derma, wakaf, korban, haji dll kebaikan. 

Jika kita baligh umur 15 tahun dan mati ketika 25 tahun. Kita hanya ada 10 tahun beribadah. Amat singkat berbanding umat Nabi Nuh, Ibrahim dan Musa a.s.  yang sempat beribadah ratusan tahun. Layakkah kita mendapat keampunan Tuhan dan nikmat syurga? Satu dosa yang Nabi Adam a.s. lakukan, baginda menangis 40 tahun.

Sebenarnya apabila kita mati, kita akan risau tentang amalan dan masa depan akhirat. Apa yang akan dijawab kepada Malaikat Munkar dan Nakir di dalam kubur. Apa yang akan dijawab tentang peruntukan masa 10 tahun yg diberikan hidup di dunia. Adakah tidak cukup?

Berlainan dengan apa yang berlaku kepada ahli keluarga dan waris kita. Mereka akan sibuk menguruskan mayat kita, mandi - kafan - solat - kebumikan, bimbang keadaan anak kita, harta yg perlu dibahagi-bahagikan, takaful yang perlu dituntut, kereta yang perlu diselesaikan pinjamannya. Apabila kita mati, kita takkan sibuk memikirkan tentang perkara tersebut sebab urusan itu telah jatuh ketangan waris kita.

Andaian kita hendaklah dibetulkan. Jgn jadi seperti orang tua-tua yang sibuk pikir "Kalau aku mati siapalah yg akan tinggal di rumah aku ni, tak sempat aku nak lihat anak dara aku kahwin, tak sempat aku timang cucu dll". Tidak ada penyesalan di hati tentang amalan yg masih sedikit, hati yang masih kotor, dosa yang menggunung dan masih belum diampunkan. Seeloknya ketika sihat hendaklah kita banyak takut Allah (dengan menangis) daripada banyak harap (harap masuk syurga tanpa ibadah).

Wallahu A'lam. Hanya semata-mata limpah kurnia dan rahmat dari Allah Ta'ala.

29 November 2008

SANGKA BAIK


Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah. Selawat dan salam buat Rasulullah s.a.w.

Sangka buruk adalah sebahagian daripada dosa. Poligami (kawin lebih dari satu) dibenarkan dalam Islam. Tetapi bagi ahli tarekat peringkat awal, mereka ditegah melakukannya. Poligami akan melalaikan mereka dari melakukan ibadah, menambah bimbang terhadap rezeki, menjadi hijab di alam ghaib.

Walaubagaimanapun, bagi orang yang muntahi (tinggi kerohanian) seperti Rasulullah s.a.w. ada ramai isteri, Syeikh-syeikh besar dalam satu-satu masa ada 4 isteri. Ini bukanlah menunjukkan kekuatan nafsu, tetapi ia adalah kekuatan rohani dan kesempurnaan iman mereka (sunnah Rasulullah s.a.w.). 

Kebiasaannya bakal isteri (muda) mereka akan dapat alamat seperti mimpi yg baik, dengar suara dari langit dll yg menunjukkan dia akan berkahwin dengan syeikh sebagai isteri ke-2, 3, atau ke-4. Malah ibadah mereka tidak terjejas, segala nafkah dapat dipenuhi dan tidak ada tuntutan cerai atau tidak puas hati dalam rumah tangga mereka.

Janganlah kita sangka buruk terhadap Rasulullah s.a.w. yang amalkan poligami. Baginda tidak buat sesuatu melainkan ia arahan dari wahyu Tuhan. Lalu orang mukmin menerimanya dengan hati yang terbuka. Orang munafik menerimanya dengan sangka buruk dan cakap belakang.

Berlainan jika kita berpoligami kerana nafsu. Kata-kata akan jadi semakin lucah. Kopi tongkat ali jadi kegemaran. Manusia akan hilang respect (hormat) kerana ia dilakukan dengan campuraduk nafsu yang biadab dengan Tuhan.

Wallahu A'lam. Hanya semata-mata limpah kurnia dan rahmat dari Allah Ta'ala.

23 November 2008

MUJAHADAH LAWAN NAFSU


Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah. Selawat dan salam buat Rasulullah s.a.w.

Selepas 400 tahun nafsu dibenam dalam neraka, barulah nafsu akui keTuhanan Allah Ta'ala. Nafsu amarah ini sangat biadab dan sentiasa jadi tunggangan iblis melemahkan iman manusia.

Nafsu Ammarah ialah nafsu yang segala pemikiran, sangkaan , andaian, pandangan dan tindak tanduk manusia yang membelakangkan Allah S.W.T.

Nafsu amarah sangat subur bila diberi makanan perut dan syahwat (jimak). Bila kuat makan, syahwat akan turut kuat. Lalu banyak berjimak tetapi tidak cukup. Untuk cari perempuan tambahan duit perlu juga ditambah. Jadilah ia tamak dan rakus dengan duit. Jadilah matlamat utama hidup ialah pemantapan ekonomi. Sibuklah ia mencari duit dengan penipuan, rasuah, komisyen dll.

Semua tipu daya nafsu ini dituruti hinggalah tenggelam ia dalam kehidupan dunia yg penuh tipu daya.

Kerana itulah kitab-kitab tasawuf menganjurkan agar memecahkan nafsu syahwat, bukannya menguatkannya. Walaupun ia halal, ia tetap dihisab dan ilmu mukasyafah terhijab dengan sebab itu. Sepatutnya kita malu bila minum kopi tongkat ali bukannya bangga bila minumnya.

