Ramai manusia suka menziarahi maqam para Nabi dan Rasul apabila pergi ke Tanah Arab samada Arab Saudi, Mesir, Syria dll. Hati rasa sayu bila terkenang sejarah mereka berdakwah mengajak manusia kepada Allah Ta'ala. Lebih sedih jika teringat mereka ditentang oleh musuh-musuh Islam yang terdiri dari golongan munafik, fasiq dan kafir. Terdetik juga sesetengah manusia "Bukankah untung jika aku dilahirkah dizaman para Nabi dan Rasul lalu dapat aku membantu mereka menegakkan Agama Tuhan dimuka bumi dicelah-celah kekufuran dan kesesatan manusia".
Sebenarnya kita masih belum terlambat untuk hidup bersama kekasih Allah. Zaman Nubuwwah telah berakhir. Kita tidak dapat hidup, berjuang bersama mereka. Tetapi Zaman Wilayah sedang berlaku. Zaman Para kekasih Allah dikalangan Wali Allah sedang bergerak berjuang menyebarkan dakwah mengajak manusia mendekati Tuhan. Para Wali Allah yang ada tugas biasanya ada mengisytiharkan kewaliannya sepertimana para Rasul mengisytiharkan kerasulan mereka. Cuma kita sahaja yang buta dalam terang. Masih terumbang-ambing dihasut oleh golongan munafik, fasiq dan kafir meragui ulama'-ulama' Ahlullah dan yang penting sebenarnya ialah hati kita masih kotor dan belum dibersihkan. Sebab itulah kita tidak mencari kekasih Allah yang hidup dizaman kita.
Masa berlalu pantas. Kelak kita akan terpinga-pinga apabila diberitahu ada Wali Allah yg baru sahaja meninggal dunia di sekitar tempat tinggal kita. Hati kita tidak seperti magnet yg cekap menangkap isyarat / signal Ahlullah. Tidak seperti Uwais al-Qarni yg cekap mengesan kerasulan Nabi Muhammad s.a.w. walau dia berada beratus kilometer dari Madinah.
Wallahu A'lam. Hanya semata-mata limpah kurnia dan rahmat dari Allah Ta'ala.
No comments:
Post a Comment