28 February 2009

Kefahaman Agama



Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah. Selawat dan salam buat Rasulullah s.a.w.

Setiap manusia dilahirkan dalam keadaan berbeza IQ, latarbelakang, perangai. Oleh itu, untuk memahami agama sepertimana yang difahami oleh Rasulullah s.a.w. dan para awliya' adalah suatu cabaran hebat yang perlukan masa dan rahmat Allah Ta'ala.

Semakin dalam kita mengaji agama semakin banyak yang kita tahu dan kadang-kala semakin memeningkan kepala kita. Pergi masjid A, ustaz A cakap "Siapa sebut La ilaha illa Allah, nescaya masuk syurga". Mudahnya untuk berjaya di alam akhirat. 

Tapi bila pergi masjid B, ustaz B kata "Siapa yang ada takabbur walau sebesar zarah (atom) dalam hatinya, nescaya masuk neraka". Masya Allah, sukarnya nak berjaya.

Makin lama mengaji agama, makin confuse. Nasihat yang manakah perlu kita ikuti?. 

Sebenarnya, nak fahami agama perlu sungguh-sungguh munajat, minta pada Tuhan. Sungguh-sungguh perlu disertai dengan membanyakkan bacaan selawat. Hanya dengan berselawat, semoga Tuhan memberi rahmat kepada kita dengan mengurniakan kefahaman yang betul. Kefahaman yang menjadi ubat hati, ubat penyakit malas, riyak, sombong, ego, hasad, jahil, bahlul, penipu, tidak amanah, buang masa, membanyakkan perkataan dan perbuatan yang sia-sia dll.

Tuhan berfirman dalam Hadith Qudsi "Aku tidak mengumpulkan ke atas hambaKu 2 ketakutan dan 2 keamanan. Siapa yang takutkanKu di dunia, nescaya Aku berikan keamanan baginya di akhirat. Siapa yang rasa aman terhadapKu di dunia, nescaya Aku berikannya balasan ketakutan di hari Kiamat".

Punca manusia hari ini jadi jahat ialah sebab mereka tidak kenal Tuhan yang Maha Pengazab, Maha Takabbur, Maha Menggagahi. Manusia yang jahil sentiasa tenggelam dalam tipu daya syaitan dengan mengandaikan lepas buat maksiat, Tuhan akan ampunkan dosanya (Tuhan Maha Pengampun, Maha Pemaaf). Begitulah setiap kali membuat dosa hinggalah mati - Nauzubillah. Tujuan andaian itu adalah suapaya mereka aman berbuat maksiat dan dapat menikmati hidup dengan bersenang-senang, bergembira, berhibur, berfoya-foya, berlawak jenaka, ceria dll.

Ini bertentangan dengan perasaan Rasulullah s.a.w. yang "Jika kamu tahu apa yang aku tahu tentu kamu akan sedikit ketawa dan banyak menangis".

Wallahu A'lam. Hanya semata-mata limpah kurnia dan rahmat dari Allah Ta'ala.

26 February 2009

Yaqozah (bertemu Nabi dalam Jaga)



(gambar: serban Rasulullah s.a.w.)

Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah. Selawat dan salam buat Rasulullah s.a.w.

Yaqozah adalah bertemu dengan Rasulullah s.a.w. dalam keadaan sedar (tidak tidur/ bukan mimpi). Para wali Allah kebiasaannya menerima didikan dari Rasulullah s.a.w. melalui cara ini. Ini kerana mereka telah dibukakan hijab oleh Allah Ta'ala dapat melihat perkara ghaib seperti malaikat, ruh manusia terdahulu, syurga, neraka, iblis syaitan, dan lain-lain perkara ghaib. Para bomoh belum dibuka hijab kerana mereka sebenarnya hanyalah dibukakan alam jin shj. (Jin termasuk makhluk yg akan dihisab diakhirat).

Dalil Utama: Hadith Bukhari seperti di atas mafhumnya "Sesiapa yg melihatku didalam mimpi, maka dia akan bertemu dengan ku dalam jaga, sesungguhnya syaitan tidak boleh menyerupaiku"

Dalil pertama: Pertemuan Nabi Muhammad SAW dengan Nabi Musa a.s.

Ketika Rasulullah SAW dimikrajkan, baginda dipertemukan dengan Nabi Musa a.s. sedangkan Nabi Musa telah wafat lebih 600 tahun sebelum kelahiran Nabi Muhammad. Oleh kerana besarnya peristiwa ini maka Allah rakamkan di dalam Al Quran dengan firman-Nya:
Maksudnya: “Maka janganlah kamu ragu tentang per temuanmu (dengan Musa ketika mikraj).” (Sajadah: 23)

Dalil kedua: Solat jemaah Nabi SAW dengan para rasul

Nabi Muhammad SAW bersembahyang berjemaah dengan para rasul di malam Israk sebelum baginda dimikrajkan. Firman Allah:

Maksudnya: “Dan tanyalah orang-orang yang Kami utus sebelum kamu (wahai Muhammad) di antara para rasul Kami itu.” (Az Zukhruf: 45)

Di dalam Tafsir Al Qurtubi, juzuk ke-7, ms 5915 tercatat:

“Masalah bertanya kepada anbiya di malam mikraj, Ibnu Abbas meriwayatkan bahawa para anbiya bersembahyang dengan berimamkan Rasulullah SAW dalam tujuh saf. Tiga saf terdiri dari rasul-rasul. Manakala empat saf lagi untuk nabi-nabi. Pertemuan Nabi SAW ini adalah dalam keadaan jaga dan Nabi SAW telah bertanya sesuatu kepada mereka di malam itu.”