Wallahu A'lam. Hanya semata-mata limpah kurnia dan rahmat dari Allah Ta'ala.

22 November 2008

BUMI MILIK ALLAH


Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah. Selawat dan salam buat Rasulullah s.a.w.

Manusia pertama yg tinggal di planet bumi ialah Nabi Adam a.s. yg merupakan hamba Allah yg beragama Islam, yg paling tawadhuk dan taat pada zaman itu. Tuhan ajar nama pokok, alat, benda dll yg terdapat di bumi dan cara menggunakannya. (rujuk surah al-Baqarah). Bukannya seperti yg org kafir faham, manusia dgn sendiri belajar melalui akalnya.

Bermakna, bumi ini telah diamanahkan oleh Allah ta'ala kepada hambaNya yg merupakan orang Islam. Pada zaman Nabi Nuh a.s., Tuhan telah binasakan orang kafir kerana keingkaran mereka menyembah Allah. Begitu juga pada zaman Nabi Luth a.s., Nabi Saleh a.s, Nabi Musa a.s.

Sepatutnya kita berusaha meramaikan orang Islam, mengalunkan azan, memperbanyakkan masjid di bumi Allah ini. Bukanlah mengurangkan masjid, menghalang dakwah Islam, menyerahkan urusan org Islam kpd org kafir.

Janganlah kita segan @ malu mempromosikan Islam, sunnah Nabi, syiar Islam kerana bumi ini Tuhan wariskan kpd hambaNya yg mukmin. Bukannya seperti yg diajar oleh ahli sejarah Inggeris bahawa penduduk nusantara asalnya beragama hindu / buddha. (bukti Islam bertapak awal dinusantara  : http://sejarahnagarakedah.blogspot.com/ )

Wallahu A'lam. Hanya semata-mata limpah kurnia dan rahmat dari Allah Ta'ala.

21 November 2008

ALLAH WUJUD


Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah. Selawat dan salam buat Rasulullah s.a.w.

Allah Ta'ala bersifat wujud. Iaitu ADA dan TETAP ADA. Wujud yang hakiki. benar-benar wujud yang tidak tergambar akan ketiadaanNya. Wujud dengan Zat tanpa jasad, anggota dan jisim. Tanpa arah dan tempat. Wujud sejak azali iaitu tanpa permulaan. Wujud yang kekal tanpa akhiran.

Manakala makhluk ialah selain Allah. makhluk wujud bukan hakiki. wujud majazi iaitu sementara, kejap ada-kejap tiada. Wujud seperti ilusi, fatamorgana dan bayang-bayang yang boleh lenyap, hancur, fana' pada bila-bila masa. Tidak kekal kewuudannya

Ia wujud seperti bayang-bayang pokok di permukaan sungai. ia tidak dapat halang sampan yang lalu disepanjang sungai. Seperti bayang-bayang pokok yg panjang tetapi kabur pada waktu pagi, pendek ditengahari, panjang & jelas pada petang tetapi hilang pada waktu malam.

Pengajaran: Kita sebenarnya tiada. Hanya AllahTa'ala sahaja yg ADA. Kewujudan kita hanya bergantung pada pinjaman nyawa, jasad dan kuasa yg terhad dan sementara. SEDARLAH!!! Tidak ada apa yg boleh kita banggakan. 

Wallahu A'lam. Hanya semata-mata limpah kurnia dan rahmat dari Allah Ta'ala.

20 November 2008

BAKAL HERO AGAMA


Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah. Selawat dan salam buat Rasulullah s.a.w.

Setiap juara dunia samada tennis, motor GP, F1, dll dididik untuk jadi juara sejak kecil dengan latihan yg cukup rapi dan padat. Bila dewasa mereka menggegarkan dunia dengan kejuaraannya.

Begitulah juga dengan agama. Imam al-Ghazali suruh kita jadikan ibadat sebagai adat agar ia meresap dalam kehidupan anak-anak kita hinggalah ia jadi asing jika ditinggalkan. adat inilah yg perlu dikendong bersama agama yg dijunjung.

Wali Allah yg hebat biasanya muncul dari asuhan sejak kecil dengan kualiti amalan agama yg sangat tinggi. 

Bila anak kecil diasuh solat 5 waktu dimasjid, berpakaian jubah serban, bertahajjud dan bertugas sebagai bilal, lalu bila besar, tentu dia akan ingat apa yg sering dilakukan sejak kecil.



tentulah akan terkesan dlm sejarah hidupnya. 
Wallahu A'lam. Hanya semata-mata limpah kurnia dan rahmat dari Allah Ta'ala.

17 November 2008

BELAJARLAH PERKARA BAIK


Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah. Selawat dan salam buat Rasulullah s.a.w.

Hati manusia sangat terkesan dengan apa yang dipelajari dan dilihat setiap hari.

Jika kita sentiasa belajar perkara yang baik, kita akan selalu mengingati perkara baik tersebut, lalu disebut-sebut dalam hati dan terngiang-ngiang dalam ingatan. Akhirnya membina motivasi untuk melakukan perkara baik tersebut. Tentulah perkara baik didapati dari orang yang baik.

Contoh, jika kita belajar bagaimana untuk memperbaiki akhlak dan amalan diri, lantas kita jumpa apa yang perlu kita baiki, ia akan terpendam dalam lubuk hati untuk melaksanakan pembetulan diri tersebut.

Begitulah juga jika kita belajar dan lihat perkara yang sia-sia / buruk. Hati akan sibuk memikirkan perkara tersebut lantas terdetik juga untuk melakukannya. 

