29 April 2009

ZIKIR JAHR - KUAT



Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah. Selawat dan salam buat Rasulullah s.a.w.

Hati manusia umpama batu yang keras. Kerasnya hati kerana banyak ketawa dan maksiat yg dibuat. Hati yg keras hampir mustahil menitiskan air mata taubat. Sesuatu yg keras harus dipecahkan dengan sesuatu yg kuat. Umpama batu dibukit yg hanya hancur bila diletupkan oleh bom dinamit. Boleh saja kita pecahkan batu guna air, tetapi memakan masa yg lama. Cara yg mudah ialah dengan bom. 

Zikir yang disebut dengan suara yg kuat dan lantang sepenuh tenaga umpama bom yg dapat menghancurkan hati agar ingat kepada kebesaran Tuhan. Zikir yg kuat mempunyai banyak kelebihan antaranya mempercepatkan kosong hati dari selain Tuhan, menambah tumpuan kepada Tuhan, melembutkan hati, meringankan badan buat ibadah dan membuktikan diri tahan kepada ujian-ujian yg Tuhan beri. 

Zikir kuat ini disebut sebagai zikir jahr. Pada zaman Rasulullah s.a.w., para sahabat berzikir dengan kuat seperti pokok yg ditiup angin. Ada sahabat mengatakan "aku tahu solat fardhu telah selesai apabila aku dengar suara org Islam berzikir dengan kuat".

Zikir yang dipimpin oleh guru mursyid ada aura dan gelombang yang dapat mempercepat dan menambah tumpuan kita kepada Tuhan. Jika auranya kuat, ia akan menyebabkan ramai ahli zikir menjadi fana' (tidak sedar diri kerana tenggelam dalam kebesaran Tuhan). Hingga tidak terkata perasaannya kerana hati telah penuh dengan rasa kehebatan dan kebesaran Tuhan. Akhirnya mereka akan dilihat oleh orang munafik sebagai orang gila.

Wallahu A'lam. Hanya semata-mata limpah kurnia dan rahmat dari Allah Ta'ala.

26 April 2009

KISAH SYEIKH ABDUL QADIR JILANI

Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah. Selawat dan salam buat Rasulullah s.a.w.

Untuk fahami lebih dekat lagi tentang ulama' sufi, sila tonton filem ini:

SYEIKH ABDUL QADIR JILANI di channel:


atau
episod 1

episod 2

episod 3

episod 4

episod 5

episod 6

episod 7

episod 8

episod 9

episod 10

episod 11


Semoga kita dapat ambil iktibar dari kisah ini. selamat menonton.
Wallahu A'lam. Hanya semata-mata limpah kurnia dan rahmat dari Allah Ta'ala.

19 April 2009

TAUBAT


Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah. Selawat dan salam buat Rasulullah s.a.w.
Setiap manusia tidak terlepas dari melakukan kesalahan. Samada kesalahan kecil atau besar, kesalahan yg dianggap berdosa atau tidak berdosa. Malah dikalangan Nabi pun pernah melakukan kesalahan disisi Tuhan. Nabi Adam a.s. makan buah zaqqum, Nabi Yunus a.s.  meninggalkan kaum, Nabi Ibrahim a.s. bertindak sebelum wahyu turun, Nabi Zakaria a.s. meminta bantuan dari pokok untuk bersembunyi, Nabi Muhammad s.a.w. memalingkan muka dari Abdullah ibnu Maktum (orang buta) dan lain-lain. Walaubagaimanapun kesalahan yg dibuat oleh para Nabi dan Rasul ini adalah satu pengajaran kepada manusia agar mengaku salah dan bertaubat setelah sedar melakukan kesalahan.

Dalam Kitab "Hikam" oleh Ibnu Athaillah AsSakandari kalam bait ke 106 -107 menyebut:

Maksiat membuka pintu rendah diri dan rasa perlukan Rahmat Tuhan lebih baik dari taat yg membangkitkan ujub (hairan diri) dan takabbur (besar diri). 

Mengapa kita rasa malu dan takut untuk mengaku kesilapan dan kesalahan yg telah kita lakukan? Sedangkan pengakuan yg jujur itu (telah buat dosa) dapat membantu mendekatkan diri kepada Tuhan. Semakin tinggi kedudukan seseorang dimata masyarakat, sebenarnya semakin sukar untuknya mengaku kesalahan yg dilakukan contohnya kesalahan yg dilakukan oleh pengerusi masjid, ketua kampung, ustaz yg popular, menteri dan para pemimpin dunia. Mungkin mereka anggap ketaatan yg mereka lakukan telah diterima oleh Tuhan lalu rasa mulia disisi Tuhan.

