06 January 2009

BACAAN ASAS TASAWUF







Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah. Selawat dan salam buat Rasulullah s.a.w.

Disini saya nak kongsi judul buku yang saya kerap baca bagi memahami asas ilmu tasawuf. Ia adalah bacaan tambahan selepas mendengar nasihat dan syarahan dari guru Murobbi dan bersuhbah dengan orang soleh.

Seorang telah berjumpa dengan Hasan al-Basri dan bertanya kenapa dirinya tidak dapat rasa kelazatan beribadah. Lalu Hasan al-Basri menjawab "Agaknya engkau melihat dengan pandangan mereka yang tidak takutkan Allah". Ini bermakna kita kena ambil ilmu dari alim ulama' serta para ustaz yang takutkan Allah.

Tanda orang yg takutkan Allah:
1. Berhati-hati ketika bercakap
2. Banyak diam dan beribadah
3. Selalu buat baik lalu menangis
4. Gemar duduk bersendirian dan bersuluk
5. Jauhi yg haram, makruh, syubhat dan sia-sia

Jika anda ada duit lebih, jangan belanjakannya dengan membeli DVD, tiket wayang, tukar handset yg terkini. Tetapi luangkanlah sedikit duit untuk membeli kitab Tasawuf yg akan menambah kefahaman anda tentang cara mendekati Allah. Insya-Allah anda tidak akan menyesal selama-lamanya apabila membacanya.

Note:
1. Mukasyafatul Qulub (Penyingkapan hati) terbitan pustaka nasional singapore. (RM 57)- Mengandungi kupasan tentang sifat-sifat yg baik, yg buruk dan kisah orang soleh bagi memahami keadaan kedua sifat tersebut.

2. Mengenal diri dan wali Allah - terbitan pustaka aman, Kelantan (RM 8)- Mengandungi asas ilmu tasawuf dan tarekat serta pengenalan tentang perwatakan wali Allah.

3. Untaian kisah para wali Allah - terbitan pustaka nasional singapore (RM 47)- Mengandungi kisah orang soleh, wali Allah dan karomah yg akan membuatkan anda menitis air mata bila membacanya.

Wallahu A'lam. Hanya semata-mata limpah kurnia dan rahmat dari Allah Ta'ala.

6 comments:

  1. assalamu alaikum ustaz,
    ana ade buku no. 2 tu
    tapi x habis bace lagi
    ntah camne ana boleh beli buku tu
    padahal mase tu ana x pernah tahu menahu psl wali Allah/tarekat/tasauf

    ReplyDelete
  2. salam tuan..
    saya pohonkan agar tuan buat n3 tentang sifat 20..
    maaf atas permintaan..

    ReplyDelete
  3. wa'alaikumussalam. Insya Allah, ana akan sambung tajuk sifat 20. Cuma ana kena tunggu dorongan dan tekanan yang datang dari rahmat Tuhan. Terima kasih atas keprihatinan tuan.

    ReplyDelete
  4. salam ustaz...

    ana mau tanya, di mana saya boleh dapat buku Mengenal Diri & Wali ALlah?

    Jika ustaz ada detailnya, blh emelkah pd saya:
    insani786@gmail.com

    terima kasih ustaz.

    ReplyDelete
  5. Waalaikum salam. Jika tuan di Kl, dapatkannya kedai buku disekitar masjid india, jika di bangi=pustaka syabab pkns, jika di shah alam= PF book centre pkns, jika di JB=pustaka azhar terminal bas, jika di Kota bharu=pustaka jaafar rawas, sebelah mpkb. tempat lain ana tak tahu. Wallahu a'lam.

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum ustaz dan para pembaca sekalian...
    kepada peminat2 buku sufi sila layari www.kesufian.com untuk mendapatkan ebook-ebook sufi untuk menambah pengetahuan anda

    ReplyDelete