Contohnya, kita belajar cara senamrobik, lalu terdetik untuk jadi pakar senamrobik akhirnya bawa kepada gemar berjoget. Lantas membina angan-angan untuk menari di kelab malam yang lebih mencabar aksinya.

Dalam tasawuf, kita diajar mengosongkan hati dan menyibukkan diri mengingati Allah Ta'ala. Lantas kita akan sentiasa memikirkan cara yg terbaik mendekatiNya. Akhirnya meringankan tulang mengerjakan ibadah. 

Janganlah memikirkan keburukan orang lain kerana ia akan membuang masa kita menyibukkan diri mengingati Allah Ta'ala.

Wallahu A'lam. Hanya semata-mata limpah kurnia dan rahmat dari Allah Ta'ala.

11 November 2008

MOTIVASI REMAJA


Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah. Selawat dan salam buat Rasulullah s.a.w.

Ustaz suka memberi nasihat buat remaja. Ini kerana usia remaja ustaz telah ustaz habiskan dengan mujahadah, membuang nafsu, membersihkan hati, di kelas tumpu kepada pelajaran, di rumah tumpu kepada ibadah dan ulangkaji. 

Ustaz tidak pernah ketepikan pelajaran demi beribadah. Setiap hari ustaz berselawat 1000 kali (500 pagi - 500 ptg), SPM ustaz dapat 13 agreget. 

Bila kita berselawat, akal kita jadi cepat matang dan bijak kerana hati yang bersih tempat turunnya rahmat dan pedoman dari Tuhan. 

Cuma bagi remaja yang bijak, yang dianugerahkan akal gred A, ustaz harap dapat ceburkan diri dalam bidang agama. Agama Islam perlukan pendokong dari golongan bijak pandai agar Ia dapat dipertahankan maruah dan dikembangkan tafsirannya keseluruh alam.

Bagi remaja yang Tuhan kurniakan akal gred C, jangan susah hati bila dapat keputusan SPM pangkat 2 / 3. Rezki anda telah Tuhan tetapkan sejak dalam rahim ibu lagi. Anda seharusnya belajar kemahiran sehingga jadi pakar. Pakar masak, pakar welding, pakar, menjahit, pakar bertukang, pakar baiki enjin, pakar pasang jubin dan cermin rumah dll.

Cuma pastikan anda makan makanan yang halal lagi suci agar anda tidak jadi pemalas dan jahat.
 
Wallahu A'lam. Hanya semata-mata limpah kurnia dan rahmat dari Allah Ta'ala.

10 November 2008

UJIAN KEROHANIAN


Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah. Selawat dan salam buat Rasulullah s.a.w.

Nafsu yang terendah adalah nafsu amarah. Untuk meningkat ke tingkatan nafsu lawamah dan seterusnya kita perlu lalui 10000 ujian. Kerana itulah kita perlukan guru mursyid dan rakan seperjalanan (satu tarekat) yang membantu kita menghadapi saat-saat genting ujian.

Semakin kita hampir kepada Allah Ta'ala, semakin berat ujian yang dihadapi. Hinggalah kita hancur hati kepada Tuhan. Tenggelam dalam lautan kebesaran Tuhan. Akui keagungan Tuhan yg menyusun setiap peristiwa.

Setiap peringkat nafsu ada ujian.  Selagi kita masih hidup, selagi itulah ujian akan ada. 

Lebih-lebih lagi jika anda sedang mendekati Auliya' (Wali Allah) atau mula berjinak-jinak dengan tarekat. Ini kerana syaitan amat benci dengan perjalanan ini sejak dahulu kerana ia umpama kilang / sekolah  yang mengeluarkan orang soleh dan wali Allah.

Pohonlah perlindungan dari Tuhan, umpama anda meminta tolong dari tuan anjing. Anda tidak akan berdaya melawan anjing melainkan anjing itu ditenangkan oleh tuannya.

Wallahu A'lam. Hanya semata-mata limpah kurnia dan rahmat dari Allah Ta'ala.

07 November 2008

Ada apa di masjid?


Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah. Selawat dan salam buat Rasulullah s.a.w.

Antara adab mendekatkan diri kepada Allah ialah melazimkan solat berjemaah di masjid @ surau. Terlalu banyak ayat Quran dan hadith yang menyentuh tentang mengimarahkan masjid. Saya kerap berulangkali baca tulisan khat ayat Quran di sebuah masjid yang bermaksud "Sesungguhnya orang yang memakmurkan masjid-masjid Allah hanyalah orang yang beriman kepada Allah" hingga saya faham akan suruhan perenggan ayat ini. Takkanlah masjid nak diziarahi oleh orang munafik & kafir. 

Alasan yang paling kuat bagi saya solat berjemaah dan mengikuti program di masjid ialah di masjid ada "pengampunan" dan tempat turunnya rahmat (kasih sayang) Allah Ta'ala. Bagi saya yang sudah berusia ini, tidak ada apa yg lebih berharga dari keampunan dari Tuhan sekelian alam. Jika Nabi Adam a.s. bertaubat menangis 40 tahun kerana satu dosa, apatah saya yang lemah, hina, jahil lagi banyak dosa.

Ibadah saya banyak tertumpu kearah mendapat keampunan Tuhan. Jadi, apa sahaja amalan yang Rasulullah s.a.w. sarankan, saya cuba usaha utk laksanakan, tanpa peduli apa orang lain nak kata.

Bagaimana kita hendak mendekati Tuhan kalau rumah Allah pun kita tak kunjungi, tidak beri sumbangan, tidak pedulikan. Sedangkan Tuhan sebenarnya suruh kita kunjungi rumahNya untuk dapatkan belas kasihanNya. 

