15 January 2009

KABINET WALI ALLAH


Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah. Selawat dan salam buat Rasulullah s.a.w.

Susunan Ahli kabinet wali Allah
Jumlah bilangan ahli kabinet wali Allah ialah seramai 356 orang dan mereka mempunyai pangkat kedudukan masing-masing di sisi Allah. Pangkat tertinggi dalam kerajaan para wali ialah Ghaust atau Qutub, kemudian Mukhtarun, Nujaba, Akhyar atau Urafa, Abdal atau Autadul Ardi dan akhir sekali Nuqaba.

Dalil daripada riwayat Athar Sahabah
Susunan-susunan pangkat ini telah diriwayatkan oleh Al-khatib di dalam kitabnya, iaitu Tarikh Baghdad dan dalam kitab Ibnu Asakir, iaitu kitab Tarikh Syam. Kedua-duanya telah mengambil daripada Sanad Ubaidullah bin Muhammad Al-Abbasi yng menyatakan bahawa beliau telah mendengar Al-Kattani berkata :

“Bahawasanya seramai 300 orang berpangkat Nuqaba, 40 orang berpangkat Al-Abdal atau Autadul Ardi, 7 orang berpangkat Al-Akhyar atau Urafa, 5 orang berpangkat Annujaba, 3 orang berpangkat Al-mukhtarun dan yang seorang merupakan pimpinan tertinggi dalam kerajaan para wali yang berpangkat Qutbul-Alam atau Al-Ghaust.

Peranan yang lain atas seorang yang bergelar wali Allah
Antara peranan Al-ghaust dan Ahli Kabinet kerajaan para Wali yang lain, iaitu apabila berlaku musibah yang besar kepada ummat manusia ataupun hajat-hajat yang terhalang daripada orang-ramai seperti meminta diturunkan hujan pada saat kemarau yang teruk maka Annuqaba akan memohon kepada ALLAH S.W.T kemudian Al-Abdal, kemudian Al-Akhyar atau Urafa , kemudian Annujaba dan seterusnya Al-Mukhtarun lalu ALLAH S.W.T akan memperkenankan hajat mereka sekiranya tidak, maka barulah Qutub atau Ghaust berdoa kepada ALLAH S.W.T.

Al-Ghasut juga diberi mandat oleh ALLAH S.W.T membimbing sesiapa sahaja yang dikehendaki oleh ALLAH S.W.T untuk melayakkan diri menyandang pangkat Waliyullah secara kerohanian dan memberi pangkat kepada mereka, iaitu pangkat Al-Mukhtarun, Annujaba, Al-Akhyar atau Urafa, Al-Abdal dan Annuqaba.

Maklumat terkini  mengatakan Kabinet wali Allah berjumlah 856 ahli, 500 berpangkat akhyar, 300 berpangkat abdal, 40 berpangkat autad, 7 nujaba, 5 nuqaba, 3 qutub dan 1 ghaus (presiden / perdana menteri).

Anda mungkin akan jumpa bilangan kabinet wali Allah yang berbeza dari kitab-kitab tasawuf. Sebenarnya komposisi kabinet wali Allah tertakluk kepada budibicara ghaust yg menentukan kerusi yang patut ada dan peranannya. Kadangkala wali abdal dikurangkan, tetapi wali akhyar ditambah. Semuanya atas rahmat Tuhan.

Wallahu A'lam. Hanya semata-mata limpah kurnia dan rahmat dari Allah Ta'ala.

7 comments:

  1. em menarik. baru-baru ini saya diberitakan yang 40 orang wali dari Syam diarahkan datang ke Malaysia dalam misi mencari seorang kekasih kepada Ketua Kekasih Allah.
    menariknya kekasih kepada Ketua Kekasih Allah ini mempunyai 5 orang sahabat dan terbaru bertambah lagi 2 orang menjadikannya berjumlah 7 orang sahabat. Boleh diterangkan maksudnya? Ada tidak perkaitannya dengan artikel di atas?

    ReplyDelete
  2. Wallahu a'lam. Kena mohon petunjuk dari Tuhan dengan berkat Rasulullah s.a.w. dan berkat ahli zaman.

    ReplyDelete
  3. SIAPAKAH ANTARA ANDA DAN MEREKA ITU ADALAH WALI ALLAH?

    ReplyDelete
  4. Assalam,maafkn sy..setau sy wali ghaust tu yg trtinggi,wali qutub tu bwh wali ghaust..wali qutub ada 4..

    ReplyDelete
  5. kerana kita ummad yang terhebat dari sudut kerohanian m,aupun akal....teknologi apa yang digunakan rasulullah sewaktu isra mikraj..he he teknologi cahaya dan teknologi massa...satuhari seperti seribu tahun...telah dinyatakan oleh rasulullah kepada kita didalam israk mikraj...jap tetapi mengapa rasulullah berkhalwat didalam gua hira selama 10 tahun???sedangkan ia maksum??? dan setelah selesai perjalanan khalwat baginda selama sepuluh tahun barulah Allah menjalankan isra mikraj untuk baginda...dan baru di anugerahkan sembahyang 5 waktu...kalau benar kita sayang dan kasih akan baginda pasti kita tidak meninggakkan walau satu pun sunnah baginda...renung2kanlah mengapa baginda berkhalwat selama 10tahun untuk apa dan mengapa..dan itupun satu ilmu untuk kita jua..takan ada satu perbuatan baginda yang sia2...10thun di gua hira bila tamat dan sempurna teknologi akal dan teknologi ruh maka barulah di perjalankan baginda kelangit dan dipimpin oleh saidina jibril alaihissalam...why???? mengapa kita yang tak terjamin syurga ini terlalu berlagak dan sombong untuk mencari pemimpin yang boleh memimpin keruhanian kita kepada Allah??? sedang rasulullah yang djamin syurga pun masih dipimpin untuk berjumpa Allah...tetapi ingatlah wahai saudara2ku pastikan orang yang kita hendak belajar ilmu untuk mengenal Allah adalah orang yang berciri2kan rasulullah yang berpegang teguh pada syariat zahir dan batin...dan tidak meninggalkan walau satu sunnah baginda..dan mesti mempunyai ilmu laduni yang hak dan bukan ahli2 firasat atau ahli tabib2 kerana mereka itu hanya mahir tentang penyakit zahir sahaja bukan penyakit hati dan penyakit ruhani...so kalau keta rosak enjin hantarlahpada pomen inkin jangan hantar kedai ketuk bodi takot hancur enjin d ketuknya...kalau hati yang rosak carilah master hati yang haq bukan master inglish...sebaik2 ciptaan Allah d atas muka bumi adalah manusia kerana ia d anugerahkan akal fikiran...dan akal itu adalah teknologi cahaya dan magnetik..he he..gelombang....carilah guru sebelum berjalan supaya tidak sesat buat kali keduany...seperti imam ghazali sewaktu beliau bergelar hujjatul islam sekalipun sembahyangnya masih belum khusyuk..sehinggalah beliau berguru denagan guru adiknya syeikh abi ali parmadi khutub yang pilihan...barulah beliau khusyuk dan mendapat ilmu khasyaf...ilmu 3g dan 4g..ha ha sori matherboard gua rosak sikit..he he he...renung2kanlah...babaiiiiiii......

    ReplyDelete
  6. Bagiku caru tuhan nascaya dlm perjalanan kita jumpa wali @ wali jumpa kita da

    ReplyDelete
  7. Bagiku caru tuhan nascaya dlm perjalanan kita jumpa wali @ wali jumpa kita da

    ReplyDelete