Ingatlah, Iblis dilaknat kerana tidak mahu mengaku salah (tidak sujud kepada Nabi Adam a.s.). Sama-samalah kita merendahkan diri mengaku salah dan bertaubat dari dosa zahir dan dosa batin (hairan diri berbuat taat tanpa buat dosa). 

Wallahu A'lam. Hanya semata-mata limpah kurnia dan rahmat dari Allah Ta'ala.

14 April 2009

MAJLIS RAHMAT & MAJLIS MAKSIAT


Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah. Selawat dan salam buat Rasulullah s.a.w.

Setiap kali majlis agama samada tahlil, ceramah, kuliah, halaqah zikir atau sambutan Maulidurrasul yang dianjurkan oleh ulama' bertaraf wali Allah perlulah kita hadiri. Ini kerana majlis seumpama ini mengundang rahmat, kasih sayang Tuhan, ada pengampunan dosa silam, ada cahaya atas cahaya yg akan menerangi hati setiap hadirin yg hadir.

Kita akan dihisab setiap saat hidup didunia ini. Dimana kita berada, apa yg kita buat, bersama siapa kita disana, apa tujuan kita ke sana dan lain-lain soalan dimahkamah padang Mahsyar nanti.

Sebaliknya setiap majlis maksiat yg kita hadiri akan menambah kemurkaan Tuhan terhadap kita, mengotorkan hati, menambah dosa mata-mulut-telinga-tangan-kaki, menggalakkan buat munkar dan kerosakan dimuka bumi, melalaikan hati dari berzikir, mensia-siakan umur. Contohnya Majlis yg menganjurkan pergaulan bebas lelaki dan perempuan yg bukan mahram.

Kdang-kadang majlis mubah (harus) pun boleh bertukar jadi majlis maksiat. Contohnya majlis perlawanan bola sepak di Kelantan (8 APRIL 2009) yg berakhir dengan rusuhan dan trak polis yg dibakar hasil dari jiwa orang Islam yg masih kotor dan mungkin belum sempat tunaikan solat Isyak berjemaah.

Layakkah kita dikasihi Tuhan sedangkan kita merosakkan bumi dan membuat kekacauan. Sewaktu Tuhan mula hendak mencipta manusia dimuka bumi, malaikat bertanya "Adakah Engkau akan jadikan makhluk yg akan berbuat kerosakan diatas muka bumi?". Tetapi Tuhan Maha Bijaksana terhadap apa yg Dia lakukan.

Munkar tidak semestinya perbuatan yg diberi dosa, tetapi ia adalah perbuatan yg mengundang dosa dan kemurkaan Tuhan. Contohnya kita diperintahkan menghalang orang lelaki gila dan orang perempuan gila berzina. Walaupun kedua mereka tidak berdosa atas perbuatan mereka disebabkan tiada akal, tetapi perbuatan mereka tetap memberi kesan buruk kepada suasana disekeliling. Kesan orang ramai yg menyaksikan perbuatan zina dan kesan jika mereka melahirkan anak luar nikah. 

Wallahu A'lam. Hanya semata-mata limpah kurnia dan rahmat dari Allah Ta'ala.

12 April 2009

PEWARIS NABI

Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah. Selawat dan salam buat Rasulullah s.a.w.

Ramai manusia suka menziarahi maqam para Nabi dan Rasul apabila pergi ke Tanah Arab samada Arab Saudi, Mesir, Syria dll. Hati rasa sayu bila terkenang sejarah mereka berdakwah mengajak manusia kepada Allah Ta'ala. Lebih sedih jika teringat mereka ditentang oleh musuh-musuh Islam yang terdiri dari golongan munafik, fasiq dan kafir. Terdetik juga sesetengah manusia "Bukankah untung jika aku dilahirkah dizaman para Nabi dan Rasul lalu dapat aku membantu mereka menegakkan Agama Tuhan dimuka bumi dicelah-celah kekufuran dan kesesatan manusia".

