01 August 2009

LOGIK- TANDA KURANG IMAN


Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah. Selawat dan salam buat Rasulullah s.a.w.

Semakin tinggi keimanan kita kepada Allah Ta'ala dan RasulNya, semakin kuranglah kita menggunakan logik akal pemikiran, bahkan semakin banyaklah kita menggunakan hati & perasaan bagi mengenang keagungan & kebesaran Tuhan.

Kenapa logik tanda kurang iman? Rukun Iman menyuruh kita percaya dengan yakin dengan perkara-perkara ghaib yang tidak ada dihadapan mata kita dan tidak boleh dibuktikan dengan kajian dan analisa sains. Hanya kadang-kadang kajian sains itu menyokong kandungan Al-Quran bila Tuhan buka sedikit rahsia alam kepada saintis yg jujur & mencari kebenaran.

Beriman kepada kewujudan Allah Ta'ala, Malaikat, syurga, neraka, arasy, kursi, luh mahfuz, qalam dll tidak akan dapat dibuktikan dengan logik sains. ini kerana hal ghaib tidak dapat ditangkap kewujudannya oleh pancaindera yg 5 (lihat, dengar, bau, rasa, sentuh). Mana mungkin kita dapat rasa kepanasan api neraka sewaktu hidup didunia.

Anda juga akan dapati ribuan hadith Nabi s.a.w. yg menyentuh tentang perkara ghaib yang memerlukan PERCAYA DENGAN YAKIN TANPA SYAK WASANGKA ATAU RAGU-RAGU. Keimanan diperolehi setelah kita yakini dengan teguh berhubung perkara-perkara ghaib tersebut.

Setelah diyakini sekian lama dan diuji keimanan kita, barulah Tuhan buka hijab dengan memperlihatkan perkara ghaib tersebut melalui mata hati (sixth sense). Ketika itu barulah anda akan sedar bahawa alam ghaib penuh dengan keajaiban dan tanda kebesaran Tuhan. Semua yg berlaku tidak ada logiknya. Jutaan malaikat yg mengelilingi arasy setiap saat, pohon Sidratul Muntaha yg tinggi menjulang, keindahan syurga yg tidak pernah dilihat mata, tidak pernah didengar oleh telinga dan tidak pernah terlintas di hati manusia.

Kata-kata yg logik bermakna kata-kata yang belum capai darjat mutmainnah. Yg ada hanya kekufuran dan kesyirikan serta keimanan yg belum matang. Lihatlah Allah Ta'ala memuliakan Saidina Abu Bakar r.a. dengan gelaran As-Siddiq (yang terus percaya dan yakin terhadap peristiwa Israk & mikraj. Perjalanan yg mengambil masa 2 bulan terjadi dalam masa 1 malam).

Wallahu A'lam. Hanya semata-mata limpah kurnia dan rahmat dari Allah Ta'ala.

6 comments:

  1. hurm..saye tak setuju

    lojik akal saye mengatakan kalo dia x menunjukkan bola ade dua kemungkinan sama ada dia xde bola atau dia ade bola sebab bole jadi bola tu ade kat mane2..inila lojik

    ape masalahnye dengan banyak menggunakan lojik......gunekanla kedua2 yang Allah berikan

    lojik
    rasa hati atau 6th sense yang ustaz sebutkan tuh

    bukannya mengatakan semakin kuat iman semakin kurang menggunakan lojik

    sepatutnya kita sebagai orang ISLAM kuat menggunakan LOJIK dan 6TH SENSE kerana lojik dan 6th sense kedua2nya saling melengkapi bukannya berlawanan

    sori komen x berakhlak

    ReplyDelete
  2. Pemenang, akal manusia ada batasnya. Kalau berpegang dengan akal semata-mata anda akan temui jalan buntu. Mana logiknya 313 orang tentera boleh mengalahkan 1000 orang musuh? Mana logiknya alam barzakh yg tak dapat dibuktikan dengan pancaindera? Mana logiknya nyawa dalam tubuh sedangkan ia tak dapat dikawal atau dikuasai datang dan perginya?

    ReplyDelete
  3. hurm..xpe2

    ni main bahasa je kot

    betol ..menggunakan akal akan menemui jalan buntu

    tapi lojik org islam ialah segalanya Allah boleh buat

    itulah lojik orang Islam yang kite pelajari dalam Aqidah

    sedar tak sebnarmya ustaz sendiri sedang menggunakan lojik

    bagi saya IMAN dan LOJIK perlu bergerak seiring

    apabila IMAN meningkat LOJIK juga turut meningkat

    kenyataan Ustaz di atas amat bahaya

    Senakin tinggi keimanan kita kepada Allah dan Rasulnya semakin kuranglah kita menggunakan lojik akal pemikiran, bahkan semakin banyaklah kita menggunakan hati dan perasaan bagi mengenang dan kebesaran tuhan.....

    ayat pertama bagi saya amat SALAH

    patutnya camnih

    Semakin tinggi keimanan kita kepada Allah dan Rasulnya semakin banyaklah kita menggunakan lojik dan juga menggunakan hati dan perasaan bagi mengenang kebesara Allah

    atau

    Semakin tinggi keimanan kita kepada ALLah dan Rasul semakin kuranglah kita menggunakan lojik barat

    atau

    Semakin tinggi keimanan kita kepada ALLAH dan Rasul semkain banyaklah kita menggunakan lojik tauhid dan lojik aqidah

    harap ustaz boleh bezakan lojik dengan normal
    peristiwa israk mikraj ialah peristiwa tak normal tapi ianaya lojik..ingat lojik orang Islam ialah lojik yang bersandarkan wahyu

    kalau pahaman org raMai percaya apa yang ustaz cakap no wonder la umat islam x maju2 dan asyik percaye mende tahyul kalau eksterm yang lagi satu plak terus tak caye perkare ghaib
    fahaman POSITIVISM....

    ISLAM seimbang menolak perkara tahyul tapi tak sampai menafikan mende2 ghaib

    AKAL dan WAHYU takde pertentangan
    dua2 dari ALLAH dan datang dalam keadaan harmoni

    harap boleh betulkan paradigma
    lojik orang islam ialah LOJIK bersandarkan aqidah....ok harap maaf

    ReplyDelete
  4. Cuba tuan lihat kata-kata syeikh Mahmud dalam Ruhul Zikri 2

    Cakapnya logik (cakap orang yang belum sampai mutmainnah) tetapi di dalamnya
    jijik (penuh dengan kekufuran dan kesyirikan)

    ReplyDelete
  5. http://www.nuruliman.com.my/versi_melayu/muat-turun/category/2-e-book.html

    ReplyDelete