Zaman Nabi Adam a.s. (pertama) manusia menyembah Allah Ta'ala tanpa ada nama agama. Cara beribadah mengikut cara Nabi Adam a.s. dan segala hukum-hakam tidaklah dibukukan melainkan dalam ingatan setiap orang yg beriman (tulisan belum digunakan).
Zaman Nabi Ibrahim a.s. (ke-6), ajaran yg baginda bawa dikenali sebagai agama Hanif. Baginda dibekalkan dengan suhuf (kitab kecil) untuk memudahkan tugas dakwahnya. (Selain Nabi Ibrahim terdapat lagi nabi-nabi lain yang turut menerima suhuf ini seperti Nabi Idris, Nabi Syits dan Nabi Musa).
Zaman Nabi Musa a.s. (ke-14), dakwah baginda disokong dengan Kitab Taurat yang mengajar manusia tentang ibadah dan syariat.
Zaman Nabi Zakaria a.s., Yahya a.s. dan Isa a.s. ramai manusia telah kenal dengan agama Hanif dan berpegang dengan undang-undang syariat kitab Taurat. Malangnya hanya segelintir sahaja yang mengakui kenabian ketiga-tiga nabi tersebut. Mereka anggap nabi yang terdahulu lebih hebat dan perlu diikuti, sedangkan nabi yg sedang menjalankan tugas masih perlu diragui.
Hasad dengki yg datang dari ulama' Yahudi menyebabkan Nabi Zakaria a.s. dan Nabi Yahya a.s. di bunuh. Mereka juga berniat membunuh Nabi isa a.s. tetapi telah diselamatkan oleh Allah Ta'ala. Inilah kisah terakhir nabi dari kalangan Bani Israel (bangsa Yahudi).
Selepas zaman itu Nabi Muhammad dilantik oleh Allah Ta'ala (bangsa arab) untuk menyeru manusia mengenal Tuhan melalui nama agama"Islam", kitab "Al-Quran" dan syariat baru yg memansuhkan segala ajaran dan ktab yg terdahulu.
nota: agama Samawi ialah agama yg datang dari pihak langit iaitu agama yg bersumberkan wahyu dari Tuhan, bukan ciptaan manusia. Ini bermakna zaman dahulu nama agama tidak di "brand"kan tetapi ajarannya betul dan tepat serta ia diturunkan melalui malaikat Jibril a.s. kepada manusia yg Tuhan lantik (para Rasul). Tetapi agama samawi selain Tslam telah dipesongkan dan diubah kandungannya menyebabkan ianya dibatalkan oleh Tuhan. Agama tersebut ialah agama Kristian (kitab Taurat/ Old Testament dan agama Yahudi (Kitab Injil / new Testament).
Wallahu A'lam. Hanya semata-mata limpah kurnia dan rahmat dari Allah Ta'ala.
Salam...
ReplyDeleteBagaimana pula dengan penggunaan nama Allah bagi penganut Kristian yang hangat diperkatakan sekarang ini? Agama Kristian juga agama samawi? Pada pandangan ilmu saya yang kurang ini, ianya dibolehkan dan tiada masalah...cuma dikhuatiri ianya disalahgunakan oleh pihak2 tertentu dan seterusnya mengelirukan masyaratat berbilang kaum di Malaysia ni terutamanya orang Melayu. Minta pandangan ustaz.
salam...
ReplyDeleteBagaimana pula dengan penggunaan nama Allah bagi penganut Kristian yang hangat diperkatakan sekarang ini? Agama Kristian juga agama samawi? Pada pandangan ilmu saya yang kurang ini, ianya dibolehkan dan tiada masalah...cuma dikhuatiri ianya disalahgunakan oleh pihak2 tertentu dan seterusnya mengelirukan masyaratat berbilang kaum di Malaysia ni terutamanya orang Melayu. Minta pandangan ustaz.
Pandangan Saudara Rizal adalah betul. Itulah yg dipegang oleh Tn Guru Nik Aziz. Cuma mungkin beliau risau tentang dakwah kristian akan berkembang lalu difikirkan cara lain.
ReplyDeleteTapi ustaz,agama kristian sekarang ini bukanlah dari ajaran nabi isa.Mereka berpegang kepada kitab karangan sendiri,malah ajarannya sangat jauh dengan ajaran islam.Perkara asas paling utama adalah mereka tidak percaya kepada satu tuhan.Ini kerana,kalau ada membuat orang yang membuat satu kitab pada zaman sekarang dan kemudian dia mengatakan yang ia adalah ajaran dari nabi isa,adakah kita akan menerimanya.
ReplyDeleteSudah tentu tidak, kerana agama lain tidak diterima oleh Tuhan kecuali Islam.
ReplyDeletesaya nak tanya apakah cabaran agama samawi dari segi hedonisme?
