15 February 2009

QUDRAT - MAHA KUASA


Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah. Selawat dan salam buat Rasulullah s.a.w.

Ertinya Tuhan Maha Kuasa. Allah Ta’ala berkuasa mengadakan sesuatu yang “mumkin” atau mentiadakannya atas muafakat iradatNya.

Sabda Nabi s.a.w. "Tidak bergerak walau sebutir atom melainkan dengan izin Allah Ta'ala". Setiap atom yg bergerak, berubah, bertindakbalas adalah disebabkan kehendak dan kuasa Allah Ta'ala. Samada ia perkara baik atau buruk, kedudukan mulia atau hina, kaya atau miskin, cerdik atau bodoh, wajah yg indah atau hodoh, nasib baik atau malang, masuk syurga atau neraka, cuaca cerah atau ribut, keputusan menang atau kalah segala-galanya ditentukan oleh kehendak (iradat) dan kuasa (qudrat) Allah Ta'ala.

Tidak meletup sebiji bom dengan sendiri melainkan jika Tuhan memberinya sedikit kuasa utk meletup. Janganlah kita syirik dengan kehebatan bom yg disangka dapat menghancurkan sebuah bandar, tetapi hendaklah kita hilangkan perasaan takut pada makhluk (bom) hingga muncul yakin yang haq iaitu "La haula wala quwata illa billah (Tiada daya dan kekuatan melainkan kekuasaan Allah Ta'ala

Setiap sesuatu telah ditaqdirkan oleh Allah Ta'ala sejak azali. Tuhan pilih ikut kehendakNya kerana hanya Dia yg memiliki segala isi alam dan hanya Dia yg berhak membuat pilihan. Makhluk tidak memiliki apapun. Setiap pilihan Tuhan ada hikmahnya (pengajaran). Hikmah itu tidak diketahui kecuali mereka yg hampir denganNya dan diberi faham oleh Tuhan.

Adab kita (Ahli Sunnah wal Jama'ah) dengan Tuhan;
Tuhan tidak ditanya di akhirat tentang apa yg dibuat, tetapi makhluk lah yg akan ditanya tentang apa yg telah mereka buat lalu dihisab. Yg baik dihisab, yg jahat di azab.

walaupun kita tahu segala-gala suratan taqdir telah ditentukan oleh Allah ta'ala sejak azali, apa yg perlu kta lakukan ialah "buat kerja kita sebagai hamba".

Pegangan yang salah dan berdosa;
1. Pegangan Muktazilah: Kita boleh, pasti, confirm menang jika berusaha.

2. Pegangan Jabariyah: Makhluk tiada kuasa dalam berusaha (umpama bulu dilayangkan angin)

bersambung...
Wallahu A'lam. Hanya semata-mata limpah kurnia dan rahmat dari Allah Ta'ala.

No comments:

Post a Comment