28 January 2010

Jahil Murakkab


Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah. Selawat dan salam buat Rasulullah s.a.w.

Satu dialog pelik yg saya dengar beberapa minggu lepas ialah:

Si A kata: Ijmak ulama' mengatakan bahawa lafaz niat sebelum solat fardhu dalam bahasa melayu adalah tidak sah.

Si B kata: Saya ada sijil 4 thanawi tetapi saya tak tahu apa itu 4 thanawi.

Si A kata: Apa awak cakap ni? Kata ada 4 thanawi tapi 4 thanawi tu pun awak tak tahu apa kebendenya. Pelik.

Si B kata: Awak pun sama, pelik.

Si A kata: Kenapa?

Si B kata: Awak tahu apa makna ijmak ulama' ?

Si A kata: Ntah.

Si B kata: Ini namanya jahil murakkab. Diri awak sendiri tak tahu apa yg awak tak tahu. Tapi menyamar macam orang alim. Kalau dah tak tahu lebih baik diam. Takpayah lah jadi tikus baiki labu. Gigi dah la tajam, makin rosak labu tu nanti.

Si A kata: ?????

Wallahu A'lam. Hanya semata-mata limpah kurnia dan rahmat dari Allah Ta'ala.

1 comment:

  1. ya betul benar penyampaian ustaz sufi.... dalam mencari hakikat jangan sampai sekali-kali syariat terbelangkai

    ReplyDelete