04 November 2011

UFO menyerang bumi?


Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah. Selawat dan salam buat Rasulullah s.a.w.

UFO atau singkatan dari Unidentified Flying Object ialah objek terbang yg tidak dikenali identitinya. Ia wujud tetapi tidak dapat dibuktikan secara saintifik. Banyak pendapat dikeluarkan tentangnya. Dari sangkaan yang baik hinggalah sangkaan yang buruk. Namun teknologi canggih hari ini masih lagi tidak dapat mengesan UFO secara tepat apatah lagi menangkapnya. Oleh kerana itu, manusia yang sombong mencipta seribu alasan bagi menakutkan manusia tentangnya. berbagai filem direka bagi menyesatkan manusia tentang maklumat sebenar UFO.

Hakikatnya UFO tidak pernah membuat kacau dibumi ini. Jika benar ia makhluk asing yang hendak menakluki bumi, kenapa tidak mereka serang bumi sekarang?. Apa yang mereka cari di bumi dengan berlegar-legar diudara?

Bagi saya makhluk ini hanyalah satu makhluk yang digerakkan oleh Allah Ta'ala dengan izinNya tanpa dibatasi hukum fizik sebagaimana Allah Ta'ala mengizinkan istana puteri Balkis dipindahkan dalam sekelip mata. Tiada yang mustahil di alam ini jika dikehendaki Allah. Seolah-olah mereka bergerak kesana-sini memperlekehkan teknologi yang ada apada manusia yang kafir lagi sombong di mukabumi Allah ini.

Dengan sebab itu anda akan lihat banyak filem tentang alien atau makhluk asing yang menggambarkan kekuatan UFO. dalam masa yang sama tamadun barat yg sombong menipu manusia dengan berlagak seperti hero yang menyelamatkan bumi ini dari kerosakan makhluk asing ini (Alien).

Hakikatnya merekalah yang sebenarnya membunuh manusia di Iraq, Afghanistan, Palestin, Libya dll tanpa belas kasihan. pernahkah anda melihat UFO meletupkan bangunan sekolah yang mengandungi kanak-kanak?

Dalam peristiwa tenggelamnya kapal selam KURSK Russia, saya berpendapat ianya ada kaitan dengan UFO yang meninggalkan kesan lubang kemas disisi hadapan kapal tersebut. Tiada kesan pelanggaran biasa. yang ada hanyalah bangkai kapal selam yang pembinaannya diragui untuk tujuan apa?. kalau buat kapal Titanic besar dengan sombongnya didakwa ia tidak akan tenggelam, maka Allah Ta'ala telah membuktikan kelemahan mereka dengan hanya beberapa minit sahaja selepas pelanggaran dengan batu karang.

Anda boleh lihat sendiri UFO ini banyak berlegar di kawasan yang terjadi bencana alam. Bukankah sejarah mengatakan yang melipat bumi kaum Aad dan Thamud dilakukan oleh makhluk ciptaan Allah dengan izinNya.


 Wallahu A'lam. Hanya semata-mata limpah kurnia dan rahmat dari Allah Ta'ala.

1 comment: