أن رسول الله قال من قرأ القرآن وعمل بما فيه ألبس الله والديه تاجا يوم القيامة ضوؤه أحسن من ضوء الشمس في بيوت الدنيا فما ظنكم بالذي عمل بهذا)رواه أو داود
Dari Muaz Al-Juhani r.a.a meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda mafhumnya "Sesiapa yang membaca Al-Qur'an dan beramal dengan apa-apa yang terkandung dalamnya maka kedua ibu-bapanya akan dipakaikan mahkota pada hari kiamat yang sinaran mahkota itu akan melebihi daripada cahaya matahari, sungguhpun matahari itu berada di dalam rumah-rumah kamu di dunia ini. Bayangkanlah bagaimana pula keadaan orang yang dirinya sendiri beramal dengan Al-Qur'an? - Hadith riwayat Abu Daud.
Sempena tahun baru 1432H ini marilah kita renung dan hayati Hadith di atas yang membayangkan kpd kita kelebihan orang yng beramal dengan Al-Qur'an serta ganjaran yg didapati oleh ibubapanya.
Alangkah gembiranya ibubapa yang anaknya dianugerahkan hadiah tokoh penyanyi bintang kecil, tom tombak, pondok-pondok dll. Tetapi gembiranya bersifat sementara. Kelak di kubur ibubapa akan menderita kerana dosa kejahilannya dan kelalaiannya dari mendidik anak beragama dan menyibukkan sedangkan mereka mendidik anak menyibukkan diri dengan maksiat.
Inilah masanya kita berhijrah, mengubah haluan hidup kita dari menyibukkan anak bini serta keturunan kita dengan perkara yang lagho (melalaikan dari mengingati Allah), dari dosa dan maksiat, maksiat zahir dan maksiat batin, maksiat mata-telinga-mulut- tangan-kaki ..........
.............kepada menyibukkan diri dengan beribadah, berzikir, berselawat, membaca Al-Qur'an, membaca kitab Agama, sibukkan diri dengan program Agama, memakmurkan rumah Allah, merancang masa depan yang lebih hampir kepada taqwa dan muraqobah (hampir kepada Allah).
Jangan lupa juga merancang untuk beramal ibadah bagi 10 Muharram yang tak lama lagi. banyakkan membaca kisah para Nabi dan Rasul terutama kisah Nabi Nuh a.s. dengan bahteranya. Ambil pengajaran dari kisah ini. Rancanglah untuk membina kapal taqwa bersama para ulama', pastikan anda berada dalam kapal taqwa, menaiki kapal taqwa, jangan ketinggalan kapal taqwa, ambil pengajaran dari orang yang tidak berada dalam kapal taqwa.
Hijrah hati dari malu jahiliyyah yang tak ketahuan. Buang lah malu berpakaian sunnah, malu pergi solat di Masjid, malu berkata benar, malu makan dengan tangan kanan, malu baca doa sebelum makan di hotel, malu buang air cangkung, malu jadi baik, malu membaca buku Agama, malu pergi ke gerai alat ibadah Islam dll. Ini semua penyakit orang munafik yang lantang memperkatakan Islam tetapi zahir tiada ruh dan syiar Islam.
Buanglah malu tersebut, gantikan dengan malu kepada Allah kerana bangun subuh lewat, tak sempat tahajjud, malu tak datang solat di Masjid, malu pergi pasar malam waktu maghrib, malu pergi sambutan Tahun Baru 2011 sampai lewat malam, malu berada di konsert, majlis ahli maksiat, majlis org kaya raya yg menunjuk-nunjuk dalam harta dan pakaian, malu berjumpa dengan ahli maksiat, malu berada di warung kopi berjam-jam sembang kosong berbau lucah, malu tonton panggung wayang, malu duduk 1 meja dengan bini orang makan tengahari waktu hari kerja, malu sembang dengan bini orang hal ehwal dalam selimut, malu duduk 1 bilik pejabat / 1 kereta dengan perempuan tanpa ditemani mahramnya tertutup pintu, malu tidak pakai kopiah semasa berjalan-jalan di luar rumah, malu tidak berjubah serban ketika solat dll yang diwarisi dari suhbah (berkawan) dengan orang soleh. Bukannya malu yg diwarisi dari suhbah dengan orang toleh (jahat - ahli maksiat).
Wallahu A'lam.
insyaAllah...mari sama2 berhijrah!!
ReplyDelete