27 March 2009

ZUHUD


Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah. Selawat dan salam buat Rasulullah s.a.w.

Zuhud ialah meninggalkan apa yg tidak perlu bagi dirinya. Orang yg zuhud umpama musafir yg sedang dalam perjalanan yg jauh yg tidak mengambil lebih dari apa yg perlu. Kalau ambil lebih mana hendak diletakkan barangan tersebut. 

Antara alamat orang yang zahid ialah sebagaimana yang disebut dalam Kitab Siarus salikin di mana telah berkata  Imam Ghazali;

Adapun alamat Zahid itu tiga perkara iaitu

1. Tiada ia suka dengan  suatu  yang ada kepadanya sesuatu dan tiada dukacita di  atas ketiadaan sesuatu padanya. Maknanya jika Tuhan taqdirkan kekayaan baginya seperti kayanya Nabi Daud a.s. dan Nabi Sulaiman a.s. maka tidaklah hatinya inginkan kemiskinan. Dan jika Tuhan telah taqdirkan kemiskinan baginya, maka tiadalah hatinya cita-citakan kekayaan dalam masa yg sama dia tidaklah meninggalkan usahanya seharian

2.  Bersamaan padanya orang yang memuji dan menghinanya. Tidak gembira bila dipuji dan tidak sedih bila di caci. Maknanya hatinya tiada kisah dengan pujian dan celaan orang yg rendah akhlak tetapi sangat mengambil berat jika ditegur oleh ulama' dan para wali Allah yg tinggi akhlak kerana inginkan peningkatan kerohanian. 

Wallahu A'lam. Hanya semata-mata limpah kurnia dan rahmat dari Allah Ta'ala.

No comments:

Post a Comment