Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah. Selawat dan salam buat Rasulullah s.a.w.
22 November 2009
Hormati Ulama'
Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah. Selawat dan salam buat Rasulullah s.a.w.
Minggu lepas saya lihat di tv bekas penyanyi kafir dari negara luar datang Malaysia disambut besar-besaran, dengan senyuman, pelukan hormat, dipanggil berucap dalam tv, dicatat dilaporkan pandangan dan nasihatnya oleh orang tv dan menteri tv.
Hancur hati saya melihat perangai orang Malaysia macam ni. Anda bayangkan, bila ulama datang, tidak disedari, tidak dihormati, tidak disenangi, tidak beri peluang berucap, tidak disambut kehadirannya, tidak diundangi oleh orang tv, menteri tv. Masuk tv hanya bila ada kontroversi bukan untuk mendengar nasihatnya.
Ketika itu baru saya sedar bahawa orang yang sebegini sebenarnya adalah orang yg berjiwa munafik. Apa tidaknya, ahli maksiat dihormati. Sedangkan ulama' diperlekeh.
Patutkah orang macam ini bersama Rasulullah s.a.w. dipadang mahsyar kelak? Mana logiknya pengikut firaun & Hamman masa hidupnya dibangkitkan bersama Nabi Musa a.s. ? Masuk syurga bersama Nabi Musa a.s.?
Jangan mimpilah wahai munafik. Tambahkanlah loyar burukmu sekarang, akhirat kelak mulutmu akan ditutup, bahkan tangan akan berkata dan kaki akan menjadi saksi atas kebiadabanmu itu.
Adab itu bermula dari hati. Jika anda berada di Mekah di kanan Rasulullah s.a.w. dan di kiri Abu Lahab. Siapa yang akan anda sokong?
Wallahu A'lam. Hanya semata-mata limpah kurnia dan rahmat dari Allah Ta'ala.
01 November 2009
MUSUH WALI ALLAH
6137 - حدثني محمد بن عثمان بن كرامة: حدثنا خالد بن مخلد: حدثنا سليمان بن بلال: حدثني شريك بن عبد الله بن أبي نمر، عن عطاء، عن أبي هريرة قال:
قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: (إن الله قال: من عادى لي ولياً فقد آذنته بالحرب، وما تقرب إلي عبدي بشيء أحب إلي مما افترضت عليه، وما يزال عبدي يتقرب إلي بالنوافل حتى أحبه، فإذا أحببته: كنت سمعه الذي يسمع به، وبصره الذي يبصر به، ويده التي يبطش بها، ورجله التي يمشي بها، وإن سألني لأعطينَّه، ولئن استعاذني لأعيذنَّه، وما ترددت عن شيء أنا فاعله ترددي عن نفس المؤمن، يكره الموت وأنا أكره مساءته).
Dalam hadith riwayat Imam Bukhari di dalam kitab Sahihnya di atas, Tuhan telah isytihar perang terhadap sesiapa yang memusuhi wali Nya.
Andaian 1: Semua umat Islam adalah wali Allah.
Jawapan; Salah sebab kalau benar begitu mengapa Tuhan campak sebahagian umat Islam ke dalam neraka.
Andaian 2: Wali Allah adalah umum kepada orang yang menjaga agama Islam dikalangan ulama'.
Jawapan: Terlalu umum, bukankah ada ulama' dunia dan ulama' akhirat serta ulama' Ahlullah.
Andaian 3: Aku adalah wali Allah sebab hatiku sangat rasa hampir dengan Allah.
Jawapan: Kalau anda wali Allah, kenapa Allah tak maqbulkan doa anda? Bukankah hadith di atas sebut "فإذا أحببته: كنت سمعه الذي يسمع به"
Andaian 4: Ustaz xxxx.... adalah wali Allah.
Jawapan: Kalau dia wali Allah, tentu Allah pelihara dia dari kemurkaanNya dan Allah mengisytiharkan perang terhadap musuhnya. Maka celakalah sesiapa yang menjadi sasaran perang dari Allah Ta'ala. Anda sanggup?
Andaian 5: Takkanlah Ustaz xxxx.... adalah wali Allah.
Jawapan: Wali Allah juga bermaksud kekasih Allah. Perasaaan cinta yang wujud dalam hati manusia tak dapat dilihat dengan mata kasar. Anda dah tanya Allah soalan ini? Buatlah solat hajat dan istikharah mohon petunjuk untuk perlihatkan kebenaran dan kesesatan.
Andaian 6: Takkanlah Ustaz xxxx.... adalah wali Allah sebab dia zikir tak betul sebutan.
Jawapan: Anda dah tanya dia apa yg dia ucap semasa zikir? Apa yg dia rasa masa zikir? Siapa tak rasa, dia takkan tahu من لم يذق لم يدري. Kadangkala orang disebelahnya sahaja yg tak betul sebutan semasa berzikir lalu fitnahnya tersebar luas kepada semua orang dimasjid tersebut.
Wallahu A'lam. Hanya semata-mata limpah kurnia dan rahmat dari Allah Ta'ala.
29 October 2009
MENGUATKAN KEROHANIAN
Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah. Selawat dan salam buat Rasulullah s.a.w.
Apabila seseorang ingin mendekati Tuhan, dia perlu lalui ribuan ujian yang halus-halus. Ujian ini kadang-kadang akan dipandang remeh oleh nafsu tetapi ia sangat bermakna bagi masa depan kita dalam mendekati Tuhan.
Antara perkara yg dikategorikan dapat menguatkan kerohanian ialah:
1. Sabar menghadapi ujian. Jika anda pernah ditimpa musibah, tentu anda akan rasa dunia ini begitu sempit dan tiada ruang untuk bernafas. Kadang-kala mata sendiri tidak dapat dilelapkan kerana mengenang musibah yg sedang ditimpa. Apabila ia selesai atau hilang, anda akan rasa lapang dada seolah-olah dunia ini memberikan anda harapan baru yang berbunga-bunga.
Bandingkan perasaan Rasulullah s.a.w. sewaktu dilempar najis, sampah, tuduhan sesat, tukang tilik, ahli nujum. Jika anda dituduh sedemikian adakah anda akan bersabar?
Bolehkah anda menghadapi ancaman maut yg sangat hampir sepertimana yg dilalui Saidina Ali k.r.w. yang rela menggantikan tempat tidur Rasulullah s.a.w. sewaktu orang kafir Quraiys sedang merancang untuk membunuh baginda?
Sabar, tenang, tawakkal dan bersedia menghadapi maut pada bila-bila masa adalah resepi untuk menguatkan semangat, jiwa dan kerohanian.
2. Catu makanan. Saya telah ulas tajuk ini dalam "RAHSIA PUASA". Anda akan dapati dengan mengurangkan makan dan banyak berlapar (samada puasa / tidak puasa) akan menambah kesabaran. Apa tidaknya, jika anda sabar menahan kerenah nafsu perut berjam-jam, mengapa tidak sabar menghadapi karenah manusia yang tunggang-langgang. Puasa pada mulanya mungkin akan menyebabkan seseorang cepat marah. Tapi akhirnya akan melemahkan jasad, lemahkan mulut dan sifat marah menjadi neutral seterusnya sentiasa memikirkan perbuatan Tuhan yang menjadikan 'alam.
Ia akan menjadi lebih bermakna jika dipakejkan dengan ibadah "suluk 3 hari" atau lebih lagi. Dengan menjauhi berdebat, berbalah, bergaduh, bersengketa, mengumpat dll hati akan mula bersinar dan sinarannya perlu dikuatkan setiap minggu hinggalah cahaya tersebut mulai mengakar-umbi dalam hati.
Dengan ini, kebenaran tetap akan dilihat sebagai kebenaran, sebagaimana kesesatan akan sentiasa jelas dalam perhatian untuk dijauhi.
3. Teruskan berselawat. Punca nur di alam ini adalah berasal dari Nur Muhammad. Nur Muhammad inilah kejadian pertama di alam ini dan darinya lah segala makhluk diciptakan. Dengan memperbanyakkan selawat, cahaya petunjuk akan menerangi hati kita seterusnya memimpin kita ke jalan yg diredhai Allah. Semakin kuat nur dalam hati kita, semakin kuatlah kerohanian kita mencari jalan mendekati Allah.
Anda mungkin pernah lihat orang yg banyak beramal tetapi menyembunyikan kejahatan, bersekongkol dengan kekufuran, membuat pakatan sulit untuk merobohkan Islam, memalaskan umat Islam, terang-terangan berbohong demi menutupi keburukan parti dan segolongan yg memimpin umat Islam ke jalan neraka.
Inilah hasil manusia yg tiada cahaya di dalam hatinya. Mudah diperdaya, mudah dibeli, murah untuk dimiliki.
Wallahu A'lam. Hanya semata-mata limpah kurnia dan rahmat dari Allah Ta'ala.
08 October 2009
PENGARUH MEMPENGARUHI
Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah. Selawat dan salam buat Rasulullah s.a.w.
Dahulu ada selepas seorang pensyarah membahaskan pandangan tokoh falsafah barat beliau berkata "Kita kena objektif dalam menilai sesuatu. Seperti yang tokoh falsafah barat ini ketengahkan bahawa manusia suka meng "quote" kata tokoh agama sebagai penguat hujah dan ini adalah satu kelemahan".
Cantik sekali tipuan syaitan. Jika kita dakwa kita tak terpengaruh dengan kata-kata ulama', tetapi sebenarnya kita pada awal lagi telah menerima pandangan orang kafir yang tentu sekali bukan ulama'. Sedangkan Rasulullah s.a.w. kata "Ulama' adalah pewaris nabi". paling tidak pun, kita tetap akan terpengaruh dengan nafsu ammarah yg Tuhan jadikan ia biadap asal kejadiannya.
Firaun boleh bangga dengan mengatakan "aku tidak terpengaruh dengan kata-kata Nabi Musa a.s.". Persoalannya adakah sikap objektif ini memberi kejayaan dunia akhirat? Tidak, malah ia akan menerima azab yang sangat pedih lantaran kejahilan dan kesombongan terhadap orang yang Tuhan lantik.
Begitu juga dengan artis yang mempersoalkan para ustaz mengkritik kerjayanya dengan mengatakan "Semua yang aku buat salah, dimana kebebasan?".
Membiarkan diri dalam kejahilan dan tingkat iman awam akan menggagalkan kita di akhirat kelak. Apa tidaknya, kejahilan kita mengenal Tuhan akan menyebabkan kita mengkritik susunan Tuhan, kritik syariat Tuhan, kritik perbuatan Tuhan, benci dengan qadha' Tuhan dalam tidak sedar. Muflis pahala tanpa sedar.
Adakah kita akan tetap mengajar anak bangsa kita "jadi orang biasa (awam) sudah lah, tak payah la nak ikut sangat cakap ustaz, tak payah lah ibadah banyak sangat, berjaya jugak kat dunia ni".
Adakah cukup dengan makan, minum, tidur, berhibur, berkahwin, bekerja lalu Tuhan biarkan begitu sahaja untuk memasuki syurga? Jika in yg terjadi, maaf kata- haiwan pun begitu juga hidupnya. Bahkan haiwan tidak akan disoal tentang umur, harta, masa, sumbangan, hidup mereka. Bahkan manusialah yang akan ditanya. Siapakah antara kamu yang paling baik amalannya.
Pastikan kita dan keturunan kita dipengaruhi oleh Sunnah Rasulullah s.a.w. dan nasihat dan bimbingan dari para Awliya'. Jika tidak, kita sebenarnya sedang dipengaruhi syaitan yang bijak menipu. Akhirnya kita akan jadi serupa dengan an'aam (binatang ternakan) bahkan lebih sesat أولئك كالأنعام بل هم أضل.
