Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah. Selawat dan salam buat Rasulullah s.a.w.
Pada zaman Syeikh Abd Qadir Jilani, banyak tarekat dikendalikan oleh guru mursyid yg belum layak memimpin. Hasilnya, banyak kecacatan yg zahir contohnya guru mursyid yg mencukur janggut.
Bila Tuhan bangkitkan Syeikh Abd Qadir Jilani, beliau berusaha memperbaiki keadaan, hingga banyak tarekat ditutup kerana masalah kelayakan.
Mentol tidak akan menyala jika wayar elektrik tidak bersambung dengan fius utama. Fius utama juga tidak ada elektrik tanpa kabel yang bersambungan dengan pusat janakuasa elektrik. Mentol umpama murid, fius umpama guru mursyid dan pusat janakuasa elektrik umpama Rasulullah s.a.w. iaitu punca segala cahaya. Begitulah perumpamaannya.
Anda boleh lihat gerakan Al-Arqam yg banyak menggunakan agama utk kepentingan nafsu syahwat, dapatkan kemewahan harta, bercampur aduk dengan amalan silat kemegahan, jauh dari memecahkan nafsu syahwat, zuhud terhadap dunia, tawadhuk dlm tindak-tanduk dll.
Kelayakan ada tanda. Antaranya:
1. Kasyaf (terbuka hijab - dapat lihat tembus ke alam malaikat - bukan setakat alam jin shj)
2. Karomah (perkara pelik yg membuktikan kemuliaannya disisi Tuhan)
Ramai manusia dpt lihat alam jin dan berpuas hati dengan ibadahnya. Lalu terhijab setakat itu shj. sedangkan perjalanan kerohanian Wali Allah haruslah berterusan dengan pembukaan demi pembukaan.
Ramai guru mursyid yg tiada karomah tetapi cerita karomah diada-adakan oleh pengikutnya bagi meyakini kelayakan gurunya.
Ramai tokoh ulama semasa dicop sebagai wali Allah sedangkan mereka tidak pernah memimpin tarekat, mengambil sanad tarekat, apatah lagi memperjuangkan tarekat. Lihat sendiri di Malaysia. Siapa yg mempertahankan tarekat? Siapa yg menghabiskan masa ceramahnya memberi faham masyarakat tentang tarekat? Siapa yang berusaha menyatukan fikrah manusia melalui jalan tazkiyatun nafs (penyucian hati)?
Yang ada hanya syok sendiri dengan ilmu zahiriah, kemegahan berceramah & tafsiran dari nafsu amarah.
Wallahu A'lam. Hanya semata-mata limpah kurnia dan rahmat dari Allah Ta'ala.
Wallahu A'lam. Hanya semata-mata limpah kurnia dan rahmat dari Allah Ta'ala.
Jangan sembah pujaan di SAMPING ALLAH
ReplyDeletehtp://submissio.org
Betul tu, semoga kita dapat kemanisan iman.
ReplyDelete