Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah. Selawat dan salam buat Rasulullah s.a.w.
Kita belajar dalam ilmu Feqah:
1. Makan makanan yang suci dan halal seperti nasi, roti dan buah-buahan.
2. Basuh tangan, duduk, baca doa sebelum suap makanan.
3. Makan menggunakan tangan kanan dan lain-lain adab zahir
Kemudian kita belajar dalam ilmu Tasawuf:
1. Kaji sumber makanan, adakah ia hasil pekerjaan yang halal atau maksiat.
2. Kaji kesucian makanan adakah ia bercampur dengan najis ma'ani / yg tidak nampak (lemak babi dalam makanan, sembelihan tak sempurna) dll.
Kemudian kita dengar cerita cara wali Allah makan:
1. Sebelum makan dia duduk menghadap makanan dan berbisik kepada dirinya sendiri "Siapa yang beri makan, siapa yg beri lapar".
2. Diulangi hingga timbul rasa tawadhu' dan syukur atas nikmat rezki dari Tuhan, barulah dia makan.
3. Setiap suapan tidak lalai hatinya dari menghayati kebesaran Tuhan.
Barulah kita sedar bahawa Islam yang kita amal masih belum berkualiti tinggi seperti yang dihayati oleh para wali Allah (kekasih Allah).
Wallahu A'lam. Hanya semata-mata limpah kurnia dan rahmat dari Allah Ta'ala.
ustaz,
ReplyDeletesaya temui blog ini melalui halaqah.net.
saya cuma ingin berkongsi kisah.
suatu hari, saya telah bertaubat dari apa yang keluar dan masuk dari mulut saya.
pada hari yang lainnya, saya sangat ingin untuk makan sesuatu yang saya sendiri tidak perlukan. lalu, ketika makan tersebut, air mata saya tiba-tiba mengalir. (berlaku luar kawal)
maka teringatlah saya tentang taubat tersebut. oleh kerana makanan sudah berada di dalam mulut, saya tidak ludah melainkan telan sahaja.