Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah. Selawat dan salam buat Rasulullah s.a.w.
Contoh-contoh Tauladan daripada Alam Sekeliling
Contoh tauladan yang dapat kita samakan ialah denganmelihat pokok Keman. Pokok keman ada 2 jenis, iaitu Keman Air dan Keman Darat. Keman Air tumbuh di dalam air dan keman ini boleh dimakan, manakala Keman Darat tinggal di atas darat dan dimakan oleh kambing. Keman Darat berduri dan jika kita terpijak, kita akan merasai sakitnya apatah lagi untuk memakannya. Keman darat menjadi makanan kambing, tetapi jika mulut kambing itu tidak sihat, keman itu akan mencucuk mulutnya. Keman Air boleh dijadikan kerabu dan dijadikan ubat. Keman Air ada pelampungnya menyebabkan keman ini dapat tinggal di dalam air.
Contoh lain ialah dengan melihat pokok pisang. Pisang Hutan, buahnya seperti Pisang Bunga tetapi buahnya mengandungi terlalu banyak biji menyebabkan kerapun tak ingin memakan buahnya, apatah lagi kita manusia. Gunanya pokok Pisang Hutan ini, ialah untuk mendapatkan umbut dan daunnya sahaja. Kebanyakan kita adalah seperti pokok Pisang Hutan ini. Pokok Pisang Bunga tidak seperti pokok Pisang Hutan. Pokok Pisang Bunga yang sukar untuk menanamnya dan pokok ini tidak ditanam melalui biji benih seperti pokok Pisang Hutan. Pokok Pisang Hutan tidak perlu ditanam, kerana pokok ini akan tumbuh dengan senangnya dan kalau ditebang pokok ini akan tumbuh lagi dan akan membiak dengan lebih banyak.
Alhamdulillah, jika di Hulu Langat ini, pokok Pisang Hutan sangat berguna sebagai makanan ikan, jika tidak tentulah pokok ini tidak ada gunanya kerana buahnya tak laku jika dijual. Begitu jugalah manusia, jika kita tidak mengambil menafaat daripada tauladan yang ada , kita akan menjadi seperti Pisang Hutan, di mana kerapun tak ingin memakannya. Semoga tidak ada Pisang Hutan yang tumbuh di Nurul Iman ini. Jadilah kamu seperti Pisang Nipah atau Pisang Lemak Manis atau Pisang Bunga. Pisang ini adalah kegemaran saya. Ada orang yang suka memakan Pisang Emas tetapi saya tidak meminatinya. Pisang Berangan sebenarnya lebih sedap daripada Pisang Lemak Manis.
Pisang nangka sangat sedap jika digoreng kerana pisang ini ada rasa masam manisnya. Pisang Emas juga boleh digoreng dan dibuat cucur. Jika ingin menggoreng Pisang Emas mestilah menggoreng Pisang Emas yang masih hijau kerana pisang ini akan masak di dalam minyak. Jika kita menggoreng pisang Emas yang masak , pisang ini akan ‘makan minyak’ yang banyak. Pisang yang terkenal untuk digoreng ialah Pisang Nipah dan Pisang Awak. Pisang Nipah begitu terkenal sehingga harga sebiji pisang ini ialah 30 sen sebiji, iaitu jika pisang ini telah digoreng. Pisang Nipah ini sebenarnya tidak payah untuk menanamnya tetapi harganya begitu mahal. Pisang Awak sama ada berbiji atau tidak dan Pisang Raja memang sedap jika digoreng. Di sini, kamu jangan bangkang orang yang ahli dalam memasak pisang.
No comments:
Post a Comment