24 October 2008

TUGAS MENCUCI HATI


Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah. Selawat dan salam buat Rasulullah s.a.w.

Roh asalnya bercahaya. Bila ia masuk dalam jasad, ia jadi gelap disebabkan janin ketika itu menyedut darah dari dalam rahim ibu melalui uri. Itulah sebabnya hati manusia yang lahir asalnya gelap.

Sedangkan hati Nabi s.a.w. perlu dicuci dengan air zam-zam sewaktu kecil oleh Jibril, apatah lagi hati kita yang lahir dari keturunan yg bercampur aduk dengan dosa dan amalan kejinan.

Dari sebab itulah, tugas membersihkan hati adalah tanggungjawab semua. jika kita beribadah dengan tekun, rajin dan istiqamah tanpa ada niat utk membersihkan hati, jadilah ibadah kita tiada kesan terhadap hati.

Berapa ramai ulama', ustaz, ustazah, hafiz, hafizah, abid, abidah yg kita lihat amat komitmen dengan ibadah tetapi hatinya busuk. Suka mengutuk, memfitnah, mengeji, membatu apikan rakan dan terlibat dengan rasuah, gelapkan duit surau / pusat zakat walaupun setiap hari membaca Al-Quran, bertahajjud, berzikir, bersedekah, berceramah dll.

Kepincangan ini disebabkan hati yg belum suci dari sifat mazmumah. Kotor dengan nafsu amarah. Sebab itulah ulama kata "Jika tidak 2 tahun (Imam Abu Hanifah r.a. bersahabat dengan Imam Jaafar as-Sadiq r.a.) nescaya Nukman (Imam Abu Hanifah r.a.) mati dalam kehancuran". Alhamdulillah, 2 tahun terakhir hidupnya, beliau bersahabat dengan Imam Jaafar as-Sadiq r.a. utk menyucikan hati menempuh jalan kesufian, lalu berjaya. Alhamdulillah. Wa lillahilhamd.

Wallahu A'lam. Hanya semata-mata limpah kurnia dan rahmat dari Allah Ta'ala.

4 comments:

  1. utk mencusikan hati perlu beristifar ke saudara

    ReplyDelete
  2. Ya, perlu zikrullah, selawat dan istighfar. Ia adalah asas dalam setiap tarekat (jalan menuju keredhaan Tuhan). Tanpa zikir, manusia akan malas. Tanpa selawat manusia takkan sampai kepada Tuhan. Tanpa istighfar, manusia akan sombong seperti iblis (yg tidak bertaubat selepas buat dosa). Wallahu a'lam.

    ReplyDelete
  3. mintak tuan senaraikan lagi panjang lebar amalan-amalan syariat dan amalan-amalan batin bagi mencuci karatan hati termasuk amalan-amalan yang khusus dan halus-halus

    ReplyDelete
  4. Amalan sahaja tidak bermakna apa-apa. Yang penting sebenarnya Guru Mursyid yang membimbing kita. Sepertimana manusia yg hidup pada zaman Nabi Zakaria a.s. . Mrk kuat ibadah seperti Nabi Zakaria a.s. tetapi tiada kesan kepada hati kerana tiada sanad.

    ReplyDelete