Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah, Selawat dan salam buat Rasulullah s.a.w.
Permulaan perjalanan ahlullah ialah dengan selawat. Saya menggunakan istilah Ahlullah merujuk kepada perjalanan kerohanian para wali Allah yang telah mencapai redha Allah. Selawat ada banyak kelebihan.
Guru saya kata "si salik (org yg mula hendak berjalan mendekatkan diri kepada Allah) mesti bermula dgn selawat. Ini kerana jalan mendekatkan diri kepada Allah adalah dari Rasulullah saw.
Untuk menjadi mendekatkan diri kepada Allah, kita mesti mulakan dgn selawat kerana Allah sendiri dan para malaikatNya berselawat. Berzikir semata2 tanpa selawat, inshaAllah salik akan dapat membuang kecenderungan syahwat makan, syahwat tidur, jadi rajin beribadah, TETAPI salik tidak akan dapat membuang ego & sombong.
Ingatlah bagaimana iblis yg tidak berselawat itu jadi sombong. Jadi ringkasnya, berzikir dengan banyak TANPA berselawat ialah laluan utk jadi iblis. Manakala banyak berselawat dan banyak berzikir itu laluan utk jadi hamba Allah.
Berselawatlah sebanyak-banyaknya sehingga setiap bulu roma kita menghayati selawat itu. Yg membezakan antara Tok Wali dan tok sami adalah semata2 selawat.
Untuk permulaan mendapatkan kekuatan iman, kita perlu berselawat sebanyak 40 ribu selama 40 hari. Siapkan 500X selepas subuh & 500X selepas Asar setiap hari. Insya Allah sesuatu yang ajaib akan berlaku. Hati anda akan terpaut dengan Rasulullah s.a.w. dan para Ahlullah. Jalan mendekatkan diri kepada Tuhan menjadi mudah. Urusan dunia dipermudahkan.
Wallahu A'lam. Hanya semata-mata limpah kurnia dan rahmat dari Allah Ta'ala.
Wasalam.
Wasalam.
assalamualaikum ustaz
ReplyDelete1.boleh cerita asal usul selawat?betul ke bacaan selawat yg kita pakai skrg?siapa yg mulakan?
2.kenapa kena selawat sedangkan nabi tu dia dah tau tempat dia kat mana,kita tak tau lagi?
3.Tidakkan kita seolah2nya mengagung2kan nabi sedangkan semua nabi sudah menyampaikan tugasnya utk manusia mentauhidkan Allah?Allah sahaja yg patutnya diagungkan dan hanya Dia yg boleh memberi syafaat,bukan manusia kan?
waalaikum salam.
ReplyDeleteSebuah hadis Rasulullah saw tentang persoalan bagaimana caranya untuk kita berselawat kepada baginda saw :
قد أمرنا الله أن نصلى عليك ، فكيف نصلى عليك ؟ قال : قولوا : اللهم صل على محمد وعلى آل محمد كما صليت على آل ابراهيم وبارك على محمد وعلى آل محمد كما باركت على آل ابراهيم ، والسلام كما قد علمتم.
Maksudnya : “Sesungguhnya kami telah diperintahkan untuk berselawat ke atas kamu , maka bagaimanakah caranya kami ingin berselawat ke atas kamu?….Berkata Rasulullah saw : Katakanlah oleh kamu : Allahumma solli ‘ala Muhammad……………………………………………………….. dan berilah salam sebagaimana yang kamu ketahui.
( Hadis SAHIH Riwayat Imam Muslim : 1 / 305 / 405 , Tirmizi : 3220 , Malik (Al-Muwattho) : 1/165/397 , Ahmad : 22406 )
Ada selawat yg dikarang oleh ulama' dan ada yg diajar oleh Rasulullah s.a.w. dalam mimpi atau yaqozah. wallahu a'lam.
Berselawatlah sebanyak-banyaknya sehingga setiap bulu roma kita menghayati selawat itu. Yg membezakan antara Tok Wali dan tok sami adalah semata2 selawat.
ReplyDeletetuan ustaz sufi saya mintak jasabaik tuan mengizinkan saya copy/paste penyataan ini untuk di muatkan dalam blog saya .... buat tatapan umum sebagai memenuhi hati yang gersang...
tok sami selalu baca asma allah, dudk betapa baca ALLAHHHHHHHHHHHHHHHHHH....tp tok sami x selawat..ilmu tok sami bole tahun juga ooo...sbb tu kt genting tok sami yg halau hantu.. :)
Delete500X selepas Asar setiap hari.....
ReplyDeletejikalau waktu asar bagi saya terhad atas urusan duniawi(kerja) boleh ker digantikan selepas waktu isyak....
Silakan.
ReplyDeleteBila bila masa pun boleh.
ReplyDeletedalam darah manusia terdapat 150,000 titik. 100 kali selawat barulah dapat membersihkan kekotoran pada satu titik darah. Jadi darah keJINan wajiblah dicuci dengan selawat nabi sebanyak 5.1juta kali untuk membersihkannya menjadi sebaik-baik darah kekasih allah.
ReplyDeleteboleh atau tidak kita berselawat sambil berjalan kerana masa terhad
ReplyDeleteMengapa tidak? Asalkan kita buat itu tandanya kita mendoakan diri sendiri.
ReplyDeletesalam mohon di ijazahkan pada saya ustaz
ReplyDeletesalammustaz mohon di ijazahkan pada saya
ReplyDelete.apakah boleh amalkan lebih 40 hari kerana kesuntukan masa
salam ustaz minta di ijazahkan pada saya.. dan boleh kah sy amalkan lebih 40 hari kerana kesuntukan masa
ReplyDeleteboleh, cuma markah kurang.
ReplyDeletesalam ustaz apakah boleh mengamalkan solawat didalam hati .
ReplyDeleteapakah hanya selawat diatas sahaja ... apakah tidak boleh amalkan solawat yang lain daripada diatas...
ReplyDeletesalam,ustaz bolehkah amal selawat bil-bila masa tanpa menetapkan waktu asalkan genap 40000 kali dalam masa 40 hari
ReplyDelete40000 kali solawat bolehkah dengan solawat yang ringkas sahaja
ReplyDeletesalam ustaz, setiap kali berselawat, air mata berlinang dimata.. apakah itu tandanya selawat saya di terima?
ReplyDeleteAlhamdulillah, itu tandanya hati sedang mula dicuci. teruskan usaha sehingga nafas yg terakhir.
ReplyDeleteAssalamualaikum, Allah telah berfirman dalam (ayat:56 surah Al-Ahzaab)
ReplyDelete''Sesungguhnya Allah dan malaikatNya berselawat (memberi segala penghormatan dan kebaikan) kepada Nabi (Muhammad s.a.w) ; wahai orang-orang yang beriman berselawatlah kamu kepadanya serta ucapanlah salam sejahtera dengan pengehormatan yang sepenuhnya''.
ayat di sini jelas Allah mengajak kita berselawat keatas nabi s.a.w .mari kita berselawat (Allahuma' solli a'la Muhammad, wa'ala a'li Muhammad)
mohon keizinan amalkan ilmu ini ustaz..
ReplyDelete