Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah. Selawat dan salam buat Rasulullah s.a.w.
Alam ialah segala sesuatu selain Allah. Alam ini milik mutlak Allah Ta'ala. Allah Ta'ala bebas buat apa sahaja yang dikehendakiNya ke atas harta milikNya termasuklah ke atas malaikat, iblis, jin dan manusia.
Merenung atas kenyataan di atas, fahamlah kita bahawa segala nasib qada' dan qadar yang berkaitan dengan kita dan seluruh makhluk terletak di dalam kuasa dan kehendakNya secara mutlak. Baik-buruk, soleh-jahat, hensem-hodoh, cerdik-bahlul semuanya telah ditetapkan oleh kuasa dan kehendak Allah Ta'ala tanpa dipengaruhi oleh sesiapa.
Manusia jadi biadab apabila:
1. Buat baik, terasa terasa ada syer (bahagian/saham/campurtangan) dalam kebaikan yang dilakukannya iaitulah usaha. Sedangkan usaha tersebut hanyalah sandaran dari Tuhan ke atas kita untuk penilaian dan ujian iman didunia.
2. Bila buat silap, terasa ini semua telah ditaqdirkan oleh Tuhan. BUkan datang dari nafsu ammarah yg jahat lagi hina yang ada pada dirinya.
Padahal, jika difikir-fikirkan semula, sebenarnya yang mendorong kita ke arah kebaikan hanyalah Allah Ta'ala kerana limpahan kasih sayangnya. Dan yang mentaqdirkan kita melakukan kesalahan ialah kerana balasan Tuhan ke atas nafsu jahat-biadab kita yang tak kenal Tuhan, tak sedar diri, perasan ada syer, perasan pandai lalu lupakan kuasa,kehendak dan pertolongan Tuhan.
Kadang-kadang muncul bisikan pertanyaan dari nafsu ammarah ke hati manusia yg lalai ini "Dimana keadilan Tuhan, Dia telah mentaqdirkan aku menjadi orang jahat, buat maksiat, bergelumang dengan dosa sejak azali lagi-sebelum aku lahir".
Jawapannya ialah ADIL bagi TUHAN tidak sama seperti adil bagi pihak makhluk. Tiada tergambar kezaliman Tuhan pada makhluk kerana taqdir yang telah Dia tetapkan sejak azali kerana ALAM INI MILIK MUTLAKNYA. Bukankah makna keadilan ialah "meletakkan sesuatu pada haknya". Alam ini hak Allah.
Masalahnya sekarang nyawa masih dibadan, Tuhan masih lagi beri peluang kepada kita untuk bertaubat dan mengaku kebodohan diri, keceluparan mulut, kezaliman peribadi dll sifat kehambaan, kehinaan, kekurangan, kelemahan. APA TUNGGU LAGI? KENAPA MASIH LAGI RELAKS HISAP ROKOK DAN BERKHAYAL?. KENAPA MASIH NAK MEMPERTIKAIKAN TAQDIR YG MASIH BELUM DIKETAHUI AKHIRANNYA?.
INGATLAH!
Firman Allah Ta'ala:
لَا يُسْأَلُ عَمَّا يَفْعَلُ وَهُمْ يُسْأَلُونَ
[الأنبياء:23]
Tuhan tidak ditanya apa yang diperbuat sedangkan makhluklah yang akan ditanya apa yg dibuat didunia.
Baikilah Dzon (sangkaan) kita kepada Tuhan dengan memulakan niat yang baik-baik, hendak mencontohi para nabi, para rasul, para sahabat, para tabien, para ulama' solihin. Dari sinilah Tuhan akan dorong kita ke arah keredhoanNya. Sedikit demi sedikit kita akan dapati jalan perubahan ke arah terbentang luas. Sahabat yang baik dan menjaga agama muncul dalam hidup kita tanpa diduga. Semoga Tuhan mentaqdirkan kita bertemu dengan para kekasihNya didunia dan diakhirat. Amin.
Wallahu A'lam. Hanya semata-mata limpah kurnia dan rahmat dari Allah Ta'ala.
allah maha adil memakaikan manusia dengan pakaian sabar dan tawadhuk....
ReplyDelete