22 October 2008

SALAM PERKENALAN


Assalamualaikum wbt. Alahamdulillah, Alahamdulillah, Alahamdulillah, Selawat dan salam buat Rasulullah sallallahualaihi wasallam. Salam mahabbah, salam ukhuwah buat rakan-rakan sekelian. Insya Allah, blog ini saya khaskan untuk berkongsi maklumat tentang ilmu agama dan perjalanan hidup kesufian yang saya tempuhi setakat ini. Walaupun saya masih lagi dalam peringkat mubtadi (permulaan), Alhamdulillah, anugerah Tuhan yang tidak terhingga dan tidak disangka-sangka telah saya kecapi. Lantas membuatkan saya ingin berkongsi pengalaman tersebut bersama rakan-rakan sekelian.

Blog ini akan memuatkan asas ilmu fardhu ain (Tauhid, Feqah, Tasawuf) dan ilmu perjalanan kerohanian (Tarekat) serta pengalaman menempuhi hidup di dunia yang singkat ini. Saya harap rakan-rakan akan dapat sedikit sebanyak gambaran kasar tentang kehidupan seorang manusia yang cintakan Ahlullah serta rindukan perjalanan hidup Ahlullah. Juga tak lupa bagaimana seharusnya kita memahami perkara semasa yang telah diadun dengan ilmu tasawuf mengikut kacamata saya yang lemah, hina, jahil lagi banyak dosa ini.

Terlalu banyak perkara yang ingin sangat saya ketengahkan didalam blog ini. ia berdasarkan isi ceramah saya di surau-surau dan sekolah yang banyak menjurus ke arah menghalusi ilmu agama sepertimana agama yang difahami oleh para Nabi dan Ahlullah.

Dengan suasana penghayatan agama Islam yang difahami oleh banyak golongan, tingkatan masyarakat, kepartian, kemegahan dan bercampur aduk dengan kejinan, saya teruja untuk menampilkan bloq yang memuatkan kefahaman agama mengikut asuhan ulama sufi yang bertarekat Ahmadiah.

Saya belum bercita-cita untuk memperkenalkan diri dengan lebih mendalam kerana suasana kejinan yang bercampur aduk dengan "ajalat" serta gerakan wahabi yang sentiasa memerangi aliran sufi membuatkan para ahli sufi tidak menonjolkan diri dan suka menyendiri serta berdampingan dengan Tuhan Rabbul Izzati. Mereka seperti mutiara yang tersimpan rapi didalam tiram didasar laut dalam yang jauh dari kesibukan ombak dan ribut dipermukaan.

Sekian untuk perkenalan dari ustaz sufi. Wasalam.

10 comments:

  1. Assalamualaikum...
    Semoga Allah merahmati usaha saudara..teruskan usaha memahamkan orang-orang awam tentang tasawuf dan tarekat..
    Maafkan saya jika berkasar,boleh saya tahu susur jalur tarikat saudara?

    ReplyDelete
  2. Waalaikumussalam. Secara ringkas ia berasal dari anak murid Tuan Tabal, Kelantan. Sanad penuh insya Allah ana akan pamer bila sampai masa yang sesuai.

    ReplyDelete
  3. assalamualaikum ustaz
    sy baru berumur 17 tahun dan sy ingin mengetahui lebih lanjut tentang ilmu tasauf dan kesufian dan segala yang berkaitan
    ini kerana sy mmg benar2 ingin mendekatkan diri sy kpd Allah swt
    bagaimana harus sy mencari mursyid untuk membimbing sy

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah. Jalan hidup orang soleh ada dimana-mana.

    http://sufilive.homestead.com/

    ReplyDelete
  5. assalamualaikum
    ustaz boleh add sy di ym?
    huhu
    syahmi_oi@yahoo.com

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum..
    Salam kenal ustat.. insyaAllah kita bisa berbagi ilmu..
    Wassalam

    ReplyDelete
  7. waalaikumsalam. bisa berkenalan. org mukmin itu saudara.

    ReplyDelete
  8. Assalamu'alaikum Ustaz. Saya baru bertemu blog ini. Sya mau mendekatkan diri dengan Allah setalh sekian lama bergelumang dengan dosa. Saya sedang sakit dan amat mengharapkan keampunan & keredhoan Allah. Harap ustaz doakan saya. Izinkan saya kopy keseluruhan teks dari blog ustaz untuk memudahkan saya membaca & mengamal.
    Jazakallahu Kasiran.

    ReplyDelete
  9. Assamu'alaikum Ustad .saya juga pengikut salah satu tarekat ( satariyah )yang belum cukup 10 tahun yang ada di sumatra barat kampung asli saya bolehkah saya mengcopy tulisan bapak Ustad kalau ada yang saya perlukan dalam menuju Allah azza wajjala, semoga do'a dan keihklasan pak ustad bisa nyambung dengan hati nurani saya dan satu kendaraan dialam sana.

    ReplyDelete
  10. waalaikumussalam, boleh je silakan.

    ReplyDelete