Saya sempat ziarah masjid Sultan Salehuddin al-Ayyubi di Mesir. Istana dan kuburnya disebelah masjid. Begitulah cintanya baginda terhadap masjid. Rumah ustaz saya di Terengganu pula bersambung dengan surau. Indahnya menjadi jiran Allah Ta'ala.

Wallahu A'lam. Hanya semata-mata limpah kurnia dan rahmat dari Allah Ta'ala.

06 November 2008

PAKAIAN KEHAMBAAN


Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah. Selawat dan salam buat Rasulullah s.a.w.

Dalam syahadah kita bersaksi, Nabi Muhammad s.a.w. adalah Rasulullah (hamba Allah yang paling taat melaksanakan suruhan Tuhan) - sebagai ikutan, contoh, guru dan pembimbing dalam kehidupan. Untuk itu kita harus mengikuti 100% peribadi, sifat, pakaian daln perbuatan baginda hinggalah jelas dimata manusia bahawa kita adalah pengikut Rasulullah s.a.w.

Jika anak didik akademi fantasia ada lambang mereka, budak punk ada stlye rambut mereka, artis wanita melayu ada identiti mereka. Begitulah sewajarnya kita mempromosikan diri kita adalah pengikut, umat dan pembantu Rasulullah s.a.w. Hinggalah ahli maksiat akan menjauhkan diri dari kita dan amat ketara perbezaan antara kita dan mereka. Begitulah seharusnya.

Sebenarnya pakaian jubah, serban, janggut, kurtah (jubah pendek) adalah pakaian kehambaan (hamba Tuhan), pakaian yang mendidik hati menjadi pengikut Rasulullah s.a.w., lambang orang soleh, syiar Islam sepanjang zaman, pakaian yang menunjukkan kita tunduk dan tawadhuk (rendah diri) pada kegemaran Tuhan. Semua ini akan membantu kita disayangi Tuhan.

Walaupun kita masih belum layak menjadi orang soleh, bila kita memakai fesyen pakaian seperti  mereka, ia jadi tanda bahawa kita bersungguh-sungguh nak layakkan diri menjadi sebahagian dari mereka. Begitulah halnya dengan peminat bolasepak yg membeli jersi Manchaster United yang berharga RM 120 sehelai. Harap-harap dapat jadi hebat seperti pasukan tersebut walaupun si kaki bangku. Mafhum sabda Nabi s.a.w. "Siapa yang menyerupai sesuatu kaum, maka dia adalah sebahagian dari mereka"

Jika kita memakai kopiah putih, hati terasa hina kerana orang ramai asyik memerhatikan kita. Atau rasa malu kerana terasa terasing seperti makhluk asing dari planet Marikh. Atau rasa ketinggalan zaman atau ditipu nafsu dengan alasan; tak pakai kopiah kerana ingin berdakwah kpd ahli maksiat. Sebenarnya hati kita sedang sakit diselubungi cinta dunia dan takut mati. lalu ia buta akhirat.

40 langkah kita keluar dari rumah tanpa menutup kepala (memakai kopiah) dicop munafik disisi tasawuf.

Penyelesaiannya, teruskan mengamalkan pakaian sunnah, pakaian kehambaan, pakaian orang yang patuh-tunduk-rendah diri kepada Tuhan sekelian alam, sementara kita masih diberi peluang hidup.

Wallahu A'lam. Hanya semata-mata limpah kurnia dan rahmat dari Allah Ta'ala.

PERMULAAN PERJALANAN KESUFIAN



Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah. Selawat dan salam buat Rasulullah s.a.w.

Mulakan perjalanan kesufian anda dengan 
1. Melihat keburukan diri & menghina diri dihadapan Tuhan dan memperbaiki kelemahan itu
2. Mengosongkan hati dari dunia, memasukkan rasa kehebatan Tuhan kedalamnya.

Apabila anda sibuk lihat keburukan diri sendiri, anda akan sibuk membetulkannya. Mafhum firman Allah Ta'ala "Wahai orang-orang beriman, peliharalah diri kamu serta ahli keluarga kamu dari api neraka". 

Tetapi jika anda sibuk membetulkan orang lain, anda akan lalai dari menemui kelemahan diri dan alpa dari membetulkannya. Jika di hospital, tentu pesakit tidak ada masa merawat penyakit orang lain kerana dia sedar, penyakit yang dialaminya lebih utama dirawat agar segera sembuh.

Penyakit hati kita perlu rawatan segera dari tenaga pakar iaitu guru mursyid yang berpengalaman.

Bila anda mula menghina diri, anda akan buang segala kemegahan dan sedia terima teguran dari sesiapa bahkan dari seekor anjing yang menyalak. Ketika itu, sedarlah diri bahawa anjing menyalak disebabkan diri kita yang penuh najis maknawi. Bukannya memarahi anjing tersebut.

Hati perlu dikosongkan umpama bekas yang tidak ada air didalamnya. Dengan itu anda akan redha dengan setiap taqdir yang telah Tuhan susun utk diri anda. Anda akan lihat Tuhan telah menyusun sesuatu untuk mendidik anda mengenal DiriNya, perbuatanNya dan sifat-sifatNya. 

Sikap Cerewet akan membutakan hati melihat hikmah sesuatu peristiwa lalu membelakangkan Tuhan dalam setiap tindakan. Anda sebenarnya mengkritik perbuatan Tuhan dalam tidak sedar.