Wallahu A'lam. Hanya semata-mata limpah kurnia dan rahmat dari Allah Ta'ala.
04 October 2009
ROKOK= ARAK KERING
Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah. Selawat dan salam buat Rasulullah s.a.w.
Teringat ana kepada seorang ustaz yang pernah belajar di Al-Azhar Mesir. beliau menceritakan bagaimana rakyat Mesir berniaga tembakau iaitu dengan men"spray"kan alkohol ke dalam bekas plastik yg berisi daun tembakau. Jika di"spray" 1x, harganya murah. Jika 3x, harganya mahal sedikit. Begitulah seterusnya bagi membezakan kualiti tembakau yang bakal membangkitkan khayalan indah perokok.
Alkohol adalah sebahagian bahan yg penting dalam pembuatan arak. dengan sebab itulah rasa rokok berlainan dan tidak sama berbanding menggunakan tembakau yg diambil fresh dari ladang tembakau di Bachok, Kelantan.
Jika tuan-tuan tahu sesuatu kebenaran, carilah hujah untuk mempertahankannya, kelak tuan-tuan akan jumpa 1001 hujah sokongan.
Maulana Ilyas ada mengingatkan bahawa perokok ada harapan mati dalam su'ul khotimah (kesudahan yang buruk). Jangan pandang ringan perkara ini. Termasuk jugalah orang yang ada kaitan dengan mengembangkang industri rokok seperti tuan tanah ladang tembakau, petani tembakau, pembantu peladang tembakau, pengilang, penjual dll.
Ana lihat dengan mata kepala sendiri dan hairan, bagaimana orang yang memperjuangkan Islam di kelantan masih lagi memberi ruang untuk industri ini. Ada pak haji yang menyewakan tanahnya untuk tujuan pertanian tembakau. Ada juga yang membiarkan anak-anaknya leka dengan aktiviti ini. Bukankah ini satu penyelewengan syariat Islam dan kemungkaran yang jelas. Apatah lagi jika ia dilakukan diluar dewan muktamar pxx. Hairan....hairan....
Wallahu A'lam. Hanya semata-mata limpah kurnia dan rahmat dari Allah Ta'ala.
30 September 2009
RAHSIA PUASA
Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah. Selawat dan salam buat Rasulullah s.a.w.
Puasa sering dikaitkan dengan perkataan mujahadah dan suluk. Ini kerana amalan puasa mempunyai satu rahsia kejayaan sesuatu usaha mendekatkan diri kepada Tuhan dan usaha kejayaan yg bersifat keduniaan.
Zaman dahulu nabi Musa a.s. berpuasa dan bersuluk selama 40 hari di Bukit Thursina sebelum dianugerahkan kitab Taurat sebagai panduan umatnya yg dikatakan berlaku pada bulan Ramadhan. Begitu juga Nabi Daud a.s. yang berpuasa sehari dan berbuka sehari selama setahun sebelum dianugerahkan kejayaan menumpaskan raja Jalut dengan hanya sebiji batu yg dibacakan doa. Nabi Daud a.s. dan Nabi Isa a.s. juga dianugerahkan Kitab Zabur dan Kitab Injil pada bulan Ramadhan.
Begitu juga Rasulullah s.a.w. dianugerahkan Al-Quran selepas berkhalwat di gua Hirak, Jabal Nur pada 17 Ramadhan. Baginda juga mendapat bantuan dari tentera Allah (malaikat) semasa perang Badar Kubra pada tahun ke-2 Hijrah pada bulan Ramadhan semasa tentera Islam sedang berpuasa yg telah disyariatkan pada tahun yg sama.
Bagi agama lain para pendeta, rahib, sami, paderi, tok cha juga menggunakan puasa sebagai alat untuk menguatkan kerohanian dan sihir mereka atas nama "BERTAPA". Bukankah Gautama Buddha mendapat cahaya nirvana semasa bertapa selama 49 hari dibawah pokok Bodhi. Begitu juga dengan ahli silat, kungfu, silambam, penarik kavadi, bomoh juga menggunakan puasa untuk mendapatkan kebal, kekuatan fizikal, mental, penyelesaian masalah dan penembusan ilmu ghaib.
Cuma agama lain telah diselewengkan oleh pemimpin agama mereka dengan menjadikan amalan puasa ini khusus untuk orang gereja, para sami dan orang tertentu sahaja tidak kepada masyarakat awam. Harinya pun sudah ditukar menjadi sedikit seperti yahudi yg berpuasa pada hari 'Asyura. Bahkan ada yg menghadkan puasa dari memakan telor dan makanan berdarah shj seperti penganut Hindu.
Malangnya umat Islam memandang ringan amalan puasa. Puasa awam yg tidak menghindarkan diri dari maksiat tidaklah memberi kejayaan pada rohani dan jasmani. Umpama mencurah air ke daun keladi sambil puasa sibuk berniaga bazar Ramadhan atau menjalankan aktiviti harian seperti biasa (kerja-balik-berbuka-sembang-tengok tv-tidur). Jauh sekali hendak membuat tumpuan kepada Allah Ta'ala. Difikiran hanyalah makanan untuk berbuka dan duit untung bazar Ramadhan.
Satu kelonggaran yg pernah saya dapat izin dari guru ketika bersuluk ialah bekerja seperti biasa dan masuk suluk semula setelah pulang dari kerja. Tetapi hendaklah ingat, jangan batalkan suluk dengan bersembang atau bercakap yg tiada keperluan. Masa luang hendaklah dipenuhi dengan tumpuan kpd Allah. Memanglah kawan-kawan nampak pelik sikit hari tu kerana saya berpuasa hari Jumaat (3 hari suluk = jumaat-sabtu-ahad), kurang bercakap dan ditangan sentiasa ada tasbih yg digerakkan oleh jari walaupun semasa berjalan atau berbincang.
Wallahu A'lam. Hanya semata-mata limpah kurnia dan rahmat dari Allah Ta'ala.
27 September 2009
BASIR - MELIHAT
Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah. Selawat dan salam buat Rasulullah s.a.w.
Allah Ta'ala Maha Melihat setiap segala sesuatu yg terjadi di alam ini. Dia melihat tanpa ada sekatan, sempadan, tidak terhijab dengan jauh atau dekat, besar atau kecil, gelap atau terang, dalam bilik yg tertutup atau ditengah padang yg terbuka.
Tuhan melihat tanpa menggunakan alat penglihatan seperti mata, lensa kamera atau mikroskop. Semua alat ini terbatas penglihatannya. Jika Tuhan perlu kepada mata, maka jadilah Ia lemah seperti makhluk.
Sudah tentulah Tuhan Maha Melihat semut hitam yang berada di atas batu hitam ditengah malam yg gelap gelita (tanpa cahaya) dicelah timbunan batu. Juga Maha Melihat seorang manusia yang dizalimi ditengah lautan padang pasir dan Maha Melihat seekor anjing yang sedang dibantu mendapatkan air oleh seorang pelacur ditengah hari yg terik.
Kalau begitu kenapa Tuhan tidak membantu orang Islam yg sedang dizalimi di Bosnia, Palestin, Iraq dll atau membantu umat Islam Aceh yg dilanda Tsunami? Bukankah Tuhan yg sama juga yg menetapkan dan menggerakkan musibah tersebut ke atas umat Islam zaman ini. Ada Tuhan yang lain kah? Tidak ada....
Adab kita sebagai hambaNya, sentiasalah cari kesilapan dan kelemahan diri yg menyebabkan Tuhan berkehendak menetapkan sesuatu bala' dan musibah. Jika Tuhan memandang kita dengan rahmatNya, tentu Dia tidak akan biarkan kita dihina dan dizalimi oleh musuhNya.
Untuk menunjukkan tanda kebesaran dan kehebatan Tuhan, Dia menganugerahkan pandangan menggunakan mata hati bagi mereka yg telah terbuka hijab dimana ia adalah sangat tepat. Pun begitu para wali Allah masih berhati-hati agar tidak terjerumus dalam tipudaya ("makar") dari Allah Ta'ala. Setiap apa yg dilihat tetap akan jadi rahsia yg hanya boleh diluahkan kepada sahabat terdekat yg amanah (dipercayai) memegang rahsia Allah.
Zaman ini kaum yahudi sering memasukkan kemahiran pandang tembus dinding dan alam ghaib kepada watak ciptaan mereka seperti yg ada pada watak superman dan hero-hero filem yg lain.
Wallahu A'lam. Hanya semata-mata limpah kurnia dan rahmat dari Allah Ta'ala.
07 September 2009
GANTI CERITA DONGENG
Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah. Selawat dan salam buat Rasulullah s.a.w.
Cerita dongeng telah lama bertapak dalam semua masyarakat. Cerita yang berkisar tentang raja, permaisuri, putera, puteri, cerita rakyat yang mengandungi jenaka, pengajaran yang direka oleh penglipulara dan sasterawan amat terkenal dan popular dikalangan masyarakat, samada masyarakat Melayu, Arab, Inggeris, India, China dll. Cerita dongeng yang berunsur mistik dan alam kejinan yang melibatkan dewa-dewa juga tidak ketinggalan popularnya.
Cerita ini hanyalah khayalan dan angan-angan rekaan manusia. Tiada siapa yang dapat memastikan kebenarannya.
Oleh kerana itulah Maulana Muhammad Zakaria telah diminta oleh gurunya iaitu Maulana Ilyas r.a. untuk menyusun sebuah kitab yang mengandungi kisah-kisah para sahabat Rasulullah s.a.w. yang merujuk kepada KEIMANAN dan amalan pada wanita dan kanak-kanak pada zaman baginda. Maksud utama suruhan ini adalah agar para ibu yang beragama Islam dapat membacakan kepada anak-anak mereka sebelum tidur tentang kisah-kisah benar dan sahih dizaman kegemilangan Islam sebagai menggantikan kisah-kisah dongeng pari-pari dan khayalan. Agar dapat membangkitkan semangat mereka cintakan Islam dan hormat terhadap para sahabat Rasulullah s.a.w.
Firman Allah Ta'ala "Dan semua kisah dari Rasul-rasul yang Kami ceritakan kepadamu ialah kisah-kisah yang dengannya dapat Kami teguhkan hatimu dan dalam surah ini telah datang kepadamu kebenaran serta pengajaran dan peringatan bagi orang-orang yang beriman". Surah Hud ; 120.
Sesetengah masyarakat dapat menghafal kisah cinderella, robin hood, pak kaduk, lebai malang dan lain-lain kisah rakyat. Sedangkan semua watak utama dalam kisah ini tidak wujud. Apa yang kita dapat sebenarnya? Hanya menghabiskan masa dan umur kepada aktiviti yang tidak meningkatkan keimanan dan ketaqwaan kita kepada Allah. Akhirat nanti tentu kita akan rasakan kerugian yang amat dahsyat hasil dari aktiviti yang sia-sia. Penyesalan akan diungkap berulang-ulang dan ketika itu tiada peluang diberikan lagi. Orang mukmin tidak membuat silap 2 kali. Cukuplah apa yang telah lalu sebagai pengajaran.
Bermodalkan RM 15, ia dapat memperbaiki akhlak anak-anak kita.
Wallahu A'lam. Hanya semata-mata limpah kurnia dan rahmat dari Allah Ta'ala.
02 September 2009
Sanad Zahiri & Sanad Uwaisi
Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah. Selawat dan salam buat Rasulullah s.a.w.
