10 April 2012

Surat dari pembaca blog 3

Saya ada satu soalan yang dilema ini sudah bertahun di dalam diri saya dan saya bimbang pendapat peribadi ini salah di sisi ajaran agama. Persoalannya ialah:

Mana lebih utama: mendapat pahala membaca al-Quran dalam bahasa arab tanpa memahami maknanya atau membaca tafsir al-Quran untuk memahami maknanya tanpa mendapat pahala membaca al-Quran dalam bahasa arab

Beberapa penjelasan:

1.            Ini bukan isu bagi orang yang  menguasai bahasa arab tetapi ini isu bagi majoriti orang Islam yang duduk di negara bukan arab

2.            Ia bukan isu bagi orang yang banyak masa untuk membaca al-Quran sambil membaca tafsirnya tetapi bagi kebanyakkan orang tidak cukup masa. Jika kita ingin mengikut nasihat Rasulullah “bacalah al-Quran dalam satu bulan…” nampaknya mungkin kita terpaksa memilih untuk membaca al-Quran atau tafsirnya. Tapi setiap kali saya membaca al-Quran saya tertanya-tanya apa gunanya khatam al-Quran setiap bulan tapi tidak tahu maknanya.

3.            Kelemahan umat Islam kini adalah kerana al-Quran tidak menjadi panduan hidup. Bagaimana hendak ia menjadi panduan hidup kalau kita tidak memahaminya?

4.            Tafsir al-Quran tidak 100% menepati maksud al-Quran tetapi lebih baik dari membaca al-Quran tetapi tak faham apa-apa.

5.            Sangat pelik ahli agama tidak begitu berbincang tentang isu ini secara ilmiah seperti memberitahu “tugas memahami al-Quran serahkan kepada aku, kamu ikut sahaja apa yang aku cakap”. Ia seperti menggalakkan budaya taklid sedangkan keindahan Islam sepatutnya dirasai oleh semua orang.

Jawapan:


قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: اقرأوا القرآن فإنه يأتي يوم القيامة شفيعاً لأصحابه
Rasulullah s.a.w. bersabda mafhumnya: Bacalah Al-Qur'an, sesungguhnya ia akan datang pada hari kiamat memberi syafaat kpd pembacanya.

Membaca Al-Qur'an adalah ibadah dan diberi pahala jika ikhlas mengabdikan diri kerana Allah Ta'ala semata-mata.

Manakala memahami Al-Qur'an adalah tanggungjawab setiap muslim kerana dengannya hati akan menjadi suci dan bersih. Hukum-hakam (peraturan) syariat terdapat dalamnya mesti dipatuhi. Jika jahil akan di azab/disiksa.

Pentafsiran tentang Al-Qur'an telah ditulis oleh ulama' sejak zaman dahulu. umat Islam hanya perlu membeli kitab-kitab tafsir yg muktabar seperti Tafsir Jalalain/ Tafsir Qurtubi/ Tafsir Nasafi dll untuk dijadikan bacaan dan panduan dalam memahami Al-Qur'an. 

Ikuti kuliah agama adalah sebahagian dari usaha memahami ayat Al-Qur'an melalui muzakarah (ingat-mengingati) dan munakasyah (perbincangan) dengan orang alim.

Wallahu a'lam.

09 April 2012

Surat dari pembaca blog 2

Saya tidak arif tentang ilmu agama, dan juga bukan seorang yang alim, jika tuan dapat menolong saya untuk jelaskan beberapa istlah, moga Allah memberi kebahagiaan pada ustaz hendaknya..

Jika sudi dijawab tuan, bleh saya tahu seringkas mungkin, apakah itu maksudnya istilah guru mursyid?

Dan apa maksud istilah ahluLlah?

Ceritakan perkara yang berlaku amat terperinci, saya tidak tahu bagaimana nak teruskan menulis, kerana tidak dpt jawapan apakah saya ini boleh dikategorikan....

