Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah. Selawat dan salam buat Rasulullah s.a.w.
Sekolah adalah kilang yang mengeluarkan bermacam-ragam manusia. Jika rosak akhlak tenaga pengajarnya, maka rosaklah juga manusia yg dihasilkannya seumpama mesin yg telah rosak hanya akan mengeluarkan produk yg rosak.
Rahsia kejayaan sesuatu ajaran dakwah adalah menerusi sekolah. Ada sekolah yg bermotifkan persatuan/jabatan seperti sekolah pondok, sekolah ABIM, sekolah PAS, sekolah UMNO. Ada juga sekolah yg bermotifkan kemahiran seperti sekolah sukan, sekolah menari, sekolah memandu dll.
Menerusi pendidikan disekolah kita akan lihat hasilnya peribadi manusia yang pelbagai. Jika sekolah itu mementingkan agama, maka kita akan lihat pelajarnya sangat mengutamakan adab-adab Islam, peraturan Syariah, sunnah-sunnah Rasulullah s.a.w. Jika sekolah itu mementingkan penguasaan bahasa Inggeris, maka kita akan lihat pelajarnya cukup mahir berbahasa Inggeris. Begitulah juga seterusnya.
Pelajar yg telah tamat persekolahan akan sentiasa ingat suasana ia membesar di sekolahnya dan baginya ia cukup manis untuk dikenang. Maka dengan itu dia akan sedaya upaya menyokong usaha meneruskan tradisi yang dilaluinya agar perkara yg sama turut disematkan dalam sanubari pelajar baru disekolah tersebut.
Dengan sebab itulah lahirnya pejuang agama dan pejuang seniman. Masing-masing hendak mempromosikan pegangan masing-masing. Tapi ingatlah,
"PENGGALAK KEARAH KEBAIKAN AKAN DAPAT PAHALA SEPERTI PEMBUAT KEBAIKAN, BEGITULAH SEBALIKNYA"
Wallahu A'lam. Hanya semata-mata limpah kurnia dan rahmat dari Allah Ta'ala.
No comments:
Post a Comment