21 January 2010

Soalan Bodoh Yang Mengelirukan 1


Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah. Selawat dan salam buat Rasulullah s.a.w.

Umat Islam yg semakin jauh dari panduan Ilahi semakin terpengaruh dengan soalan-soalan yg diutarakan oleh nafsu ammarah yg berkecamuk dan otak logik yg terbatas serta ditambah pula dengan bisikan jin yg meng "confuse"kan manusia.

Soalan pendek
1. Dimana kubur Nabi Adam a.s.?
2. Siapakah yang mengesahkan ibadah kita?

Soalan panjang
3. Siapakah yang dapat memastikan wahyu yg diterima oleh Rasulullah s.a.w. adalah dari Allah Ta'ala.
4. Kenapa Islam menyuruh semua manusia memeluk agamanya dan mengatakan bahawa agama lain tidak benar dan membawa kerosakan.

Soalan mcm ini ada beberapa variasi yg membengongkan akal manusia. Jalan penyelesaian kepada persoalan bodoh ini adalah kembali kepada Allah Ta'ala dengan bermunajat minta petunjuk Tuhan dalam masa yg sama mesti ada ruhama' (kasih) kepada orang soleh serta ulama' yg muqarrabin.

Bagaimana persoalan hendak dijawab jikalau diri masih bergelumang dengan najis ego, takabbur, eksen, rasa pandai, perasan hebat, perasan betul padahal tak betul.

Anda takkan dapat dengar bahawa "Allah memerangi orang kafir" dari mulut pensyarah/pemimpin yg kufur. Yg ada pada mereka hanyalah semua manusia bebas memilih agama masing-masing dan semua agama tidak boleh mendakwa hanya agama mereka sahaja yg diterima Allah Ta'ala dan semua penganut agama layak dikurniakan syurga diakhirat kelak. Inilah tipu daya iblis.

Ucapan yg benar tidak datang dari hati yg kufur.

Wallahu A'lam. Hanya semata-mata limpah kurnia dan rahmat dari Allah Ta'ala.

4 comments:

  1. kerana zakir sebodoh-bodoh makhluk zakir menjawab dalam takluk kebodohan.... mintak dapat tuan beri pencerahan dari kegelapan ini....

    Soalan pendek
    1. Dimana kubur Nabi Adam a.s.?
    dalam tanah mana mungkin dalam iar atau terawang atas udara... di negerimana sekalipun ianya tetap bertanah... asal dari tanah kembali ke tanah

    2. Siapakah yang mengesahkan ibadah kita?
    dalam konteks pengertian ibadat diterjemahkan sebagai pekerjaan.... siapa yang dapat mengesah ibadat kita ialah diri sendiri jika rasa tak sah kita tak buat lagi dah... sebagai contoh zina adakah ia sah pada diri kita, kita jawab mula-mula sedap lama-lama tak lalu nak hadap... maka ianya tak sah bagi diri... apa yang dikatakan sah pada ibadat bila hati tak mati untuk istiqomah.....

    Soalan panjang
    3. Siapakah yang dapat memastikan wahyu yg diterima oleh Rasulullah s.a.w. adalah dari Allah Ta'ala.
    saahabat nabi allah jika mereka tak pasti kenapa mereka ikut semborono....poyo

    4. Kenapa Islam menyuruh semua manusia memeluk agamanya dan mengatakan bahawa agama lain tidak benar dan membawa kerosakan.
    jangan malu jangan segan kepada yang kafir telah turun wahyu allah dalam surah al ikhlas... bilal rabbah dah pun ucapkan AHAD SEBELUMNYA TURUN WAHYU QULHUALLAH HU AHAD..... aku pun rasa malu ni.... segalanya hanyalah logik akal yang pasti tidak akan kekal

    ReplyDelete
  2. Syukran Zakir. Terima kasih kerana jawab soalan bodoh mereka. :)

    ReplyDelete
  3. assalammualaikum ustaz,

    saya pun ada soklan bodoh jugak nih... saya tengok ustaz follow satu blogger berniqab yang fanatic anjing. ustaz, saya memang bodo dan poyo. boleh ker kita main ngan anjing sampai tidur sekatil cam gitu? kalau boleh saya pun nak jugak bela chihuahua... comel

    ReplyDelete
  4. Wa'alaikum salam. Maaf saya pun tak pasti bila masa saya add dlm blog follow. Cuma saya pernah lihat gambar mrk peluk anjing. Bulu anjing jika kering, tidak dikira najis mughalazah. tetapi Kalau dah peluk macamtu jadi masalah pada hama kuman yg ada. Pastu malaikat Rahmat pun tak nak dekat.

    ReplyDelete