Showing posts with label taubat. Show all posts
Showing posts with label taubat. Show all posts

21 June 2009

BASAR – MAHA MELIHAT


Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah. Selawat dan salam buat Rasulullah s.a.w.

Tuhan Maha Melihat segala apa yang ada di langit dan di bumi. Penglihatan Tuhan tanpa menggunakan alat melihat seperti mata atau lensa kamera. Dia Maha melihat apa yang jauh di angkasaraya atau yang dekat di muka bumi. Dia tetap dapat melihat anak semut yang berzikir di atas batu hitam dimalam yang gelap-gelita.

Penglihatan Tuhan tidak terbatas dengan masa, tempat, ruang, sifat, fizikal sesuatu makhluk. Malah Tuhan mampu memperlihatkan kembali apa yang berlaku pada zaman dahulu kepada hambaNya dengan mudah sepertimana Tuhan akan tayangkan semula apa yang kita lakukan di dunia ini di padang Mahsyar nanti.

Kasyaf (pandang tembus/terbuka hijab) adalah anugerah khas Tuhan kepada kekasihNya. Melalui kasyaf, Rasulullah s.a.w. dapat melihat keadaan manusia dizaman Nabi Adam a.s. diakhir zaman, di dalam kubur, di padang mahsyar, syurga, neraka. Hal-hal ghaib seperti jin, malaikat, syaitan, arasy, kursi dll semuanya merupakan jisim halus yang dapat dilihat jika ada “kasyaf”.

Setelah manusia kafir mendapat tahu rahsia ini, mereka pun mula membuat filem tentang “the six sense”, “time machine”, “kereta masa – back to the future” atau “laci mesin masa doraemon” dan yang latest “perjalanan minda - The matrix”.

Walaupun kekasih Allah dapat melihat peristiwa zaman dahulu atau akan datang, mereka tidak pula hendak mengubahnya melainkan mereka semakin tenggelam dalam menghayati kebesaran Tuhan yang menyusun segala-galanya.

Wallahu A'lam. Hanya semata-mata limpah kurnia dan rahmat dari Allah Ta'ala.

19 April 2009

TAUBAT


Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah. Selawat dan salam buat Rasulullah s.a.w.
Setiap manusia tidak terlepas dari melakukan kesalahan. Samada kesalahan kecil atau besar, kesalahan yg dianggap berdosa atau tidak berdosa. Malah dikalangan Nabi pun pernah melakukan kesalahan disisi Tuhan. Nabi Adam a.s. makan buah zaqqum, Nabi Yunus a.s.  meninggalkan kaum, Nabi Ibrahim a.s. bertindak sebelum wahyu turun, Nabi Zakaria a.s. meminta bantuan dari pokok untuk bersembunyi, Nabi Muhammad s.a.w. memalingkan muka dari Abdullah ibnu Maktum (orang buta) dan lain-lain. Walaubagaimanapun kesalahan yg dibuat oleh para Nabi dan Rasul ini adalah satu pengajaran kepada manusia agar mengaku salah dan bertaubat setelah sedar melakukan kesalahan.

Dalam Kitab "Hikam" oleh Ibnu Athaillah AsSakandari kalam bait ke 106 -107 menyebut:

Maksiat membuka pintu rendah diri dan rasa perlukan Rahmat Tuhan lebih baik dari taat yg membangkitkan ujub (hairan diri) dan takabbur (besar diri). 

Mengapa kita rasa malu dan takut untuk mengaku kesilapan dan kesalahan yg telah kita lakukan? Sedangkan pengakuan yg jujur itu (telah buat dosa) dapat membantu mendekatkan diri kepada Tuhan. Semakin tinggi kedudukan seseorang dimata masyarakat, sebenarnya semakin sukar untuknya mengaku kesalahan yg dilakukan contohnya kesalahan yg dilakukan oleh pengerusi masjid, ketua kampung, ustaz yg popular, menteri dan para pemimpin dunia. Mungkin mereka anggap ketaatan yg mereka lakukan telah diterima oleh Tuhan lalu rasa mulia disisi Tuhan.

Ingatlah, Iblis dilaknat kerana tidak mahu mengaku salah (tidak sujud kepada Nabi Adam a.s.). Sama-samalah kita merendahkan diri mengaku salah dan bertaubat dari dosa zahir dan dosa batin (hairan diri berbuat taat tanpa buat dosa). 

Wallahu A'lam. Hanya semata-mata limpah kurnia dan rahmat dari Allah Ta'ala.