Dalil ketiga: Hadis dari Abu Hurairah r.a.

Dari Abu Hurairah r.a. berkata: Aku dengar Nabi SAW ber sabda:
Maksudnya: “Sesiapa yang melihatku di dalam mimpi, maka dia akan melihatku di dalam keadaan jaga dan syaitan tidak boleh menyerupai diriku.” (Sahih Bukhari, juzuk ke-9, m.s. 42)

 Pengakuan Ulama Mengenai Yaqazah

Ibnu Arabi dalam kitabnya Fara’idul Fawa’id menulis:

“Adalah harus (khususnya bagi wali Allah yang diberi karamah) untuk bertemu dengan zat Nabi SAW baik rohnya atau jasadnya kerana Rasulullah SAW seperti lain-lain nabi dan rasul, semuanya hidup bila mereka dikembalikan (kepada jasadnya) serta diizinkan oleh Allah keluar dari kuburnya.”

Dalam kitab Al Khasoisul Kubra, Imam As Sayuti dalam Syarah Muslim oleh Imam Nawawi menulis:

“Jikalau seseorang berjumpa Nabi SAW (dalam mimpi atau jaga), baginda menyuruh akan sesuatu perbuatan (sunat), melarang satu larangan, menegah atau menun jukkan suatu yang baik, maka tiada khilaf ulama bahawa adalah sunat hukumnya mengamalkan perintah itu.”

Datuk Seri Maharaja Datuk Seri Utama, Awang Haji Ismail bin Umar Abdul Aziz, Mufti Kerajaan Brunei Darus salam, mengeluarkan fatwa melalui Pejabat Mufti, Kemen terian Hal Ehwal Agama, Negara Brunei Darussalam pada 14 Jamadil Awal 1408H, 4 Januari 1988 iaitu: 

“Maka nyata dari kata-kata ulama yang di atas ini bahawa berjumpa dengan Nabi SAW waktu tidur atau waktu jaga dan Nabi SAW mengajar akan sesuatu ilmu, suatu doa, suatu selawat dan suatu zikir, adalah harus dan boleh, bagaimana telah berlaku pada ulama-ulama, ahli ilmu Islam, wali-wali Allah dan orang-orang solehin, kita berkata perkara seperti itu termasuk di bawah erti kata fadhailul a’mal.

Adapun perkara halal dan haram telah tertutup dengan berhenti wahyu kepada Nabi kita dan dengan wafat Nabi kita SAW sebagaimana kita telah sebutkan di awal-awal rencana ini.

Sila baca kitab-kitab berkenaan wali-wali Allah seperti Syawahidul Haq karangan Syeikh Yusuf Anbahani dan kitab Lathoiful minan karangan Al Arifbillah Tajuddin bin Athaillah As Sakandari yang meninggal tahun 709H dan Jami’u Karamatil Auliya karangan Syeikh Anbahani dan Hilyatul Auliya oleh Al Hafiz Abu Naim dan karangan Al ‘Alamah Dr. Abdul Halim Mah mud, Mesir dan lain-lain.”

"Sesiapa yang menipu tentangku dengan sengaja, sediakanlah tempatnya di dalam neraka" Maksud Hadith. Berhati-hatilah tentang isu ini. Jangan sengaja menipu tentang yaqazah dan jangan sengaja menolak yaqazah tanpa usul periksa.

Wallahu A'lam. Hanya semata-mata limpah kurnia dan rahmat dari Allah Ta'ala.

24 February 2009

LEBAI


Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah. Selawat dan salam buat Rasulullah s.a.w.

Gelaran Lebai itu adalah satu pengiktirafan dan penghormatan masyarakat terhadap seseorang apabila mereka melihat kewarakan, kezuhudan, ibadah dan akhlak yang baik yang terdapat pada diri seseorang. Pengiktirafan ini diberi bukanlah sempena kelahiran orang besar-besar seperti gelaran Dato’, Dato’ Sri atau Tan Sri dan lain-lain lagi yang dianugerahkan oleh Yang Di Pertuan Agong atau Sultan kepada seseorang sempena hari keputeraan mereka.

 Kalimah lebai ini adalah diambil daripada perkataan lab baikAllah humma labbaik ertinya Wahai Allah aku menerima seruanMu yang disebut oleh orang yang mengerjakan haji. Maknanya orang yang digelar dengan Lebai ialah orang yang menerima seruan Allah sebab itulah orang yang kuat beragama digelar lebai oleh masyarakat orang tua-tua dulu kerana mereka menganggap orang itu mulia di sisi Allah, ujarnya lagi.  

Wallahu A'lam. Hanya semata-mata limpah kurnia dan rahmat dari Allah Ta'ala.

22 February 2009

Doa Nabi Khidir a.s dan Nabi Ilyas a.s


Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah. Selawat dan salam buat Rasulullah s.a.w.

