29 March 2009

MAQAM TAJRID


Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah. Selawat dan salam buat Rasulullah s.a.w.

Umumnya manusia bekerja untuk mendapatkan wang. Dengan wang manusia beli makanan lalu ada tenaga untuk beribadah. Tetapi terdapat satu golongan manusia yg tidak berlu berusaha untuk meneruskan hidupnya. Mereka inilah golongan manusia yg telah mencapai maqam (kedudukan) tajrid. 

Orang yg berada di maqam Tajrid tidak perlu berusaha untuk makan. Makanan akan datang dari jalan yang tidak disangka-sangka. Maryam iaitu ibu Nabi Isa a.s. sewaktu beribadah di mihrabnya sedangkan ketika itu Nabi Zakaria a.s. sentiasa mengunci pintu mihrab tersebut. Apabila beliau buka, didapati disisi Maryam ada buah-buahan yang tidak berbuah pada musim tersebut. Buahan musim sejuk didapati pada musim panas, begitulah sebaliknya.

Hari ni ramai manusia salah tafsir keadaan dirinya. Disangka dirinya sudah capai maqam tajrid, lalu ditinggalkan anak bini tanpa duit untuk keluar beribadah, letak jawatan sebagai pegawai lalu bekerja dikaki lima semata-mata untuk menjaga ibadah, berhenti belajar di IPT atas alasan ingin berjuang dan berjihad di jalan Allah. 

Semua andaian ini akan menambahkan lagi syirik kpd Tuhan apabila susah hati dan bimbang timbul duit tak cukup, makan tak kenyang, kereta kena tarik bank, konflik dengan ibubapa kerana dibuang dari IPT. Akhirnya timbul rasa menyesal dan tak senang dengan qadha' dan qadar Ilahi.

Sebenarnya rasa syok beribadah tersebut hanyalah sementara dianugerahkan sebagai tanda galakan agar kita sabar menjalani hidup di alam asbab (sebab). Janganlah kita tinggalkan asbab sebelum tiba masanya. Jika kita telah capai maqam tajrid, Tuhan sendiri yang akan mengeluarkan diri kita dari alam asbab dan mencukupkan bagi kita keperluan hidup kita sehinggalah setiap hari semakin bertambah dekat dan kenal kita dengan Tuhan.

Wallahu A'lam. Hanya semata-mata limpah kurnia dan rahmat dari Allah Ta'ala.

No comments:

Post a Comment