30 October 2008

SYAFAAT BAGI ORG YG BERSELAWAT

Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah. Selawat dan salam buat Rasulullah s.a.w.

Dalam kitab Mukhtasar Raudhur Raiyahin (edisi melayu "Untaian Kisah Para Wali Allah") menceritakan seorang lelaki bertawaf mengelilingi Kaabah sambil berselawat tanpa berzikir dan bertahmid. Lalu Sufyan as-Sauri r.a. bertanya kepadanya hal itu. Dia menceritakan kisah ayahnya yg mati lalu mukanya menjadi hitam secara tiba-tiba.

Dlm kegelisahan tersebut, dia tertidur lalu melihat seorang lelaki yg tampan, gagah, bersih pakaiannya, harum baunya dan bersinar-sinar wajahnya dtg kpd ayahnya lalu menyapu tangannya ke muka ayahnya. Lantas, wajah ayahnya kembali seperti sediakala malah lebih bercahaya. Apabila ditanya, lelaki tersebut menjelaskan bahawa dia adalah Rasulullah s.a.w. yg datang memberi pertolongan kepada bapanya kerana bapanya semasa hidup sangat banyak melakukan perkara yg sia-sia. tetapi selalu membaca selawat.

Apabila tersedar dari tidur, lelaki itu melihat kembali muka ayahnya. Alhamdulillah, telah pulih seperti didalam mimpi.

Semoga kita dapat amalkan dan dikasihi Rasulullah s.a.w.
Wallahu A'lam. Hanya semata-mata limpah kurnia dan rahmat dari Allah Ta'ala.

2 comments:

  1. SEMBAH ALLAH SAHAJA!!!
    Manusia tidak boleh memberi pertolongan
    http://submission.org

    ReplyDelete
  2. HANYA ALLAH LAYAK DISEMBAH!!!

    Manusia sedikit pun tidak berdaya. APatah lagi memberi pertolongan, kecuali orang yang diberi izin untuk memberi pertolongan. (rujuk kitab Risalah Tauhid)

    ReplyDelete