Ertinya:

          Dengan nama Allah, sesuatu itu menurut apa yang dikehendaki oleh Allah, tidak ada yang mendatangkan kebaikan kecuali Allah. Sesuatu itu menurut apa yang dikehendaki oleh Allah, tidak ada yang boleh menolak kejahatan kecuali Allah. Sesuatu itu menurut apa yang dikehendaki oleh Allah, setiap nikmat itu adalah dari Allah. Sesuatu itu menurut apa yang dikehendaki oleh Allah dan tidak ada daya dan kekuatan kecuali bagi Allah.

 Ibnu Abbas berkata: sesiapa yang membaca doa di atas ketika pagi dan petang sebanyak 3 kali maka Allah memberikan keselamatan kepadanya dari tenggelam, kebakaran, kecurian, syaitan, pemerintah yang zalim, ular dan kala jengking (binatang bisa dan buas). Dari kitab Tanwirul Qulub, Syeikh Muhammad Amin Al-Kurdi.

Wallahu A'lam. Hanya semata-mata limpah kurnia dan rahmat dari Allah Ta'ala.

20 February 2009

TOK HABIB VS CHU PANDAN


Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah. Selawat dan salam buat Rasulullah s.a.w.

kisah Tok Habib, seorang wali Allah yang telah membunuh Chu Pandan. Chu Pandan adalah panglima Negara Siam yang hendak menyerang Melaka pada zaman pemerintahan Sultan Muzaffar Syah. Baginda sultan telah memohon pertolongan daripada Tok Habib agar mempertahankan Melaka daripada diserang.

 Tok Habib ini telah memperkenankan permohonan Sultan, lalu beliau memanah ke arah langit seraya berkata "Matilah Chu Pandan." Dengan izin Allah, pada masa itu juga Chu Pandan yang berada di Siam tiba-tiba berasa sakit di dada dan akhirnya mati. Dengan kematian Chu Pandan ini, Siam pun membatalkan hasrat mereka hendak menyerang Melaka. Orang-orang Melaka telah mengabadikan peristiwa bersejarah ini di dalam pantun berikut:

 

Chu Pandan anak bubannya,

Hendak menyerang ke Melaka;

Ada cincin berisi bunga,

Bunga berladung si air mata.

 

Kehebatan kerohanian yang ada pada wali Allah ini sehingga mampu menumpaskan kezaliman. Semoga melalui kisah ini, Allah SWT telah membuka minda kita untuk menentang kezaliman. 

Wallahu A'lam. Hanya semata-mata limpah kurnia dan rahmat dari Allah Ta'ala.

19 February 2009

ULAMA' YAHUDI


Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah. Selawat dan salam buat Rasulullah s.a.w.

Semoga Tuhan melindungi kita dari sifat zalim bangsa yahudi. 

Nabi Nuh a.s. berdakwah 950 tahun. yang menerima dakwah tersebut hanyalah beberapa orang dari golongan yg lemah, miskin dan bodoh.

Zaman Nabi Daud a.s. dan Nabi Sulaiman a.s. Bani Israel mencapai kegemilangan material apabila Tuhan menanugerahkan kekayaan dan kekuasaan yang hebat kepada kedua Nabi Allah tersebut.

Apabila tiba zaman Nabi Zakaria a.s., Yahya a.s. dan Isa a.s., Bani Israel menjadi sombong. Mereka mempermainkan Nabi Zakaria. Pada andaian mereka, nabi mestilah dari kalangan mereka yang kaya dan mempunyai kerajaan yang besar seperti Nabi Daud dan Sulaiman. Lalu mereka mempermainkan nabi Zakaria a.s.

Sebenarnya bangsa yahudi telah dimuliakan dengan kebangkitan ramai para Nabi dan Rasul dari kalangan mereka. Zaman itu, mereka berpegang dengan syariat Nabi Musa yg terkandung dalam kitab Taurat. Ulama' mereka sangat sombong dan busuk hati. Dengan sebab itu mereka tidak mempercayai kenabian Nabi Zakaria walaupun sama-sama beribadah di Rumah Ibadah nabi Sulaiman (masjid).

Masalah mereka ialah:

1. Pekerjaan Nabi Zakaria a.s. hanyalah tukang kayu sedangkan ulama' yahudi sentiasa beribadah di masjid.

2. Orang yang mengikuti pengajaran Nabi Zakaria a.s. adalah orang bodoh dan lemah sedangkan ulama' yahudi adalah orang cerdik pandai.

3. Ulama' yahudi hasad dengki dengan Nabi Zakaria a.s. kerana Tuhan tak pilih mereka menjadi rasulNya.

Sebenarnya Tuhan melantik seseorang menjadi pesuruhNya berdasarkan kebersihan hati dan ketinggian kerohanian bukan berdasarkan banyak ilmu, kemegahan, kehebatan yang telah kita usahakan.

Nota: Ulama' Yahudi mengajar manusia beribadah sedangkan Nabi Zakaria a.s. mengajar manusia mendekati Tuhan melalui ibadah. Inilah beza antara ahli agama yg hanya mengajar ilmu feqah sahaja berbanding mereka yang mengajar manusia mendekati Tuhan melalui ilmu feqah dan tasawwuf.

Wallahu A'lam. Hanya semata-mata limpah kurnia dan rahmat dari Allah Ta'ala.

17 February 2009

ADAB ZIARAH KUBUR


(gambar: makam Tok Kenali di Kota Bharu)

Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah. Selawat dan salam buat Rasulullah s.a.w.