Saya biasa alami perkara ini sejak mula beramal dengan amalan tarekat. Tasbih saya akan hilang apabila saya lalai dari berselawat. Saya temui duit sebagai ujian ketulusan hati. Saya dapat berkenalan dengan kawan yang baik, membantu saya beribadah. Apabila barang saya hilang, sedarlah bahawa saya masih kurang bersedekah.

Semua pengalaman ini menguatkan lagi keyakinan saya terhadap perjalan kesufian yang membantu saya menjadi hamba dan mendekati Tuhan.
 
*Najis maknawi = sifat mazmumah (riyak, takabbur, penipu, hasad dll)
Wallahu A'lam. Hanya semata-mata limpah kurnia dan rahmat dari Allah Ta'ala.

03 November 2008

GURU MURSYID (Ep.2)


Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah. Selawat dan salam buat Rasulullah s.a.w.

Pada zaman Syeikh Abd Qadir Jilani, banyak tarekat dikendalikan oleh guru mursyid yg belum layak memimpin. Hasilnya, banyak kecacatan yg zahir contohnya guru mursyid yg mencukur janggut.

Bila Tuhan bangkitkan Syeikh Abd Qadir Jilani, beliau berusaha memperbaiki keadaan, hingga banyak tarekat ditutup kerana masalah kelayakan.

Mentol tidak akan menyala jika wayar elektrik tidak bersambung dengan fius utama. Fius utama juga tidak ada elektrik tanpa kabel yang bersambungan dengan pusat janakuasa elektrik. Mentol umpama murid, fius umpama guru mursyid dan pusat janakuasa elektrik umpama Rasulullah s.a.w. iaitu punca segala cahaya. Begitulah perumpamaannya.

Anda boleh lihat gerakan Al-Arqam yg banyak menggunakan agama utk kepentingan nafsu syahwat, dapatkan kemewahan harta, bercampur aduk dengan amalan silat kemegahan, jauh dari memecahkan nafsu syahwat,  zuhud terhadap dunia, tawadhuk dlm tindak-tanduk dll.

Kelayakan ada tanda. Antaranya:
1. Kasyaf (terbuka hijab - dapat lihat tembus ke alam malaikat - bukan setakat alam jin shj)
2. Karomah (perkara pelik yg membuktikan kemuliaannya disisi Tuhan)

Ramai manusia dpt lihat alam jin dan berpuas hati dengan ibadahnya. Lalu terhijab setakat itu shj. sedangkan perjalanan kerohanian Wali Allah haruslah berterusan dengan pembukaan demi pembukaan.

Ramai guru mursyid yg tiada karomah tetapi cerita karomah diada-adakan oleh pengikutnya bagi meyakini kelayakan gurunya.

Ramai tokoh ulama semasa dicop sebagai wali Allah sedangkan mereka tidak pernah memimpin tarekat, mengambil sanad tarekat, apatah lagi memperjuangkan tarekat. Lihat sendiri di Malaysia. Siapa yg mempertahankan tarekat? Siapa yg menghabiskan masa ceramahnya memberi faham masyarakat tentang tarekat? Siapa yang berusaha menyatukan fikrah manusia melalui jalan tazkiyatun nafs (penyucian hati)?

Yang ada hanya syok sendiri dengan ilmu zahiriah, kemegahan berceramah & tafsiran dari nafsu amarah.
Wallahu A'lam. Hanya semata-mata limpah kurnia dan rahmat dari Allah Ta'ala.

02 November 2008

GURU MURSYID (Ep.1)


Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah. Selawat dan salam buat Rasulullah s.a.w.

Dalam perjalanan mendekati Allah, kita perlukan guru mursyid yang telah sampai kepada Allah. Jika 20 tahun kita telah berbai'ah tetapi masih lagi belum pernah mengalami zauq (kemanisan ibadah), tarikan jazbah (getaran hati) atau terbuka mata hati (dapat melihat malaikat), maka kita perlu kaji samada:

1. Kita belum bersungguh-sungguh ikuti tarekat atau
2. Guru tarekat kita belum capai nafsu Rodhiah (Yang melayakkan dia membimbing manusia).

Hari ini ramai orang mengaku telah mengikut tarekat berpuluhan tahun tetapi solat fardhu dilewatkan, pakaian jubah, serban, janggut sunnah tidak diamalkan, perkara sia-sia masih jadi amalan harian, sembang kosong-tonton tv berjam-jam, rokok masih dimulut walaupun hujah Al-Quran, al Hadith sering diucapkan, makan nasi 2 pinggan, bahasa dan isyarat lucah jadi kebiasaan.

Yang ada hanyalah hujah ilmu falsafah ketuhanan yang menjadi kebanggaan bila berdebat dengan ustaz dan masyarakat awam. Ini semua mencacatkan pemandangan, tanggapan masyarakat terhadap tarekat.

Guru musyid yang mempunyai kelayakan harus dicari agar masa, umur, amalan kita dapat dimanfaatkan. Ia tidak berada disetiap negeri, negara, kepulauan. Jumlah mereka mengikut kehendak Tuhan. Yang pasti, mereka sedang memimpin tarekat secara besar-besaran. Bukan 2-3 orang.

untuk itu, kita disarankan memohon sungguh-sungguh kepada Tuhan agar dikurniakan guru mursyid yang berkelayakan, yang telah berjaya memimpin beberapa org muridnya yg senior mendekati Tuhan (capai nafsu mutmainnah).
Pohonlah dengan doa dan amalan bukan dengan perasan dan andaian.
Wallahu A'lam. Hanya semata-mata limpah kurnia dan rahmat dari Allah Ta'ala.