Walaubagaimanapun, harap tuan dpt membantu,
Saya akan menunggu...

waalaikumussalam,

Guru mursyid ialah:

1. Dia semestinya pernah menjalani latihan kerohanian dibawah asuhan guru mursyid yg sah pertalian sanadnya dari Rasulullah s.a.w. bermakna dia ada guru dan gurunya ada nama yang boleh dihadiahkan pahala fatihah slps solat. dan gurunya itu mestilah orang yg pernah diasuh oleh wali Allah (guru mursyid juga). Maknanya tuan-tuan gurunya adalah orang yg bersambung sanadnya asuhan Islam kpd Rasulullah s.a.w.

2. Dia semestinya berjaya menjalani latihan kerohanian hingga berjaya menumpaskan nafsunya lalu mencapai muqarabah kpd Allah Ta'ala. Jika gurunya shj yg sampai, tetapi dia tidak sampai maka dia dikatakan sbg salik, bukan mursyid. walaupun sia belajar drp guru yg hebat tetapi kalau dia dpt hanya markah C maka tidaklah layak dia mengajar. hanya untuk dirinya shj.

AhluLlah ialah:

1. Kekasih Allah disebabkan ketinggian kehambaannya menghabiskan hidupnya dlm mengabdikan diri kpd Allah Ta'ala, menjaga hatinya sentiasa berzikir Allah....Allah...Allah...  setiap detik dan saat sehingga menyebabkan dia dikasihi dan dicintai Allah Ta'ala.

2. Allah Ta'ala kasih kpdnya sehingga sanggup mengisytiharkan perang kpd sesiapa shj yg memusuhi wali Allah ini. Ini dapat dikesan apabila ada seseorang yg memusuhi wali ini maka hidupnya tidak akan tenteram dan sentiasa ditimpa musibah kerana memusuhi wali Allah.

wallahu a'lam.

Surat dari pembaca blog.

Surat dari pembaca blog.


Assalamualaikum....

Dulu saya belajar di perinkat diploma, saya hanya tinggal di surau kolej kerana kekangan kewangan.

Di surau menjadi tempat tinggal saya selama hampir 1 tahun, satu ketika dalam tahun 2006 saya terdetik hati ingin membeli kompas arah kiblat.

Sampai di surau kolej, saya letakkan, rupanya kiblat telah salah dipasang garisan karpet untuk saf.

Saya maklumkan pada beberapa pihak, namun ianya tiada ditiik beratkan pihak sepatutnya.tak lama kemudian saya pindah

Selepas saya graduan, lama hingga dalam tahun ini 2012 saya sempat berkunjung ke kolej itu, dan menuju ke surau untuk melihat tempat yg saya pernah berteduh,

Namun saya dapati garisan karpet telah di tukar pada arah yg saya pernah minta ditukar 6 tahun lalu....syukur hati saya.....

Pertanyaan saya pada ustaz....jika itu hasil jasa dari saya dapat membetulkan kiblat,

Kerana saya begitu terharu melihatnya....seakan ingin menitis air mata.....

Apakah ganjaran yg dijanjikan Allah, adakah Hadis dan Al-Quran ada menyebut tentang perkara itu jasa seperti itu....

Mohon jelaskan....

- From my IPad -
- Di Hantar dari IPad -


wa'alaikumussalam, terima kasih dan tahniah kerana berkhidmat kerana Allah. Cuma jangan ada dalam hati kita rasa ada syer (saham) slps buat kerana semua yg baik itu datang dari Allah Ta'ala.

يقول الله تعالى (وان تعدوا نعمة الله لا تحصوها ان الله لغفور رحيم  ) النحل 18
jika engkau mengira nikmat Allah, nescaya tidak akan terkira banyaknya.

قال رسول الله صلى الله عليه وسلم (من دعا الى خيرا كان له من الاجر مثل اجور من تبعه
sabda Nabi s.a.w. sesiapa yg mengajak kpd kebaikan nescaya akan dapat pahala seperti orang yg membuat kebaikan yg dia anjurkan.

wallahu a'lam.