27 January 2009
TAREKAT AHMADIYAH (Syeikh Ahmad Badawi)
(gambar: makam Syeikh Ahmad Badawi)
Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah. Selawat dan salam buat Rasulullah s.a.w.
Pengasas tareqat ini ialah Sheikh Abu Fatayan Ahmad bin Ali bin Ibrahim bin Muhammad bin Abi Bakar Al-Badawi. Beliau dilahirkan di bandar Fas pada tahun 596 Hijrah. Semasa berusia 4 tahun, beliau telah berpindah dengan ibu bapanya ke Mekah dan menetap di sana sehingga ibu-bapanya meninggal dunia. Semasa berada di Mekah, beliau telah dapat menghafal Al-Quran dan belajar ilmu dalam Mazhab Imam Syafei. Kemudian beliau pergi ke Mesir dan tinggal di Tanta, iaitu di atas sutuh di sebuah rumah. Pernah beliau tidak menjamah makanan dan minuman selama 40 hari. Keadaannya senantiasa berdiri melihat ke langit sehingga matanya menjadi seperti bara api. Di atas sutuh itulah anak-anak muridnya datang untuk mendengar syarahan khususiah. Beliau wafat pada 675 Hijrah. Tareqat beliau berkembang pesat di Mesir khususnya dan di merata pelusuk negara Islam termasuklah Negara Malaysia.
(Ada 2 tarekat Ahmadiyah, lagi satu dari Syeikh Ahmad Idris yg berasal dari Maghribi, beliau lebih terkenal dengan nama tarekat Idrisiah di timur tengah, tetapi terkenal dengan nama Tarekat Ahmadiyah Idrisiyah di Malaysia )
Wallahu A'lam. Hanya semata-mata limpah kurnia dan rahmat dari Allah Ta'ala.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
kalau berok memanjat pokok,
ReplyDeletekalau manusia memanjat gunung,
kalau ilmu br setakuk,
jangan langit hendak dijunjung.
kalau durian rasa durian,
takkan kurma rasanya manggis,
kenapa melayu tak kenal tuhan,
sebab hidup sukakan budaya asing,
begitulah hidup seorang melayu,
asyik ditipu oleh si pemalsu,
ketahuilah wahai bangsaku,
kamu itu melayu,
awal agama mengenal ALLAH,
KENAL ALLAH KENAL DIRI,
Ingatlah pesan si hang tuah,
hilang MELAYU CACATLAH DIRI.
uztz gimana dgn terekat ahmadiah di negri sembilan yg pengasasnya lupa nama yg di makamkan kat ampangan seremban tu..apakah berasal dr margribi or sheikh yg di atas ini?
ReplyDeleteAkibat memandang agama itu kecil...dan benaknya bertaraf "benak terpesona" mudah terpesona dengan budaya asing. Hingga tidak tahu dan tidak mahu akan kekuatan budaya bangsa/agama Islam.
ReplyDelete