Sebenarnya kita masih belum terlambat untuk hidup bersama kekasih Allah. Zaman Nubuwwah telah berakhir. Kita tidak dapat hidup, berjuang bersama mereka. Tetapi Zaman Wilayah sedang berlaku. Zaman Para kekasih Allah dikalangan Wali Allah sedang bergerak berjuang menyebarkan dakwah mengajak manusia mendekati Tuhan. Para Wali Allah yang ada tugas biasanya ada mengisytiharkan kewaliannya sepertimana para Rasul mengisytiharkan kerasulan mereka. Cuma kita sahaja yang buta dalam terang. Masih terumbang-ambing dihasut oleh golongan munafik, fasiq dan kafir meragui ulama'-ulama' Ahlullah dan yang penting sebenarnya ialah hati kita masih kotor dan belum dibersihkan. Sebab itulah kita tidak mencari kekasih Allah yang hidup dizaman kita. 

Masa berlalu pantas. Kelak kita akan terpinga-pinga apabila diberitahu ada Wali Allah yg baru sahaja meninggal dunia di sekitar tempat tinggal kita. Hati kita tidak seperti magnet yg cekap menangkap isyarat / signal Ahlullah. Tidak seperti Uwais al-Qarni yg cekap mengesan kerasulan Nabi Muhammad s.a.w. walau dia berada beratus kilometer dari Madinah.

Wallahu A'lam. Hanya semata-mata limpah kurnia dan rahmat dari Allah Ta'ala.

07 April 2009

ICT


Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah. Selawat dan salam buat Rasulullah s.a.w.

ICT

 

Teknologi Maklumat…

 

Budaya baru

Gamat diperkatakan sana sini

Sejak itu aku bersendiri

Merenung kotak empat segi

 

Aku asyik meluncur

Mencari dunia baru sesuka hati

Maklumat dihujung jari

Jari yang tersembunyi

 

Tapi awas kawanku

Jangan tersungkur

Nanti lebur

 

Main judi

Gambar lucah

Maklumat salah

Pelaburan penyamun

Harap-harap jadi firaun

Hasil kerja ahli fasikin

 

Iman dan ihsan pagari hati

Sedari Malaikat kanan dan kiri

Anugerah Tuhan wajib disyukuri

Guna untuk kerja yang diredhai

 

Latihan minda

Album orang berjaya

Ilmu terkini

Peluang berusaha sendiri

Cita-cita yang dikejari

 

Manfaatkanlah teknologi

Dalam mencari redha Ilahi


Wallahu A'lam. Hanya semata-mata limpah kurnia dan rahmat dari Allah Ta'ala.

05 April 2009

TAKHALLI - kosong hati


Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah. Selawat dan salam buat Rasulullah s.a.w.

Permulaan jalan mendekati Tuhan ialah mengosongkan hati dari selain Allah. Ini bermakna hati kita perlu dikosongkan dari angan-angan, cita-cita keduniaan, sangka buruk, hasad dengki, andaian-andaian dan lain-alin penyakit hati. Semua ini akan menyekat kita dari mengenal liputan kuasa dan kehendak Tuhan dari semasa ke semasa. 

Contohnya jika kita bercita-cita hendak menjadi big boss dalam pejabat kita sedangkan sebenarnya kita belum layak. Lalu orang lain yg kita pandang rendah terhadapnya dilantik menjadi big boss dalam pejabat kita. Lalu bercambah dan terzahirlah penyakit hati yg ada dlm hati kita kepada perbuatan dan tingkah laku kita yg tidak senang dengan susunan Tuhan itu. Dengan sebab itu bertambahlah syirik kita kepada Tuhan kerana mengenepikan kehendak Tuhan yg mengatur segala sesuatu. Bukankah lebih baik kita biarkan urusan menaikkan dan menurunkan orang itu kepada Tuhan yg Maha Bijaksana menyusun segala sesuatu dan teruskan kerja dan usaha kita seharian tanpa berkurangan.

Walaubagaimanapun kita tidak disuruh kerja dengan malas kerana ini akan menjadi hijab kepada nikmat Tuhan yang tidak kita tahu, samada hijab drp kewangan atau hijab drp kemanisan iman. Orang yg kenal Tuhan kerja dengan rajin dan ada tumpuan kerana mereka faham tugas sebagai hamba Allah bekerja mencari rezki yg halal untuk membeli makanan agar ada tenaga untuk beribadah. Sedangkan orang yg tidak kenal Tuhan akan mengaku merekalah Ahli Sunnah Wal Jamaah sedangkan perbuatan mereka seperti puak Jabariah (tidak mahu bekerja hanya mengharapkan belas kasihan dari orang lain) atau Qadariyyah (perasan mereka yang buat kerja dan hasil kerja adalah datang dari kebijaksanaan dan kehebatan diri sendiri).