PETUA SUARA BERSIH


Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah. Selawat dan salam buat Rasulullah s.a.w.
Suara yg bersih, jelas, merdu dan indah dapat menggalakkan kita kerjakan ibadah "bacaan". Sebutan yg seperti ini dapat menusuk hati pembaca dan hati pendengar. Oleh itu, kita digalakkan menjaga suara agar bila kita zikir, lambat penat.
Agar bila alunkan selawat, air mata mengalir. Bila azan, menyentuh hati pendengar. Bila jadi imam, tajwid dapat dijaga. Dan yg penting bila malaikat dengar, mereka memujinya dihadapan Tuhan lalu diampuni dan dirahmati pembaca tersebut.

Untuk itu,

1. Hidung perlu disedut air, kemudian dibuang melalui mulut setiap kali sebelum berwudhu' (istinsyaq) - sunat wudhu'.

2. Asam jawa dicampur air, kemudian ditapis hingga tiada sampah. Titiskan ke hidung setiap pagi. Lendir kotor akan keluar membersihkan saluran pernafasan.

3. Berus gigi setiap waktu solat fardhu (guna ubat gigi halal, suci)

4. Berus lidah (atau keruk dgn sudu) agar kurang lendir

5. Telan madu asli sebelum solat (jgn hisap, nanti kena kumur2 sblm solat) - dpt bersihkan suara

6. Mandi sunat taubat tiap kali sebelum solat fardhu
7. Jarakkan minum selepas 15minit makan agar nafas panjang

Semoga kita ada menyerupai orang soleh, menyerupai amalan mereka, walaupun kita belum jadi orang soleh.
Wallahu A'lam. Hanya semata-mata limpah kurnia dan rahmat dari Allah Ta'ala.

30 October 2008

SYAFAAT BAGI ORG YG BERSELAWAT

Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah. Selawat dan salam buat Rasulullah s.a.w.

Dalam kitab Mukhtasar Raudhur Raiyahin (edisi melayu "Untaian Kisah Para Wali Allah") menceritakan seorang lelaki bertawaf mengelilingi Kaabah sambil berselawat tanpa berzikir dan bertahmid. Lalu Sufyan as-Sauri r.a. bertanya kepadanya hal itu. Dia menceritakan kisah ayahnya yg mati lalu mukanya menjadi hitam secara tiba-tiba.

Dlm kegelisahan tersebut, dia tertidur lalu melihat seorang lelaki yg tampan, gagah, bersih pakaiannya, harum baunya dan bersinar-sinar wajahnya dtg kpd ayahnya lalu menyapu tangannya ke muka ayahnya. Lantas, wajah ayahnya kembali seperti sediakala malah lebih bercahaya. Apabila ditanya, lelaki tersebut menjelaskan bahawa dia adalah Rasulullah s.a.w. yg datang memberi pertolongan kepada bapanya kerana bapanya semasa hidup sangat banyak melakukan perkara yg sia-sia. tetapi selalu membaca selawat.

Apabila tersedar dari tidur, lelaki itu melihat kembali muka ayahnya. Alhamdulillah, telah pulih seperti didalam mimpi.

Semoga kita dapat amalkan dan dikasihi Rasulullah s.a.w.
Wallahu A'lam. Hanya semata-mata limpah kurnia dan rahmat dari Allah Ta'ala.

29 October 2008

ASUHAN KENABIAN


Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah. Selawat dan salam buat Rasulullah s.a.w.

Zaman dahulu manusia yg ingin mendekati Tuhan datang kepada para Rasul dan Nabi. mereka hidup dan makan bersama-sama rasul hinggalah mereka benar-benar faham cara mendekati Tuhan melalui asuhan kenabian. Inilah dia maksud tarekat. Manusia meniru cara hidup rasul 100% hingga hati mereka dapat rasakan kewujudan Tuhan.

Zaman didikan rasul dan nabi telah berakhir apabila wafatnya Rasulullah s.a.w. Tanggungjawab ini disambung oleh asuhan kewalian iaitu para wali Allah dikalangan sahabat, tabien, ulama sufi, guru mursyid memainkan peranan mendidik manusia mendekati Allah.

Apa yg diperolehi Imam Ghazali setelah berguru dengan Yusof Nasaji adalah contoh asuhan tarekat.

Anda ingin mendekati Tuhan dengan membaca buku, kitab dan mendengar ceramah di TV? Lupakanlah. Sebenarnya hati kita akan lebih terkesan dengan galakan dan marah seorang guru mursyid yang hidup. Yang dapat kita lihat, dengar, terima respon dari apa yg kita sedang lakukan seharian.

Bergurulah dengan ahli muqarrabin (org yg dekat dengan Allah) yang masih hidup. Dia dapat menegur segala kesalahan yg anda lakukan kerana dia dpt lihat kesalahan tersebut dan dapat menegurnya. Sedangkan wali Allah yg telah meninggal dunia tidak dapat lakukan tugas mendidik ini kerana tugas mereka telah selesai.

Wallahu A'lam. Hanya semata-mata limpah kurnia dan rahmat dari Allah Ta'ala.

28 October 2008

JANGAN PERASAN (Ep.1)


Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah. Selawat dan salam buat Rasulullah s.a.w.

Akhirat nanti, ramai ahli ibadah terkandas dari memasuki syurga disebabkan 1 dosa syirik. Antara syirik yg boleh ada dlm hati manusia iaitu takabbur.