Suatu kisah

Semasa menziarahi makam rijalul ghaib, seorang tuan guru telah diberi teguran terhadap pemikiran beliau pada masa itu. Pada mulanya beliau tefikir "Buat apa aku nak minta daripada dia (Tok Kenali), dia pun dah mati, bukan boleh buat apa-apa pun lagi." Tiba-tiba beliau terdengar suara rijalul ghaib yang berkata: "Bukan macam itu, apabila kita datang menziarahi makam orang-orang soleh, kita hadiahkan bacaan Al-Quran kepada mereka, kemudian bacalah doa sebegini "Ya, Allah, kau anugerahkanlah kepada hambaMu ini keimanan, ketakwaan dan kesolehan sebagaimana keimanan, ketakwaan dan kesolehan yang telah Kau anugerahkan kepada mereka." (Foot note: Nama sebenar Tok Kenali ialah Haji Muhammad Yusuf bin Ahmad al-Kalantani, lahir pada 1287 H/1871 M, wafat Ahad, 2 Syaaban 1352 H/19 November 1933 M. )

 Rijalul ghaib telah mengajar beliau, iaitu adab menziarahi makam para solehin dan yang paling penting ialah supaya kita jangan syirik dengan makam-makam orang soleh sebagaimana yang dilakukan oleh manusia-manusia yang jahil dan taksub dengan wali-wali Allah. Beliau sangat tidak menyenangi sikap sebahagian kaum muslimin yang keterlaluan dalam menziarahi makam para aulia' sehingga membuat amalan bidaah dan syirik.

"Mereka ini hanya mencari para aulia' yang sudah meninggal dunia tapi tidak mahu mencari para aulia’ yang masih hidup, seolah-olah mereka mahu aulia' yang sudah meninggal itu hidup semula dan membimbing mereka, kalau begitu lebih baik minta Rasulullah SAW hidup semula untuk membimbing kita, ini lebih afdhol!" Ucapan ini  merupakan salah satu peringatan yang sering dinyatakan oleh tuan guru ini dalam syarahan-syarahan beliau.

Wallahu A'lam. Hanya semata-mata limpah kurnia dan rahmat dari Allah Ta'ala.

15 February 2009

QUDRAT - MAHA KUASA


Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah. Selawat dan salam buat Rasulullah s.a.w.

Ertinya Tuhan Maha Kuasa. Allah Ta’ala berkuasa mengadakan sesuatu yang “mumkin” atau mentiadakannya atas muafakat iradatNya.

Sabda Nabi s.a.w. "Tidak bergerak walau sebutir atom melainkan dengan izin Allah Ta'ala". Setiap atom yg bergerak, berubah, bertindakbalas adalah disebabkan kehendak dan kuasa Allah Ta'ala. Samada ia perkara baik atau buruk, kedudukan mulia atau hina, kaya atau miskin, cerdik atau bodoh, wajah yg indah atau hodoh, nasib baik atau malang, masuk syurga atau neraka, cuaca cerah atau ribut, keputusan menang atau kalah segala-galanya ditentukan oleh kehendak (iradat) dan kuasa (qudrat) Allah Ta'ala.

Tidak meletup sebiji bom dengan sendiri melainkan jika Tuhan memberinya sedikit kuasa utk meletup. Janganlah kita syirik dengan kehebatan bom yg disangka dapat menghancurkan sebuah bandar, tetapi hendaklah kita hilangkan perasaan takut pada makhluk (bom) hingga muncul yakin yang haq iaitu "La haula wala quwata illa billah (Tiada daya dan kekuatan melainkan kekuasaan Allah Ta'ala

Setiap sesuatu telah ditaqdirkan oleh Allah Ta'ala sejak azali. Tuhan pilih ikut kehendakNya kerana hanya Dia yg memiliki segala isi alam dan hanya Dia yg berhak membuat pilihan. Makhluk tidak memiliki apapun. Setiap pilihan Tuhan ada hikmahnya (pengajaran). Hikmah itu tidak diketahui kecuali mereka yg hampir denganNya dan diberi faham oleh Tuhan.

Adab kita (Ahli Sunnah wal Jama'ah) dengan Tuhan;
Tuhan tidak ditanya di akhirat tentang apa yg dibuat, tetapi makhluk lah yg akan ditanya tentang apa yg telah mereka buat lalu dihisab. Yg baik dihisab, yg jahat di azab.

walaupun kita tahu segala-gala suratan taqdir telah ditentukan oleh Allah ta'ala sejak azali, apa yg perlu kta lakukan ialah "buat kerja kita sebagai hamba".

Pegangan yang salah dan berdosa;
1. Pegangan Muktazilah: Kita boleh, pasti, confirm menang jika berusaha.

2. Pegangan Jabariyah: Makhluk tiada kuasa dalam berusaha (umpama bulu dilayangkan angin)

bersambung...
Wallahu A'lam. Hanya semata-mata limpah kurnia dan rahmat dari Allah Ta'ala.

13 February 2009

PUNCA JADI BAHLOL


Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah. Selawat dan salam buat Rasulullah s.a.w.

Asal sifat bahlol yang keluar dari nafsu bahlol ada tiga:

Yang pertama:

 Asal kejadian tanah, air api dan angin. Daripada asal kejadian inilah keluarnya segala penyakit-penyakit hati seperti takabbur, bakhil, ‘ujub, sum’ah, riak, ghadob (panas baan) dan lain lagi.