Sanad bermaksud tempat sandaran/rujukan. Silsilah pula ialah rantai. Dari segi istilah dalam ilmu Tasawuf, sanad & silsilah dirujuk sebagai nama orang yang disandarkan asuhan dan didikan turun temurun, dari satu guru kepada muridnya. Kemudian muridnya pula menjadi guru dan seterusnya mengasuh anak muridnya yang baru sepertimana dia menerima asuhan dari gurunya yang lalu.
Kerana itulah nama saya tidak akan saya catat dalam sanad tarekat kerana saya tidak memimpin tarekat walaupun saya menerima asuhan dari guru mursyid yang mempunyai sanad. Dalam kata lain, setakat ini saya masih belum mencapai makrifatullah. Jika sampai pun, belum tentu saya akan memimpin tarekat. wallahu a'lam.
Makna "akhoza" (mengambil tarekat) ialah terima tarekat, beramal hingga berjaya mencapai makrifatullah sebagaimana syeikh Ahmad Idris diasuh oleh gurunya iaitu Syeikh Abul Qosim r.a. Kemudian Syeikh Ahmad Idris mengasuh muridnya Syeikh Ibrahim Ar-Rasyid r.a. Ini dinamakan lafaz sanad zahiri (iaitu dapat ditulis nama susunan guru-murid).
Walaubagaimanapun terdapat sesetengah syeikh yang menerima asuhan melalui jalan rohani sepertimana Uwais al-Qarni menerima asuhan terus daripada Rasulullah s.a.w. walaupun tanpa bersemuka / berjumpa jasad. Begitu juga dengan Syeikh Abdul Qadir Jilani yang diasuh oleh Nabi Khidir a.s. dalam alam rohani walaupun hidup berlainan zaman. (Alam rohani bermaksud ruh bertemu ruh). Asuhan sebegini disebut sebagai sanad uwaisi. Perkara ini di ingkari oleh ahli tarekat yang tidak sampai kepada makrifah kerana mereka masih berpegang dengan zahir sanad. Kerana itulah Uwais al-Qarni merahsiakannya dari umat Islam dizamannya. Sedangkan kita telah akui, jika Tuhan menghendaki sesuatu pasti ia akan terjadi, tiada yang mustahil di alam ini jika dikehendaki Allah ia terjadi.
Malangnya sanad uwaisi ini telah dipermainkan oleh golongan ahli sufi tiruan. Mereka mendakwa menerima asuhan yg sama seperti uwais tetapi berakhlak seperti Abu Jahal. golongan inilah yg ditentang oleh Syeikh Abdul Qadir Jilani seperti yg beliau catat dalam Kitab Sirrul Asrar.
Terkadang boleh jadi juga seseorang menerima 2 asuhan iaitu sanad zahiri dan sanad uwaisi serentak dalam hidupnya. Seperti
"Syeikh Ibrahim Ar-Rashid juga pernah berjumpa dengan Rasulullah s.a.w. Dalam pertemuan itu, beliau telah menerima beberapa amalan zikir daripada Rasulullah s.a.w. Sebab itulah terdapat beberapa amalan Syeikh Ibrahim yang tidak pernah diajar oleh Syeikh Ahmad ibn Idris. Ia adalah amalan-amalan yang diterima secara langsung daripada Rasulullah tanpa perantaraan."
Cuma sanad zahir adalah adab zahiriah yang biasa berlaku ke atas tokoh-tokoh sufi terkemuka. Manakala jika seseorang itu hanya menerima sanad uwaisi, kebiasaannya dia akan lebih banyak menyendiri dan tidak dikenali.
Wajib bagi orang yang hendak berjalan mengambil sanad (asuhan) dari guru yang mursyid yang telah sampai kepada makrifatullah. Sebagaimana hukum dunia yang mewajibkan seseorang berguru dalam proses belajar memandu kereta untuk lulus ujian JPJ dan untuk dapatkan kemahiran memandu dengan betul, bukan setakat membaca buku "panduan memandu".
Sempurna atau tidak perjalanan kerohanian seseorang guru tidaklah dapat diketahui melalui pancaindera yang 5, ia hanya dapat diketahui oleh Allah, rasul dan para awliya' sahaja yang mengetahui. Sepertimana kata pepatah "hanya intan mengenal manikam". Jika kita jujur dan lurus hati kepada Tuhan, solat hajat-doa dan munajat adalah cara terbaik untuk mendapatkan kasih sayang panduan istikharah dari Allah Ta'ala.
Wallahu A'lam. Hanya semata-mata limpah kurnia dan rahmat dari Allah Ta'ala.
31 August 2009
JALAN CEPAT MENGENAL ALLAH
Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah. Selawat dan salam buat Rasulullah s.a.w.
Disebut di dalam kitab Siyarus Salikin Juzuk 3, bab terakhir iaitu tentang ulama' sufi mengajar manusia mengenal Allah dengan cara yg cepat berbanding ulama' feqah melalui kisah Syeikh Junaid Al-Baghdadi ini.
Kisah bermula apabila sekumpulan orang yg menuntut ilmu feqah di Baghdad meninggalkan majlis mereka kerana pergi masuk di dalam halaqah zikir Syeikh Junaid. Ini menyebabkan ulama' feqah marah. Lalu Syeikh Junaid menghantar wakil kepada ulama' tersebut dan berkata " Jika ada 2 jalan untuk menemui kekasihnya, satu jalan mengambil masa 30 tahun dan satu jalan lagi hanya perlukan lebih kurang setahun untuk sampai. Jalan manakah yg perlu diikuti?"
Ulama feqah itu pun berkata "jalan yg lebih cepat lebih elok". Kemudian masing-masing mendakwa jalan merekalah yg lebih cepat untuk mendekati Allah Ta'ala.
Lalu Syeikh Junaid pun mengemukakan bukti iaitu dengan menyuruh seseorang melontarkan batu ke atas himpunan orang-orang sufi yg sedang berzikir. Apabila dilontarkan batu, orang-orang sufi yang sedang berada didalam himpunan zikir rasa terkejut kerana mereka sedang asyik berzikir dan seterusnya mengangkat suara mereka semakin kuat menyebut Allah, Allah.
Kemudian Syeikh Junaid menyuruh seseorang melontarkan batu ke atas himpunan orang-orang yg sedang mempelajari ilmu feqah. Apabila dilontarkan batu, orang-orang faqih tersebut memandang kepadanya serta memarahinya dengan kasar "Engkau tidak seharusnya melontarkan batu kepada kami, perbuatanmu itu haram!".
Lalu ulama' feqah tersebut beristighfar kepada Allah Ta'ala kerana sedar bahawa kesilapannya itu menentang Syeikh Junaid. Lalu beliau pun menjadi sahabat serta murid kepada Syeikh Junaid selepas peristiwa itu.
Dari kisah ini menunjukkan bahawa dengan hanya mendalami ilmu zahiri sahaja tidak mencukupi untuk mengenal Allah, menghayati kebesaran Allah, menghalusi adab sebagai hamba Allah. Semua perkara ini hanya dapat dicapai dengan berguru dengan ulama' tarekat yang telah sampai kepada hakikat & makrifat.
Dewasa ini kita sering lihat manusia yg alim dalam bidang agama tidak dapat menghayati Agama Islam, mengamalkan sunnah Rasulullah s.a.w., berakhlak mulia, sabar dan tenang menghadapi ujian, warak dalam tingkah laku (dengan meninggalkan yg haram, makruh dan syubhat). Ini kerana mereka menyangka ilmu itu memimpin tanpa perlu dipimpin oleh ulama Ahlullah. Sangkaan mereka; apabila dapat melaksanakan ibadah dengan tepat mengikut hukum-hakam seperti didalam kitab feqah, maka merekalah orang yg dikasihi Allah. Sedangkan sebenarnya hati & perasaan mereka amat jauh dari Allah, mereka lalai dari menghayati perbuatan Allah dalam realiti kehidupan. Dari sebab itulah mereka akan cepat marah, gagal mengawal emosi, lupa bahawa setiap atom yg bergerak didunia ini adalah dari kehendak Allah.
Wallahu A'lam. Hanya semata-mata limpah kurnia dan rahmat dari Allah Ta'ala.
25 August 2009
TAFSIR AL-QURAN
Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah. Selawat dan salam buat Rasulullah s.a.w.
Izinkan saya menjelaskan sedikit penerangan tentang Kalamullah.
Allah Ta'ala Yang Maha Agung lagi Maha Mengetahui telah berkata-kata kepada malaikat Jibril a.s. tanpa lafaz, tanpa suara dan tanpa jihhat (arah menghadap). Lalu difahami oleh Jibril erti segala kandungan Al-Quran (dengan izin Allah Ta'ala) dan diperintah oleh Allah Ta'ala untuk mengambil lafaznya dari Luh Mahfuz menerusi Malaikat Israfil a.s.. Setiap huruf di dalam Al-Quran di Luh Mahfuz sebesar Jabal Qaf. Dibawah setiap huruf itu terdapat beberapa pengertian diluar kemampuan makhluk mengetahuinya kecuali Allah Ta'ala sahaja. Lafaz Al-Quran tersebutlah yg turun kepada Rasulullah s.a.w.. Malaikat Jibril a.s. mengambilnya dari Luh Mahfuz dan direncanakan kepada malaikat Safarah perkataan demi perkataan agar boleh ditulis. Malaikat Safarah berada di Baitul Izzah (langit dunia). Penurunan Al-Quran dari Luh Mahfuz ke Baitul Izzah adalah secara sekaligus.
Apabila Allah Ta'ala mahu menurunkan sesuatu daripada Al-Quran kepada Rasulullah s.a.w., Dia akan berfirman tanpa huruf, tanpa suara dan baginda akan faham KalamNya yang diturunkan mengikut kadar tertentu dan secara beransur-ansur hingga sempurna selama 23 tahun (13 tahun di Mekah dan 10 tahun di Madinah).
Demikianlah yang tercatit dalam Kitab Aqidatun najin karangan Syeikh Zainal Abidin Muhammad al-Fathani.
Ramai orang keliru tentang konsep Al-Quran sebagai sebahagian dari Kalamullah. Kalamullah beerti kata-kata (firman) Allah Ta'ala. Allah Ta'ala telah berkata-kata dan kata-kataNya telah dicatatkan di dalam kitab Zabur, Taurat, Injil dan Al-Quran. Ini dikategorikan sebagai kalam lafzi kerana ia dicatat, ada huruf, boleh dibaca oleh manusia.
Adapun kata-kata Allah Ta'ala yang didengar oleh Jibril a.s. di alam atas merupakan kalam Nafsi yang tiada huruf, tiada, lafaz, tiada bunyi dan tidak perlu menghadap mana-mana arah yang tidak terpisah dari zatNya.
Contoh mudah kalam lafzi; zaid bercakap lalu didengar oleh Ali. Ali menulis kata-kata Zaid didalam bukunya. Manakala kalam nafsi; kata-kata zaid yg hanya didengar & difahami oleh Ali yg mempunyai bunyi.
Kalam Nafsi inilah yang disifatkan Qadim oleh Imam Ahmad bin Hambal. Manakala ulama' Muktazilah menyangka Kalamullah hanya terhad kepada lafaz-lafaz yg dapat ditulis didalam mushaf Al-Quran (mushaf: kitab/buku). Jika diperincikan maksud memanglah mushaf Al-Quran adalah hadith (sesuatu yang baharu), yang baru dicetak ada dijual di kedai dan yang lama/ lusuh/ usang ada disimpan dirumah.
