21 January 2009

TAREKAT QODIRIYAH


(gambar : makam Syeikh Abdul Qadir Jilani)

Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah. Selawat dan salam buat Rasulullah s.a.w.

Tariqat Sufi merupakan tunggak Sejarah Islam
Apabila disebut sahaja orang-orang sufi, maka yang akan terlintas bahawa tentulah orang- orang sufi ini berpegang kepada mana-mana Tareqat. Begitulah rapatnya hubungan Sufi dengan Tareqat.

Ta’rif atau makna Tareqat
Ta’rif atau makna tareqat dari segi bahasa ialah jalan dan dari segi istilah bermaksud orang-orang sufi ialah jalan yang khusus untuk orang-orang yang hendak berjalan menuju Allah. Tanpa tareqat pasti seseorang itu akan teraba-raba kerana tareqat menunjukkan bagaimana cara hendak berjalan menuju kepada Allah.

Kemunculan Tareqat
Selepas kurun ke-5 Hijrah, banyak tareqat-tareqat yang muncul dalam dunia Islam. Kebiasaannya setiap tareqat itu disandarkan kepada nama pengasasnya. Setiap aliran tareqat yang muncul, telahpun mencipta tunggak sejarah Islam khususnya di negara kewujudannya

Pengasas-pengasas tareqat
Berikut adalah serba ringkas riwayat hidup sebahagian daripada aliran tareqat yang masyur, yang telah mencipta tunggak sejarah Islam.

1). Tarekat Qodiriyyah :
Pengasas tareqat ini ialah Sheikh Muhyiddin Abdul Qoder Al-Jilani. Beliau telah dilahirkan di Jilan, iaitu satu daerah di Tobaristan pada tahun 470 Hijrah. Beliau dibesarkan di Jilan hingga berusia 18 tahun. Selepas itu beliau telah berhijrah ke Baghdad. Di Baghdad beliau telah memulai belajar ilmu pengetahuan dalam bidang syariat dan menjalani mujahadah dan latihan kerohanian bawah perhatian dan bimbingan gurunya, iaitu Sheikh Hammad Dabbas. Sehinggalah beliau mencapai kemajuan kerohanian yang tinggi, maka beliaupun kembali kepada manusia dan mengajar mereka ilmu-ilmu syariat dan hakikat. Beliau telah mencurah bakti kepada manusia dengan menyampaikan pengajaran selama 40 tahun dan beliau telah wafat pada tahun 561 Hijrah di Baghdad. Tareqat beliau berkembang pesat di tanah Arab, benua India, Pakistan, Afrika,Chechan, dan seluruh Negara Islam termasuklah Negara Malaysia.

Wallahu A'lam. Hanya semata-mata limpah kurnia dan rahmat dari Allah Ta'ala.

3 comments:

  1. Terima kasih ustaz kerana banyak mengajar..

    ReplyDelete
  2. Segala pujian milik Allah Ta'ala. Ilmu dan faham anugerah Tuhan Pencipta Alam. Saya tak sempat promote blog ni, kalau sudi tolong promote kan.

    ReplyDelete
  3. Assalamualikum..
    Dimana boleh saya cari guru tarikat qodiriyah ini? Sya berniat untuk mencuci hati yg telah lama katar ini... Sya tiggal di selangor..

    ReplyDelete