12 January 2009

WALI SONGO (Sembilan wali)



Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah. Selawat dan salam buat Rasulullah s.a.w.

Tahun lepas, saya berkesempatan menziarahi makam sunan gunung jati di Cirebon, Jawa Barat. Sambil mengenang perjuangan mereka menyebarkan Islam melalui tradisi kesufian, mengikis pengaruh hindu buddha yang memakan iman penduduk di sana.

Sungguh aneh bin ajaib apabila orang pantai timur Malaysia mempertikaikan kewujudan wali songo dan meragui sumbangan mereka kepada Islam. Padahal majlis ilmu dan ceramah sentiasa dihadiri. Inilah hasilnya apabila ahli agama menyembunyikan kebenaran. Malah mereka menyembunyikan kesan-kesan perjuangan ahli sufi di tanahair mereka sendiri.

“Walisongo” bermaksud sembilan orang wali. Mereka adalah Maulana Malik Ibrahim, Sunan Ampel, Sunan Giri, Sunan Bonang, Sunan Dradjad, Sunan Kalijaga, Sunan Kudus, Sunan Muria, dan Sunan Gunung Jati. Mereka tidak hidup pd waktu yg sama. Tp mereka mempunyai hubungan, sama ada saudara, sahabat, mahupun guru-murid.

- Maulana Malik Ibrahim adlh yg tertua.
- Sunan Ampel adlh anak Maulana Malik Ibrahim.
- Sunan Giri adalah anak saudara Maulana Malik Ibrahim juga sepupu Sunan Ampel.
- Sunan Bonang dan Sunan Drajad adlh anak Sunan Ampel.
- Sunan Kalijaga merupakan sahabat serta murid Sunan Bonang.
- Sunan Muria anak Sunan Kalijaga.
- Sunan Kudus murid Sunan Kalijaga.
- Sunan Gunung Jati adalah sahabat para Sunan lain, kecuali Maulana Malik Ibrahim yg lebih dahulu meninggal.

Mereka tinggal di pantai utara Jawa dr awal abad 15 hingga pertengahan abad 16, di tiga wilayah penting. Yakni Surabaya-Gresik-Lamongan di Jawa Timur, Demak-Kudus-Muria di Jawa Tengah, serta Cirebon di Jawa Barat. Mereka adlh para intelektual yg menjadi pembaharu masyarakat pd masa itu. Mereka memperkenalkan pelbagai bentuk peradaban baru: mulai dari kesihatan, bercucuk tanam, berniaga, kebudayaan dan kesenian, kemasyarakatan hingga pemerintahan.

Wallahu A'lam. Hanya semata-mata limpah kurnia dan rahmat dari Allah Ta'ala.

5 comments:

  1. salam pak ustaz..
    rata2 udah mengetahui tokoh2 para sufi..
    ayuh pak ustaz bicara bab mengenal diri..
    ramai yang tidak sabar benernya..
    maaf kalo buru2..

    ReplyDelete
  2. wassalam. Insya Allah ana akan bicarakannya atas Rahmat dan izin Tuhan.

    ReplyDelete
  3. http://www.dinar-emas.com/vatican.html

    ustaz, boleh ustaz beri pendapat tentang artikal ini...

    ReplyDelete
  4. salam..alhamdulillah atas sumbangan teruskan perjuangan untuk memertabatkan tarekat dan kewalian..saya amat terkesan dgn sebahagian posting ustaz dalam tajuk ini.."saya amat hairan mengapa ulamak sebelah pantai timur malaysia mempertikaikan kewujudan walisongo ini'...tidak hairan ustaz,ulamak pantai timur ini adalah mereka yg telah terpengaruh dengan fahaman WAHABI..sudah berapa banyak amalan para wali yg mereka mansuhkan antaranya bacaan berzanji(karangan salah seorang wali besar-sheik jaafar barzanji),ingin menghilangkan sambutan maulidur rasul yang diasaskan oleh waliyullah dan berbagai lagi pendapat mereka yg bercanggah dengan tarekat dan kewalian...mereka ini sebenarnya telah tertipu oleh ilmu mereka sendiri yg tidak diselarikan dgn amalan tarekat..jgn hairan kalau mereka ini nanti termasuk antara golongan yang ada hadis nabi mafhumnya..'ada orang dilahirkan islam,dibesarkan islam dan dimatikan bukan islam'..nauzubillah min zalik semoga Allah selamatkan kita dari golongan mereka yng mencemuh dan memperkecilkan amalan para wali,sekaligus tanpa sedar mereka menolak kewalian..takut2 mereka2 ini termasuk dalam golongan orang yang memusuhi para waliyullah..maka menjadilah mereka org yang dimusuhi Allah kerana memusuhi para waliNYA(mafhum sebuah hadis qudsi yg sgt terkenal itu)..sekali lagi salam uhkwa untuk ustaz dan semoga Allah memberi rahmat dan pertolonganNYA selalu pada ustaz atas usaha suci ini..Tafaddal tuan....teruskan perjuangan suci ini,diluar sana terlalu ramai ahli2 agama yang sudah 'disesatkann' oleh ilmu mereka sendiri..wslm..

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum....ustaz nak tanya adakah wali songol bereasal dari markasar sulawesi..adakah wali songol ni kata..katanya masin ....(mulut masin) bila dia berkata semua akan jadi..doanya di makbul Allah dan kata..katanya menyusuk jiwa...ustaz ada ke r5aja bertaraf wali dari markasar sulawesi yang berketurunan wali songol...adakah wali songol ni pandai berubat orang....saya sudah lihat akan cerita wali songol dan saya lihat ada persamaan pada saya ..pening.....

    ReplyDelete