29 April 2009

ZIKIR JAHR - KUAT



Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah. Selawat dan salam buat Rasulullah s.a.w.

Hati manusia umpama batu yang keras. Kerasnya hati kerana banyak ketawa dan maksiat yg dibuat. Hati yg keras hampir mustahil menitiskan air mata taubat. Sesuatu yg keras harus dipecahkan dengan sesuatu yg kuat. Umpama batu dibukit yg hanya hancur bila diletupkan oleh bom dinamit. Boleh saja kita pecahkan batu guna air, tetapi memakan masa yg lama. Cara yg mudah ialah dengan bom. 

Zikir yang disebut dengan suara yg kuat dan lantang sepenuh tenaga umpama bom yg dapat menghancurkan hati agar ingat kepada kebesaran Tuhan. Zikir yg kuat mempunyai banyak kelebihan antaranya mempercepatkan kosong hati dari selain Tuhan, menambah tumpuan kepada Tuhan, melembutkan hati, meringankan badan buat ibadah dan membuktikan diri tahan kepada ujian-ujian yg Tuhan beri. 

Zikir kuat ini disebut sebagai zikir jahr. Pada zaman Rasulullah s.a.w., para sahabat berzikir dengan kuat seperti pokok yg ditiup angin. Ada sahabat mengatakan "aku tahu solat fardhu telah selesai apabila aku dengar suara org Islam berzikir dengan kuat".

Zikir yang dipimpin oleh guru mursyid ada aura dan gelombang yang dapat mempercepat dan menambah tumpuan kita kepada Tuhan. Jika auranya kuat, ia akan menyebabkan ramai ahli zikir menjadi fana' (tidak sedar diri kerana tenggelam dalam kebesaran Tuhan). Hingga tidak terkata perasaannya kerana hati telah penuh dengan rasa kehebatan dan kebesaran Tuhan. Akhirnya mereka akan dilihat oleh orang munafik sebagai orang gila.

Wallahu A'lam. Hanya semata-mata limpah kurnia dan rahmat dari Allah Ta'ala.

No comments:

Post a Comment