------tamat bahagian 1--------------------
Zaman Rasulullah s.a.w. para sahabat sangat berhati-hati dalam memahami makna Al-Quran. Mereka memahami Al-Quran menggunakan mata hati (kasyaf). Oleh kerana itu mereka jarang bertanyakan maksud ayat-ayat Al-Quran kecuali ayat-ayat yang penting yang perlukan penjelasan lanjut dari utusan Allah. Ini kerana bagi mereka setiap ayat Al-Quran hanya difahami dengan tepat maksudnya oleh utusan Allah iaitu Rasulullah s.a.w. yang rapat hubungannya dengan Allah.
Zaman silih berganti, kewafatan Rasullullah s.a.w. membuatkan para sahabat hilang sumber penjelasan. Lalu sesetengah mereka menjadikan Ibnu Abbas dan Kibar Sahabat (sahabat besar) sebagai rujukan. Penjelasan yang sedikit dan terhad dari mereka ini diriwayatkan dan dikumpulkan didalam Tafsir Thobari.
Zaman silih berganti, ulama semakin ramai. Kefahaman mereka terhadap isikandung Al-Quran juga berbeza (khilaf). lalu disinlah letaknya peranan Wali Allah yang diberi ilmu kasyaf (terbuka hijab) untuk memahami Al-Quran mengikut kefahaman yang difahami oleh Rasulullah s.a.w. bersesuaian dengan keredhaan Allah Ta'ala. Maka anda akan lihat ayat-Al-Quran yang ditafsir oleh mereka yang kenal Allah adalah berbeza dengan orang yang mentafsirkan Al-Quran menggunakan logik-akal masing-masing yang terbatas. Anda akan jumpa permasalahan ini dalam perbahasan tentang ayat muhmakat dan ayat mutasyabihat.
Jika anda salah dalam mentafsirkan titah sultan, tentu anda akan dipenjarakan walaupun anda tersalah memahaminya kerana terikut-ikut dengan tafsiran masyarakat awam.
Oleh itu, ulama' sangat berhati-hati dan beradab dalam hal ini. Istighfar banyak-banyak jika anda ingin mengeluarkan satu tafsiran ayat al-Quran. Ana tak guna tafsir pimpinan Ar-Rahman kerana ia dikritik banyak oleh ulama' sufi dan zahiri kerana diuduh mengaburi ayat yang berkaitan dengan hukum hudud. Dari segi "siqah" dan "dhabit" penulisnya juga dipertikai.
Berhubung isu ayat 35 dalam Surah Al-Maidah, ana syorkan agar tuan-tuan melihat tafsiran yang diberikan oleh Syeikh Abdul Qadir Jilani, Imam Al-Ghazali, Syeikh Ibnu Athoillah As-Sakandari, Muhammad Amin Al-Kurdi dan lain-lain ulama' sufi yang masih hidup dan telah terbuka hijab serta dikurniakan Allah ilmu Laduni (ilmu terus dari Allah Ta'ala). Dan kerana mereka ini mendengar kalam Allah yang terkini. Bukankah Allah itu bersifat Kalam dan Kaunuhu Mutakalliman. Kalam= mampu berkata-kata. Kaunuhu Mutakalliman= keadaan Allah Ta'ala yang berkata-kata.
Semoga Allah Ta'ala menunjukkan kita jalan yg benar dan diredhaiNya.
Wallahu A'lam. Hanya semata-mata limpah kurnia dan rahmat dari Allah Ta'ala.
15 August 2009
ISRAK MIKRAJ
Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah. Selawat dan salam buat Rasulullah s.a.w.
Peristiwa Israk & Mikraj
Peristiwa ini adalah mukjizat besar Rasulullah s.a.w. dan ia wajib dipercayai kerana ia bersumber dari ayat Al-Quran dan Hadith Sahih.
Israk bererti perjalanan di muka bumi waktu malam Nabi Muhammad S.A.W. dengan ruh & jasad dalam jaga (bukan mimpi) dari Masjid al-Haram di Mekah ke Masjid al-Aqsa di Bait al-Muqaddis, Palestin. Mikraj pula merujuk kepada perjalanan Nabi Muhammad S.A.W. ke langit dari Masjid al-Aqsa naik ke Sidratul Muntaha di langit ketujuh dekat kursi Allah Taala.
Mafhum Firman Allah S. W. T. :
"Maha Suci Allah yang telah memperjalankan hamba-Nya pada suatu malam dari Al-Masjidil Haram ke Al-Masjidil Aqsa yang telah kami berkati sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebahagian dari tanda-tanda kebesaran Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat." (Surah Al-Israa': Ayat 1).
"Dan demi sesungguhnya nabi muhammad telah melihat malaikat jibril dalam bentuk rupanya yang asal sekali lagi. Disisi "Sidratul Muntaha".Yang disisinya terletak syurga "Jannnatul Makwa". Nabi Muhammad melihat jibril dalam bentuk rupanya yang asal pada kali ini ialah semasa "Sidratul Muntaha" itu diliputi oleh makhluk-makhluk dari alam ngaib yang tidak terhingga. Penglihatan nabi muhammad tidak berkisar daripada menyaksikan dengan tepat akan pemandangan yang indah disitu yang diizinkan melihatnya, dan tidak pula melampaui batas. Demi sesungguhnya, ia telah melihat sebahagian dari sebesar-besar tanda yang membuktikan luasnya pemerintahan dan kekuasaan Tuhannya"
(An-Najm Ayat 13-18)
Daripada satu riwayat peristiwa itu berlaku pada malam Isnin, 27 Rejab, kira-kira 18 bulan sebelum hijrah iaitu tahun kesebelas kerasulan (Nabi Muhmammad s.a.w. dilantik menjadi Rasul). Tahun tersebut disifatkan oleh ahli sejarah sebagai ‘Amulhuzn’ (tahun dukacita). Ini berikutan dengan musibah berturut-turut yang menimpa baginda, iaitu
• Kehilangan dua insan tersayang berikutan kewafatan Khadijah, isteri baginda yang pertama.
• Kemudian disusuli pula dengan kematian bapa saudara baginda, Abu Thalib, yang banyak melindunginya daripada ancaman kaum kuffar Quraiys.
• Begitu juga dengan penolakan dakwah Islam dari penduduk Thaif.
A. SEBELUM ISRAK DAN MIKRAJ
Pada malam tersebut, Rasulullah S. A. W. berada di rumah sepupunya Ummu Hani bt Abu Talib, lalu datang Jibril mengejutkan baginda. Lalu baginda dibawa menaiki buraq menuju ke Kaabah untuk proses pembersihan hati.
Rasulullah S. A. W. mengalami pembedahan di dada, ia dilakukan oleh malaikat Jibrail dan Mika'il. Hati Baginda S. A. W.. dicuci dengan air zamzam, dibuang ketul hitam ('alaqah) iaitu tempat syaitan membisikkan waswasnya. Kemudian dituangkan hikmat, ilmu, dan iman. ke dalam dada Rasulullah S. A. W. Setelah itu, dadanya dijahit dan dimeterikan dengan "khatimun nubuwwah". Selesai pembedahan, baginda menaiki Buraq meneruskan perjalanan luar biasa itu.
B. SEMASA ISRAK (PERJALANAN DARI MASJIDIL-HARAM KE MASJIDIL-AQSA):
Sepanjang perjalanan (israk) itu Rasulullah S. A. W. diiringi (ditemani) oleh malaikat Jibrail dan Israfil. Tiba di tempat-tempat tertentu (tempat-tempat yang mulia dan bersejarah), Rasulullah telah diarah oleh Jibrail supaya berhenti dan bersembahyang sebanyak dua rakaat.
Antara tempat-tempat berkenaan ialah:
i. Negeri Thaibah (Madinah), tempat di mana Rasulullah akan melakukan hijrah.
ii. Bukit Tursina, iaitu tempat Nabi Musa a. s. menerima wahyu daripada Allah.
iii. Baitul-Laham (tempat Nabi 'Isa A. S. dilahirkan).
Dalam perjalanan itu juga baginda Rasulullah S. A. W. menghadapi gangguan jin ifrit dengan obor api. (Peristiwa ini memperingatkan kita bahawa syaitan dan iblis tidak akan jemu-jemu untuk menyesat dan memperdayakan umat manusia dengan pelbagai cara.)
Semasa dalam perjalanan Rasulullah S. A. W. ke Masjid AL-Aqsa, baginda melihat beberapa gambaran antara langit dan bumi iaitu:
1.Kaum yang sedang bertanam dan terus menuai hasil tanaman mereka. apabila dituai, hasil (buah) yang baru keluar semula seolah-olah belum lagi dituai. Hal ini berlaku berulang-ulang. Rasulullah S. A. W. dibertahu oleh Jibril : Itulah kaum yang berjihad "Fisabilillah" yang digandakan pahala kebajikan sebanyak 700 kali ganda bahkan sehingga gandaan yang lebih banyak.
2.Tempat yang berbau harum. Rasulullah S. A. W. diberitahu oleh Jibril : Itulah bau kubur Masyithoh (tukang sikat rambut anak Fir'aun) bersama suaminya dan anak-anak-nya (termasuk bayi yang dapat bercakap untuk menguatkan iman ibunya) yang dibunuh oleh Fir'aun kerana tetapt teguh beriman kepada Allah (tak mahu mengakui Fir'aun sebagai Tuhan).
3.Sekumpulan orang yang sedang memecahkan kepala mereka. Setiap kali dipecahkan, kepala mereka sembuh kembali, lalu dipecahkan pula. Demikian dilakukan berkali-kali. Jibrail memberitahu Rasulullah: Itulah orang-orang yang berat kepala mereka untuk sujud (sembahyang).
4.Sekumpulan orang yang hanya menutup kemaluan mereka (qubul dan dubur) dengan secebis kain. Mereka dihalau seperti binatang ternakan. Mereka makan bara api dan batu dari neraka Jahannam. Kata Jibril : Itulah orang-orang yang tidak mengeluarkan zakat harta mereka.
5.Satu kaum, lelaki dan perempuan, yang memakan daging mentah yang busuk sedangkan daging masak ada di sisi mereka. Kata Jibril: Itulah lelaki dan perempuan yang melakukan zina sedangkan lelaki dan perempuan itu masing-masing mempunyai isteri / suami.
6.Lelaki yang berenang dalam sungai darah dan dilontarkan batu. Kata Jibril: Itulah orang yang makan riba`.
7.Lelaki yang menghimpun seberkas kayu dan dia tak terdaya memikulnya, tapi ditambah lagi kayu yang lain. Kata Jibril: Itulah orang tak dapat menunaikan amanah tetapi masih menerima amanah yang lain.
8.Satu kaum yang sedang menggunting lidah dan bibir mereka dengan penggunting besi berkali-kali. Setiap kali digunting, lidah dan bibir mereka kembali seperti biasa. Kata Jibril: Itulah orang yang membuat fitnah dan mengatakan sesuatu yang dia sendiri tidak melakukannya.
9.Kaum yang mencakar muka dan dada mereka dengan kuku tembaga mereka. Kata Jibril: Itulah orang yang memakan daging manusia (mengumpat) dan menjatuhkan maruah (mencela, menghinakan) orang.
10.Seekor lembu jantan yang besar keluar dari lubang yang sempit. Tak dapat dimasukinya semula lubang itu. Kata Jibril: Itulah orang yang bercakap besar (Takabbur). Kemudian menyesal, tapi sudah terlambat.
11.Seorang perempuan dengan dulang yang penuh dengan pelbagai perhiasan. Rasulullah tidak memperdulikannya. Kata Jibril: Itulah dunia. Jika Rasulullah memberi perhatian kepadanya, nescaya umat Islam akan mengutamakan dunia daripada akhirat.