 

Yang kedua:

Asal kejadian “Main mahin” air yang hina, hinanya main mahin kerana tiga sebab.

        1– Hina kerana penciptanya mengatakan ia hina.

        2– Hinanya kerana keluar dari saluran najis

             Daripada alat yang sulit, hasil dari perhubungan yang sulit, sekiranya ia disentuh wudhu seseorang akan batal dan wajib mandi junub.

        3- Hinanya kerana ada titisan keturunan yang mungkin ada nenek moyang yang berdarah jin, pembunuh, perompak, penzina, tidak menunaikan sembahyang dan lain-lain lagi.


Yang ketiga:

 Jin atau syaitan yang berserta dan berdamping semenjak ia dilahirkan.

Sabda Rasulullah s.a.w.:

مَا مِنْكُمْ مِنْ اَحَدٍ اِلاَّ وَقَدْ وُكِّلَ بِهِ قَرِيْنُهُ مِنَ الْجِنِّ وَقَرِيْنُهُ مِنَ الْمَلاَئِكَةِ قَالُوْا: وَاِيَّاكَ يَا رَسُوْلَ اللهِ. قال: وَاِيَّايَ وَلَكِنَّ اللهَ اَعَانَنِىْ عَلَيْهِ فَأَسْلَمَ فَلاَ يَأْمُرُنِيْ اِلاَّ بِخَيْرٍ.                                                     

 Ertinya: Tidak ada seorang pun daripada kamu wahai anak Adam melainkan diiringi bersamanya seorang kawan daripada jin atau syaitan ( namanya aharman) dan seorang kawan daripada malaikat (namanya Mulham). Para Sahabat bertanya: Engkau juga Ya Rasulullah? Jawab Rasulullah s.a.w : Aku pun sama juga, tetapi Allah telah membantu aku mengatasinya, maka dia memeluk islam. Dia tidak suruh aku melainkan perkara-perkara yang baik

                 Manusia yang bernafsu bahlol inilah yang tidak mahu menyempurnakan amanah Allah.

أَعُوْذُ بِاللهِ مِنَ الشَّيْطَانِ الرَّجِيْمِ : اِنَّا عَرَضْنَا الأَمَانَةَ عَلَى السَّمَاوَاتِ وَالأَرْضِ وَالْجِبَالِ فَأَبَيْنَ اَنْ يَحْمِلْنَهَا وَاَشْفَقْنَ مِنْهَا وَحَمَلَهَا الإِنْسَانُ إِنَّهُ كَانَ ظَلُوْمًا جَهُوْلاً.

سورة الأحزاب الأية: 72.

     Ertinya: Sesungguhnya Kami telah kemukakan amanah kepada langit dan bumi dan gunung ganang supaya menanggungnya tetapi mereka enggan menanggungnya kerana takut tidak dapat menyempurnakannya, tetapi manusia menanggungnya. Sesungguhnya manusia itu tersangat zalim dan tersangat jahil.

Dan manusia yang bernafsu bahlol ini juga Allah Ta’ala ungkapkan di dalam Al-Quran dengan berbagai-bagai ungkapan yang kesat,

 Thagha:  Melampaui batas.  (طَغَى)

 Kanud:   Tidak terima kasih.  (كَنُود)

 Zhalum: Tersangat Zolim. (ظَلُومٌ)

 Jahul:     Tersangat jahil. (جَهُولٌ)

 Ya us: Tersangat berputus asa.(يَأُوس)

 Kaffar dan Kafur:  Tersangat engkar. (كَفَّار \ كَفُّور)

 ‘Ajul: Tersangat gopoh. ( عَجُول)

 Khasim:  Suka berbalah. (خَصِيم)

Qatur:  Tidak pernah merasa cukup. (قَتُور)

Halu’a: Tersangat gelisah. (هَلُوعًا)

 Jazu’a:  tersangat cemas  (جَزُوعاً)

 Dan berbagai-bagai lagi kata-kata yang kesat.

Untuk keluar daripada cengkaman nafsu bahlol ini terpulanglah kepada kemahuan kesungguhan mujahadah kita sendiri. Firman Allah Ta’ala:

أَعُوْذُ بِاللهِ مِنَ الشَّيْطَانِ الرَّجِيْمِ : إِنَّ اللهَ لاَ يُغَيِّرُمَا بِقَوْمٍ حَتَّى يُغَيِّرُوْا مَا بِأَنْفُسِهِمْ.

 سورة الرعد الأية: 11.                                     

Ertinya: sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib suatu kaum sehingga mereka mengubah diri mereka dengan sendiri.

                 Langkah pertama untuk kita buang sifat-sifat bahlol dan nafsu bahlol iaitu dengan fana fi as-syeikh, makna fana fi as-syeikh ialah: Ikut susunan Guru dan Murabbi dengan mematuhi segala susunan syariat dan thoriq. Seperti robot yang remote control berada di tangan tuannya, Kerana fana fi as-syeikh adalah permulaan untuk mengenal Allah. Inilah cara yang paling berkesan dan telah dipraktikkan oleh Nabi Yusuf a.s.