ReplyDeletejika agama lain tak dtrima allah,adakah agama smawi lain akn mjadi msuh islam diakhir zman.. jka tdak..siapa msuh kita..
ReplyDeleteTuan kena faham, agama samawi selain Islam telah dibatalkan oleh Allah melalui perlantikan Nabi Muhammad s.a.w. Tentu sekali agama lain akan menentang Islam diakhir zaman kerana mereka adalah sekutu Syaitan, Ifrit, Iblis laknatullah. Mereka sombong dengan orang yang Tuhan lantik iaitu Rasulullah s.a.w. Dlm kata lain= degil.
ReplyDeleteustaz maaf,saye nk tanye sket,kalau agama islam je yang diterima oleh Allah mcmane penganut agama samawi lain selain Islam..Maksud saye umat terdahulu sebelum adanay Nabi Muhammad....
ReplyDeleteManusia yg beriman dgn Allah Ta'ala dan mengikut syariat nabi zaman mereka di kira mukmin dan masuk syurga. Yg beriman dgn agama yg telah diselewengkan disebut sebagai kafir dan masuk neraka.
ReplyDeletePembetulan tentang agama kristien. Kitab agama kristien di panggil bible atau dikenali sebagai Al- kitab ( dalam bahasa Indonesia) .Didalam al- kitab terdapatnya sedikit old testment contohnya chapter genesis (kitab kejadian), new testment contohnya chapter methews, dead scrol sea dan juga sedikit Psalms (dikenali sebagai zabur). Injil yang dikenali didalam islam ialah gospel. maklumat lanjut baca buku harun yahya ( the wisdom of gospel)
ReplyDeleteassalamualaikum. ustaz, sepertimana yang kita tau agama samawi adalah agama yang diwahyukan oleh Allah swt dan diberi kitab suci. dan agama samawi ini adalah agama Agama Yahudi – diturunkan kitab Taurat dan Zabur (Nabi Daud A.S dan Nabi Musa A.S).
ReplyDelete* Agama Nasrani – diturunkan kitab Injil(Nabi Isa A.S).
* Agama ISLAM – diturunkan Al-Quran (Nabi Muhammad S.A.W).
sebagaimana kita sedia maklum, 2 agama samawi itu dituju khusus untuk kaum2 tertentu dan hanya relevent pada zaman terbabit. manakala ,islam pula agama yang tertuju untuk semua manusia dan relevent sepanjang waktu. persoalanya ustaz, apakah agama kris boleh dikatakan agama samawi? sedangkan kitab mereka aja bukan berpandukan kiab injil tetapi bible ciptaan paulus. malah,yang cipta agama kris adalah paulus dan bukan nabi isa a.s. dan kalo kita nak ikut tafsiran asal erti agama samawi ini antara lain adalah agama yang mengesakan allah .tapi sebaliknya kris pula adalah agama yang mendustakan Allah. jadi apa pandangan ustaz?
Agama kris tidak sah di sisi Allah ta'ala, Zaman dahulu "agama kaum yahudi dan nasrani" pernah diterima Allah kerana ketika itu masih ada Rasul dan nabi yang memimpin agama tersebut. Tetapi ia telah diselewengkan dengan penambahan (bid'aah dholalah) yang banyak hingga menyentuh bab aqidah. wallahu a'lam.
ReplyDeletesalam damai,saya nak tanya ustaz,ustaz tahukah mengapa TUHAN (ALLAH)menurunkan kitab suci melalui para nabi?sesungguhnay saya agama kris tian ,saya amat menyukai agama islam tetapi saya amat benci terhadap sesetangah pihak yang mengutuk agama orang lain.ustaz tahukah keinginan TUHAN(ALLAH)?TUHAN menurunkan kitab kepada para nabi untuk memperbetulkan kesilapan yang telah dilakukan oleh nabi adam dan nabi hawa yang telah makan buah terlarang.sikap manusia yang mempunyai hasad dengki yang tinggi menyebabkan TUJUAN TUHAN terpesong jauh daripada keinginanNYA.buktikan adama kristian telah tidak diterima oleh ALLAH lagi,jangan awak pandai-pandai membuat andai sendiri.mengapakah awak tidak boleh terima agama kristian ,sedagkan nabi ISA (anak ALLAH yang tunggal)pernah mengirimkan salamnya kepada nabi MUHAMMAD melalui jin,mengapa tidak manusia untuk saling berbaik antara sendiri.
ReplyDeletepaling mudah, tuan bole baca sendiri buku karangan Ahmad Deedad "The Choice".http://en.wikipedia.org/wiki/Ahmed_Deedat
ReplyDeleteTediam terus. Tinggi diri. Nabi muhammad DIPELIHARA. ketaralah kurang kasih sayang.
ReplyDelete