12.Seorang perempuan tua duduk di tengah jalan dan menyuruh Rasulullah berhenti. Rasulullah S. A. W. tidak menghiraukannya. Kata Jibril: Itulah orang yang mensia-siakan umurnya sampai ke tua.
13.Seorang perempuan bongkok tiga menahan Rasulullah untuk bertanyakan sesuatu. Kata Jibril: Itulah gambaran umur dunia yang sangat tua dan menanti saat hari kiamat.
Setibanya di masjid Al-Aqsa, Rasulullah turun dari Buraq. Kemudian masuk ke dalam masjid dan mengimamkan sembahyang dua rakaat bersama para nabi & rasul lainnya menjadi makmum.
Selepas solat, Rasulullah S. A. W. terasa dahaga, lalu dibawa Jibril dua bejana yang berisi arak dan susu. Rasulullah memilih susu lalu diminumnya. Kata Jibril: Baginda membuat pilhan yang betul. Jika arak itu dipilih, nescaya ramai umat baginda akan menjadi sesat.
C. SEMASA MIKRAJ (NAIK MENEMUI ALLAH):
Didatangkan Mikraj (tangga) yang indah dari syurga. Rasulullah S. A. W. dan Jibril naik ke atas tangga pertama lalu terangkat ke pintu langit dunia (pintu Hafzhah).
1.Langit Pertama: Rasulullah S. A. W. dan Jibril masuk ke langit pertama, lalu berjumpa dengan Nabi Adam A. S.
2.Langit Kedua: Nabi S. A. W. dan Jibril naik tangga langit yang kedua, lalu masuk dan bertemu dengan Nabi 'Isa A. S. dan Nabi Yahya A. S.
3.Langit Ketiga: Naik langit ketiga. Bertemu dengan Nabi Yusuf A. S.
4. Langit Keempat: Naik tangga langit keempat. Bertemu dengan Nabi Idris A. S.
5. Langit Kelima: Naik tangga langit kelima. Bertemu dengan Nabi Harun A. S. yang dikelilingi oleh kaumnya Bani Israil.
6. Langit Keenam: Naik tangga langit keenam. Bertemu dengan Nabi Musa A. S. Di sepanjang perjalanan Mikraj, Nabi tidak pernah lupa mengucapkan salam kepada rasul yang baginda temui. Ini mengingatkan kita kepada keutamaan memberi salam dan galakan supaya selalu memberi salam kepada saudara sesama Islam sebagai tanda penghormatan dan untuk mengeratkan hubungan.
7. Langit Ketujuh: Naik tangga langit ketujuh dan masuk langit ketujuh lalu bertemu dengan Nabi Ibrahim Khalilullah di Baitul-Ma'mur. Rasulullah lalu dapat melihat 70,000 malaikat yang masuk setiap hari ke dalamnya. Setelah melihat beberapa peristiwa! lain yang ajaib. Rasulullah dan Jibril masuk ke dalam Baitul-Makmur dan bersembahyang (Baitul-Makmur ini betul-betul di atas Baitullah di Mekah).
8. Di Sidratul-Muntaha, Rasulullah S. A. W. menyaksikan pelbagai keajaiban pada pokok itu (akar pokok ini di langit ke-6, pucuknya dilangit ke-7): Sungai air yang tak berubah, sungai susu, sungai arak dan sungai madu lebah. Buah, daun-daun, batang dan dahannya berubah-ubah warna dan bertukar menjadi permata-permata yang indah. Unggas-unggas emas berterbangan. Semua keindahan itu tak terperi oleh manusia. Baginda Rasulullah S. A. W. dapat menyaksikan pula sungai Al-Kautsar yang terus masuk ke syurga.
9.Seterusnya baginda masuk ke syurga dan melihat neraka berserta dengan Malaikat Malik penjaganya.
10. Di sini berbetulan dengan pucuk pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah S. A. W. masuk di dalam nur dan naik ke Mustawa dan Shoriful-Aqlam seorang diri tanpa ditemani Jibril.
11. Apabila Baginda Rasulullah sampai di Hadhratul-Qudus lalu dapat menyaksikan Allah S. W. T., lantas sujud. Kemudian berlakulah dialog antara Allah s.w.t. dan Rasulullah S. A. W., sehingga dikeluarkan perintah solat 50 kali sehari-semalam.
12. Selesai munajat, Rasulullah S. A. W. turun lalu bertemu Nabi Musa A. S. (di langit ke-6) yang kemudiannya meminta Rasulullah S. A. W. merayu kepada Allah S. W. T agar diberi keringanan, mengurangkan jumlah waktu sembahyang itu. Selepas sembilan kali merayu, (setiap kali dikurangkan lima waktu), akhirnya Allah perkenan memfardhukan sembahyang lima waktu sehari semalam dengan mengekalkan nilainya sebanyak 50 waktu juga. Walaupun begitu, Nabi Musa A.S. masih merasakan umat Nabi Muhammad S.A.W. masih tidak terdaya untuk melakukannya dengan bilangan 5 itu. Nabi Muhammad S.A.W. menyatakan bahawa beliau tidak akan mengadap Allah Taala lagi untuk memintaNya mengurangkan bilangan solat itu kerana baginda merasa malu untuk berdepan dengan Allah Taala.
13. Selepas itu Rasulullah S. A. W. melihat rupa asal Jibril a.s. yang sangat besar dengan 600 sayap yang meliputi ufuk.
D. SELEPAS MIKRAJ
Rasulullah S. A. W. turun ke langit dunia semula. Seterusnya turun ke Baitul-Maqdis. Lalu menunggang Buraq pulang ke Mekah pada malam yang sama.
Keesokan harinya, Rasulullah s.a.w. memberitahu kaum Quraiys pengalaman tersebut. Lalu didustakan mereka kerana kebiasaannya perjalanan dari Mekah ke Baitul Muqaddis mengambil masa 1 bulan pergi dan 1 bulan pulang. Lalu murtadlah sebahagian umat Islam. Berbeza dengan Saidina Abu Bakar r.a. selepas mendengar penjelasan dari Rasulullah s.a.w. tentang peristiwa malam tersebut, beliau berkata
“صدقت ، أشهد أنك رسول الله”
(Engkau benar!, Aku naik saksi bahawa engkau adalah Rasul utusan Allah).
Sejak peristiwa ini, beliau digelar As-Siddiq yang Benar kerana kerana beliau terus percaya dan beriman dengan khabar daripada Baginda Rasulullah s.a.w ketika diceritakan peristiwa Israk dan Mikraj.
Orang kafir Quraiys yang pernah mengunjungi Baitul Muqaddis juga mencabar dengan bertanyakan tentang keadaan pintu dan tiang di sana. Lalu dapat dijawab oleh Rasulullah s.a.w. dengan tepat.
Kesimpulannya, peristiwa Israk dan Mikraj bukan hanya sekadar sebuah kisah sejarah yang diceritakan kembali setiap kali 27 Rejab menjelang. Adalah lebih penting untuk kita menghayati pengajaran di sebalik peristiwa tersebut bagi meneladani perkara yang baik dan menjauhi perkara yang tidak baik. Peristiwa Israk dan Mikraj yang memperlihatkan pelbagai kejadian aneh yang penuh pengajaran seharusnya memberi keinsafan kepada kita agar sentiasa mengingati Allah dan takut kepada kekuasaan-Nya.
Seandainya peristiwa dalam Israk dan Mikraj ini dipelajari dan dihayati benar-benar kemungkinan manusia mampu mengelakkan dirinya daripada melakukan berbagai-bagai kejahatan. Kejadian Israk dan Mikraj juga adalah untuk menguji umat Islam (apakah percaya atau tidak dengan peristiwa tersebut). Orang-orang kafir di zaman Nabi s.a.w. langsung tidak mempercayai, malahan memperolok-olokkan Nabi sebaik sahaja Nabi bercerita kepada mereka.
Peristiwa Israk dan Mikraj itu merupakan ujian dan mukjizat yang membuktikan kudrat atau kekuasaan Allah S.w.t.. Allah S.w.t. telah menunjukkan bukti-bukti kekuasaan dan kebesaran-Nya kepada Baginda Sallallahu Alaihi Wasallam.
Wallahu A’lam.
Pesanan:
Jika ada perbezaan riwayat, seeloknya kita gabungkannya menjadi satu kisah peristiwa yang lengkap. Elakkan dari menyalahkan riwayat yang lain.
13 August 2009
SOMBONG
Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah. Selawat dan salam buat Rasulullah s.a.w.
Sombong salah satu dari sifat tercela yang sangat dibenci Allah Ta'ala. Ini kerana sombong adalah sifat yang layak bagi Tuhan, tetapi ia haram dipakai oleh makhluk. Al-Mutakabbir (suka membesarkan diri) adalah salah satu nama Allah Ta'ala Yang Maha Agung.
Sombong yang ada pada makhluk ada banyak kategori iaitu:
1. Rasa diri hebat. Contohnya iblis yg dijadikan dari api (api yg istimewa), raja yg zalim, pahlawan yg gagah, cendekiawan yg bijak, ahli korporat yang kaya.
2. Rasa tak perlukan Tuhan. Contohnya raja yang lalai dari mengingati Allah, pahlawan yg malas solat, cendekiawan yang tak tahu mengaji Al-Quran, ahli Korporat yang kedekut menyumbang wang kepada Masjid & Badan Islam.
3. Rasa diri dah cukup sempurna. Contohnya Artis yg ingin sentiasa muda dan bergaya, ahli agama yang tak mahu mendengar nasihat dari ulama' Ahlullah, Cendekiawan sarjana yang ta'asub dengan sistem pendidikan sekular.
Sebenarnya kita adalah makhluk yang hina, jahil lagi banyak dosa. Sepatutnya kita kena lebih banyak rasa tawadhuk, rendah diri, rasa banyak kelemahan, sedar kekotoran hati, banyak menangis sedikit ketawa, banyak mengaji Al-Quran kurangkan membaca "paper", banyak berlapar (puasa) - kurangkan makan (berhenti sebelum kenyang), banyak berkhalwat (bersuluk) kurang berpeleseran.
Tapi manusia kebanyakannya adalah jahul, kafur, zalum, kanud, togho. Apa salahnya jika kita merendahkan diri dihadapan Allah Ta'ala, mengikuti sunnah Rasulullah s.a.w. dan mendampingi para wali Allah dengan mengikuti nasihat dan dorongan dari mereka.
Kita sebenarnya perlukan seorang 'arifbillah yang mampu mentarbiah dan membimbing manusia untuk menggilapkan jiwa daripada nafsu-nafsu yang tercela sehingga dapat mengenal Allah s.w.t dengan sebenar – benarnya. Mereka dikenali dengan panggilan syeikh, mursyid atau murabbi. Tanpa bimbingan daripada mereka manusia akan terjerumus ke dalam lembah kesesatan dan kesombongan. Kata Syeikh Muhammad Amin Al-Kurdi di dalam kitab Tanwirul Qulub:
”Sesiapa yang tiada guru yang membimbingnya maka syaitanlah yang menjadi gurunya”.
Kata Syeikh Abd Samad Al-Palembani di dalam kitab Sairus Salikin yang menaqalkan daripada Syeikh Tajuddin Naqshabandi di dalam Risalah Al-Makkiah:
“Mencari guru mursyid di dalam perjalanan ahli sufi adalah wajib ke atas setiap murid yang salik dan walaupun ia adalah daripada ulama’ besar sekalipun”.
10 August 2009
ALAM MAHSYAR
ALAM MAHSYAR
1. Selepas Malaikat Israfil meniup sangkakala (bentuknya seperti tanduk besar) yang memekakkan telinga, seluruh makhluk mati kecuali Izrail & beberapa malaikat yg lain. Selepas itu, Izrail pun mencabut nyawa malaikat yg tinggal dan akhirnya nyawanya sendiri.