 Firman Allah Ta’ala:

أَعُوْذُ بِاللهِ مِنَ الشَّيْطَانِ الرَّجِيْمِ : وَلَقَدْ هَمَّتْ بِهِ وَهَمَّ بِهَا لَوْلاَ اَنْ رَّئَ بُرْهَانَ رَبِّهِ كَذَالِكَ لِنَصْرِفَ عَنْهُ السُّوْءَ وَالْفَحْشَاءَ، إِنَّهُ مِنْ عِبَادِنَا الْمُخْلَصِيْنَ. سورة يوسف الأية: 23.                                  

 Ertinya: Dan Sesungguhnya Zulaikha timbul perasaan keinginan kepada Yusuf dan Yusuf juga timbul perasaan keinginan kepada Zulaikha, kalaulah tidak ia (Yusuf a.s) melihat Burhan Tuhannya. Begitulah Kami hindarkan daripada Yusuf kejahatan dan perbuatan yang keji. Sesungguhnya dia daripada hamba-hamba Kami yang ikhlas.

                 Berkata kebanyakan Ulama Mufassirin makna “Burhan” di dalam ayat yang tersebut adalah: Datangnya rupa dan missal Nabi Yaakob a.s. Ketika itu lenyaplah perasaan keinginan Yusuf kepada Zulaikha.

                Begitulah Allah hindarkan kejahatan daripada Yusuf a.s. kerana fananya kepada bapanya yang menjadi murabbinya.

                Begitulah Allah Ta’ala akan hindarkan kita daripada sifat-sifat bahlol dan nafsu bahlol sekiranya kita fana fi as-syeikh .

 Wallahu A'lam. Hanya semata-mata limpah kurnia dan rahmat dari Allah Ta'ala.

09 February 2009

WAHDANIYYAH - ESA


Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah. Selawat dan salam buat Rasulullah s.a.w.

Ertinya: Esa Allah Ta’ala pada Zat, sifat dan perbuatan.

Esa pada zat: 

1. Zat Allah Ta’ala tidak tersusun daripada dua bahagian atau lebih yang boleh dibahagi-bahagi (ZatNya tidak boleh dibelah atau dikerat). (menafikan Kam Muttasil pada zat Allah Ta’ala). Berbeza dari makhluk yang mempunyai anggota badan, pokok yg mempunyai bahagian-bahagian (dahan, batang, daun dll).

2. Tiada zat lain seumpama Zat Allah (menafikan Kam Munfasil pada zat Allah Ta’ala)

Terdapat 5 kam yang mustahil bagi Allah Ta'ala:
1. Kam Muttasil pada zat
2. Kam Munfasil pada zat
3. Kam Muttasil pada sifat
4. Kam Munfasil pada sifat
5. Kam Munfasil pada afa’al

Kam Muttasil pada zat ialah jasad makhluk terbina / tersusun daripada beberapa juzuk (bahagian = kepala, badan, tangan, kaki dll). 

Kam Munfasil pada zat pula ialah berbilangnya jasad makhluk kepada beberapa unit yang sama (jasad Abu, Ali, Zaid lebih kurang serupa bentuknya, dari jenis yg sama iaitu manusia). 

Kedua-dua kam ini mustahil bagi Allah Ta’ala.

Esa pada sifat: 

1. Allah Ta’ala tidak mempunyai dua sifat atau lebih daripada jenis sifat yang sama contohnya 2 qudrat atau 3 qudrat. (menafikan Kam Muttasil pada sifat Allah Ta’ala).

2. Makhluk tidak ada sifat yang serupa seperti sifat qudrat Allah Ta’ala. Makhluk ada qudrat tetapi terbatas, tidak memberi manfaat atau mudharat dan tidak memberi kesan. (menafikan Kam Munfasil pada sifat Allah Ta’ala).

Esa pada Af’al: 

1. Allah Ta’ala tiada sekutu (rakan kongsi) dalam menjadikan mana-mana perbuatanNya. Makhluk tidak masuk campurtangan dalam urusan perbuatan Allah Ta’ala. (menafikan Kam Munfasil pada Af’al Allah Ta’ala).

2. Segala yang terjadi adalah perbuatan Allah Ta’ala. Bukan disebabkan oleh perbuatan makhluk contohnya api tidak memberi kesan bakar atau panas. Yang memberi kesan atau bekas hanyalah Allah Ta'ala (menafikan Kam Munfasil pada Af’al Allah Ta’ala).

Sabda Rasulullah s.a.w. maksudnya :
“Fikirlah kamu tentang segala kejadian dan janganlah kamu fikirkan tentang Tuhan Yang Maha Pencipta yang menjadikan sekelian makhluk kerana sesungguhnya Dia tidak dapat diliputi (digambarkan) oleh fikiran kamu”.

Apa sahaja persamaan antara Tuhan dan makhluk perlulah dinafikan kerana kesempurnaan pada makhluk adalah kekurangan jika ia ada pada pihak Tuhan. Contoh, jika ada 2 qudrat (kuasa) yg terhebat, mustahil keduanya sama hebat, maka ia akan mengurangkan kuasa salah satu darinya. jika ada kuasa yg sama dari tuhan A dan tuhan B, ini bermakna kuasa yg ada pada salah satu adalah lebih lemah berbanding yg lain. Atau jika kuasa tuhan A lebih kuat, maka kuasa tuhan B menjadi ancaman bagi kekuasaan A, kerana ia hampir sama hebat.

Wallahu A'lam. Hanya semata-mata limpah kurnia dan rahmat dari Allah Ta'ala.

