10 June 2012

Surat dari pembaca 4

Assalamualaikum ustaz, saya ali dari jb.. Nak minta pendapat ustaz.. Sekarang ni saya sudah bercerai dgn isteri saya dah hampir 9 bulan stlh hdup bsama 1 thn 2bln. Sblm sy kawin sy berguru bljr fardhu ain yg asas,tauhid n tasawuf, tokguru sy psan supaya bljar d sbuah pondok d klntan. Dlm masa yg sma dia kata dia mimpi saya kawin. Slpas tu sy pn kluar mrantau, d hati ini t,tarik ke s,pura. Bkerja dcni n dan lpas tu kawin adik beradik yg carikn utk sy. Tp x shaluan akhirnya. Hati ni t,pendam impian sy utk mhabiskan sisa2 hdup dgn bljr agm n khdupan pondok n b,gaul dgn org soleh n alim ulama. Krn dgn cara ini shj yg mndkatkan diri sy dgn Allah. N cara ni shj yg dpt mjnakkan nafsu sy n mjga sgl pancaindera sy dr dosa. Yg masalahnya skrg ni adalah ttg nafkah.. Sy jd terikat ,sdgkan dcni tlalu byk cemar, godaan, gangguan yg smua itu mlmahkan iman sy. Jka 20 thn pn sy xkn dpt apa2dcni. Sy pula prlukn ilmu n ulama akhirat utk mbmbing sy. Adakah sy b,dosa jka x beri nafkah( isteri org kaya) krn memilih jln bljr agm utk mcapai makrifatullah dan redonya dgn jln sufi? Sy baca kitab imam ghazali mngatakan keutamaan utk jln Allah. Mnta komen ustaz. T,ksh

Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah. Selawat dan salam buat Rasulullah s.a.w.
wasalam, memilih jalan untuk mendekati Tuhan adalah sangat terpuji.
walaubagaimanapun tuan masih dalam maqam asbab (sebab musabab) yang
masih mengikat tuan untuk terus bekerja untuk mencari nafkah keluarga.
Jika orang yang dalam maqam tajrid, tiada masalah untuk tidak bekerja
seperti Maryam ibu kepada Nabi Isa yang dapat makanan dari langit.

 قوله تعالى ( قال يا مريم أنى لك هذا قالت هو من عند الله إن الله يرزق من يشاء بغير حساب
ال عمران : 37


Tetapi tindakan tuan tidak bekerja dan belajar agama memungkin fitnah
/ ujian dari rakan dan saudara mara.

Walaubagaimanapun jika isteri tuan redha dengan suasana ini = tiada
masalah. Cuma perlu diingat selalu bahawa asal perangai nafsu ialah
sangat sukakan aman, rehat, bersantai dan hiburan. Rasa aman dari
tanggungjawab sbg muslim, rasa ingin rehat berpanjangan tanpa ujian
memungkinkan seorang abid terpedaya dengan telunjuk nafsunya atas nama
ibadah.

Lautan kerja yang penuh dengan gelombang maksiat dan ombak dunia yang
kuat mungkin ada hikmahnya untuk kita terus bertahan dengan karenah
dunia akhir zaman. Semoga Allah Ta'ala melipatgandakan anugerahnya
kepada orang yang sabar dari melakukan maksiat. Dan tentulah orang
yang duduk beribadah mengasingkan diri tanpa bekerja dapat menjauhi
maksiat dengan mudah dan ganjarannya pun tentulah tidak sama dengan
umat akhir zaman yang masih berjaya menjauhi maksiat walaupun hidup
dalam lautan manusia yang lalai.

Walaubagaimanapun saya tiada hak untuk menentukan laluan hidup tuan
kerana Allah Ta'ala lebih mengetahui apa yang baik untuk tuan.
Sentiasalah mohon kepadaNya taufiq (muafakat dengan redhaNya) dan
hidayah (petunjuk dan bimbingan hidup).


 Wallahu A'lam. Hanya semata-mata limpah kurnia dan rahmat dari Allah Ta'ala.