Showing posts with label rabithoh. Show all posts
Showing posts with label rabithoh. Show all posts

06 January 2010

Rabithoh


Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah. Selawat dan salam buat Rasulullah s.a.w.

Rabithoh رابطة bermaksud kaitan. Dalam ilmu Tasawuf ia digunakan sebagai istilah untuk "membayangkan wajah guru ketika permulaan berzikir".

Bagi orang yang baru hendak berjinak-jinak dengan tarekat dan baru hendak mula bertaubat sedangkan hati telah dikotori dengan beraneka dosa dan serabut, mereka disarankan membayangkan wajah guru tarekat mereka sebelum berzikir. Ini adalah untuk memudahkan mereka menghayati nasihat dan teguran tuan syeikh terhadap kekurangan yang ada pada diri masing-masing termasuklah serabut-serabut yg ada pada fikiran.

Serabut ialah keadaan dimana seseorang tidak dapat memberikan tumpuan kepada zikir yg hendak dilafazkan. Cuba tanya diri sendiri, dalam tempoh 5 minit kita berzikir La ilaha illa Allah selepas solat, berapa peratus masa berzikir tersebut yang dapat kita tumpu hanya kepada Allah, mengingati kebesaran dan keagunganNya. Kebanyakan fikiran kita akan terus melayang kepada perkara yg kita sukai contohnya ingat nak beli kereta baru, nak beli rumah besar, nak cari duit banyak, nak buat apa lepas ni, malam ni ada cerita apa kat tv dll. Inilah serabut yg mengganggu zikir.

Dalil rabithoh diambil dari surah Yusof ayat 24 yg bermaksud "Sesungguhnya wanita itu telah bermaksud (melakukan perbuatan itu) dengan Yusuf, dan Yusufpun bermaksud (melakukan pula) dengan wanita itu andaikata dia tidak melihat BURHAN (tanda) (dari) Tuhannya[750]. Demikianlah, agar Kami memalingkan dari padanya kemungkaran dan kekejian. Sesungguhnya Yusuf itu termasuk hamba-hamba Kami yang terpilih."

Kalimah "burhan" pada ayat di atas difahami oleh ulama sebagai wajah bapa Nabi Yusof iaitu Ya'aqub.

(قَالَ ابْن عَبَّاس مُثِّلَ لَهُ يَعْقُوب فَضَرَبَ صَدْره فَخَرَجَتْ شَهْوَته مِنْ أَنَامِله (تفسير الجلالين

Apabila Nabi Yusof digoda oleh Zulaikha, lalu Nabi Yusof terlihat bayangan wajah ayahnya. Lalu terperanjatlah baginda kerana teringatkan nasihat-nasihat bapanya.

Samalah macam kita yg berlemus dengan dosa dan maksiat. Bila tutup mata susah sangat nak ingat Tuhan. Oleh itu jalan mudahnya ialah membayangkan wajah guru tarekat lalu teringat nasihatnya "Buat kerana Allah!", "Yang wujud secara hakiki hanyalah Allah!", "Ada lagi ke yang berkuasa selain Allah?". Bila dah kecut perut teringat nasihat tuan syeikh, barulah nafsu nak ikut ingat Allah. Kalau tak dia bawaklah tuannya berkhayal hingga habis waktu berzikir.

Membayangkan wajah guru ini tidaklah dianggap haram kerana ketiadaan dalil atas penegahannya & pengharamannya.

Wallahu A'lam. Hanya semata-mata limpah kurnia dan rahmat dari Allah Ta'ala.