Wallahu A'lam. Hanya semata-mata limpah kurnia dan rahmat dari Allah Ta'ala.

02 April 2009

PISANG & KEMAN


Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah. Selawat dan salam buat Rasulullah s.a.w.

Contoh-contoh Tauladan daripada Alam Sekeliling

Contoh tauladan yang dapat kita samakan ialah denganmelihat pokok Keman. Pokok keman ada 2 jenis, iaitu Keman  Air dan Keman Darat. Keman Air tumbuh di dalam air dan keman ini boleh dimakan, manakala Keman Darat tinggal di atas darat dan dimakan oleh kambing. Keman Darat berduri dan jika kita terpijak, kita akan merasai sakitnya apatah lagi untuk memakannya. Keman darat menjadi makanan kambing, tetapi jika mulut kambing itu tidak sihat, keman itu akan mencucuk mulutnya. Keman Air boleh dijadikan kerabu dan dijadikan ubat. Keman Air ada pelampungnya menyebabkan keman ini dapat tinggal di dalam air.

Contoh lain ialah dengan melihat pokok pisang. Pisang Hutan, buahnya seperti Pisang Bunga tetapi buahnya mengandungi terlalu banyak biji menyebabkan kerapun tak ingin memakan buahnya, apatah lagi kita manusia. Gunanya pokok Pisang Hutan ini, ialah untuk mendapatkan umbut dan daunnya sahaja. Kebanyakan kita adalah seperti pokok Pisang Hutan ini. Pokok Pisang Bunga tidak seperti pokok Pisang Hutan. Pokok Pisang Bunga yang sukar untuk menanamnya dan pokok ini tidak ditanam melalui biji benih seperti pokok Pisang Hutan. Pokok Pisang Hutan tidak perlu ditanam, kerana pokok ini akan tumbuh dengan senangnya dan kalau ditebang pokok ini akan  tumbuh lagi dan akan membiak dengan lebih banyak.

Alhamdulillah, jika di Hulu Langat ini, pokok Pisang Hutan sangat berguna  sebagai makanan ikan, jika tidak tentulah pokok ini tidak ada gunanya kerana buahnya tak laku jika dijual. Begitu jugalah manusia, jika kita tidak mengambil menafaat daripada tauladan yang ada , kita akan menjadi seperti Pisang Hutan, di mana kerapun tak ingin memakannya. Semoga tidak ada Pisang Hutan yang tumbuh di Nurul Iman ini. Jadilah kamu seperti Pisang Nipah atau Pisang Lemak Manis atau Pisang Bunga. Pisang ini adalah kegemaran saya. Ada orang yang suka memakan Pisang Emas tetapi saya tidak meminatinya. Pisang Berangan sebenarnya lebih sedap daripada Pisang Lemak Manis.

Pisang nangka sangat sedap jika digoreng kerana pisang ini ada rasa masam manisnya. Pisang Emas juga boleh digoreng dan dibuat cucur. Jika ingin menggoreng Pisang Emas mestilah menggoreng Pisang Emas yang masih hijau kerana pisang ini akan masak di dalam minyak. Jika kita menggoreng pisang Emas yang masak , pisang ini akan ‘makan minyak’ yang banyak. Pisang yang terkenal untuk digoreng ialah Pisang Nipah dan Pisang Awak. Pisang Nipah begitu terkenal sehingga harga sebiji pisang ini ialah 30 sen sebiji, iaitu  jika pisang ini telah digoreng. Pisang Nipah ini sebenarnya tidak payah untuk menanamnya tetapi harganya begitu mahal. Pisang Awak sama ada berbiji atau tidak dan Pisang Raja memang sedap jika digoreng. Di sini, kamu jangan bangkang orang yang ahli dalam memasak pisang.

Demikianlah kata seorang ulama' yang berilmu. Walaupun beliau mahir dalam ilmu agama, tetapi masih lagi peka dengan ilmu dunia. Setiap kata-katanya adalah ilmu yg dapat diambil manfaat oleh setiap lapisan masyarakat.  

Wallahu A'lam. Hanya semata-mata limpah kurnia dan rahmat dari Allah Ta'ala.