07 February 2009

TAREKAT NAQSYABANDI


Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah. Selawat dan salam buat Rasulullah s.a.w.

Pengasas tareqat ini ialah Sheikh Bahauddin. Beliau dilahirkan di sebuah kampong yang bernama Qofrul Arifin, iaitu tidak jauh dari bandar Bukhara tempat lahir Imam Bukhari pada tahun 717 Hijrah. Beliau mengambil tareqat daripada Baba Assamasi dan kemudian daripada Sheikh Amir Kulal. Beliau wafat pada tahun 791 Hijrah. Pengaruh tareqat ini sungguh besar dalam dunia Islam dan menjadi anutan serta sumber kekuatan Sultan Murad dan anaknya Sultan Muhammad Al-Fateh menentang kerajaan Konstatinople pada 20 Jamadil Awal 857 Hijrah. Tareqat ini telah berkembang pesat di seluruh Negara Islam termasuklah Malaysia.

Sekarang tarekat ini dipimpin oleh Syeikh Nazim al-Haqqani.

Wallahu A'lam. Hanya semata-mata limpah kurnia dan rahmat dari Allah Ta'ala.

05 February 2009

SEBAB IBLIS DILAKNAT


Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah. Selawat dan salam buat Rasulullah s.a.w.

Apabila Tuhan memerintahkan semua malaikat sujud kepada Adam a.s. semua malaikat bersujud kecuali Iblis. Selesai sujud, malaikat bangun dan terperanjat dengan tindakan iblis yg tak menyesal atas keengganan dan langsung tidak rasa bersalah. Kemudian Tuhan menyuruh utk kali ke-2 semua malaikat bersujud kpd Adam a.s. Malangnya iblis tetap enggan, bongkak dan tidak rasa bersalah malah sombong. 

Setelah malaikat bangun dari bersujud, mrk lihat tubuh iblis ditukar oleh Allah kepada bentuk babi yg hina, busuk, kotor lagi menjijikkan berbanding sebelum ini yg tampan, bersayap, cantik, kemas, wangi, bersinar-sinar, banyak ilmu, kuat beribadah, ibarat burung merak, menjadi penghulu diantara malaikat . 

Lalu Jibril dan Mikail menangis sambil berkata kpd Tuhan "Wahai tuhanku, kami takut tidak terlepas daripada tipudayaMu".

Pengajaran: Iblis dilaknat sebab
1. Tidak rasa bersalah buat dosa 
2. Enggan ikut perintah Tuhan
3. Sombong dengan kejadiannya yg hebat
4. Enggan bertaubat walaupun buat salah kali ke-2
5. Rasa putus asa dari rahmat Tuhan

Diceritakan, setiap setelah 100ribu tahun iblis diseksa dalam neraka, Tuhan temukan dia dengan Nabi Adam a.s. lalu disuruh sujud kepadanya. Tetapi iblis tetap enggan sujud. Lalu disambung seksaannya dengan ditambah 70 kali ganda lebih berat siksaannya.

Sedangkan Nabi Adam a.s. apabila sedar telah langgar perintah Tuhan, baginda bertaubat sambil menangis selama 40 tahun. Penyesalan dan tawadhuk hinggalah Tuhan ampunkan dosa baginda.

Kita bagaimana? Brp bnyk dosa yg kta buat seharian? Adakah kita menyesal? Adakah kita ulangi lagi dosa itu? Semaklah diri sendiri agar tidak menyerupai perangai iblis.

Imam Ghazali kata "Setiap maksiat yg berpunca dari sifat sombong dan bongkak, tidak ada harapan utk diampuni."

Wallahu A'lam. Hanya semata-mata limpah kurnia dan rahmat dari Allah Ta'ala.

04 February 2009

QIYAMUHU TA'ALA BINAFSIHI



Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah. Selawat dan salam buat Rasulullah s.a.w.

Ertinya

1.    Allah Ta’ala berdiri dengan sendiriNya atau

2.    Allah Ta’ala tidak berkehendak (tidak perlukan) kepada zat lain untuk menempatkan diriNya padanya sepertimana segala aradh (sifat) atau

3.    Allah Ta’ala tidak berkehendakkan (tidak perlukan) kepada yang menjadikanNya bahkan Dia yang menjadikan segala sesuatu.

Dia tidak berhajat (tidak perlu) kepada zat dan tidak berhajat kepada pembuat yang menjadikanNya.

Dia tidak berhajat (tidak perlu) kepada zat maksudnya Dia sendiri itu zat, bukan sifat kerana sifat itu ada dengan adanya zat dan tidak boleh berdiri dengan sendiri samada sifat yang qadim atau sifat yang baharu.

Dia tidak berhajat kepada pembuat yang menjadikanNya maksudnya Dia itu pasti qadim, bukan baru kerana yang berhajat kepada pembuat itu ialah segala kejadian yang baru.

Tuhan tidak perlukan bantuan utk terus hidup, berkuasa.

Lawan sifat ini ialah Tuhan berkehendak kepada zat atau kepada yang menjadikanNya.

Pengajaran dari surah Al-Ikhlas di atas:

Ayat 1: Menafikan dakwaan tuhan itu banyak dan berbilang-bilang

kerana Ahad ialah Esa pada ZatNya, sifatNya dan af’alNya (perbuatanNya).

 Ayat 2: Menafikan kekurangan, sedikit dan tidak umum liputan kuasaNya.