2. Selepas semua makhluk mati, Tuhan pun berfirman mafhumnya “Kepunyaan siapakah kerajaan hari ini?” Tiada siapa yang menjawab. Lalu Dia sendiri menjawab dengan keagunganNya “Kepunyaan Allah Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa”. Ini menunjukkan kebesaran & keagunganNya sebagai Tuhan yg Maha Kuasa lagi Maha Kekal Hidup, tidak mati.
3. Selepas 40 tahun, Malaikat Israfil a.s. dihidupkan, seterusnya meniup sangkakala untuk kali ke-2, lantas seluruh makhluk hidup semula di atas bumi putih, berupa padang Mahsyar (umpama padang Arafah) yang rata tidak berbukit atau bulat seperti bumi.
4. Sekelian manusia hidup melalui benih anak Adam yg disebut "Ajbuz Zanbi" yang berada di hujung tulang belakang mereka. Hiduplah manusia umpama anak pokok yg kembang membesar dari biji benih.
5. Semua manusia dan jin dibangkitkan dalam keadaan telanjang dan hina. Mereka tidak rasa malu kerana pada ketika itu hati mereka sangat takut dan bimbang tentang nasib & masa depan yang akan mereka hadapi kelak.
6. Lalu datanglah api yang berterbangan dengan bunyi seperti guruh yang menghalau manusia, jin dan binatang ke tempat perhimpunan besar. Bergeraklah mereka menggunakan tunggangan (bagi yang banyak amal), berjalan kaki (bagi yang kurang amalan) dan berjalan dengan muka (bagi yang banyak dosa). Ketika itu, ibu akan lupakan anak, suami akan lupakan isteri, setiap manusia sibuk memikirkan nasib mereka.
7. Setelah semua makhluk dikumpulkan, matahari dan bulan dihapuskan cahayanya, lalu mereka tinggal dalam kegelapan tanpa cahaya. Berlakulah huru-hara yang amat dahsyat.
8. Tiba-tiba langit yang tebal pecah dengan bunyi yang dahsyat, lalu turunlah malaikat sambil bertasbih kepada Allah Ta’ala. Seluruh makhluk terkejut melihat saiz malaikat yang besar dan suaranya yang menakutkan.
9. Kemudian matahari muncul semula dengan kepanasan yang berganda. Hingga dirasakan seakan-akan matahari berada sejengkal dari atas kepala mereka. Ulama berkata jika matahari naik di bumi seperti keadaannya naik dihari Kiamat nescaya seluruh bumi terbakar, bukit-bukau hancur dan sungai menjadi kering. Lalu mereka rasai kepanasan dan bermandikan peluh sehingga peluh mereka menjadi lautan. Timbul atau tenggelam mereka bergantung pada amalan masing-masing. Keadaan mereka berlanjutan sehingga 1000 tahun.
10. Terdapat satu kolam ( حوض ) kepunyaan Nabi Muhammad s.a.w. bernama Al-Kausar yang mengandungi air yang hanya dapat diminum oleh orang mukmin sahaja. Orang bukan mukmin akan dihalau oleh malaikat yang menjaganya. Jika diminum airnya tidak akan haus selama-lamanya. Kolam ini berbentuk segi empat tepat sebesar satu bulan perjalanan. Bau air kolam ini lebih harum dari kasturi, warnanya lebih putih dari susu dan rasanya lebih sejuk dari embun. Ia mempunyai saluran yang mengalir dari syurga.
11. Semua makhluk berada bawah cahaya matahari yang terik kecuali 7 golongan yang mendapat teduhan dari Arasy. Mereka ialah:
1. Pemimpin yang adil.
2. Orang muda yang taat kepada perintah Allah.
3. Lelaki yang terikat hatinya dgn masjid.
4. Dua orang yang bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah.
5. Lelaki yang diajak oleh wanita berzina, tetapi dia menolak dengan berkata "Aku takut pada Allah".
6. Lelaki yg bersedekah dengan bersembunyi (tidak diketahui orang ramai).
7. Lelaki yang suka bersendirian mengingati Allah lalu mengalir air matanya kerana takutkan Allah.
12. Oleh kerana tersangat lama menunggu di padang mahsyar, semua manusia tidak tahu berbuat apa melainkan mereka yang beriman, kemudian mereka terdengar suara "pergilah berjumpa dengan para Nabi". Maka mereka pun pergi mencari para Nabi. Pertama sekali kumpulan manusia ini berjumpa dengan Nabi Adam tetapi usaha mereka gagal kerana Nabi Adam a.s menyatakan beliau juga ada melakukan kesalahan dengan Allah Ta’ala. Maka kumpulan besar itu kemudiannya berjumpa Nabi Nuh a.s., Nabi Ibrahim a.s., Nabi Musa a.s., Nabi Isa a.s. (semuanya memberikan sebab seperti Nabi Adam a.s.) dan akhirnya mereka berjumpa Rasullullah saw. Jarak masa antara satu nabi dengan yang lain adalah 1000 tahun perjalanan.
13. Lalu berdoalah baginda Nabi Muhammad s.a.w. ke hadrat Allah Ta’ala. Lalu diperkenankan doa baginda.
14. Selepas itu, terdengar bunyi pukulan gendang yang kuat hingga menakutkan hati semua makhluk kerana mereka sangka azab akan turun. Lalu terbelah langit, turunlah arasy Tuhan yang dipikul oleh 8 orang malaikat yang sangat besar (besarnya sejarak perjalanan 20ribu tahun) sambil bertasbih dengan suara yang amat kuat sehingga ‘Arasy itu tiba dibumi.
15. ‘Arasy ( عرش ) ialah jisim nurani yang amat besar berbentuk kubah (bumbung bulat) yang mempunyai 4 batang tiang yang sentiasa dipikul oleh 4 orang malaikat yang besar dan gagah. Dalam bahasa mudah ia seumpama istana yang mempunyai seribu bilik yang menempatkan jutaan malaikat di dalamnya. Ia dilingkungi embun yang menghijab cahayanya yang sangat kuat.
16. Kursi ( كرسي ) iaitu jisim nurani yang terletak di hadapan Arasy yang dipikul oleh 4 orang malaikat yang sangat besar. Saiz kursi lebih kecil dari ‘Arasy umpama cincin ditengah padang. Dalam bahasa mudah ia umpama singgahsana yang terletak dihadapan istana.
17. Seluruh makhluk pun menundukkan kepala kerana takut. Lalu dimulakan timbangan amal. Ketika itu berterbanganlah kitab amalan masing-masing turun dari bawah Arasy menuju ke leher pemiliknya tanpa silap dan tergantunglah ia sehingga mereka dipanggil untuk dihisab. Kitab amalan ini telah ditulis oleh malaikat Hafazhah / Raqib & ‘Atid / Kiraman Katibin.
18. Manusia beratur dalam saf mengikut Nabi dan pemimpin masing-masing. Orang kafir & munafik beratur bersama pemimpin mereka yang zalim. Setiap pengikut ada tanda mereka tersendiri untuk dibezakan.
19. Umat yang pertama kali dihisab adalah umat Nabi Muhammad s.a.w., dan amalan yang pertama kali dihisab adalah solat. Sedangkan hukum yang pertama kali diputuskan adalah perkara pertumpahan darah.
20. Apabila tiba giliran seseorang hendak dihisab amalannya, malaikat akan mencabut kitab mereka lalu diserahkan, lalu pemiliknya mengambil dengan tangan kanan bagi orang mukmin dan dengan tangan kiri jika orang bukan mukmin.
21. Semua makhluk akan dihisab amalan mereka menggunakan satu Neraca Timbangan. Saiznya amat besar, mempunyai satu tiang yang mempunyai lidah dan 2 daun. Daun yang bercahaya untuk menimbang pahala dan yang gelap untuk menimbang dosa.
22. Acara ini disaksikan oleh Nabi Muhammad s.a.w. dan para imam 4 mazhab untuk menyaksikan pengikut masing-masing dihisab.
23. Perkara pertama yang diminta ialah Islam. Jika dia bukan Islam, maka seluruh amalan baiknya tidak ditimbang bahkan amalan buruk tetap akan ditimbang.
24. Ketika dihisab, mulut manusia akan dipateri, tangan akan berkata-kata, kaki akan menjadi saksi. Tiada dolak-dalih dan hujah tipuan. Semua akan di adili oleh Allah Ta’ala dengan Maha Bijaksana.
25. Setelah amalan ditimbang, mahkamah Mahsyar dibuka kepada orang ramai untuk menuntut hak masing-masing dari makhluk yang sedang dibicara sehinggalah seluruh makhluk berpuas hati dan dibenarkannya menyeberangi titian sirat.
26. Syafaat Nabi Muhammad s.a.w. di akhirat :
a. Meringankan penderitaan makhluk di Padang Mahsyar dengan mempercepatkan hisab.
b. Memasukkan manusia ke dalam syurga tanpa hisab.
c. Mengeluarkan manusia yang mempunyai iman sebesar zarah dari neraka.
Semua syafaat ini tertakluk kepada keizinan Allah Ta’ala.
27. Para nabi dan rasul serta golongan khawas juga diberikan izin oleh Tuhan untuk memberi syafaat kepada para pengikut mereka. Mereka ini berjumlah 70 000. Setiap seorang dari mereka akan mensyafaatkan 70 000 orang yang lain.
28. Setelah berjaya dihisab, manusia akan mula berjalan menuju syurga melintasi jambatan sirat. Siratul Mustaqim ialah jambatan (titian) yang terbentang dibawahnya neraka. Lebar jambatan ini adalah seperti sehelai rambut yang dibelah tujuh dan ia lebih tajam dari mata pedang. Bagi orang mukmin ia akan dilebarkan dan dimudahkan menyeberanginya.
29. Fudhail bin Iyadh berkata perjalanan di Sirat memakan masa 15000 tahun. 5000 tahun menaik, 5000 tahun mendatar dan 5000 tahun menurun. Ada makhluk yang melintasinya seperti kilat, seperti angin, menunggang binatang korban dan berjalan kaki. Ada yang tidak dapat melepasinya disebabkan api neraka sentiasa menarik kaki mereka, lalu mereka jatuh ke dalamnya.
30. Para malaikat berdiri di kanan dan kiri sirat mengawasi setiap makhluk yang lalu. Setiap 1000 orang yang meniti sirat, hanya seorang sahaja yang Berjaya melepasinya. 999 orang akan terjatuh ke dalam neraka.
Rujukan:
Kitab Aqidatun Najin karangan Syeikh Zainal Abidin Muhammad Al-Fathani. Pustaka Nasional Singapura 2004.
Wallahu A'lam. Hanya semata-mata limpah kurnia dan rahmat dari Allah Ta'ala.
05 August 2009
KENANGAN MANIS DI DUNIA
Bagi orang mukmin yang luar biasa, kenangan manis di dunia ialah:
1. Dapat berjumpa dengan ulama' Ahlullah, wali Allah & orang soleh.
2. Dapat bersahabat dengan mereka
3. Dapat bersuluk, beribadah dengan banyak & lama dengan hati yg ikhlas
4. Dapat menangis mengenangkan kebesaran Tuhan
5. Dapat mengingati Tuhan setiap detik, saat, turun naik nafas.
Jarang-jarang orang dapat kenangan seperti ini. Oleh itu, mereka ini dianggap luar biasa oleh manusia. Inilah golongan yg sedikit yang sentiasa bersyukur.
