Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah. Selawat dan salam buat Rasulullah s.a.w.
Permulaan jalan mendekati Tuhan ialah mengosongkan hati dari selain Allah. Ini bermakna hati kita perlu dikosongkan dari angan-angan, cita-cita keduniaan, sangka buruk, hasad dengki, andaian-andaian dan lain-alin penyakit hati. Semua ini akan menyekat kita dari mengenal liputan kuasa dan kehendak Tuhan dari semasa ke semasa.
Contohnya jika kita bercita-cita hendak menjadi big boss dalam pejabat kita sedangkan sebenarnya kita belum layak. Lalu orang lain yg kita pandang rendah terhadapnya dilantik menjadi big boss dalam pejabat kita. Lalu bercambah dan terzahirlah penyakit hati yg ada dlm hati kita kepada perbuatan dan tingkah laku kita yg tidak senang dengan susunan Tuhan itu. Dengan sebab itu bertambahlah syirik kita kepada Tuhan kerana mengenepikan kehendak Tuhan yg mengatur segala sesuatu. Bukankah lebih baik kita biarkan urusan menaikkan dan menurunkan orang itu kepada Tuhan yg Maha Bijaksana menyusun segala sesuatu dan teruskan kerja dan usaha kita seharian tanpa berkurangan.
Walaubagaimanapun kita tidak disuruh kerja dengan malas kerana ini akan menjadi hijab kepada nikmat Tuhan yang tidak kita tahu, samada hijab drp kewangan atau hijab drp kemanisan iman. Orang yg kenal Tuhan kerja dengan rajin dan ada tumpuan kerana mereka faham tugas sebagai hamba Allah bekerja mencari rezki yg halal untuk membeli makanan agar ada tenaga untuk beribadah. Sedangkan orang yg tidak kenal Tuhan akan mengaku merekalah Ahli Sunnah Wal Jamaah sedangkan perbuatan mereka seperti puak Jabariah (tidak mahu bekerja hanya mengharapkan belas kasihan dari orang lain) atau Qadariyyah (perasan mereka yang buat kerja dan hasil kerja adalah datang dari kebijaksanaan dan kehebatan diri sendiri).
Wallahu A'lam. Hanya semata-mata limpah kurnia dan rahmat dari Allah Ta'ala.
No comments:
Post a Comment