Sabda Rasulullah s.a.w. bermaksud "Tidak akan masuk syurga, orang yang di dalam hatinya takabbur seberat biji sawi"

Takabbur dikategori sbg syirik kerana ia membelakangkan kebesaran Tuhan. Lihat diri sendiri yg hebat, yg kuat ibadah, yg beri sedekah, yg kaya raya, yg pandai berbicara, yg cerdik akalnya dll. Lantas lupa bahawa segala-galanya adalah dtg dari Allah Ta'ala. Kehebatan itu dipinjamkan sementara utk diuji semata-mata didunia.

Dalam tarekat, kita disuruh buangkan segala perasaan hebat, pandai, kuat, berharta dll yg menghalang diri dari tawadhu', merendah diri dihadapan Tuhan, menghayati perasaan kehambaan.

Kosongkan hati, umpama pelakon dipentas dunia, umpama pena dihujung jari, umpama bayang-bayang kayu disungai yg tidak ada apa-apa kesan. hanya mengikut susunan Tuhan.

Kerana inilah ahli sufi bersungguh-sunguh membersihkan hati dari sebarang sifat ke"tuan"an dan menghiaskan hati dengan sifat ke"hamba"an. Inilah yg lebih utama.

Wallahu A'lam. Hanya semata-mata limpah kurnia dan rahmat dari Allah Ta'ala.

25 October 2008

PERGI KE ZAWIYAH


Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah. Selawat dan salam buat Rasulullah s.a.w.

Saya baru pulang dari sebuah surau. Biasanya setiap minggu saya berkunjung ke sana utk membersihkan hati. Jika selepas 40hari saya tidak ke sana, fikiran saya akan kusut berserabut.

Apa tidaknya, kehidupan hari ini sangat mencabar. Fikiran berserabut. Hatta dalam solat pun teringat macam-macam. Sebelum azan maghrib, kedengaran suara lelaki membaca alunan selawat yg syahdu. Lepas solat maghrib berjemaah, kami berwirid, kemudian berzikir "La ilaha illallah" dgn berdiri lebih kurang 20 minit hingga isyak. Alhamdulillah, kali ni tak terasa penat. mungkin kesan dari tahajjud pagi tadi atau mungkin saya dah nak mati.

Teringat saya kpd Hadith Rasulullah s.a.w. yg bermaksud "Jika kamu melintasi taman syurga, hendaklah kamu singgah. Lalu sahabat bertanya "apa itu taman syurga?". Baginda menjawab "Halaqah zikir".

Walaupun saya seorang ustaz, tetapi saya bukanlah ahli zikir, jauh sekali Ahlullah (wali Allah). tetapi saya hanya mampu datang dan menumpang majlis zikir para Ahlullah dan org soleh.

*zawiyah ialah sudut / tempat berkumpul ahli tarekat

Wallahu A'lam. Hanya semata-mata limpah kurnia dan rahmat dari Allah Ta'ala.

24 October 2008

TUGAS MENCUCI HATI


Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah. Selawat dan salam buat Rasulullah s.a.w.

Roh asalnya bercahaya. Bila ia masuk dalam jasad, ia jadi gelap disebabkan janin ketika itu menyedut darah dari dalam rahim ibu melalui uri. Itulah sebabnya hati manusia yang lahir asalnya gelap.

Sedangkan hati Nabi s.a.w. perlu dicuci dengan air zam-zam sewaktu kecil oleh Jibril, apatah lagi hati kita yang lahir dari keturunan yg bercampur aduk dengan dosa dan amalan kejinan.

Dari sebab itulah, tugas membersihkan hati adalah tanggungjawab semua. jika kita beribadah dengan tekun, rajin dan istiqamah tanpa ada niat utk membersihkan hati, jadilah ibadah kita tiada kesan terhadap hati.

Berapa ramai ulama', ustaz, ustazah, hafiz, hafizah, abid, abidah yg kita lihat amat komitmen dengan ibadah tetapi hatinya busuk. Suka mengutuk, memfitnah, mengeji, membatu apikan rakan dan terlibat dengan rasuah, gelapkan duit surau / pusat zakat walaupun setiap hari membaca Al-Quran, bertahajjud, berzikir, bersedekah, berceramah dll.

Kepincangan ini disebabkan hati yg belum suci dari sifat mazmumah. Kotor dengan nafsu amarah. Sebab itulah ulama kata "Jika tidak 2 tahun (Imam Abu Hanifah r.a. bersahabat dengan Imam Jaafar as-Sadiq r.a.) nescaya Nukman (Imam Abu Hanifah r.a.) mati dalam kehancuran". Alhamdulillah, 2 tahun terakhir hidupnya, beliau bersahabat dengan Imam Jaafar as-Sadiq r.a. utk menyucikan hati menempuh jalan kesufian, lalu berjaya. Alhamdulillah. Wa lillahilhamd.

Wallahu A'lam. Hanya semata-mata limpah kurnia dan rahmat dari Allah Ta'ala.

23 October 2008

KESUFIAN ADALAH ANUGERAH TUHAN


Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah, Selawat dan salam buat Rasulullah s.a.w. Tidak semua manusia dipilih oleh Tuhan untuk mengikuti jalan kerohanian (tarekat) dan menghayati kesufian sepertimana yang Rasulullah s.a.w. ajarkan, walaupun orang itu banyak jasanya terhadap agama. Kadangkala Tuhan uji dahulu hambaNya, samada nak dahulukan urusan dunia atau urusan akhirat.

Satu kisah contoh, ketika seorang ustaz yg banyak jasanya hendak pergi ke surau, tetapi saat itu dia dipanggil oleh bosnya, lalu dia mendahulukan urusan bosnya. maka ketika itulah dia gagal dlm tapisan awal utk mendapat kesufian. lalu dunia dan pangkat terhidang dihadapannya. Lulus dunia, gagal akhirat.