Bagi orang muslim yang biasa, kenangan manis di dunia ialah:
1. Dapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan, lalu dipuji orang
2. Dapat tamat universiti & graduate pakai jubah hitam, topi hitam, terima skroll dari canselor dengan segala macam kemegahan
3. Dapat kenaikan gaji beribu ringgit, bonus tahunan 5 kali gaji, dianugerahi pingat cemerlang
4. Dapat kahwin dengan wanita cantik / lelaki hensem
5. Dapat hadiah / bercuti diluar negara.
Ramai orang dapat kenangan manis seperti ini termasuklah orang kafir. Oleh tu, mereka ini dianggap biasa oleh penduduk langit kerana ramai manusia memang macam ini perangainya. Jika nyawa golongan seperti ini terancam atau disakiti atau dicabut oleh Izrail a.s., tiada siapa pun dari kalangan malaikat peduli. Nyawa mereka tiada nilai, umpama nyawa ribuan ayam yg mati setiap hari dirumah sembelihan.
Berbeza dari golongan yg pertama tadi, mereka sentiasa jadi perhatian malaikat kerana Tuhan puji dengan sikap mereka yg tunduk, patuh dan sentiasa merendahkan diri kpd Tuhan sekelian Alam.
Wallahu A'lam. Hanya semata-mata limpah kurnia dan rahmat dari Allah Ta'ala.
01 August 2009
LOGIK- TANDA KURANG IMAN
Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah. Selawat dan salam buat Rasulullah s.a.w.
Semakin tinggi keimanan kita kepada Allah Ta'ala dan RasulNya, semakin kuranglah kita menggunakan logik akal pemikiran, bahkan semakin banyaklah kita menggunakan hati & perasaan bagi mengenang keagungan & kebesaran Tuhan.
Kenapa logik tanda kurang iman? Rukun Iman menyuruh kita percaya dengan yakin dengan perkara-perkara ghaib yang tidak ada dihadapan mata kita dan tidak boleh dibuktikan dengan kajian dan analisa sains. Hanya kadang-kadang kajian sains itu menyokong kandungan Al-Quran bila Tuhan buka sedikit rahsia alam kepada saintis yg jujur & mencari kebenaran.
Beriman kepada kewujudan Allah Ta'ala, Malaikat, syurga, neraka, arasy, kursi, luh mahfuz, qalam dll tidak akan dapat dibuktikan dengan logik sains. ini kerana hal ghaib tidak dapat ditangkap kewujudannya oleh pancaindera yg 5 (lihat, dengar, bau, rasa, sentuh). Mana mungkin kita dapat rasa kepanasan api neraka sewaktu hidup didunia.
Anda juga akan dapati ribuan hadith Nabi s.a.w. yg menyentuh tentang perkara ghaib yang memerlukan PERCAYA DENGAN YAKIN TANPA SYAK WASANGKA ATAU RAGU-RAGU. Keimanan diperolehi setelah kita yakini dengan teguh berhubung perkara-perkara ghaib tersebut.
Setelah diyakini sekian lama dan diuji keimanan kita, barulah Tuhan buka hijab dengan memperlihatkan perkara ghaib tersebut melalui mata hati (sixth sense). Ketika itu barulah anda akan sedar bahawa alam ghaib penuh dengan keajaiban dan tanda kebesaran Tuhan. Semua yg berlaku tidak ada logiknya. Jutaan malaikat yg mengelilingi arasy setiap saat, pohon Sidratul Muntaha yg tinggi menjulang, keindahan syurga yg tidak pernah dilihat mata, tidak pernah didengar oleh telinga dan tidak pernah terlintas di hati manusia.
Kata-kata yg logik bermakna kata-kata yang belum capai darjat mutmainnah. Yg ada hanya kekufuran dan kesyirikan serta keimanan yg belum matang. Lihatlah Allah Ta'ala memuliakan Saidina Abu Bakar r.a. dengan gelaran As-Siddiq (yang terus percaya dan yakin terhadap peristiwa Israk & mikraj. Perjalanan yg mengambil masa 2 bulan terjadi dalam masa 1 malam).
Wallahu A'lam. Hanya semata-mata limpah kurnia dan rahmat dari Allah Ta'ala.
29 July 2009
INSYA ALLAH VS YAKIN BOLEH
Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah. Selawat dan salam buat Rasulullah s.a.w.
Sabda Nabi sa.w.:
Tiada daya upaya untuk melakukan ketaatan dan tiada kekuatan untuk meninggalkan maksiat melainkan dengan (izin) Allah sahaja.
Dalam perbahasan sifat qudrat, kita telah yakini bahawa makhluk tidak dapat memberi apa-apa kesan atas usahanya. Kerana setiap sesuatu itu dijadikan oleh Allah dan diizinkan terjadi atas kehendak Allah Ta'ala. Walaupun mazhab Asyairah melihat, makhluk dikurniakan usaha yg akan dihakimi dipadang mahsyar, usaha tersebut sebenar-benarnya adalah datang dari taqdir Allah yg telah ditetapkan sejak azali lagi. Maka secara hakikatnya usaha itu tidak wujud dan hanya sekadar bayangan dan tempat pengadilan Allah diakhirat kelak. Inilah yg dipegang oleh Mazhab Ahli Mukasyafah (orang yg terbuka hijab)
Disini secara hakikat sebenarnya, makhluk tidak ada hak ke atas Allah Ta'ala kerana hanya Allah Ta'ala sahaja yg berhak ke atas setiap makhluk yg Dia jadikan. Tidak ada persoalan "kenapa Tuhan taqdirkan aku buat maksiat". Yang ada bagi makhluk hanyalah "Inni kuntu minaz zolimin, Rabbana zolamna dan inni zolamtu nafsi" pengakuan aku telah menzalimi diriku dengan berbuat dosa, salah dan silap sepertimana Nabi Adam a.s. , Nabi Nuh a.s dan doa yang Rasulullah s.a.w. ajar kepada Saidina Abu Bakar r.a.
Dengan ini jelaslah bahawa makhluk tidak berdaya melakukan sesuatu melainkan dengan kuasa dan izin dari Allah. Perkataan "Kita boleh" sebenarnya berlawanan dengan "La haula wala quwata illa billah". Boleh menunjukkan kepastian, yakinan dan kekuasaan manusia untuk mencapai sesuatu. Iktikad yg berdosa & kesilapan ini harus difahami dengan hati melalui talqqi ilmu Tauhid dari guru yang mempunyai tauhid dalam hati. Bukan dari hati yg kufur dan kafir walaupun mempunyai Ph.D.
Sila amat-amati doa Nabi Khidir a.s. ini:
“Dengan nama Allah, segala yang dikehendaki Allah pasti berlaku, tidak ada yang mendorong kepada kebaikan melainkan Allah sahaja. Segala yang dikehendaki Allah pasti berlaku, tidak ada yang memaling (menjauhi) kejahatan melainkan Allah sahaja. Segala yang dikehendaki Allah pasti berlaku, adalah segala nikmat itu semata-mata daripada kurnia Allah sahaja. Segala yang dikehendaki Allah pasti berlaku, tiada daya upaya untuk melakukan ketaatan dan tiada kekuatan untuk meninggalkan maksiat melainkan dengan (izin) Allah sahaja.”
Dengan sebab itu "boleh" dilabelkan oleh ulama' sebagai kefahaman muktazilah yg menyangka makhluk itu dikurniai Allah kuasa tersendiri untuk berusaha dan menetapkan nasibnya. "Siapa berusaha pasti berjaya", "Yakin kita boleh", "Malaysia boleh" "PASTI boleh" "pasti berjaya" dll. Iktikad muktazliah ini dihukumkan "berdosa" jika dipegang dalam hati.
Para wali Allah hanya berusaha ke arah kebenaran dan tidak malas. Jika dikehendaki Allah berjaya usaha tersebut, maka semakin yakinlah kepada qudrat Tuhan. Sebaliknya jika dikehendaki Allah usaha tersebut gagal, maka baiki kelemahan diri, post mortem dan sabar adalah ubatnya.
Wallahu A'lam. Hanya semata-mata limpah kurnia dan rahmat dari Allah Ta'ala.
25 July 2009
KASYAF (TERBUKA HIJAB)
Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah. Selawat dan salam buat Rasulullah s.a.w.
Topik ini jarang-jarang dan hampir mustahil dibicarakan dalam ceramah, bayan, seminar dan kuliah masjid. Disini saya ingin membuka sedikit maklumat tentangnya kerana saya pernah mendengar dalam radio ikim, kefahaman yang amat sempit terhadap isu ini.
Kasyaf ertinya dianugerahi mata hati lalu terbuka hijab antara makhluk dengan Tuhannya dan dapat melihat alam ghaib.
Kasyaf yg difahami oleh para nujum, bomoh dan dukun bukanlah termasuk dalam perbahasan ini kerana kasyaf yg mereka perolehi hanya terhad setakat pendang tembus ke alam jin sahaja. Tidak pada alam malaikat, alam Jabarut dan alam Lahut. Keterhadan ini boleh dilihat bila ramainya dukun, bomoh dan pawang masih melakukan maksiat terhadap Allah (lakukan perkara haram, makruh dan syubhat). Ini kerana mereka masih tidak dapat melihat malaikat Raqib & Atid (pencatat amalan baik & buruk) yang sentiasa sibuk menjalankan tugas mengawasi gerak-geri kita.
Kasyaf yang dikehendaki di sini ialah kasyaf yg dapat memimpin manusia mengenal Allah Ta'ala. Terbuka hijab dengan dapat melihat syurga atau neraka mengingatkan si hamba agar rajin beribadah, solat di awal waktu, menjauhi aktiviti sia-sia dan berhati-hati dalam perkataan. Inilah yg dikatakan Rasulullah s.a.w. "Jika kamu tahu apa yg aku tahu nescaya kamu akan sedikit ketawa dan banyak menangis".
Kasyaf dianugerahi Allah Ta'ala apabila hati telah bersih dari titik-titik hitam syirik. Kasyaf juga diperolehi dengan memperbanyakkan berlapar dan mengosongkan perut dengan berpuasa. Ia juga dimulai hasil dari bersusah payah (mujahadah) melazimi amalan suluk dan sentiasa membulatkan tumpuan hati kepada Allah.
Apabila kasyaf dianugerahi Allah, maka iman seseorang berada di paras selamat kerana dia akan dapat kekuatan menjaga diri sendiri walau keseorangan, walau di atas awan, di tengah lautan, di celah hutan tebal, walau digodai gadis rupawan. Inilah yg dimaksudkan "ilmu yakin".
Kasyaf juga akan membuatkan seseorang dapat membaca hati dan bisikan orang lain. Walaubagaimanapun, kebolehan ini digunakan oleh penerimanya untuk mengenang kebesaran Allah dan bukan untuk tujuan bersuka-suka dan memperbodohkan orang lain. Inilah rahsia bagi mengelakkan diperbudakkan oleh musuh Islam.
Watak superman dapat pandang tembus dinding adalah dicuri dari isu ini.
Wallahu A'lam. Hanya semata-mata limpah kurnia dan rahmat dari Allah Ta'ala.
20 July 2009
SYEIKH IBRAHIM AR-RASHID Q.S. – (1813-1874)
Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah. Selawat dan salam buat Rasulullah s.a.w.
Wallahu A'lam. Hanya semata-mata limpah kurnia dan rahmat dari Allah Ta'ala.
