14 April 2009

MAJLIS RAHMAT & MAJLIS MAKSIAT


Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah. Selawat dan salam buat Rasulullah s.a.w.

Setiap kali majlis agama samada tahlil, ceramah, kuliah, halaqah zikir atau sambutan Maulidurrasul yang dianjurkan oleh ulama' bertaraf wali Allah perlulah kita hadiri. Ini kerana majlis seumpama ini mengundang rahmat, kasih sayang Tuhan, ada pengampunan dosa silam, ada cahaya atas cahaya yg akan menerangi hati setiap hadirin yg hadir.

Kita akan dihisab setiap saat hidup didunia ini. Dimana kita berada, apa yg kita buat, bersama siapa kita disana, apa tujuan kita ke sana dan lain-lain soalan dimahkamah padang Mahsyar nanti.

Sebaliknya setiap majlis maksiat yg kita hadiri akan menambah kemurkaan Tuhan terhadap kita, mengotorkan hati, menambah dosa mata-mulut-telinga-tangan-kaki, menggalakkan buat munkar dan kerosakan dimuka bumi, melalaikan hati dari berzikir, mensia-siakan umur. Contohnya Majlis yg menganjurkan pergaulan bebas lelaki dan perempuan yg bukan mahram.

Kdang-kadang majlis mubah (harus) pun boleh bertukar jadi majlis maksiat. Contohnya majlis perlawanan bola sepak di Kelantan (8 APRIL 2009) yg berakhir dengan rusuhan dan trak polis yg dibakar hasil dari jiwa orang Islam yg masih kotor dan mungkin belum sempat tunaikan solat Isyak berjemaah.

Layakkah kita dikasihi Tuhan sedangkan kita merosakkan bumi dan membuat kekacauan. Sewaktu Tuhan mula hendak mencipta manusia dimuka bumi, malaikat bertanya "Adakah Engkau akan jadikan makhluk yg akan berbuat kerosakan diatas muka bumi?". Tetapi Tuhan Maha Bijaksana terhadap apa yg Dia lakukan.

Munkar tidak semestinya perbuatan yg diberi dosa, tetapi ia adalah perbuatan yg mengundang dosa dan kemurkaan Tuhan. Contohnya kita diperintahkan menghalang orang lelaki gila dan orang perempuan gila berzina. Walaupun kedua mereka tidak berdosa atas perbuatan mereka disebabkan tiada akal, tetapi perbuatan mereka tetap memberi kesan buruk kepada suasana disekeliling. Kesan orang ramai yg menyaksikan perbuatan zina dan kesan jika mereka melahirkan anak luar nikah. 

Wallahu A'lam. Hanya semata-mata limpah kurnia dan rahmat dari Allah Ta'ala.

No comments:

Post a Comment