Saya bukanlah org yg layak untuk memperkatakan tentang rasuah. Cuma terpanggil utk membuka pintu perbincangan tentang "budaya kawtim" dalam masyarakat Melayu.
Hadith:
لعن رسول الله صلى الله عليه وسلم الراشي والمرتشي
Rasulullah s.a.w. melaknat perasuah dan penerima rasuah.
Zaman dahulu, budaya rasuah di kalangan umat Yahudi sangat popular. Semasa golongan agama dikalangan umat Yahudi sedang berceramah untuk mengajak manusia memfitnah Maryam (anak buah Nabi zakaria a.s.), kelihatan beberapa orang lalu dicelah pendengar dengan membahagikan duit dan mengisyaratkan sesuatu kpd mereka. Lalu apabila pungutan suara diambil, majoriti mereka mengiyakan fitnah tersebut dan menyokong komplot untuk membunuh Maryam kerana mengandung tanpa suami.
Apa yg saya nak perhatikan di sini ialah budaya "kauntim" atau kira awal - janji awal yang menyebabkan seseorang mengubah pandangan/ pendapat.
Contoh hari ini di negara lain ialah seorang yg kehilangan kereta, lalu membuat report kepada polis. Beberapa bulan slps itu dia cuba kelim insurans. Sebelum cek release utk cover harga kereta, seorang polis telah call dan memberitahu bahawa kereta yg hilang telah ditemui dan cuba "kauntim" untuk meneruskan kelim insurans. dengan sedikit bayaran duit "kopi" kepada polis tersebut polis akan melambatkan report penemuan kereta dan apabila kelim telah didapati, tuan kereta akan dapat kereta free dgn tukar nombor plate baru.
Contoh lain seorang pegawai yang menguruskan kelulusan tender kerajaan / syarikatnya menemui sebuah beg berisi duit RM10 000 di pejabatnya selepas sesi temuduga dengan seorang kontraktor. Lalu dia telefon kembali tauke tadi. tetapi tauke menafikan duit itu bukan miliknya sambil berkata "itu duit awak, saya tak tahu". Pegawai tersebut fikir 40x sebelum membuat report polis. Akhirnya ambil duit tersebut dan memberi tauke tadi tender projek.
Kes pertama insurans di atas jelas adalah rasuah iaitu perjanjian awal untuk menipu syarikat insurans tetapi berapa ramai manusia yang menafikannya dengan mengubah istilah rasuah kepada istilah yg lebih mesra iaitu "kawtim" semata-mata bagi menipu diri - membolehkan - mengiyakan apa yg dilakukannya.
Kes kedua (kontraktor) sangat halus, tanpa kawtim atau kata-kata yang jelas. Cuma kedua pihak menanggung risiko yang besar jika salah satu pihak mencabuli adat rasuah tersebut.
Yang pasti perasuah dan enerima rasuah dilaknat oleh Allah dan RasulNya serta dijanjikan neraka yang bahan bakarnya dikalangan manusia dan batu.
Wallahu A'lam. Hanya semata-mata limpah kurnia dan rahmat dari Allah Ta'ala.