Biografi ringkas ahli sanad tarekat Ahmadiyah
Beliau ialah Syeikh Ibrahim bin Soleh al-Qahnibi Al-Rashid yang sampai nasabnya kepada Saidina ‘Aqil bin Abu Talib (abang kepada Saiyidina ‘Ali ibn Abu Talib) . Gelaran Ar-Rashid itu diberikan kepada beliau kerana beliau telah dikurniakan Allah keistimewaan menjadi ulama dan mengetahui segala ilmu aqaid, padahal umurnya masih muda lagi. Dilahirkan pada pertengahan Rejab tahun 1813 Masihi (1228 H) di wilayah Duwaih Sudan (berhampiran dengan bandar Khourtum).
Semasa kecilnya, ketika beliau sedang tidur, tiba-tiba datang cahaya yang mengejutkan hatinya. Beliau kemudian memberitahu ayahnya dan ayahnya menerangkan perihal mimpinya itu kepada ayahnya dan ayahnya menerangkan bahawa itu adalah merupakan hasil daripada karomah Syeikh Ahmad Idris. Sejak itu, beliau kerap teringat kepada Syeikh Ahmad Idris. Ayah beliau kemudiannya membawanya bertemu dengan Muhammad al-Mirghani, wakil Syeikh Ahmad Idris di Sudan pada waktu itu. Tetapi, Muhammad al-Mirghani tidak mahu mengajar tarekat Ahmadiah kepada beliau kerana itu adalah amanah dari gurunya. Oleh kerana hati beliau sangat ingin bertemu Syeikh Ahmad Idris, beliau bertolak ke tanah Hijaz, tetapi Syeikh tersebut telah mengembara ke Sabya, Yaman. Lalu beliau pun terus berlayar ke Yaman. Beliau tiba di Sabya pada waktu malam dan terus ke rumah Syeikh Ahmad Idris. Syeikh tersebut memberikan keistimewaan kepadanya dengan bermalam di rumah syeikh tersebut.
Beliau telah tinggal di Sabya selama 5 tahun dan 5 bulan untuk belajar dan berkhidmat kepada Syeikh Ahmad ibn Idris . Beliau merupakan salah satu murid Syeikh Ahmad Idris yang termuda. Hubungan beliau dengan Syeikh Ahmad ibn Idris dikatakan sangat rapat dan istimewa. Dikatakan bahawa Syeikh Ahmad bin Idris wafat dalam keadaan kepalanya terletak di atas lutut Syeikh Ibrahim Ar-Rashid (ada dikatakan peha atau dada menurut sesetengah riwayat yg lain).
Syeikh Ibrahim Ar-Rashid juga pernah berjumpa dengan Rasulullah s.a.w. Dalam pertemuan itu, beliau telah menerima beberapa amalan zikir daripada Rasulullah s.a.w. Sebab itulah terdapat beberapa amalan Syeikh Ibrahim yang tidak pernah diajar oleh Syeikh Ahmad ibn Idris. Ia adalah amalan-amalan yang diterima secara langsung daripada Rasulullah tanpa perantaraan. Maka bertambahlah nisbah tarekat ini dengan sebagai tarekat Ahmadiyah Ar-Rashidiyah.
Beliau kemudiannya berpindah ke Mesir dan menubuhkan zawiyah di Luxor dan Donqola dan kemudiannya berpindah ke Mekah. Di Mekah, beliau menghadapi tuduhan menyeleweng dari ulama’ di sana. Tetapi situasi ini dapat dihadapi dengan tenang dan beliau berjaya membuktikan kebenaran amanah tarekat yang dipikulnya. Ini menyebabkan beliau lebih terkenal hinggalah rombongan haji dari India menziarahi beliau dan membanjiri zawiyahnya. Seorang pengikutnya dari India telah menghadiahkan kepadanya wang sebanyak 1000 rupiah bagi membesarkan lagi zawiyah beliau.
Syeikh Ibrahim al-Rashid meninggal dunia ketika berusia 63 tahun pada 9 Syaaban 1874 Masihi (1291 H). Beliau telah dikebumikan di kawasan perkuburan Ma’la di Makkah setelah disembahyangkan di Masjidil Haram.
17 July 2009
KEMANISAN IMAN
Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah. Selawat dan salam buat Rasulullah s.a.w.
Ramai orang boleh dakwa dia dikurniakan Allah kemanisan iman. Sering kita dengar "Orang xxxxxxx mengatakan rasa seronok buat ibadah, rajin keluar 3 hari dijalan Allah, mujahadah (bersusah payah) tinggalkan anak bini untuk berdakwah adalah tanda kemanisan iman. Dia kerap keluar 3 hari= dia kuat iman".
dan "Orang xxx juga mendakwa komitmen yang tinggi kepada usaha politik, menghadiri ceramah politik dan kem tamrin (latihan pengurusan diri & politik) adalah tanda kemanisan iman. Dia kuat politik= dia kuat iman".
Wali Allah mengatakan kemanisan iman itu ialah hancur hati kepada Allah, mengenang kebesaran Allah setiap saat dan detik, berzikir khafi (zikir dalam hati) setiap naik turun nafas adalah tanda kemanisan iman.
Perbezaan yang timbul adalah disebabkan asuhan dan punca asal ilmu yang mereka dapati. Orang xxxxxxx dan orang xxx mengaji dengan manusia yang ada nafsu. Sedangkan wali Allah mengaji dengan Rasulullah s.a.w. dalam kasyaf untuk hancur & tinggalkan nafsu ammarah.
Kerana itu anda akan lihat para pemimpin xxxxxxx dan xxx masih lagi terumbang-ambing halatuju mereka mengendalikan ummah. Sedangkan wali Allah sentiasa jelas matlamat dan halatuju perjuangan mereka iaitu mengembala roh & jiwa manusia kepada Allah. Inilah jihad yang paling besar dan politik suci yang di amalkan oleh Rasulullah s.a.w.
Dengan sebab itu anda akan lihat pemimpin xxxxxxx dan xxx dipilih berdasarkan kecekapan kepimpinan dan kehebatan mereka menyampaikan bayan dan ceramah. Bukan atas dasar ketinggian taqwa dan ketajaman kasyaf (mata hati) mereka kepada Allah.
Apapun saya masih hormati para pemimpin jemaah Islam kerana jasa mereka menghimpunkan manusia atas usaha agama dan bukan atas aktiviti maksiat. Cuma pemimpin tarekat akan tetap kekal dalam perhatian saya. Semoga mereka dapat mengenali auliya' dan berusaha mendapatkan nasihat dan pedoman dari para auliya'. Insya Allah, tidak hampa.
Wallahu A'lam. Hanya semata-mata limpah kurnia dan rahmat dari Allah Ta'ala.
14 July 2009
Sanad Tarekat
Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah. Selawat dan salam buat Rasulullah s.a.w.
Wallahu A'lam. Hanya semata-mata limpah kurnia dan rahmat dari Allah Ta'ala.
Semua tarekat di dalam dunia ini sanad silsilahnya hanya sampai kepada dua orang sahabat iaitu Saiyidina Abu Bakar As-Siddiq dan Saiyidina Ali Karamallah Wajhah. Ini bukanlah bermakna para sahabat yang lain tidak membawa perjalanan Sufiyah. Ini adalah kerana kedua mereka ini merangkumi segenap aspek.
Saiyidina Abu Bakar mendapat kesufian kerana dia yang awal-awal memeluk Islam dan dia terlalu kasih dan rapat terhadap Rasulullah s.a.w. Dia juga banyak , membuat pengorbanan di dalam perjuangan Rasulullah s.a.w.
Saiyidina Ali Karamallah Wajhah mendapat kesufian sewaktu peperangan Uhud. Apabila beliau mendengar berita bahawa Rasulullah s.a.w. telah terbunuh di dalam pertempuran tersebut (berita palsu yang sengaja di buat oleh musyrikin untuk melemahkan orang mukmin). Dia pun terus memecut kudanya dengan sekuat-kuatnya untuk menyerbu kafir musyrikin. Dia hendak bunuh semua kafir musyrikin biar seorang pun tidak tinggal di bumi Allah. Allah s.w.t. menjadikan debu-debu yang berterbangan daripada kuda Saiyidina Ali malaikat-malaikat. Bila orang kafir melihat perkara tersebut mereka pun lari bertempiaran. Inilah perjalanan sufi. Asyidda’u A’lal Kuffar. Ruhama’ Bainahum (tidak tunduk kepada kekufuran dalam segenap aspek. Menunaikan dan memelihara hak-hak mukmin dan muslim).
Yang dikatakan Sanad Silsilah ialah kita berperibadi, beriman dan bertakwa sama seperti Ahli Silsilah (Para Aulia’) yang lebih dahulu daripada kita. Bukannya hanya ada pada tulisan sahaja. (Silsilah ialah rantaian hubungan daripada satu orang guru kepada satu orang hingga kepada Tabi’-ul-Tabien, Tabien- Sahabat sampailah kepada Rasulullah s.a.w hingga kepada Jibril terus kepada Allah).
Punca-punca yang merosakkan kesufian adalah disebabkan ilmu yang bercampur aduk dengan kejinan seperti puak bathiniah-zindiq dan tarikat yang tidak sampai kepada hakikat dan makrifat.
Tarekat Ahmadiyah
Tariqah Ahmadiyah yang didirikan oleh Syeikh Ahmad Idris terkenal di Maghribi dan di sebahagian dunia islam sebagai Tarekat Idrisiyah kerana untuk membezakannya dengan Tarekat Ahmadiah di Mesir yang di asaskan oleh Syeikh Ahmad al-Badawi (1199-1276M) dan juga dengan Ahmadiyah Qadiyani satu ajaran sesat yang berasal daripada India yang diasaskan oleh Mirza Ghulam Ahmad Qadiyani.
Sanad Tarekat Ahmadiah adalah seperti berikut:
1. Saidina Rasulullah s.a.w.
2. Saidina Ali bin Abi Thalib r.a.
3. Qutub Saidina Hassan r.a.– anaknya sendiri.
4. Abu Muhammad Jabir. r.a.
5. Al-Qutub Said Al-Ghazwani. r.a.
6. Al-Qutub Fathus Saud. r.a.
7. Al-Qutub Saad r.a.
8. Wali Qutub Said r.a.
9. Qutub Ahmad Al-Mirwani r.a.
10. Qutub Ibrahim Al-Basri r.a.
11. Qutub Zainuddin Al-Ghazwaini r.a.
12. Qutub Syamsuddin r.a.
13. Qutub Tajuddin r.a.
14. Qutub Nuruddin r.a.
15. Qutub Fakruddin r.a.
16. Qutub Tuqaiyuddin r.a.
17. Qutub Abdul Rahman Al-Madani r.a.
18. Qutub Ul Kabir (yang besar) Maulai/Maulana Abdussalam bin Masyis r.a.
19. Qutub yang terkenal Abul Hassan Asy-Syazili r.a.
20. Khalifahnya Abul Abbas Al-Mirsi r.a.
21. AlArif yang besar Sidi Daud Al-Bakhili r.a.
22. Al-Arif Sidi Muhammad Wafa Bahrul Sofa-(Lautan kesucian) r.a.
23. Al-Arif Sidi Ali bin Wafa r.a.
24. Wali yang terkenal Sidi Yahya Al-Qodiri r.a.
25. Wali yang terkenal Ahmad bin Uqbah Al-Hadrami r.a.
26. Wali yang besar Sidi Ahmad bin Zaruq r.a.
27. Sidi Ahmad bin Yunus r.a.
28. Sidi Ali bin Abdullah r.a.
29. Sidi As-Syeikh Abul Qossim Al-Wazir Al-Ghozi r.a.
30. Sidi Syeikh Ahmad bin Idris r.a.
31. Sidi Ibrahim Ar-Rasyid r.a.
Subscribe to:
Posts (Atom)