23 January 2010

BEZA WAHYU - SUARA KETUHANAN


Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah. Selawat dan salam buat Rasulullah s.a.w.

Pagi tadi saya terbaca di website Madrasah Nurul Iman tentang suara hatif (suara ketuhanan). Anda boleh baca di alamat ini


"Wahyu ialah ialah kalam Allah yang diturunkan kepada Nabi Muhammad S.A.W. dengan perantaraan Jibril a.s.

“Suara Ketuhanan” adalah perkataan arab yang diterjemahan ke Bahasa Melayu. Perkataan arabnya adalah berbunyi “Hatif”. Hatif merupakan salah satu cabang daripada cabang ilham. Oleh kerana suara hatif itu menyuruh buat kebaikan tetapi yang menyuruhnya kita tidak tahu sesiapa maka kita nisbahkan ataupun idafahkan daripada Allah Ta’ala sebagai nisbah ataupun idafat tashrifiyyah."

Perbahasan seperti ini saya tidak dapati di universiti. Pernah sekali saya bertanya kepada pensyarah soalan yg mudah iaitu tentang:

1. Allah Ta'ala berkata tetapi tanpa huruf tanpa suara. Tetapi mengapa dalam Al-Quran ada huruf?

2. Allah Ta'ala berkata tetapi tanpa huruf tanpa suara. Oleh itu suara ketuhanan yg didengar oleh para wali Allah datangnya dari mana-siapa?

3. Haram mengubah Al-Quran. Tetapi dalam sejarah, mushaf Al-Quran telah banyak kali berubah cara penulisannya (khat kufi-khat nasakh-mushaf kaler).

Jawapan yg diberikan terhadap soalan 1:
-Wallahu a'lam.

Jawapan yg diberikan terhadap soalan 2:
-Wallahu a'lam.

Jawapan yg diberikan terhadap soalan 3:
- Haram mengubah Al-Quran bermaksud berdosa & ditegah kita dari mengubah bacaan & maknanya. Bermakna cara penulisan mushaf uthmani atau mushaf imla'ie (Quran Majid) atau diletakkan tanda titik, baris, kaler tiada masalah.

Tahap penguasaan ilmu di lembah ilmu pun masih rendah. Sebenarnya bangsa Melayu masih dikategorikan sebagai muallaf kerana ceteknya ilmu kami tentang Agama Islam. Inilah hasil dari sekatan dan tekanan yg diberikan ke atas golongan agama & ilmuan sejak pra & pasca merdeka. Melayu anggap mereka telah banyak ilmu dan sangat faham tentang agama Islam.

Bila datang isu tentang kalimah Allah pun, sudah kelam kabut. Termasuklah ustaz-ustaz yg terkenal. Itupun tidak dijadikan rujukan oleh pemerintah sebaliknya seorang menteri mengatakan semenanjung tidak dibenarkan penggunaannya manakala Sabah & Sarawak tidak mengapa.

Lalu dihentam pula oleh mahkamah kerana pandai-pandai buat kenyataan yg bercanggah dengan keputusan mahkamah.

Wallahu A'lam. Hanya semata-mata limpah kurnia dan rahmat dari Allah Ta'ala.

4 comments:

  1. assalamualaikum Tuan....,
    zakir dhaif, lemah dan serba-serbi masih palsu..... belum pernah jumpa mursyid insyaalah pasti allah jodohkan suatu ketika nanti(doakan ya Tuan).....

    1. Allah Ta'ala berkata tetapi tanpa huruf tanpa suara. Tetapi mengapa dalam Al-Quran ada huruf?
    ......sesungguhnya allah berbicara tanpa huruf tanpa suara..... macam kita jugak terbit niat tanpa suara tanpa huruf. Mengapa dalam quran ianya berhuruf.... kerana al quran itu adalah sifat kalam allah... sifat itu menunjukkan bentuk seperti diri kita yang bersifat tuhan seperti sifat tuhan yang melihat, berkata-kata dan segalanya menterjemahkan bahawa sifat itu hanyalah alat bagi menampakkan diri allah. contoh lain dalam diri mengenai sifat(kalam) allah... kita niat nak makan nasi adakah kita lafazkan sahaja aku makan nasi 500butir kerana allah taala... begitu jugalah kalam allah itu tanpa suara dan tanpa huruf dan terbitnya suara itu melalui perantaraan wahyu diperluaskan ke bentuk huruf segalanya adalah sifat bagi zat yang berkata-kata....... rasanya tak cukup lagi ni insyaallah nanti zakir korek-korek lagi.

    buleh tuan post suatu posting mengenai perjalanan amal seorang salik...kiranya suatu proposal mengenai perjalanan peribadi melalui pengalaman... sebagai conth... amalan zikir apa yang terbaik.... dan apa-apa lagilah yang sememang zakir tak pernah tahu... semoga ianya dapat menerangkan perjalanan bagi mata yang tertutup...

    ReplyDelete
  2. Akhir Wasiat Nabi Muhammad saw kepada Umatnya : http://wp.me/piAx4-16c

    Ajaran Aqidah Wahhabiyyah: Satu Pengamatan Awal Dalam Konteks Faham Ilmu : http://wp.me/piAx4-16s

    Zikir serta doa qunut bukan satu perbuatan bidaah : http://wp.me/piAx4-16o

    Tabung Khas Bantuan Pondok Lubuk Tapah : http://wp.me/piAx4-16e

    Majlis Ta'lim pimpinan al-Habib 'Ali Zainal 'Abidin al-Hamid : http://wp.me/piAx4-15U

    Majlis Ilmu Dari Buku Habib Abdullah bin Alwi Al-Haddad : http://wp.me/piAx4-167


    Pengajian Kitab 40 Hadits Penawar Hati oleh Syaikh ahmad Fahmi : http://wp.me/piAx4-169

    ReplyDelete