Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah. Selawat dan salam buat Rasulullah s.a.w.
Rabithoh رابطة bermaksud kaitan. Dalam ilmu Tasawuf ia digunakan sebagai istilah untuk "membayangkan wajah guru ketika permulaan berzikir".
Bagi orang yang baru hendak berjinak-jinak dengan tarekat dan baru hendak mula bertaubat sedangkan hati telah dikotori dengan beraneka dosa dan serabut, mereka disarankan membayangkan wajah guru tarekat mereka sebelum berzikir. Ini adalah untuk memudahkan mereka menghayati nasihat dan teguran tuan syeikh terhadap kekurangan yang ada pada diri masing-masing termasuklah serabut-serabut yg ada pada fikiran.
Serabut ialah keadaan dimana seseorang tidak dapat memberikan tumpuan kepada zikir yg hendak dilafazkan. Cuba tanya diri sendiri, dalam tempoh 5 minit kita berzikir La ilaha illa Allah selepas solat, berapa peratus masa berzikir tersebut yang dapat kita tumpu hanya kepada Allah, mengingati kebesaran dan keagunganNya. Kebanyakan fikiran kita akan terus melayang kepada perkara yg kita sukai contohnya ingat nak beli kereta baru, nak beli rumah besar, nak cari duit banyak, nak buat apa lepas ni, malam ni ada cerita apa kat tv dll. Inilah serabut yg mengganggu zikir.
Dalil rabithoh diambil dari surah Yusof ayat 24 yg bermaksud "Sesungguhnya wanita itu telah bermaksud (melakukan perbuatan itu) dengan Yusuf, dan Yusufpun bermaksud (melakukan pula) dengan wanita itu andaikata dia tidak melihat BURHAN (tanda) (dari) Tuhannya[750]. Demikianlah, agar Kami memalingkan dari padanya kemungkaran dan kekejian. Sesungguhnya Yusuf itu termasuk hamba-hamba Kami yang terpilih."
Kalimah "burhan" pada ayat di atas difahami oleh ulama sebagai wajah bapa Nabi Yusof iaitu Ya'aqub.
(قَالَ ابْن عَبَّاس مُثِّلَ لَهُ يَعْقُوب فَضَرَبَ صَدْره فَخَرَجَتْ شَهْوَته مِنْ أَنَامِله (تفسير الجلالين
Apabila Nabi Yusof digoda oleh Zulaikha, lalu Nabi Yusof terlihat bayangan wajah ayahnya. Lalu terperanjatlah baginda kerana teringatkan nasihat-nasihat bapanya.
Samalah macam kita yg berlemus dengan dosa dan maksiat. Bila tutup mata susah sangat nak ingat Tuhan. Oleh itu jalan mudahnya ialah membayangkan wajah guru tarekat lalu teringat nasihatnya "Buat kerana Allah!", "Yang wujud secara hakiki hanyalah Allah!", "Ada lagi ke yang berkuasa selain Allah?". Bila dah kecut perut teringat nasihat tuan syeikh, barulah nafsu nak ikut ingat Allah. Kalau tak dia bawaklah tuannya berkhayal hingga habis waktu berzikir.
Membayangkan wajah guru ini tidaklah dianggap haram kerana ketiadaan dalil atas penegahannya & pengharamannya.
Wallahu A'lam. Hanya semata-mata limpah kurnia dan rahmat dari Allah Ta'ala.
Assalamualikum tuan..
ReplyDeletesaya terbaca dan tertarik dgn blog tuan ini.
cuma bila sampai bab ini saya jadi sedikit celaru?
celarunya saya sbb :
1. katakanlah ketika berzikir itu sambil bayang wajah tuan sheikh, tetiba ditakdirkan mati..? bagaimana dgn mati tersebut..? Dimana Allah ketika hendak mati tu sbb saat kematian itu kita bayang wajah tuan sheikh..?
sekian tuan..
harap tuan dapat ulas sediki kecelaruan saya ini..
Purnama, sakaratul maut itu panjang masanya bagi pihak yg nak mati, tetapi singkat bagi pihak yg hidup. Org yg kena langgar lori tetap kena hasutan syaitan. sama spt mimpi 1 hari dikejar harimau, hakikatnya hanyalah 5 minit sblm subuh.
ReplyDeleteMembayangkan wajah guru hanyalah seketika dlm 10 saat shj untuk mengingatkan kita agar bersungguh membuat tumpuan dlm zikir. Seterusnya adalah menghayati kebesaran Allah dlm zikrullah. wallahu a'lam.
mohon kongsi disini..mudah mudahan tak bersalahan...dan mohon ampun jika terlanggar adab...
ReplyDeleteRobithoh dengan arti lain bermaksud ikatan...apa saja yang mengikat ingatan kita atau diri kita boleh dikira sebagai robitoh secara umum...tiba2 teringat anak..atau isteri...sehingga tergambar senyuman mereka, kenakalan mereka, keletah mereka..itu juga robitoh..sehingga ingatan itu membawa kepada perasaan cinta kasih kepada keluarga, anak atau isteri...
jika dikhususkan untuk jalan maarifatullah...maka sebaiknya mengikatkan diri, perasaan dan ingatan kita kepada guru atau syaikh yang membawa kepada ingatan kita kepada Allah Taala...setiap kali kita teringat wajah guru kita..kita jadi takut dan teringat akan nasihatnya dan sejurus teringat akan kehendak dan tujuan kita kepada Allah Taala..jadi seharusnya kita bergaul dengan guru lebih rapat untuk mendapat sentuhan jiwa yang membawa kepada kekuatan robithoh ini..robitoh guru ini seumpama signboard ketika dijalanan..yang memberi petunjuk kepada jalan hujung..robithoh guru is just a tool to trigger kita punya perasaan agar lebih fokus dan khusyuk dalam zikrullah..apa sahaja membawa ingat kepada Allah pada permulaan salik..sangatlah bermanfaat untuk dirinya.insyaAllah..mudah mudahan...
Salam..mohon izin untuk share..mudah mudahan tidak menjadi salah adab dan mudah mudahan bermanfaat agar tidak ada kekeliruan
ReplyDeleteRobithoh dengan arti lain bermaksud ikatan...apa saja yang mengikat ingatan kita atau diri kita boleh dikira sebagai robitoh secara umum...tiba2 teringat anak..atau isteri...sehingga tergambar senyuman mereka, kenakalan mereka, keletah mereka..itu juga robitoh..sehingga ingatan itu membawa kepada perasaan cinta kasih kepada keluarga, anak atau isteri...
jika dikhususkan untuk jalan maarifatullah...maka sebaiknya mengikatkan diri, perasaan dan ingatan kita kepada guru atau syaikh yang membawa kepada ingatan kita kepada Allah Taala...setiap kali kita teringat wajah guru kita..kita jadi takut dan teringat akan nasihatnya dan sejurus teringat akan kehendak dan tujuan kita kepada Allah Taala..jadi seharusnya kita bergaul dengan guru lebih rapat untuk mendapat sentuhan jiwa yang membawa kepada kekuatan robithoh ini..robitoh guru ini seumpama signboard ketika dijalanan..yang memberi petunjuk kepada jalan hujung..robithoh guru is just a tool to trigger kita punya perasaan agar lebih fokus dan khusyuk dalam zikrullah..apa sahaja membawa ingat kepada Allah pada permulaan salik..sangatlah bermanfaat untuk dirinya.insyaAllah..mudah mudahan...
Alhamdulillah, semoga nukilan tuan dapat meramaikan lagi orang beriman di bumi ini.
ReplyDelete