10 April 2012

Surat dari pembaca blog 3

Saya ada satu soalan yang dilema ini sudah bertahun di dalam diri saya dan saya bimbang pendapat peribadi ini salah di sisi ajaran agama. Persoalannya ialah:

Mana lebih utama: mendapat pahala membaca al-Quran dalam bahasa arab tanpa memahami maknanya atau membaca tafsir al-Quran untuk memahami maknanya tanpa mendapat pahala membaca al-Quran dalam bahasa arab

Beberapa penjelasan:

1.            Ini bukan isu bagi orang yang  menguasai bahasa arab tetapi ini isu bagi majoriti orang Islam yang duduk di negara bukan arab

2.            Ia bukan isu bagi orang yang banyak masa untuk membaca al-Quran sambil membaca tafsirnya tetapi bagi kebanyakkan orang tidak cukup masa. Jika kita ingin mengikut nasihat Rasulullah “bacalah al-Quran dalam satu bulan…” nampaknya mungkin kita terpaksa memilih untuk membaca al-Quran atau tafsirnya. Tapi setiap kali saya membaca al-Quran saya tertanya-tanya apa gunanya khatam al-Quran setiap bulan tapi tidak tahu maknanya.

3.            Kelemahan umat Islam kini adalah kerana al-Quran tidak menjadi panduan hidup. Bagaimana hendak ia menjadi panduan hidup kalau kita tidak memahaminya?

4.            Tafsir al-Quran tidak 100% menepati maksud al-Quran tetapi lebih baik dari membaca al-Quran tetapi tak faham apa-apa.

5.            Sangat pelik ahli agama tidak begitu berbincang tentang isu ini secara ilmiah seperti memberitahu “tugas memahami al-Quran serahkan kepada aku, kamu ikut sahaja apa yang aku cakap”. Ia seperti menggalakkan budaya taklid sedangkan keindahan Islam sepatutnya dirasai oleh semua orang.

Jawapan:


قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: اقرأوا القرآن فإنه يأتي يوم القيامة شفيعاً لأصحابه
Rasulullah s.a.w. bersabda mafhumnya: Bacalah Al-Qur'an, sesungguhnya ia akan datang pada hari kiamat memberi syafaat kpd pembacanya.

Membaca Al-Qur'an adalah ibadah dan diberi pahala jika ikhlas mengabdikan diri kerana Allah Ta'ala semata-mata.

Manakala memahami Al-Qur'an adalah tanggungjawab setiap muslim kerana dengannya hati akan menjadi suci dan bersih. Hukum-hakam (peraturan) syariat terdapat dalamnya mesti dipatuhi. Jika jahil akan di azab/disiksa.

Pentafsiran tentang Al-Qur'an telah ditulis oleh ulama' sejak zaman dahulu. umat Islam hanya perlu membeli kitab-kitab tafsir yg muktabar seperti Tafsir Jalalain/ Tafsir Qurtubi/ Tafsir Nasafi dll untuk dijadikan bacaan dan panduan dalam memahami Al-Qur'an. 

Ikuti kuliah agama adalah sebahagian dari usaha memahami ayat Al-Qur'an melalui muzakarah (ingat-mengingati) dan munakasyah (perbincangan) dengan orang alim.

Wallahu a'lam.

No comments:

Post a Comment