08 January 2010

Isu Kalimah "Allah"


Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah. Selawat dan salam buat Rasulullah s.a.w.

Firman Allah Ta'ala dalam Suroh Az-Zumar ayat 38:

Dan sungguh jika kamu bertanya kepada mereka: "Siapakah yang menciptakan langit dan bumi?", niscaya mereka menjawab: "Allah." Katakanlah: "Maka terangkanlah kepadaku tentang apa yang kamu seru selain Allah, jika Allah hendak mendatangkan kemudharatan kepadaku, apakah berhala-berhalamu itu dapat menghilangkan kemudharatan itu, atau jika Allah hendak memberi rahmat kepadaku, apakah mereka dapat menahan rahmatNya?. Katakanlah: "Cukuplah Allah bagiku." Kepada- Nyalah bertawakkal orang-orang yang berserah diri.

Satu kisah seorang Buddhist (Thailand) beberapa tahun lalu sewaktu dilanda ombak tsunami, dia menyeru beberapa nama Tuhan yang dia tahu. tetapi tiada pertolongan dari Tuhan yang diperolehi. Kemudian dia cuba menyeru nama "Allah", Tuhan bagi orang Islam dan dengan sekelip mata dirinya telah berada di atas pokok kelapa lalu terselamat dari ombak tsunami. Tidak lama kemudian, dia yakin dengan Allah dan masuk Islam.

Terdapat juga beberapa kisah orang kafir yang menyeru pertolongan Tuhan menggunakan tawassul kepada nama Allah, Tuhan bagi orang Islam, kemudian doa tersebut diperkenankan.

Ini adalah contoh orang kafir yang telah dianggap sesat oleh agama mereka kerana menggunakan nama Allah sebagai perantaraan untuk berdoa. Lalu mereka semakin hampir dan peluk Islam.

Sejak beribu tahun agama Kristian dan Yahudi diamalkan, belum ada lagi paderi atau rabi mereka yang menggunakan nama "Allah" sebagai nama tuhan mereka. Oleh itu, ketua paderi Kristian di Malaysia ini kelak akan dianggap sesat oleh Ketua Pope dunia kerana menyelewengkan agama kristian yang telah ada dengan mencampur adukkan nama Tuhan dari agama Islam ke dalam agama mereka. Ini kerana kalimah Allah tidak pernah wujud dalam kitab Taurat / Injil yang mereka pegang.

Menariknya isu ini:

1. Kerajaan BN tidak bertindak ke atas orang Islam yg murtad sebagaimana Saidina Abu Bakar memerangi golongan ini. Tetapi kenapa isu ini dipandang serius. Mungkin kerana mereka dah tahu Tn Guru Nik Aziz & Datuk Seri Anwar Ibrahim pada awalnya menyokong penggunaan nama Allah oleh agama lain. Jadi untuk dipolitikkan, mereka membenarkan demo bantahan.

2. Orang Islam yang bersahabat rapat dengan kristian akan mula membincangkan isu ini, hasilnya akan terbukalah mata umat Islam bahawa artis kristian Hollywood, Bollywood dll adalah golongan yang sesat. Bukannya semua agama sama sahaja kebenarannya.

3. Orang Kristian di Malaysia akan dipandang sesat oleh penganut kristian dunia kerana mencampur adukkan istilah Tuhan dari agama Islam. Semoga penganut kristian akan yakin dengan Allah yang menjadikan sekelian alam.

Semoga Allah menunjukkan kebenaran dan menghentikan kezaliman.

Wallahu A'lam. Hanya semata-mata limpah kurnia dan rahmat dari Allah Ta'ala.

No comments:

Post a Comment