 Ayat 3: Menafikan illat (sebab) bagi kewujudan selainNya.

Menafikan ma’lul (penyebab) kewujudan Allah kerana selainNya.

 Ayat 4: Menafikan syabih (keserupaan) dan nazhir (tandingan) bagi Tuhan.

Wallahu A'lam. Hanya semata-mata limpah kurnia dan rahmat dari Allah Ta'ala.

03 February 2009

MUKHALAFATUHU LIL HAWADITH


Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah. Selawat dan salam buat Rasulullah s.a.w.

MUKHALAFATUHU LIL HAWADITH beerti Allah Ta'ala tidak sama dengan segala kejadian yang baru atau dengan segala makhlukNya. Kelainan Allah Ta'ala daripada sesuatu kejadian yg baru.

Kelainan dari segi:
1. ZAT. iaitu tiada zat yg serupa seperti zat Allah Ta'ala. kerana Allah Ta'ala bukan dari jenis cahaya (nur) dan bukan juga jenis gelap (zulmah), bukan dari jenis langit atau bumi atau apa yg ada diantara keduanya. Zat Tuhan juga tidak perlukan ruang, tempat untuk wujud.

2. SIFAT. Tiada sifat yg serupa dengan sifat Allah Ta'ala kerana semua sifat Tuhan itu qadim (telah sedia ada sejak azali) dan tidak bergantung kepada sesuatu.

3. PERBUATAN. tiada perbuatan yg serupa dengan perbuatan Tuhan. Makhluk nak sesuatu kena usaha contohnya suap makanan untuk makan & kenyang. sedangkan perbuatan Tuhan hanyalah dengan sekali firmanNya setiap sesuatu pasti akan jadi.

Ulama kata:
1. Setiap apa yg terbayang kepada kita ianya adalah kejadian baru, dan kita hendaklah iktikadkannay berlainan dari Allah Ta'ala.

2. Zat Allah Ta'ala berlainan daripada makhluk dalam segala sesuatu.

Jika kita nampak lembaga berasap-asap, ia bukanlah Tuhan tetapi ia adalah asap. Patung berhala juga adalah makhluk kerana kita dapat lihat dengan mata kasar kita.

Oleh itu mustahil Tuhan sama seperti makhluk (jirim/ jisim) yg mempunyai 4 perkara:
1. Baru
2. Bersusun.
3. Bertempat
4. Menerima 'Aradh (sifat bau, warna dan rasa)

Golongan wahabi kata Tuhan turun ke bumi dari langit. ini silap besar. Tuhan tidak memerlukan tempat kerana tempat adalah sebahagian daripada alam. Alam adalah makhluk yg baharu. Jika Tuhan perlukan tempat, maka Tuhan perlukan makhluk utk wujud. Ini mustahil.

Point penting dalam perbahasan sifat ini ialah menafikan penyamaan antara Tuhan dengan makhluk. 

Wallahu A'lam. Hanya semata-mata limpah kurnia dan rahmat dari Allah Ta'ala.

02 February 2009

TAQWA & TAKUT TUHAN



Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah. Selawat dan salam buat Rasulullah s.a.w.

Taqwa ialah takut kepada Tuhan dengan ketakutan yg merangkumi setiap dengyutan jantung, setiap naik turun nafas, setiap gerak geri, setiap percakapan dan pertuturan kita.

Apabila kita takut kepada Tuhan seperti ini barulah kita disebut sebagai mukmin (telah beriman). Jika kita hanya mengucap, tapi masih belum dapat menghayati taqwa, kita dikenali sbg muslim(telah mengucap 2 syahadah) oleh para malaikat.

Abu Laiths kata: Tuhan telah jadikan segolongan malaikat yg bersujud kepadaNya sambil menggeletar seluruh urat saraf mereka kerana takutkan Allah Ta'ala sejak mereka diciptakan sehinggalah hari kiamat barulah mereka akan bangun mengangkat kepala.

Pernah seorang wanita yg miskin, mempunyai anak-anak yg kelaparan sedang tiada apa yg boleh mrk makan. Wanita tersebut pergi meminta sedikit makan kepada org kaya. Lalu org kaya meminta tubuh wanita sebagai ganti. wanita itu pun terpaksa setuju memberikan tubuhnya agar anak-anak mrk tidak mati kelaparan. Sedang wanita berdua-duaan dgn si kaya, tiba-tiba seluruh badan wanita itu menggigil dan menggeletar seolah-olah anggota bdnnya akan tertanggal. Si kaya pun bertanya apa yg terjadi? Wanita itu jawab "aku takutkan Allah". lalu si kaya kata "engkau takutkan Allah dalam keadaaanmu yg seba kekurangan, sepatutnya aku yg lebih patut kepadanya". lalu dia memberikan makanan sebanyak-banyaknya kpd wanita itu dan meninggalkannya.

Inilah tanda taqwa yg tidak boleh dibeli dan dijual. Harga taqwa ini terlalu mahal dan perlu dicari oleh setiap orang. 

Atas maksud inilah guru mursyid mengajar dan mendidik manusia untuk meramaikan orang yg beriman dan bertqwa seperti kisah di atas. Tugas mulia ini harus diteruskan dan dibantu.

Wallahu A'lam. Hanya semata-mata limpah kurnia dan rahmat dari Allah Ta'ala.