Tak perlu kita bahaskan siapa yg Tuhan pilih, kenapa Tuhan tak pilih org lain. Cuma kita disuruh menghayati siapa yg Tuhan pilih utk mengikuti jalan kerohanian ini.

Jika di istana, raja memberikan pingat kpd menterinya yg disukainya, padahal jika ditinjau tukang kebunlah yg sepatutnya dapat pingat kerana penat lelah menjaga halaman istana agar kelihatan indah. Itulah namanya "ANUGERAH" yg tidak mengenal siapa kerana ia hak mutlak Tuhan Yg Maha Bijaksana.

Jika anda mahu berjinak dengan tarekat, biarkanlah suara sumbang penentang tarekat berkata-kata.

Wallahu a'lam.

22 October 2008

AMALAN 40 HARI BERTERUSAN


Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah, Selawat dan salam buat Rasulullah s.a.w.

Permulaan perjalanan ahlullah ialah dengan selawat. Saya menggunakan istilah Ahlullah merujuk kepada perjalanan kerohanian para wali Allah yang telah mencapai redha Allah. Selawat ada banyak kelebihan.

Guru saya kata "si salik (org yg mula hendak berjalan mendekatkan diri kepada Allah) mesti bermula dgn selawat. Ini kerana jalan mendekatkan diri kepada Allah adalah dari Rasulullah saw.

Untuk menjadi mendekatkan diri kepada Allah, kita mesti mulakan dgn selawat kerana Allah sendiri dan para malaikatNya berselawat. Berzikir semata2 tanpa selawat, inshaAllah salik akan dapat membuang kecenderungan syahwat makan, syahwat tidur, jadi rajin beribadah, TETAPI salik tidak akan dapat membuang ego & sombong.

Ingatlah bagaimana iblis yg tidak berselawat itu jadi sombong. Jadi ringkasnya, berzikir dengan banyak TANPA berselawat ialah laluan utk jadi iblis. Manakala banyak berselawat dan banyak berzikir itu laluan utk jadi hamba Allah.

Berselawatlah sebanyak-banyaknya sehingga setiap bulu roma kita menghayati selawat itu. Yg membezakan antara Tok Wali dan tok sami adalah semata2 selawat.

Untuk permulaan mendapatkan kekuatan iman, kita perlu berselawat sebanyak 40 ribu selama 40 hari. Siapkan 500X selepas subuh & 500X selepas Asar setiap hari. Insya Allah sesuatu yang ajaib akan berlaku. Hati anda akan terpaut dengan Rasulullah s.a.w. dan para Ahlullah. Jalan mendekatkan diri kepada Tuhan menjadi mudah. Urusan dunia dipermudahkan.

Wallahu A'lam. Hanya semata-mata limpah kurnia dan rahmat dari Allah Ta'ala.
Wasalam.



SALAM PERKENALAN


Assalamualaikum wbt. Alahamdulillah, Alahamdulillah, Alahamdulillah, Selawat dan salam buat Rasulullah sallallahualaihi wasallam. Salam mahabbah, salam ukhuwah buat rakan-rakan sekelian. Insya Allah, blog ini saya khaskan untuk berkongsi maklumat tentang ilmu agama dan perjalanan hidup kesufian yang saya tempuhi setakat ini. Walaupun saya masih lagi dalam peringkat mubtadi (permulaan), Alhamdulillah, anugerah Tuhan yang tidak terhingga dan tidak disangka-sangka telah saya kecapi. Lantas membuatkan saya ingin berkongsi pengalaman tersebut bersama rakan-rakan sekelian.

Blog ini akan memuatkan asas ilmu fardhu ain (Tauhid, Feqah, Tasawuf) dan ilmu perjalanan kerohanian (Tarekat) serta pengalaman menempuhi hidup di dunia yang singkat ini. Saya harap rakan-rakan akan dapat sedikit sebanyak gambaran kasar tentang kehidupan seorang manusia yang cintakan Ahlullah serta rindukan perjalanan hidup Ahlullah. Juga tak lupa bagaimana seharusnya kita memahami perkara semasa yang telah diadun dengan ilmu tasawuf mengikut kacamata saya yang lemah, hina, jahil lagi banyak dosa ini.

Terlalu banyak perkara yang ingin sangat saya ketengahkan didalam blog ini. ia berdasarkan isi ceramah saya di surau-surau dan sekolah yang banyak menjurus ke arah menghalusi ilmu agama sepertimana agama yang difahami oleh para Nabi dan Ahlullah.

Dengan suasana penghayatan agama Islam yang difahami oleh banyak golongan, tingkatan masyarakat, kepartian, kemegahan dan bercampur aduk dengan kejinan, saya teruja untuk menampilkan bloq yang memuatkan kefahaman agama mengikut asuhan ulama sufi yang bertarekat Ahmadiah.

Saya belum bercita-cita untuk memperkenalkan diri dengan lebih mendalam kerana suasana kejinan yang bercampur aduk dengan "ajalat" serta gerakan wahabi yang sentiasa memerangi aliran sufi membuatkan para ahli sufi tidak menonjolkan diri dan suka menyendiri serta berdampingan dengan Tuhan Rabbul Izzati. Mereka seperti mutiara yang tersimpan rapi didalam tiram didasar laut dalam yang jauh dari kesibukan ombak dan ribut dipermukaan.

Sekian untuk perkenalan dari ustaz sufi. Wasalam.